demi menunaikan kata2 dalam beberapa post yg lepas, dan demi untuk meluahkan rindu yang teramat kepada teman2 seperjuangan, aku buat satu post khas hanya utk kawan2 yg aku sayang sangat - kawan2 seperjuangan sepanjang di menara gading. yang dah aku kenal sejak di uitm sri iskandar perak. tak kurang juga yg baru aku kenal semasa bertukar ke shah alam. betul. di sudut hati yg terdalam, sewaktu menilik semula gmbar2 lama, titis air mata dah tak dapat dibendung lagi. sedih. kerana terlalu rindu. rindu dengan suasana hilai tawa bersama, dan saat susah bersama..rindukan masa yang diluang bersama, riuh rendah bersama..
pegi makan2 ramai2 lepas abis kelas, balik malam2, mkn kfc, mcd, berbuka puasa ramai2, makan steamboat, pegi karaoke ramai2, sambut surprise bday party
kawan kawan sekelas - kawan kawan sebengkel - buat outdoor assignment - naik motor dgn zai pegi IB dari shah alam - main2 webcam dalam kelas
sambut birthday jue - makan2 - buat surprise - sembang & gosip
3 hantu besties - yatt yusof & nadia nana - mana2 pergi bertiga - sampai boleh timbul isu, haha - camwhore - tak complete kalau tak bertiga. harus! huhu - hantu2 tmpat luahkan perasaan - hantu2 yg boleh tunaikan hajat aku atau waktu aku mengidam apa2 - hantu2 yang boleh tanda tangan kan attendance utk aku - hantu2 yang setiap 3 orang nya ada kelam kabut yang tersendiri terutamanya si hantu cantik yatt yusof..haha..paling gelabah antara semua - hantu2 yang kuat makan, wajib pegi makan2 kemana saja pergi, kadang2 sanggup pegi tempat jauh2 dan susah semata2 utk makan terutamanya si hantu cantik lagi, yatt yusof - hantu yang selalu kaki dan kasut basah; si hantu comel, nadia nana. hantu yang kalau ngantuk dalam kelas akan mengguna pakai tangan aku untuk menopang dagu dia dan menanggung beban kepala dia utk dia tidur dan akan mengguna pakai aku secara keseluruhan tak kiralah kat bahu ke atau kat peha utk tidur; si hantu comel nadia nana..haha - ajin; si hantu yang membosankan yang terpaksa teman lagi dua hantu pegi window shopping tak kiralah mana2 pun sebab dua hantu tu memang suka cuci mata.dan dalam tiga hantu ni, yang paling cengeng nya ialah si hantu gemuk; ajin..hahanampak kasar, besar, ganas tapi sensitif nk mati. haihh.- dalam hantu bertiga ni, ada dua hantu kembar sebab lahir pada hari yg sama; hantu yatt dan hantu ajin (12 ogos). hantu bertiga ni kalau ada rasa apa2 tak kena, tiga2, boleh berkomunikasi melalui mata je. pandnag kat mata satu sama lain, dah boleh faham dah apa yg difikirkan..haha..lebih2 lagi tang nk bergosip...- dua hantu yang selalu kena layan berangan tahap dewa si hantu ajin .. =')
my best buddy - nasrullah nasser - kawan masa susah dan senang - kawan luah perasaan - kawan bergosip - kawan tumpang lepak kat studio dia - kawan yg selalu pg mkn kfc berdua, sanggup amik hantar aku pegi balik seroja - kawan yg luah segala macam masalah dan cerita - kawan yg sama2 ambil berat - kawan yg buat aku ni macam mak dia .. haha - dia kata aku mcm maklong dia - kawan yg aku slalu pinjam motor dia - kawan yg aku pernah tumpang kereta kat umah dia - kawan yg aku rasa dah macam adik beradik dengan aku.... ='(
ye betul..sangat rindu..memang,
masing2 dah punya hidup masing2, dan jauh dari pandangan mata, mungkin
juga akan ter'lost contact suatu hari nanti, tak mustahil. dan sedih
merindukan diorang semua makin menebal bila aku tak dapat bersama dengan
diorang semua, bergembira atas kejayaan masing2. mereka sudah, aku yg
belum lagi. insya allah sahabat semua, ada kesempatan, ada umur yg
panjang, kita bersua lagi, dan aku kat sini, selalu doakan kamu semua,
tak pernah lekang dari ingatan dan doa. memang aku suka mbebel, aku ni
macam mak tiri, tapi, aku sayang korang semua.
ikhlas, ajin.











No comments:
Post a Comment