Friday, May 12, 2017

Lagu Cinta Aku

2010.

.
Inilah aku apa adanya
Yang ingin membuatmu bahagia
Maafkan bila ku tak sempurna
Sesempurna cintaku padamu
Aku dulu menginterpretasikan perasaan cinta aku melalui lagu ni. Mungkin lagu ni sebenarnya biasa2 saja. Tapi pada aku..mungkin dari liriknya kot..Takpun masa aku mula dengar lagu ni, perasaan aku masa tu tengah hangat2 dilamun cinta. (blurrgghh). tu yang dalam tak sedar, aku mula immersed dengan lagu ni. Ringtone lagu ni..mesej tone lagu ni. siang malam dengan lagu ni.


Ini cintaku apa adanya
Yang ingin selalu di sampingmu
Ku tahu semua tiada yang sempurna
Di bawah kolong langit ini
pada masa tu, aku punya seseorang dalam hidup. dan aku rasakan lagu ni hanya dapat aku tujukan pada seseorang ni sahaja. apa sahaja berkenaan dengan dia..aku zahirkan melalui lagu ni. alunan luahan perasaannya, aku hadamkan diiringi alunan lagu ni. perasaan aku masa tu, semuanya aku maknakan dengan lagu ni. begitu juga dengan dia. dia pun memaknakan lagu ni untuk hubungan yang kami pernah ada. simply said, ini lagu cinta aku dan dia. lagu cinta kami. sampai satu tahap dulu, rasa bahagia yang aku rasakan tu..kadang2 buat aku menitis air mata setiap kali dengar lagu ni. sebab rasa yang sangat happy. 

.



2014


.



Jalan kita masih panjang
Ku ingin kau selalu di sini
ternyata pengharapan yang aku impikan tu tak seindah bait-bait kata seperti dalam lagu ni.
yea..jalannya mungkin masih panjang...cuma jodoh antara aku dengan dia yang tidak berpanjangan...dia yang selalu aku inginkan ada disisi...dah tiada..dan takkan mungkin kembali ke sisi aku semula.

sampai satu masa takdir tak berpihak pada hubungan aku dengan dia..aku rasa dah tak sanggup nak dengar lagi lagu ni. bila masa hubungan tu musnah sebab angkara yang menganiaya satu perasaan yang tulus dari aku. aku rasa sangat helpless. aku rasa tertipu dengan bait2 lirik lagu ni yang gambarkan betapa cinta yang ada tu semuanya pasti berakhir bahagia. aku rasa tertipu dengan lirik yang menggambarkan cinta yang ada itu sangat sempurna.

Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita membuang-buang waktu
Dengan kata kata perpisahan
cinta yang aku pernah ada dengan dia..adalah cinta yang aku rasakan paling terindah. 
tapi mewanginya tidak bertahan lama. tidak mampu lagi memekar seperti yang aku doakan. Aku cuba untuk berpegang dan bertahan dengan kata2 'tidak perlu membuang waktu dngan kata perpisahan", tapi akhirnya berpisah jugak. 
waktu yang selama ni aku habiskan dengan menjaga cinta yang ini, tersia2 begitu sahaja. 
masa aku sangat terbuang untuk cinta yang salah. bersama dengan orang yang salah.  

aku beranggapan, cinta yang aku ada bersama dengan dia adalah sesuatu yang sangat sempurna pada masa tu. tapi rupanya berakhir dengan jalan takdir yang sangat pedih. aku tak sanggup nak dengar lagu ni sebab aku akan teringat semula semua yang aku pernah ada. aku akan teringat semula betapa i was SO in love. tapi akhirnya, satu2nya cinta yang aku ada tu, pergi begitu saja.
pernah rasa tak perasaan dikhianati yang mana jantung kau rasa kena siat2 dan semua luka tu kena hiris dengan limau?
itu yang aku rasakan setiap kali dengar lagu ni. aku dah tak dengar lagi alunan2 yang memberi makna yang mendalam tentang cinta...setiap kali aku dengar lagi ni, aku nampak dia, aku dengar dia, aku teringat dia. semuanya jelas dalam ingatan walaupun dah lama berlalu. setiap liuk sebesar kuman dalam lagu ni, semua nya dia.
kalau dulu bila dengar lagu ni, aku rasa sebak kerana bahagia. tapi sesudahnya aku meraung kerana cinta yang aku pernah ada tu, bukanlah sempurna seperti yang aku sangka.
Demi cinta kita aku akan menjaga
Cinta kita yang t’lah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi
Cinta kita abadi selamanya
.aku cuba untuk menjaga. tapi aku gagal. sebab untuk pertahankan cinta ni, aku perlukan dia. tapi ternyata, selama dalam tempoh itu, hanya aku seorang yang mempertahankan. hanya aku seorang yang menjaga. hari berganti hari, cinta yang aku mahukan abadi tu, bertukar jadi badi yang takkan pernah lupus dalam hidup aku.

disebabkan itulah,
eventually..this song turned to be my greatest punishment.
disebabkan rasa sakit tu, aku berhenti dengar lagu ni.


.

2017

.

There was this one day.. 
aku mengulang semula mendengar lagu ni.

and i realized. 
selama ni, aku takde cara untuk meluahkan rasa sedih aku. 
and ignoring this love song doesnt help me at all. 

still.
aku rasa bersyukur sangat.
sebab aku dah lepas dri zaman kejatuhan tu.
dan takde sebab lagi untuk aku tidak mendengar lagu ni.

have been repeatedly play this song for million times maybe?

dan saatnya aku juga sedar..

lagu ni hanya sandaran aku untuk melampiaskan rasa marah pada cinta lepas yang tak menjadi tu.

lagu ni cuma sandaran untuk aku nyatakan segala langkah aku sebelum ni dalam perhubungan adalah SALAH belaka.

aku tahu.
selama ni. lagu ni hanya lah luahan perasan cinta aku seorang sahaja. 
luahan yang hanya pada sebelah pihak. hanya dari aku. bukan dari dia.
dan disebabkan itu, seharusnya aku interpretasikan setiap bait lagu ni pada yang selayaknya.


sekarang bila aku dengar lagu ni..
aku masih lagi rasa sebak.

sebab baru sekarang aku dapat menilai bahagia yang digambarkan. 
baru sekarang aku mengerti makna sebuah penzahiran cinta yang tulus dari hati.
baru aku faham akan ertinya sebuah pengharapan 
dalam erti kata yang benar untuk hubungan cinta. 

Jadi.

Ini lagu aku.
lagu cinta aku.
Luahan pengharapan dari aku.
Luahan perasan kasih dari aku.

Buat yang selayaknya.

Jalan kita masih panjang
Ku ingin kau selalu di sini

Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita membuang-buang waktu
Dengan kata kata perpisahan
Demi cinta kita aku akan menjaga
Cinta kita yang t’lah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi
Cinta kita abadi selamanya

Friday, May 5, 2017

My Cenonet Workspace


Hai!

Just nak share my new cinonet workplace. hehe.
aku ngan mak dah beli riben2..barang2 and all kecik2 material.
mak sendiri pun dah offer diri untuk buatkan bunga2 tu nnti. hehe
aku siap beli meja kecik..nanti senang nak organize benda2. dan bolehlah nnti bermula kerja2 ngan aman tenang dan jiwa.

i am getting more excited. haha.
yea yea yea.
after all, i know.
everything is lambat lagi.
next year kot.
huhu
but still..
kenalah buat awal2..
sebabnya :
aku buat benda ni sendiri.
aku tak beli yg dah siap or aku tak upah orang..
semua handmade sendiri. lagipun dah nama pun buat sorang. dah lah dari pagi sampai petang kerja. malam pun kalau sempat dapatlah buat sekuntum dua. pastu dah dengkuqq. letih...

Ada kalanya skip buat..Weekend je boleh fokus..Itu pun merangkak lg nk blaja buat riben etc..

sebab tulah kan lebih afdholll kalau aku buat awal2. sikit2, lama2 siap la kan..ngee
sementara tgah free ni. at least banyak lagi masa aku.
kang esok2 dah nk dekat tarikh tu..sure2 la busy ngan bnda lain kan..?
fitting baju and everything..
kikiki.
ecewaaahh..da sampai situ pulak kan rancangannya. hee
lagi satu, puas hati pun yea sebab kita buat benda tu ikut suka sendiri kan.
kalau tak puas, otter sana otter sini.
senang.

Insha Allah..
Banyak lagi masa nak improve dan buat camntik2 sikit.
Slowly but surely. Insha Allah!
=)

Nanti kalau benda ni dah siap, boleh lah kita move buat benda lain pulak..
buat deko hantaran pulak ke..kuikuikuiii.



Intai2 Pakej Wedding

  • 28 April 2017


hai. nak smabung dari cerita "kahwin 2018" =)


  • Hari ni amik cuti. sebab nak bawak mak pegi butik wedding planner. sebab sebelum ni bila aku buat survey dan bila kitorang sembang2 pasal detail package yg ada..mak abah and others seems so hard to believe..sebab all in package boleh dapat dgn harga yg reasonable...disebabkan dia punya rasa x insecure dan syak prasangka dia tu..aku apply cuti..dan aku set appointment utk walk in butik tu terus..


  • senang kalau mak nk tau apa2..direct je tanya.. jadi hari ni..pegi lah aku ke butik ni sekali dgn mak,angah n abg man. senang nak diajak berbincang..sebab bnda2 untuk wedding aku ni..aku xtaulah kenapa..aku dibelenggu rasa lost..blank..dan blur..dan nebes..dan rasa yang berbelah bagi...I keep on thinking..betul ke apa yg aku buat ni... 


  • maka bergeraklah kami ke butik tersebut yang letaknya kat Sg Buloh...appointment dah dibuat right on 2 pm. we arrived half an hour early and the person i communicate with that time takde pulak di butik. keluar lunch katanya. kitorang lepak2 jelah dalam kereta and pukul 2.30pm baru dia sampai. ngehhh. biasalahh tu..~ *daaaa


  • so bila dia dah sampai, kami naik butik .. butik aka office nya look nice. siap ada pelamin display. and then kami duduk dulu..tarik nafas and we were ready to discuss and talk. before that we let Amira (marketing exec) do the talk and explain everything about the package dari a-z. dan tiba part q&a we shoot everything..segala bnda yang terbuku dan membelenggu. semuanya kami tanya. mak pun bertanya, angah pun bertanya, aku pun asked a lot of questions, abg man pun join the discussions and so on. alhamdulillah. semua jawapan yang dia bagi berjaya meng-convince kan kami sedikit demi sedikit.


  • siap ada food test lagi taw. how lucky we are sebab selalunya food test on weekend. tapi ni dtg ari jumaat..still dapat jugak. alhamdulillah rezeki...and guess what..makanan dia pun sedap..ayam masak merah...daging masak itam and nasi dia..bessttt..huhu..mak pulak dah terpikat kat makanannya. sebab last weekend pun pergi festival kahwin kat wangsa walk. join jugak food test tapi mak tak berkenan..sebab masin katanya. tapi yang kat butik sini, alhamdulillah...dia kata okay. sedap. huhu. especially si kazim. dia yang duk makan dari awal sampai ke habis. kami ni jugaklah yang tak dan nakk merasa. dapatlah sesudu dua. huhu. oh yea. daging masak hitam dia pun sedap. 


  • and then we proceed discuss. dari hal sekecil-kecil alam sampailah ke hal2 besau. pasal katering punya setup/timing, pasal on going punya process. pasal andaman (oh yea dia share kan sekali insta MUA), pasal baju pengantin..pasal nak add on khemah and everything and sooo manyyyy thinggssss.


  • dan everything went well yang mana masa kami sebelum ada di butik tu, macam2 syak wasangka yang membelenggu..tapi bila dah bersoal jawab, semua syak wasangka dan insecure tu disappear gitu saja. alhamdulillah :) 


  • bila semua soalan kita dah shoot and dia counter baekkk punyaa...kami sebulat suara sepakat dan bersetuju..utk amik pakej kat butik ni.. dan nk dijadikan cerita..pasal depositnya..kami expect duit deposit tu mngkin boleh nego ke kan..sebab decision utk nk walk in ni pun sebenarnya tujuan nk survey2 je...dan honestly mmg x ready kalau nk bayar deposit dlm jumlah yg seedebukk..dan pihak butik pulak mmg tetapkan 1k as deposit.

    so I talked to emak..betul ke dia mmg confirm nak amik pakej sini..mak answered dia okay..berkenan..angah ngn abg man pun kata dah okay sangat dah sini..and I checked on my purse..mmg ada 1k something...so sempat la aku buat calculation dlm kepala...and then I said to mak and angah.."OKay.. Kalau mak betul nak..Siti boleh. Kita reserve and bayar deposit hari ni." so dari situ kitorang move to discussion pasal term n condition..


  • so masa nk kena baca all terms n co agreement..aku mntak jugak angah baca dan double check sebab aku pada tahap ni..aku serious mcm lost giler. masa tgah kira duit pun aku masih sempat tanya kat angah.."betul ke apa yg siti buat ni ngahh.."..kata angah Insha allah..ni yg terbaik yg kita boleh buat setakat ni...


  • yg kelakarnya..masa nk baya depo..actually aku cuma ready kn rm500 je dlm purse..in case dia leh nego depo bnyak tu..tp dia kata mmg fix 1k..aku kira2 dlm purse duit yg ada..alhamdulillahh..mmg ada 1k dan sedikit lebihan2..lpas tu boleh tanya kt diri sendiri..sejak bila ada smpai 1k dlm purse aku ni..haha..x sangka pulak...so..aku pun bayo abis la deposit 1k..alang2 tu kn..settle kn je...duit2 tu ada purpose nya..cuma aku gunakan jelah dlu..aku pun tak tahulah. celah bila dalam purse aku cukup ada 1k. gaaaaaa~ alhamdulillah. Allah mudahkan...

  • settle bayar depo. sign agreement. explain a little bit. bukak invoice. bukak fail. alhamdulillah. settle. even da settle pun, still lagi aku tanya kat mak n angah.. "betul ke ni mak..ngah.."

  • haha. so far mak kata okay.. dia siap buat istikharah tau sebelum nk datang. haha. nampak tak mak yam punya insecure ngan nebes tahap mana..huhu..
  • so..takat tu jelah cerita aku utk pakej ni..alhamdulillah..dah settle dah major issue utk wedding..date pun dah lock..boleh la tarik nafas sikit buat masa ni..insha allah..next year bru kita get back balik ngan butik untuk next step.. Yeayyyy..one step closerrrrr! :-)



#blog-pager{font-size:normal}.showpageArea{font-family:verdana,arial,helvetica;color:#000;font-size:11px;margin:10px}.showpageArea a{color:#000;text-shadow:0 1px 2px #fff;font-weight:normal}.showpageNum a{padding:2px 8px;margin:0 4px;text-decoration:none;border-bottom:2px solid #5fb404;border-top:2px solid #5fb404;background:#effbf5}.showpageNum a:hover{border-bottom:2px solid #df01d7;background:#a9f5f2;border-top:2px solid #df01d7}.showpageOf{margin:0 4px 0 0}.showpagePoint{color:#fff;text-shadow:0 1px 2px #333;padding:2px 8px;margin:2px;font-weight:700;border-bottom:2px solid #5e610b;border-top:2px solid #5e610b;background:#5e610b;text-decoration:none}