Monday, June 30, 2014

Mimpi

malam tadi aku bermimpi. mimpi yang pelik. mimpi pasal dia. ya dia. mimpi yang aku tak undang langsung. kalau lah aku boleh pilih mimpi apa yg aku nak, mcm pilih siaran tv, alangkah bagusnya. tak perlulah tiap2 malam aku kena tersentak dari tidur bila dia tiba2 muncul dalam alam mimpi. yea. tiap2 malam aku mimpi dan tersentak terjaga dari tidur. itulah rutin tidur harian aku semenjak dua menjak ni. seksa kan? hm.

okay. mimpi. malam tadi aku mimpi. aku terima satu mesej di whatsapp. dari dia. dalam mesejnya tu, dikhabarkan yang dia mengalami kemalangan motor dan tertera kata2 kemaafan, memohon ampun pada aku. tak cukup dengan kata2, aku terima mesej video. video yang menunjukkan bagaimana dia mengalami kemalangan. nampak macam tergolek terhempak terjelepuk jugak lah mukanya di atas jalan raya. tapi isi utamanya, lebih kepada dia memohon maaf pada aku.

respons aku dalam mimpi tu? yea. masih jelas macam mana aku hanya memandang sepi pada skrin telefon yg masih terpancar kata2 maaf dia. aku tidak berkata apa2 mahupun membalas apa2.
aku masih ingat aku ceritakan mengenai itu pada angah aku dalam mimpi tu. aku katakan "dia kemalangan, dia minta maaf kat siti." dan jawapan angah dalam mimpi tu lebih meminta aku jangan terlalu mudah memaafkan atas apa yg dia dan mereka dah lakukan pada aku.

selepas apa yg angah pesan, aku masih lagi diam, tak bagi respons apa2.
mesej nya memohon maaf dan meminta keampunan yang bertalu2 masuk,
merayu2 juga aku biarkan saja.
aku hanya kaku memandang skrin telefon yang bercahaya.
sehinggalah aku terjaga tersentak mcm tu saja dari tidur aku.

dalam mamai aku terjaga,
aku cuba kembalikan semula ingatan aku pada mimpi tu.
celik saja mata,
aku capai phone.
membuka aplikasi whatsapp aku.
manalah tau kalau itu semua memang betul2 terjadi.
tapi, bukan.
semua tu hanya dalam mimpi dari lena aku tadi.

walaupun hanya mimpi,
aku kuat merasakan perasaan aku dalam mimpi tu masih tidak dapat menerima kata2 maaf tu.
hati masih berkeras. hati masih membatu mengingatkan betapa sakitnya menanggung segala perbuatan dia.

walaupun hanya dalam mimpi,
betapa kerasnya hati aku nak menerima kata maaf dia walaupun dia kemalangan teruk mcm tu sekali.

aku terfikir.
itukah sebenar2nya yang akan aku lakukan seandainya memang ditakdirkan dia betul2 ditimpa musibah ..
atau apa2 perkara yang buruk disebabkan oleh perbuatan dia pada aku..?
sekeras itu kah hati aku..?

kalau dia betul2  ....
...
dibalas sedemikian rupa .... ?
dan aku memang tak nak dan tak boleh maafkan dia...?

....





maafkan aku tuhan.
bukan bermaksud aku mahu menyimpan dendam.
ataupun bukan niat aku mahu mendoakan yang tidak baik.
cuma,
memang hati aku masih tak dapat nak hadam kata2 maaf atas apa yg jadi.
memang hati aku masih terkesan dengan semuanya.
hati aku masih tersisa dengan luka2 yang maish berdarah.
masih lagi tersisa dengan rasa teraniaya yang melampau.
hati aku masih sesat.
sesat dalam timbunan perasaan sebal dan sakit....

maafkan aku tuhan..
maaf itu memang belum dapat aku berikan dengan seikhlas hati.


mungkin kemaafan itu boleh aku cuba semai
apabila sampai  masanya aku dapat lupuskan dia dalam kotak memori aku.
sampai masanya tak wujud lagi secebis kenangan tentang dia.
sampai masanya aku tak lagi terbayang2 wajah gembira dan bahagia mereka saat aku menanggung kesakitan di sini.
sampai masa nya aku dah boleh menitiskan air mata aku untuk perkara lain.
sampai masanya aku dah boleh kembali tersenyum apabila aku kembali mendapatkan senyuman aku yang dulu.
sampai masanya dada ini tak lagi merasakan sesak dan berdenyut seperti hentakan kuat yang sangat menyeksakan.
sampai masanya aku tak lagi dibayangi igauan ngeri wajah2 mereka dalam tidur sehingga membuatkan aku tersentak berdebar2 dalam tidur malam aku.
sampai masanya ada insan yang lain yang tuhan hadirkan buat aku untuk membuang jauh segala perasaan yg menyakitkan ini..yang datangnya menjadi ganti memberi perasaan yang tulus tanpa dusta seperti sebelumnya.

mungkin satu hari nanti,
bila sampai masanya semua yang aku harapkan itu akan terjadi,
saat itu mungkin aku akan pertimbangkan harga sebuah kemaafan.



"pertimbangkan"


sekali lagi aku nyatakan.
"pertimbangkan"

bukan begitu murah..
bukan begitu mudah..
dan bukan percuma sahaja harga maaf itu dari aku.


Tuesday, June 24, 2014

Jika Engkau Pergi

Bermulanya semua hanya dengan rasa
Ada saja yang tak kena
Rupanya kau berkasih
Menyingkir setia
Sandiwara penuh dusta
Kini ku beri satu amaran
Jangan nanti jadi cabaran
Aku ingin kau memadam kenangan
Menjadi mimpi berterbangan

Jika engkau pergi, bulan dan bintang tetap masih di langit
Jika engkau pergi, air mengalir takkan berhenti
Jangan khuatir tentang diri ku
Ku janji takkan merindui mu

Bermusim resah hadir membelai
Menyentuh hati kecewa
Janji sehidup semati
Tinggal tiada lagi
Impian hancur depan mata
Semakin terungkap kepastian
Biarlah ku rela melepaskan
Pada mu cinta cuma lah mainan
Sekadar untuk senda bersama

Jika engkau pergi, bulan dan bintang tetap masih di langit
Jika engkau pergi, air mengalir takkan berhenti
Jangan khuatir tentang diri ku
Ku janji takkan merindui mu

Puas sudah 
ku berikan engkau segalanya
Jalan cerita pun nyata akan berubah



padamkan saja semua kenangan. walaupun aku tak pasti masih ada atau tidak sisa masa bersama sebelum ini di dalam kotak ingatan kau. padamkan saja semua kenangan. nyata nya semua takkan dapat kau miliki lagi. walau bukan yang sempurna tapi takkan ada yang sama seperti masa masa bersama aku. walau sebaik mana yang akan kau miliki, pastinya takkan sama seperti saat kau masih punyai aku. itu kata bukan sekadar amaran jauh lagi mahu mencabar. padamkan semua kenangan. kosongkan semua kotak memori kau saat bersama aku. jangan pernah teringatkan aku. jangan pernah terdetik tentang aku yang kau sakiti dan aniayai di sini. 
jika engkau pergi. ya. bulan bintang tetap masih di langit. matahari tetap memancar. air tetap mengalir. awan tetap berarak. langit tetap membiru. rumput masih menghijau. gunung dan bukit masih berdiri kukuh. jika engkau pergi. sememangnya aku yang kehilangan. sememangnya aku yang ditinggalkan. tapi yang pasti, bukan aku yang kerugian. bukan aku yang diulit rasa bersalah satu hari nanti. bukan aku yang akan merasakan penyesalan andai ditakdirkan tuhan kelak nanti. yea. aku rela melepaskan. buat hati dan perasaan aku yang hanya kau anggap mainan senda kau. rela lepaskan buat manusia lain yang dahagakan kasih sayang kau yang begitu mudah berbelah bagi. buat insan lain yang kebulur dengan cinta murah kau yang senang saja berubah arah. aku rela lepaskan demi kepentingan diri kau sendiri. demi jalan yang kau pilih dengan insan yang turut sama menyakiti dan menganiaya aku. ya. puas sudah aku berikan segalanya. walau masih ada yang tak berkesempatan untuk aku berikan pada kau. jangan risau. jangan khuatir. akan ku simpan bahagian yang terbaik dari aku buat yang selayaknya. yang pastinya bukan engkau. sungguh aku berikan pada kau pun, tak pernah kau terfikir untuk hargai setiap pemberian dari hati aku. terima kasih. jangan risau. jangan khuatir. aku janji takkan merindui kau. akan aku paksa dan kerah sekuat hati jiwa dan batin aku sebisa mungkin untuk lupuskan kau. 


"..ku janji takkan merinduimu..."

Because I am worth it.

worth the fact that i've been hurt.
worth the tears.
still worth the life. still worth the love.
my worth smile. my worth life. my worth dreams
it's just he does not worth it."
keep your chin up, smile, do good, be good and walk like Beyonce.

Sunday, June 22, 2014

Terima Kasih

terima kasih yang paling utama buat insan2 ini..
yang setia berada bersama aku saat aku sedang kejatuhan..
saat aku kemurungan
kesakitan dan kekecewaan
dalam mengharungi kegagalan salah satu episod dalam hidup aku..

angah.
sememangnya dia lah yang paling utama. setiap apa yang terjadi semuanya aku ceritakan pada dia. dia lah kakak aku yang paling rapat. katanya saat aku sedang dilanda masalah ni,mcm mana aku boleh setenang ini hadapi semua bnda yg terjadi ni..hakikatnya, aku cuba berlagak tenang sedangkan saat aku bersendirian, hanya tuhan saja yang tahu macam mana aku meraung dan menangis..
angah la yang menghubungi aku hampir saban hari..bertanyakan mcm mana perkembangan hal itu dan macam mana keadaan aku..soalannya yang tak dapat aku jawab..aku sendiri tak tahu apa yang harus aku katakan keadaan aku..seperti biasa..cuba berlagak okay..cuba berlagak yg aku sedang tenang. hakikatnya, mendengarkan saja soalan dia yg mcm tu setiap kali dia hubungi aku, aku dh mula rasa sebak..dah mula tersedu2. air mata pun ikut jatuh.. dan dia faham apa perasaan aku..dialah yang banyak bagi aku kata2 semangat...alhamdulillah..setiap kali aku menangis pada dia, aku berasa lega..setiap kali aku meluahkan pada dia, aku rasa sedikit tenang..masih aku ingat lagi saat pertama kali aku bicarakan hal ini pada dia..aku sudah tak mampu nak menampung bebanan perasaan..aku ajak dia keluar..masa tu suami dia pun ada bersama..saat dlm kereta..baru je nk bukak mulut, aku dah rasakan sedu sedan yang menggila..nyata dia pun tidak menyangka dengan apa yang aku katakan saat itu..dia hanya mendengar dan mengusap2 belakang aku minta aku bertenang...
terima kasih kakakku...kau sentiasa ada saat aku perlukan..kau faham ada yg tidak kena pada aku sedangkan aku masih belum berkongsi..terima kasih kakak ku..sekurang2 nya kau cuba membantu mempertahankan aku dengan meluahkan rasa amarahmu pada dia melalui mesej..terima kasih kakakku..... :')

yasmin.
dia adalah sahabat aku sejak aku sekolah menengah lagi..kenapa aku berkongsi dengan dia..sebab dia pernah mengalami situasi yang hampir sama..dua2 kisah nya sama tragis..cuma, dia mungkin sedikit beruntung kerana nasib agak menyebelahi dia dan cerita dia bukan berkisarkan dusta. kisah aku pula, awalnya aku andaikan penuh tragis seperti dia..tapi malangnya, ada lagi sebuah kebenaran yang terpalit sama di sebalik kisah tragis itu. kisah yang dusta. sejak dari awalnya yasmin banyak memberikan kata2 sokongan buat aku...terlalu banyak sehingga aku rasakan setiap kata2 semangatnya itu terlalu banyak membantu aku untuk bangun semula dan berasa tenang kembali.
satu pesanannya yang paling memberikan eksan pada aku, "awk..awk banyakkan solat sunat, minta petunjuk tuhan..buat sementara kita mohon petunjuk, awk jangan berhubung dengan dia..insya allah, tuhan akn tunjukkan pada awak..."
kesan dari apa yg yasmin sarankan pada aku, aku tawakal, aku cuba istiqamah meminta petunjuk tuhan..genap seminggu aku tak kenal erti putus asa..meminta dan terus meminta, akhirnya..nahh. tuhan makbulkan..datangnya tanpa selindung..datangnya juga bawak kesakitan yang lebih teruk buat aku..ibaratnya dah aku yang dah tertikam pisau di dada, pisau yang masih terhunus itu, diputar2 mainkan sampai membuak2 darah keluar dan daging mula diracik2. itulah ibaratnya kesakitan yang aku rasa.
sungguh walau pun sakit, aku tetap bersyukur..kerana apa yang disarankan yasmin sangat membantu aku dan kata2 semangat dan sokongannya sentiasa aku ambil...terima kasih sahabat...

ada juga sahabat2 aku yang lain yang turut memberi sokongan untuk aku..
mazreen, farhana, kak dila, dan juga sepupu2 aku yang turut mahu mendengar apa yang aku lalui..terima kasih..

tidak lupa buat kakak ipar aku. yang juga banyak memberi nasihat dan sokongan kerana dia juga berpengalaman dalm hal yang mendatangkan sakit di hati.
dan sepanjang tempoh ini juga, ada seorang hamba Allah yang aku berpeluang untuk kenal dan berkongsi cerita dan nasihat..nasihatnya juga memang banyak membantu..hampir saban hari dia tegur aku. just to keep the conversation with me. mengisi masa2 aku yang terluang. not to mention the name tapi, terima kasih banyak2 awak....


kata2 kalian semua akan aku simpan dan pegang buat sepanjang tempoh untuk aku bangkit semula...

Thursday, June 19, 2014

bicara pada tuhan

tuhan
ku mohon setiap kata2 yang bakal keluar dari setiap ayat2 ku ini..

dapat terlindung dari fitnah mata dan minda...

wallahualam..

tuhan..

apa lagi yang harus aku katakan..

telah kau tarik pergi seseorang di dalam hidup aku..

perginya bukan dengan cara yang lembut dan penuh hemah..

tapi perginya merentap kasar sehingga ke lubuk hati yg paling dalam.

tuhan.

sememangnya aku tiada daya menerima ketentuan Mu,

fizikal tubuh ku hampir rebah..

berminggu aku menahan sakit perihnya..

nyata, sakit yg hati aku alami,

memberi impak yg sama pada tahap kesihatan aku..

aku jatuh,

bukan hanya terduduk.

tetapi juga terhempas, terhentak dan rebah..

hampir kaku nafas..hampir hilang kewarasan..

jatuh yang kali ni,

aku rasakan terlalu sakit..

tuhan.

tidak bersyukur kah aku bila aku terlalu sakit untuk menerima takdir ini.

tidak.

walau sakit mcm mana pun, kenyataan yang selama ini terselindung dari mata zahir dan batin aku,

aku terima dengan redha dan rasa amat berterima kasih..

walau sakit mcm mana pun aku, telah Kau bukakan hijab kebenaran itu pada aku.

melepaskan aku dari kata dusta cinta seorang hambaMu yang duduk nya paling atas dalam hati aku sebelum ini..

tuhan.

aku disini,

hanya menerima lemah keputusan ini.

tiada apa yg mampu aku lakukan disini..

hanya menerima dengan hati yg penuh luka.

terpaksa melepaskan ianya pergi..

dia yang dah aku rasa sebati dengan diri, hati dan perasaan aku..

melepaskan dia pergi pada yang lain...

pergi melepaskan dia mencari bahagia yang dia mahukan..

mencari sempurna yang dia inginkan...

kiranya sempurna itu tiada pada aku...


hendak aku kesalkan pun, sudah tiada erti nya lagi..


aku harus akur..
walau aku sendiri tidak tahu di mana silap dan khilafku sepanjang masa ini..
apa yg telah aku berbuat salah pada nya sehingga sanggup dia dan mereka perlakukan aku sebegini rupa..

tidak pernah lepas aku berfikir..
di mana punca silapku..
mungkin hanya kerana aku bukan sempurna yang diidamkannya..
mungkin zahirnya aku tidak selayaknya digelar yang terbaik untuknya..
aku akur..andai ketidaksempurnaan aku dijadikan penanda aras..
tapi,
harus kah kasih sayang aku juga di jadikan penyukat kesempurnaan yang diinginkan....?
harus kah hati yang aku serahkan itu turut menerima tempias anggapan ketidaksempurnaan itu tuhan..?

sekeping hati yang aku khususkan buatnya seorang..
selama tempoh yang aku rasakan bukan satu tempoh masa yang pendek..
tidak pernah berpaling..
tidak pernah memandangnya rendah..atas setiap kesusahan yang dia alami..
atas setiap kekurangan yang dia punyai..

hati aku tak pernah membeza2kan setiap kelemahan dia..
hati aku yang sentiasa mengatakan dialah yang terbaik atas segala kekurangan dia...
hati aku yang ikhlas menerimanya..
hati aku yang setia mempertahankan walaupun amat payah..
payah dngan jarak, payah dengan kesusahan..payah dengan dugaan..
bertambah payah dngan kata2 manusia

hati yang sentiasa meminggirkan kata2 kewarasan akalku setiap kali
dia berhajatkan sesuatu..
walau payah, hati aku sedaya upaya cuba untuk menunaikan...

tuhan...
atas segala apa yang telah hati aku lakukan..
kini dia tersentak sakit dalam rangka dada aku..
denyut2 hentakan kuat tak pernah surut aku rasakan sejak dari hari itu..
iya..
sehingga ke saat ini..
hati aku menghentak2 kuat..

kasihan pada hati ku tuhan...
betapa kalau hatiku punya suara,
aku ibaratkan pastinya sudah hampir bisu kerana berteriak sakit..
andaikan hati aku punya mata..
pastinya sudah jadi buta kerana menangis tiada henti..
tetapi..
hati ini hanya mampu berdegup dengan kuat yang amat sekali..
aku mengerti..
degup kuatnya yang tiada henti itu memberi makna begitu dia sakit..
begitu sakitnya dia dalam keadaan ini..
sehinggakan fizikal aku turut menerima tempias sakit derita hati ini..
sehinggakan semangat aku juga turut terima tempias pedih seksanya hati ini menahan
segala perbuatan dari manusia yang telah hati khususkan untuk nya seorang...


tuhan...


aku bersyukur..

aku berterima kasih..

kerana dalam kesakitan ini, terselit kebenaran..

dari aku terus berbahagia di atas dusta..

biarpun kenyataan ini yang buatkan akuterlalu merasakah sakit...

tuhan..
aku andaikan,
dugaan ini adalah penebus segala kekhilafan silamku sebelum ini...
aku pastinya sedar..
aku ada lah salah seorang hambamu yang adakalanya alpa dengan rasa bahagia yang mengulit.
aku lupa.
bahagia yang aku rasa itu datangnya dari mu..
anugerah dari mu..
tapi silapnya aku..
aku terlalu leka..
sehinggalah pada hari kau tarik semula semua ini dari aku..
saat aku jatuh terhentak, barulah nak tersedar..
saat itu lah aku cari tuhanku ya rabb.
saat itu lah baru aku cuba dekatkan diri aku padamu..
tuhan...
hinanya aku sebagai seorang manusia yang hanya mencari mu saat aku merasakan sakit..
ampunkan aku tuhan...
aku bersyukur...
turunnya dugaan mu ini, telah membuatkan aku kembali pada fitrahku sebagai hamba mu..

memang.
selama ini,
aku cuba yang terbaik..
untuk si dia yang belum menjadi siapa-siapa bagi aku..
tapi aku lupa..
aku masih belum jadi yang terbaik sebagai hamba mu tuhan..
ampunkan aku ...

tuhan..
keterlaluankah aku andainya aku anggapkan perbuatan mereka ini sebagai menganiaya hati dan perasaan ku...?
keterlaluankah aku andainya aku menganggap hati aku ni dikhianati...?

tuhan..
aku ini hanya manusia biasa..
tak punya apa2 mukjizat untuk menerima setiap perbuatan dari dia dan mereka dngan hati yang terbuka..
aku tidak punya apa2 kuasa ajaib untuk aku menerima setiap perbuatan mereka dengan begitu mudah...
tuhan..
aku andaikan, hanya engkau yang mengetahui bagaimana seksa deritanya aku di sini..
dari saat itu sehingga ke akhir ini,
hati aku.
sakit, bengkak, bernanah.
hampir hilang denyut nadi nak terima kenyataan ni..
masih terasa sesaknya di dalam palung nafas ini..

hampir terbang roh yang dikandung badan..
hampir hilang kewarasan minda..
hampir tiada daya lagi nak terus berdiri...
tiada daya lagi nak buka mata meneruskan hari2..


bukan niatku hendak menolak takdir mu tuhan.
aku sejujurnya terasa bagaikan dilimpahi keberkatanmu apabila kau tunjukkan aku apa yg terselindung dari pandanganku..
tidak jemu aku menujah dahi bersujud padamu siang dan malam..
tidak lelah aku menadah tangan berdoa padamu, memohon, merayu2 padamu..
airmata juga tidak kenal hentinya, sentiasa mengalir saat aku berbicara dengan mu tuhan..
aku yakin kau maha melihat setiap titis tangis itu...
aku yakin kau mendengar setiap luahan aku...
aku yakin kau mendengar setiap rintihan aku...



tuhan..
aku teramat bersyukur...
aku kini sudah mampu menarik nafas dengan tenang..
walau ada kalanya aku masih terasa sesak dengan sendu hiba..
aku sudah mampu tersenyum..
walau aku masih dapat rasakan kelat pahitnya senyuman aku itu..
aku sudah mampu berkata2....
walau seketika itu aku hanya berdiam diri..mengurung diri sendirian, menjauhkan diri dari semua orang..
aku rasakan aku sudah mampu lenakan malamku..
walau pada awalnya aku tersentak2 di dalam lena..saat bayangan mereka hadir menjadi igauan paling berbisa buat aku..
aku sudah mampu memikirkan tentang diriku..
walau adakalanya aku masih murung...membisu diam tak berkata..

tuhan..
bagaimana harus aku relakan semua yang terjadi pada diri aku ini..
berdosakah aku kalau aku katakan yang aku gagal merelakan setiap yg mereka lakukan pada aku...?
berdosakah aku andai aku katakan aku tidak dapat mengikhlaskan setiap perbuatan ke atas aku..?
berdosakah aku andai aku katakan maaf itu masih belum ada buat dia dan mereka..

tuhan..ampuni aku tuhan..
aku masih belum mampu mengikhlaskan semua yang terjadi ini..

tuhan..
keterlaluankah aku andainya aku meminta untuk diberi pengadilan buat ku..?
keterlaluankah aku andainya aku memohon belas simpati dari mu, untuk beri keadilan buat hati dan perasaan aku yang dianiaya..?
keterlaluankah andainya aku meminta pengadilan buat sisa2 hidupku yang dikhianati sebegitu saja...?
keterlaluankah andainya aku meminta pengadilan buat setiap air mata aku yang mengalir disebabkan kegembiraan mereka..?
keterlaluankah andainya aku memohon keadilan buat setiap sakit bisa yang aku rasakan dalam hati aku hanya kerana mereka bertindak, membuat keputusan  dengan cuma 
memikirkan kepentingan buat diri mereka sahaja...?

ampunkan aku tuhan..
aku ini hamba hina yang masih menyimpan semua itu di dalam hati..
ampunkan aku tuhan..
sakit yang aku rasakan ini masih bersarang....
lukanya masih berdarah.
sakitnya itu masih wujud..
sakitnya itu masih mencengkam seperti duri halus yg masih belum dapat aku tarik keluar dari hati aku..


tuhan...
aku tahu..tiada apa yang aku mampu lakukan untuk menuntut setiap yang terkhianati dari pihak aku..
aku tahu..aku juga tiada kuasa untuk membalas setiap apa yg telah mereka lakukan pada aku...
aku yakin pada kekuasaanmu tuhan..
aku yakin..setiap perbuatan itu akan dijanjikan balasan..
setiap yang baik ada ganjaran..
setiap yang buruk ada balasan..

jahatkah aku tuhan kiranya aku ini dilihat seperti meminta2 balasan buruk buat mereka..?
allahu..
hanya kau saja yang tahu apa yang aku rasakan ini..
bukan niat aku hendak meminta supaya hidup mereka dicelakakan.
bukan aku memohon doa untuk mereka merasakan jahanam saat mereka masih hidup.
bukan itu niatku tuhan..
aku cuma meminta sedikit hak hidup aku yang terbazir sia2 begitu sahaja..
aku cuma meminta sedikit pengadilan buat hati dan perasaan aku yang teraniaya..yang dibuang begitu saja..
sedikit pengadilan buat rasa kasih aku yang disakiti tanpa ada rasa belas dan rasa bersalah..
pengadilan dari mu tuhan, aku andaikan boleh jadi sesuatu balasan yang selayaknya atas perbuatan   setiap dari mereka...
dan boleh jadi juga pengadilan mu itu berbentuk sesuatu kurniaan yang indah dan lebih baik untuk aku, hati perasaan dan hidup ku pada masa akan datang..
semua itu aku yakin atas keEsaan mu tuhan..

tuhan...
telah kau makbulkan setiap permintaan ku..
telah kau dengarkan setiap doa tangisku..
telah kau tunaikan setiap rintihan rayuan aku...
telah kau dengarkan permohonan hati aku untuk ditunjukkan mana satu keadaan yang sebenar..
sesungguhnya terlalu besar rahmat mu tuhan dengan menunaikan permintaan aku..
telah kau tunjukkan pada aku, bahawa ini lah jalan yang harus aku lalui buat masa ini..
telah kau tunjukkan padaku, dia bukanlah yang selayaknya untukku pada saat ini...bukan dialah yang selayaknya mendapatkan yang terbaik dari aku..bukan lah dia selayaknya yang mendapat segala kebaikan dan kekurangan serta kesempurnaan yang aku ada sebagai makhluk ciptaan mu tuhan..
justeru aku mohon padamu tuhan..
atas segala kekuasaanmu Ya Rabb.
aku mohon..
lumpuhkanlah ingatan ku pada dia...
lenyapkan lah dia dari fikiran dan minda aku...
hapuskan lah dia dalam hati dan perasaan aku..

sejujurnya..
sehingga saat ini aku masih terasa sakit dan perihnya
hanya kerana kasih sayang yg aku simpan kan untuk dia terlalu menebal...
cinta yang ada buat dia terlalu mendalam..
kerana inilah yang membuatkan aku masih terasa sakitnya...

tuhan..
bantulah aku..
lumpuhkanlah segala ingatan ku pada dia...
hapuskanlah segala perasaan yang aku ada untuk dia..

tuhan..
telah kau tarik dia pergi dari aku..
aku yakin..
pasti ada yang lebih baik yang akan kau anugerahkan untuk kelak...
aku mohon segala yang terbaik darimu tuhan...
aku percaya setiap aturan mu itulah yang terbaik untukku..
aku yakin..
Kau maha mengetahui segalanya yang bakal berlaku esok nanti...
aku redha ya allah..
aku redha atas segala aturan mu..
aku percaya apa pun boleh terjadi atas kekuasaanmu..


andainya kau tentukan kisah ini berakhir di sini, maka, cukuplah sampai disini..
andainya kau aturkan kisah ini dipusingkan jalan takdirnya, maka akan berubah lah jalan cerita ini mengikut hendakmu tuhan..
andai kau takdirkan kisah ini akan bertaut semula menjadikan kisah yang baru, maka akan bersambung semula lah kisah ini..
andainya kau takdirkan akan bermula jalan takdir hidup yang baru, maka, akan bermula lah satu jalan kisah takdir yang baru....

tuhan...
aku memohon yang baik2 dari mu tuhan..
aku meminta belas kasihanmu..
aku minta kurniakanlah aku jalan takdir yang terindah untukku tuhan..
kerana hanya kau saja yang mengetahui apa yang terbaik buat diriku....
aku mohon kau dengarkan lah setiap rintihan dan doa dari diriku yang teraniaya hati aku..yang terkhianati perasaan aku..yang terzalimi perasaan dan impian aturan masa depanku..yang terbazirnya sisa2 hidup ku dalam satu tempoh masa yang cukup panjang..

sesungguhnya segala yang baik dan terindah itu datang darimu Ya Rabb.
dan yang jahil dan yang hina itu datangnya dari aku, hambamu yang penuh terpalit dosa..

allahuakhbar. subhanallah. astghfirullah. alhamdulillah.
wallahualam.



Friday, May 2, 2014

jadilah! maka jadilah ia

bismillahirrahmannirrahim ...


betullah kata orang. biar kita ni di pihak yg benar. tak perlu bertelagah mendabik dada menunjuk siapa yg benar, siapa yg salah. hanya dengan berdiam diri, semua kebenaran tu akan tertunjuk dalam sedar atau tidak. bezanya cuma masa. sama ada cepat ataupun lambat.

aku bukan nak kata aku ni baik. nak kata aku ni buat kerja sempurna dan bagus itu tidak sama sekali. nak kata aku ni kaki membodek, kaki mengipas..langsunglah tidak..itu bukan cara aku. nak kata aku ni gila hadap sgt kuasa..allahu..tak pernah terlintas langsung.

macam ni lah..senang cakap,
aku ni orang yg easy going..
aku ni orang yg "lantak lah.."
..aku ni jenis orang yang "ehh..aku ni makan duit gaji orang bayar..kenalah buat kerja dia betul2..ikhlas.."
aku ni jenis orang yang "tak payah nak mengendeng poyo sangat lah.."
aku bukan jenis orang yang "ehh..bos adalah, kena buat2 baik ni-bila takde bos, tarik muka masam dgn org lain."
aku ni jenis yang biar susah itu pada aku, jangan aku menyusahkan orang lain..

senang cerita, aku bukan orang yg suka membebankan orang lain mahupun mempergunakan orang lain. atau erti kata lainnya mengambil kesempatan, mementingkan diri sendiri..dan sewaktu yg mcm tu..

tapi bila aku tahu ada yang mengguna2kan aku..ada yang mengguna2kan nama aku..untuk tujuan mereka2 cerita, untuk tujuan menokok tambah untuk menyedap kan jalan cerita rekaan dia, untuk tujuan mengambil kesempatan pada orang supaya kerja dia dapat dikurangkan..bila aku dapat tahu orang yg aku berbuat baik selama ni, sebenarnya mcm2 cara dia buat semata2 untuk mempergunakan aku.

seriously.
ianya sesuatu yang sangat menakutkan pada aku.

bila aku fikirkan balik,
kenapa..?
apa masalahnya?
apa hal nya yg dh aku timbulkan dengan diorang..?

aku tak tahu..
setahu aku,
selama aku bekerja dngan diorang, aku buat mana yang aku mampu..aku buat mana yang aku boleh buat..aku tolong mana yang aku rasa aku boleh tolong..
kalau aku tak boleh, aku katakan sejujurnya, dengan cara yang baik kenapa aku tak boleh..
kalau kau tak mampu, aku katakan apa yg membuatkan aku tak mampu..
di hadapan diorang, yea, aku bersalam, berlaga pipi, senyum, bertanya khabar, memuji andai apa yg aku lihat menarik pandangan aku..bersembang mana yang aku boleh..walaupun aku sedar aku bukan kaki sembang..aku tak reti bersembang dengan orang..tapi aku cuba jugak ringan2kan mulut utk berkata2..supaya tak dikata sombong..
di belakang mereka, aku hanya buat hal aku..tak de pulak aku pegi pada si polan yg lain dan bercerita benda yg tak wujud pasal diorang..takde pulak terdetik kat hati kau rasa mcm.."eee dia ni..menyampah, sakit hati aku tengok.." tanpa ada alasan yang yang kukuh..

kalau ada pun aku berkata2, pastinya lah aku bertanya kan benda yg aku nampak..benda yang aku dengar..

aku tak pernah lah pulak rasa aku ni mengadu domba..
aku tak pernah lah pulak rasanya memburukkan orang lain semata2 nk menaikkan diri aku di mata orang atasan.

aku jujur apa adanya aku.
aku tak pulak rasa yang aku mengejar jawatan besar mahupun kecik.
hakikat, sbolehnya aku mahu larikan diri dari apa2 jawatan..sebab aku tahu bukan senang nk pikul komitmen..biarlah aku mula dari bawah..belajar dari yg asas..sebelum aku memegang apa2 jawatan yg memerlukan aku utk ada sedikit kemahiran dan pengetahuan..

dan bukanlah cara aku untuk menyembunyikan sesuatu yg dh terang2 an salah..
saat aku diberikan tampuk ganti, sebagai teraju ganti disitu, dari apa yang aku lihat..memang lah tiada kerja dari pemegang teraju yg sebelumnya yg lengkap diselesaikan..saat tu aku cuba..aku cuba untyk menyiapkan apa yg tidak siap..aku cuba selesaikan apa yang dia tinggalkan..aku sedar itu memang kerja aku..tugas aku untuk menyelesaikan mana2 yang berbaki..

tapi, kalau dah majikan sendiri yang melihat semua kerja2 tu..kalau dh majikan sendiri yg turun padang berdiskusi dengan aku apa yang terbaru yg aku harus teraju sebagai ganti di situ..
ibaratnya bagaimana aku nak tutup..bagaimana aku nak selindungkan bangkai yang dah berlalat dah berbau dari pandangan dan dari hiduan mereka..? kalau benda itu remeh dan sedikit, insya allah aku rasa aku boleh bantu selindungkan..bantu untuk menutup apa yg dia tinggalkan mcm tu saja..
aku menerangkan apa yg aku teraju buat masa itu. aku menerangkan segala2 nya yang benar. profesional. kalau dh itu yg awak tinggalkan, kalau dah hanya itu yg awak kerjakan selama ni, awak patut tahu implikasi nya esok2 nnti. dah memang itu yang harus aku laporkan..apa daya dan kuasa aku nak melindungkan kerja yang diberi upah pada aku. kalau itu yang awak rasakan sebagai mengadu domba, sebagai gila kuasa, sebagai nak menempel pada orang atasan..jujur aku kata, aku tak tahu mana tahapnya pemikiran awak yg nyatanya dah pergi belajar tinggi melangit tu..

sampai saat ni aku rasa seram sejuk..atas apa yang diorang katakan, atas apa yang diorang lakukan dibelakang aku. lebih menakutkan bila aku diarah sesuatu yang datangnya bukan dari majikan aku sendiri. itu semua datang dari mereka. yea. datang dari mereka sendiri yang nk gunakan aku tanpa tidak aku ketahui apa alasan mereka..apa niat mereka..

membuli..?
apa betul diorang cuba membuli aku..?
apa betul diorang mahu ambil kesempatan atas aku..?
apa betul diorang anggap aku ni pak turut yg akan ikut saja kata2 diorang..

sebodoh itu, serendah itu kah aku di pandangan mata mereka2 sekalian ni..?
kalau memang betul, ini yang mereka fikirkan mengenai aku, aku tak punya apa2 kuasa, aku tak punya apa2 daya untuk mengubah persepsi diorang..

tuhan tahu,
kenapa aku turutkan segelintir dari arahan diorang ni.
aku nak belajar. dan aku nak buat kerja yang aku diupah bayar bulan2.
aku tak nak makan duit yang masuk setiap bulan dalam akaun aku macam tu saja dengan meremehkan setiap kerja, tugasan yang aku dapat..
aku seikhlasnya buat kerja2 itu walau hakikatnya aku tak tahu diorang mempergunakan aku.

tuhan tahu niat aku dan tuhan tahu niat mereka2 ni.
memang bila pada awalnya benda ni tersingkap,
aku hanya mendiamkan diri.
aku terkejut, aku terkilan.
kenapa diorang buat mcm ni..aku ada buat salah apa ke kat diorang..kenapa dia cakapa aku mcm tu..
hampir saban hari itu je yang berlegar dalam kepala aku..memikirkan sanggupnya diorang ni buat demikian di belakang aku..ditambah pula dengan cerita2 yang sememangnya langsung tak sedap didengar..cerita2 yang tak pernah wujud..cerita yang terlalu bersimpang siur.
aku sangat2 kecewa.
nak diceritakan pada majikan,
aku khuatir itu akan dianggap mengadu domba.
lagipun pada saat awal aku menjadi teraju ganti,
saat aku laporkan baki kerja apa yang aku baru saja ambil alih,
dari situ aku dh dengar mcm2 suara yang berkata..
sakitnya hati..
jadi, aku pilih untuk tidak lagi bercerita.
sebab aku tahu..
kadang2 utk tunjukkan kebenaran, tak perlu kita menyampaikan pada orang lain untuk meminta sokongan, meraih simpati..
tak perlu aku beriya2 menegakkan benang kepunyaan aku yang diorang basahkan.
aku tahu tuhan itu adil.
sampai satu saat,
walau bukan aku yang meluah bercerita hal sebenar,
mungkin saja akan ada hamba allah yang lain akan ceritakan bagi pihak aku.
mungkin akan ada hamba allah yang akan cuba menegakkan sesuatu yang aku tak mampu nak kata apa..aku yg dah terduduk sungkur dengan kata2 ciptaan penyedap mulut diorang.

kerana hal inilah, aku buat keputusan untuk mengundur diri.
mungkin dengan perginya aku,
sedikit sebanyak hal itu akan tersingkap.

sebulan dah berlalu.
nyata telahan aku benar2 terjadi.
walaupun mungkin tak tersingkap keseluruhan,
namun cahaya dusta itu masih ada menembus tetingkap jendela nista palsu diorang

makin benda itu tersingkap,
aku masih lagi merasakan takut dan seram..
ada perkara yang aku tak tahu, dah aku ketahui sekarang ni..
nyata nya memang sangat2 buat mulut aku menutur ucapan kalimah tuhan..
itu je yang aku mampu buat setiap kali aku dapat tahu sesuatu mengenai aku yang bukan datangnya dari aku yang wujud nya hasil dari ciptaan mereka yang tak aku ketahui niatnya...

wallahualam.

kun fayakun.
'Jadilah! Maka jadilah ia"


Thursday, May 1, 2014

kedai buku

kl sentral.
*berjalan ke kedai buku dan magazine kat aras atas kl sentral.

*terus menghala ke rak2 novel-berhadapan dgan rak buku2 islamik
*ada seorang lelaki yang tengah belek2 tinjau area buku islamik

#aku
tinjau2 rak novel. hajat hati nak beli novel bukan kerana aku tak cinta. gara2 angau abg jebat sedang melanda. dan episod drama nye baru habis. dan i need to read the novel. utk lebih memuaskan hati.
mata dh spot mana novel yg aku nak tu. tapi duk tinjau2 lagi, mata ligat tgh tgok novel2 baru yg ada.
sambil

*meninjau novel sambil cross lelaki yg ada bertentangan dengan aku. cross di hadapan dia sambil menundukkan pandangan.

#aku
duk tengok novel2 dgn penuh khusyuk. tertinjau2 atas bawah rak.

#lelaki tu
"err. beg awak.." (sort of..)

#aku
"hah?" sambil tengok handbag aku yg berjuntai kt bahu, hampir mengenai buku2 islamik kt rak belakang aku.
"oh." senyum sikit. tanda aku faham teguran dia.

*teruskan menengok novel2.

tiba tiba ...

"awak memang baca novel ke..?"

> "err.haa ahh. suka"
> novel apa yg awak selalu bca..?
> errr..
> novel cinta ke, novel seram ke, novel fiksyen ke...?
> errr.. *tak tahu nk jawab apa. aku minat novel cinta..tapi kalau aku mengaku suka novel cinta nnti cm poyo je, depan lelaki yg aku tak kenal ni..*mata terpandang kt novel ramlee awang murshid..
> yer, semua saya suka baca..
> oh..selalu beli la ni..buku yg terbaru apa yg awak last beli..?
> err..*buku baru yg aku last beli..?alahh mana aku nk ingat..
> ntah..tak ingat..skrg sy dh jarang beli novel..kalau zmn sekolah dulu yelah selalu beli..
> oh zaman sekolah..habis sekarang ni awak dh zaman apa..?
> *pulak...sekarang dh zaman keje..kurang sikit masa baca novel..
> zaman keje dh sekarang..awak nak tak saya pilihkan awak satu novel..?
> eh takpelah..saya bukan nk beli pun..saja tengok2 sni, sementara tunggu kawan saya..
> takpelah..saya pilihkan satu utk awak ok..?
> haha..takpe2..tak payah la..

*mulalah perbualan biasa2 yg mcm biasa. haha. mau nk je aku garu2 dahi. awkward gile bile org ajak nk berkenalan..nak berkawan2..satu soalan dia yg aku rasa nk tgelak

"awak dah berkahwin ke..? tunang ke..? kalau nk berkawan boleh ke..?"

gahhhh..

aku rasa mcm nk menggulungkan badan aku mcm tenggiling. sgt awkward. dan how embarassing. hehhe

endingnya aku layan sikit2 je sembang dia, sambil kaki aku makin melangkah jauh, jauh dan jauh dari dia..bila ada sedikit distance, perbualan pun terhenti mcm tu je..dan bila ada peluang, aku terus pegi ke rak buku yg lain.. huhuhu. dan bila dh lepas ke rak buku yg lain, aku terus blah keluar dari kedai buku tu..dengan harapan si farhana akn cepat sampai..hehhehe

-the end-

Friday, April 25, 2014

bukan kerana aku tak cinta




auuuw.. my fav drama dh habis. sape yg berani mengaku dia tak cair habis lpas tgok cerita ni mmg lah menipu. ke-sweet-an dia melampau2 sehingga bukan takat kencing manis lagi dah. tapi dh sampai tahap diabtetes kena potong kaki dah.



nelydia sgt sgt sgt cantik. melting habis tgok dia. sharnaaz sgt2 cute. instead of macho. kahh. ntah ler..sweet. plus, si syg aku pun layan sama cerita ni..huhuhu.habis je drama, kitorang kongsi cerita, komen yg cerita ni mmg romantik habis..huhu. senang cerita dua2 angau 'bukan kerana aku tak cinta'. huhu. yang aku nyer, nak request buat rambut mcm watak mas tu. yang abang pulak, konon nk botakkan rambut mcm sharnaaz. pastu ada satu ari dia cakap ngn aku.."anak sedara2 ayg panggil ayg sitimas kan? abang pun nk panggil sitimas lah..nnti boleh panggil mas.." hahaha..tak ke teruk namanya penangan cerita ni..?




huhu..awal2 dulu, abg yg layan cerita ni..aku tak  pernah tengok lagi..masa first time aku tgok, dh sweet habis dh aku rasa. yg abang pulak suruh ikut tgok sama2. katanya sebab watak mas dalam cerita tu perangai nya sebijik mcm aku. aku pun tgok lah. lepas beberapa episod aku tengok cerita ni, aku faham dah kenapa abg cakap aku sama mcm dalam tu. huhuhu. sama ke..? hehe adalah most part yg bila aku tgok, aku akan tersengih senyum sorang2 sebab teringatkan aku dengan abang. sama. huhu.

Sunday, April 20, 2014

ummar and mama teacher ati :)

patutlah mata duk terngenyit2 je hari ni.
rupanya nk jumpa dengan 'anak' kesayangan.
rindu sangat2. sempat luangkan masa sejam jugaklah main2 dengan ummar malam ni.
mak dia ada sebelah pun duk tersasul panggil aku mama.
bergelak2, mengusik dan main sama2. his favorite, playing blocks. huhu.
betul2 rasa lepas rindu. seronok sangat.
sampaikan time nk balik pun, peluk  dan cakap "nak ikut ticer ati..."
tak sampai hati..sedih pulak time babai2 dgn dia. dia nak ikut..haih..
alahai anak. nanti insya allah kita jumpa lagi yea.
sobsobsob.


‪#‎rindu‬ ‪#‎ummarqhaleef‬ ‪#‎playtime‬ ‪#‎happyhour‬ ‪#‎happy‬ ‪#‎love‬ 

love you to the moon and back dear ummar qhaleef.




Friday, April 4, 2014

Cahaya Raudhah. Cahaya Taman Syurga.


tengah prepare makanan kat pantry, dia datang bawak kerusi, duduk sama2 kat sebelah.

tengah buat reading dgn anak2 lain, dia tak bagi. dia nak buat reading dgn dia jugak.

tgah music movement, dia xnak menari sendiri. nak kita yang 'menari' kan dia, suruh kita pegang goyang2 kn tangan dia.

tengah solat, dia datang, duduk tunggu kat tepi kaki.

tengah makan, dia amik kerusi, duduk sebelah, nak jugak makan apa yg kita makan.

tengah buat kerja dalam pejabat, dia datang, amik kerusi, duduk sebelah.

tengah time utk tidur, nak kita temankan dia. kalau tak de kat sebelah, memang dia tak tidur.

kalau usik dia, dia buat2 nangis. time kita nk pujuk, mulalah dia dengan sengih nakal yg buat kita geram.

time kita tgah marah, dia tak takut pun. lagi mengendeng kat kita lagi adalah.

time dia ada mood, dia nyanyi ikut bahasa dia. walaupun kita tak faham, rasa terhibur sangat2.

datang time dia nak bergurau, dia suka buat geli2 kat kita,acah2 kita. sampai satu tahap bergurau tu, dia selalunya suka sangat gigit pipi.

masa dia sakit, memang nak kita je melayan dia. teman tidur, tuam badan dia, sediakan satu botol susu dan satu botol air masak kat tepi dia. tak rasa terbeban walaupun dia termuntah atas kita.

kalau ada kawan2 buat kerenah, dia datang mengadu. tapi kalau kita buat dek je, dia sendiri yang pergi sound kawan2 dia tu. kelakar sangat.

kalau mintak dia sayang kita, laju je dia bagi hugs and kisses.

pantang diajak bergambar, memang duk mintak snap gamba dia je. penuh fon kita dgn gambar dia.

dia lah yg hari pertama datang sekolah, tersadung kaki kat tikar dan kepala terhantuk kat meja sampai benjol2 lebam dahi dia. cuak dan takut gile time tu sebab takde first aid kit. menggelabah sangat dan kesian sngat2 kat dia.

masa mula2 dia datang, dia tak tau panggil teacher dan tak kenal nama kita.
tapi bila dia dah pandai sebut 'teacher' dan dh pandai sebut nama kita 'teacher ati..'
rasa mcm seronok yang teramat sangat.

sekarang,
bila duk kat rumah, terngiang2 suara dia panggil kita.

yang paling diingati,
ummar qhaleef






terima kasih sbb sudi bekerja bersama2 dgn saya yg "gila2" ni.
banyak yg aku belajar.
banyak yang aku kenal.
banyak yang aku dapat.
banyak yang aku lalui.
alhamdulillah.

 


 

 
 
 

 sejujurnya, aku dah jatuh kasih pada kalian.
semua.
rakan2, kakak2 dan semua anak2.
tapi.
yea.
tapi.
yang aku dapat dari kalian bukan yang sejujur dan seikhlasnya.
dan maafkan kerenah aku.
bila sekali aku dah tak suka,
tak kan ada lagi istilah percubaan yang kedua kali buat aku.

aku berat hati.
sedih tinggalkan semua ni.
namun,
pasti ada yang tersenyum bila aku atur langkah keluar.



terima kasih Cahaya Raudhah.
#blog-pager{font-size:normal}.showpageArea{font-family:verdana,arial,helvetica;color:#000;font-size:11px;margin:10px}.showpageArea a{color:#000;text-shadow:0 1px 2px #fff;font-weight:normal}.showpageNum a{padding:2px 8px;margin:0 4px;text-decoration:none;border-bottom:2px solid #5fb404;border-top:2px solid #5fb404;background:#effbf5}.showpageNum a:hover{border-bottom:2px solid #df01d7;background:#a9f5f2;border-top:2px solid #df01d7}.showpageOf{margin:0 4px 0 0}.showpagePoint{color:#fff;text-shadow:0 1px 2px #333;padding:2px 8px;margin:2px;font-weight:700;border-bottom:2px solid #5e610b;border-top:2px solid #5e610b;background:#5e610b;text-decoration:none}