Saturday, December 11, 2010

semoga suatu hari nanti =)


ya allah,
aku berdoa utk seorang lelaki yang akan menjadi bahagian hidupku
seseorang yang sungguh mencintaiMu lebih dari segala sesuatu
seorang lelaki yang akan meletakkanku pada posisi kedua dalam hatinya selepas Engkau
seorang lelaki yang hidup bukan hanya untuk dirinya sendiri tetapi untukMu
wajah tampan dan tarikan fizikal tidaklah penting
yang penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai dan dekat dengan Engkau
dan berusaha menjadikan sifat-sifatMu ada pada dirinya
dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-sia

seseorang yang memiliki hati yang bijak tidak hanya otak yang cerdas
seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tapi juga menghormatiku
seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi juga dapat menasihatku ketika aku berbuat salah
seseorang yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tetapi kerana hatiku
seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi
seseorang yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita ketika aku di sisinya

ya Rabb,
aku tidak meminta seseorang yang sempurna namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna,
sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mataMu,
seorang lelaki yang memerlukan doronganku sebagai peneguhnya
seorang lelaki yang memerlukan doaku untuk kehidupannya
seseorang yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya
seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya sempurna

ya allah,
aku juga meminta
buatlah aku menjadi wanita yang dapat membuatnya bangga
berikan aku hati yang sungguh mencintaiMu sehingga aku dapat mencintainya dengan sekadar cintaku
berikanlah sifat yang lembut sehingga kecantikanku datang dari Mu
berikanlah aku tangan sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya
berikanlah aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dan bukan hal buruk dalam dirinya
berikanlah aku lisan yang penuh dengan kata2 yang bijaksana
mampu memberikan semangat serta mendorongnya setiap saat dan tersenyum untuk dirinya setiap hari

dan bilamana akhirnya kami bertemu,
aku berharap kami berdua dapat mengatakan :
"betapa maha besarNya Engkau kerana telah memberikan kepadaku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna."
aku mengetahui bahawa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat
dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang telah Engkau tentukan..

Amin ...




(taken from other's)



..

mak pesan ..

hmm..
nak cerita ni..
mak ada pesan kat aku..

"siti..kau nnt nak cari teman biar yang boleh jaga hati aku, hati abah.."

"boleh sama2 jaga, tau tanggungjawab "

" jangan cari nk tengok muka, tapi tengok agama dia, pembawakan dia ..supaya esok2
dia boleh bimbing kau elok2 .. "


....


hmm..
yea mak..
insya allah..
...

pegi pasar + nafsu shopping

Aku temankan mak pegi market pg tadi..

Beli ikan, ayam utk buat masak lauk hari ni..

Aku tolong mak pilih ayam..

Mak dok pilih sayur..

Yang aku rasa kelakar sangat kan,

Time aku dok pilih2 ayam tu,

Tetiba rasa mcm kelakar jer..

Sebab yang memilih kat sekeliling aku ni semuanya

Makcik2..wanita2 yang dah berusia dan sebaya ngan mak aku..

Aku try gak ah cari dak2 yang sebaya aku..

Tengok kiri, tengok kanan..

Hampeh..

Takdepun dak2 cm umo aku memilih2 ayam ke, ikan ke sayur ke..huhu..~

Tetiba aku rasa aku mcm makcik2 pulak..

Sekali lagi aku berfikir,

Agak2 nya mcm orang2 yang sebaya dan sama umur ngan aku tgah buat apa skang ni eah..??

Ermm..

Ntah..no idea..huhu..~

Ke aku ni yang dah mcm makcik2 dah..?

Time manusia2 sebaya aku g kua jenjalan ngan sesama member,

Aku lak, temankan mak gi pasar..

Huhu..~

Ok..ada satu lagi statement kat sini..

Petang nya pulak,

Aku terasa cm nk g membeli sedikit buku2 utk dibuat bacaan..

Boring lak rasanya dok umah kan-terasa cm nk membaca pulak..

Aku ajak amin keluar,

Kak yaya ngan nana sekali ikut..

First- gi ampang point..

Lepas pilihkan 2 buah buku utk liyana,

Aku try tengok2 buku yang aku nk baca pulak..

Malangnya,

Tak jumpa langsung buku2 yang menarik minat aku..

Ngeeee…~~

Dan dalam banyak2 novel yang ada kats itu,

Aku tak tertarik kat satu novel pun..

Langsung..!

Ngeeee..~

Pastu aku ajak liyana gi tempat lain lak..

Tengok handbag,kasut ngan aksesori ngan bajuu…

Tapi still,

Mcm takde nafsu langsung nak membeli belah..

Lepas tu dah dok dalam kereta,

Still lagi tak berpuas hati sebab tak dapat nk beli satu barang lagi pun..

Aku ajak pulak amin pegi wangsa walk..

Sekali lagi aku terjah kedai buku kat situ..

Tapi,

Masih jugak tak menarik minat aku langsung..

Adoi…~

Dimana perginya nafsu membeli belah aku..??

Huhu..~

Kenapa aku tak rasa tertarik langsung kat sebiji hku dalam novel2 yang berlonggok tu..??

Huhu..

At that time aku dah sedar yang

Nafsu membeli belah aku sememangnya dah hilang…

Hukkhukkk..~

Bukan masalah takde duit..

Duit ada tapi puas jugaklah aku dok tgok baju, dan segala mcm lagi lah,

Still rasa tak tertarik langsung nak beli…

Heeeeee…~

Kemana perginya nafsu shopping..hukkk..~

Tapi ada baiknya jugak,

Sebab jimat duit aku..

Sepanjang kua tadi pun,

Duit aku abes kat liyana je..

Huhu..

Belikan dia aiskrim,buku..huhu…~

saya mungkin bongsu, tapi manja belum pasti =)

Hari ni..teman abah gi bank…

Kuar kan duit,

Masuk kan sikit kat akaun aku,

Utk buat belanja naik sem nnt

Pastu g tolong abah bayarkan

Bil air ngan bil letrik..

Pas bayar bil semua tu,

Abah suh beli kuih sikit..

Ada gerai pakcik makcik ni dia jual kuih2 sikit,

Depan dengan bank yang dok keluar duit tadi..

Lepas abah pilih2 kuih apa yg dia nak,

Abah gerak gi keta dulu..tinggal lah aku kat gerai tu tunggu pakcik ngan pakcik tu

Bungkuskan kuih utk aku..

Pakcik tu tanya aku

"ayah yea?"

Aku senyum dan berkata "yea, ayah"

Pastu pakcik tu tanya lagi..

"anak bongsu la yea..?"

Aku senyum lagi dan berkata

"yea saya."

Isteri dia yg kat sebelah tu pun senyum kat aku..

Pastu pakcik tu sambung lagi berkata2

"ohh..kalau bongsu memang semua mintak dapatlah ye ni.."

Aku pun senyum lagi dan menafikan ..ngehehe..

"takdelah pakcik, biasa2 jer.."

Pakcik tu tadi gelak then tanya aku kenapa pulak..

Aku tergelak then Spontannya aku jawab :

"nanti naik mua lah saya .."

Sambil ckp tu,

Aku nmpak muka mkcik tu cm terkejut sikit ngan jawapan aku..

Pastu dia dengan pakcik tadi sama2 gelak..

pakcik : oh..naik mua yea nnti..

Aku : a'ah..kalau tak nanti susahlah sy nk hidup, kena lah belajar susah sikit pakcik..

Kitorang pun cm gelak2 mesra gitu..huhu..

Pakcik tu pun membuka lah ceritanya secara ringkas sedikit

Katanya,

Anak bongsu dia pulak tak mcm tu..

Anak dia tu kalaupun bukan dia yang manjakan,

Dia manjakan diri dia sendiri pulak..

Pastu mkcik tu pulak bertingkah2 mesra ngan suami dia,

"alah..mengada2 lah..tak siapa nak manjakan dia tu..'

Sambil dia tergelak2..

Pastu kuih2 aku dah siap bungkus,

Aku pun geraklah mintak diri balek ke kereta..

Kesimpulannya kat sini..

Mungkinlah aku ni anak bongsu.

Tapi aku tak manja

Manja yang sampai semua kata aku nak kena dengar,

Semua apa yang aku nak wajib dapat..

Tidak sama sekali..huhu

Kadang2,

Tak semua apa yang aku cakap dan nakkan akakn dituruti oleh mak abah..

Huhu

Aku rasa better begitu kot..

Supaya aku dapat lah belajar utk gidup susah dan cuba argue pendapat dan apa yg

Kita rasa..

Kalau semua ikutkan kita jer,

Bilanya kita nk belajar susah..kan..?

Huhu..

That’s why bila orang kata aku manja disebabkan aku tiada adik,

Aku menafikan sekerasnya..[ayat poyo jer..huhu]

Sebab, memang ah aku sendiri tak rasa aku ni manja..

Kadang2 manja tu cm rasa terlebih ngada2 la pulak..

Ntah..tak taulah bila masanya aku manja dan cmne caranya aku bermanja..

Huhu..

Ngeee..~

#blog-pager{font-size:normal}.showpageArea{font-family:verdana,arial,helvetica;color:#000;font-size:11px;margin:10px}.showpageArea a{color:#000;text-shadow:0 1px 2px #fff;font-weight:normal}.showpageNum a{padding:2px 8px;margin:0 4px;text-decoration:none;border-bottom:2px solid #5fb404;border-top:2px solid #5fb404;background:#effbf5}.showpageNum a:hover{border-bottom:2px solid #df01d7;background:#a9f5f2;border-top:2px solid #df01d7}.showpageOf{margin:0 4px 0 0}.showpagePoint{color:#fff;text-shadow:0 1px 2px #333;padding:2px 8px;margin:2px;font-weight:700;border-bottom:2px solid #5e610b;border-top:2px solid #5e610b;background:#5e610b;text-decoration:none}