Tuesday, January 15, 2013

Ilmiah Bertulis.

 *sambung dari post yg sebelum ni..

dah pukul 5pm++, aku pun bergerak pergi ke kedai printing sek2 tu semula...memandangkan tauke tu tak call aku pun..erkk..hampeh..aku pun decide utk pegi jelah sana...besar hati berharap yang dah siap hardcover dah semuanya. sebaik aku melangkah masuk dan tauke kedai cina tu kata " okay2, sini sudah siap..!!" aku sambut huluran dari tauke cina tu. 3 buah buku berkulit tebal bertukar tangan. aku pegang erat2. aku tarik nafas dan aku tersenyum. aku puas.


masuk dalam kereta, sekali lagi aku belek3, aku usap kulit muka depannya...huhu..dan juga amik gamba, mms dekat dear dengan angah...hehe..kemudian, aku balik ke kl...


dalam kereta pun, fikiran aku khayal. aku mem-flashback balik betapa susah payahnya perjalanan aku selama beberapa bulan ni semata2 hanya utk satu subjek ni. dan memikirkan yang aku dah berjaya melengkapkan penulisan ini, aku rasa sebak. serius rasa nak menangis setiap kali teringat masa aku tengah sedih gile2 sebab TL. teringat mcm mana pressure yg aku dapat dari surroundings aku, dan segala macam peristiwa lah. rasa sebak yang amat sangat. disebabkan itu, setiap kali aku tengok penulisan yg dah siap ni, aku gembira sebab aku dapat hela satu nafas yang sangat sangat memuaskan!


sampai di rumah, aku tunjukkan pada mereka, aku buktikan apa yg aku dah buat. pada mak, pada abah, pada along, abg bad aku tunjukkan kerja aku ni.


tersangat puas dan gembira.
=)






i learned the lesson. i already got what it takes for me to go through this trials. bittersweet - all of it. ups and downs along the way, was so worth it. takes a lot of pressure and sorrow to complete this. have done my best of the best in this writing. i am totally satisfied.





 syukur alhamdulillah.
thank you Allah.
=')

15 jan 13

i called my dear lecturer yesterday. and syukur alhamdulillah, he said that my writing dah boleh dihard cover..syukur sangat2..hehehe..lepas hung up fon, menjerit2 aku, berlari pegi dapur dan bercerita kat mak, bercerita kat abah, mesej kat abang..memang happy sungguh laa..huhu..akhirnya, complete..huhu..

and right now, here i am in kolej seroja..menunggu thesis aku di hard cover kan dari pukul 1 lebih tadi..hehhhh...aku mintak tauke kedai tu siapkan hari ni jgak..cuma ada extra charges la untuk 1 buku which is, rm3.. not bad la..daripada aku tinggalkan then next week tulah nk dtg amik, nk hantar terus, aku takkan boleh senang duduk kalau tak nampak writing aku tu siap2 depan mata. ngee..

keadi kat seksyen 2. aku survery2 dua tiga kedai melayu, harganya semua rm35+ dan 3 4 5 hari baru siap. aku jalan2 lagi, pegi bahagian belakang, kedai yang kecik je..kedai orang cina..aku tanya2, hahh..rm15 satu buku dan boleh siap hari ni. bukan nk kata apa but can't you see how chinese run business? nak kata banyak buku yg nk hardcover, semua kedai sama malam kedai cina yg kecik ni dah bertimbun tinggi aku dah aku rasa buku2 hard cover. but still, reasonable price and boleh deal good nego. dan service nya pun okay. time nk print semua writing tu tdi, aku rasa cm dh jadi kedai aku pulak. huhu. that chinese man was so humble. layan pelanggan dengan baik. mcm yg kedai melayu aku pegi tadi, pandang sebelah mata je..hampehh.. *ni bukan nk memburukkan orang sendiri tapi ni hakikat.

dan selepas disusun2, lepas tunjuk kt tauke tu mcm mana yg aku nak, aku pun beredar pergi ke mana2 tanpa arah tuju. ohh.. bosan gile.. apa je lah yang ada kat sek2, kat shah alam ni...perut berkeroncong, dah pukul 1 lebih. aku lunch dulu kat gerai yang emmangs entiasa ramai orang tambah2 lagi time orang tgah lunch hour..haihh.. ayam penyet padang jawa. makan sorang2, rileks je sambil gayut ngan dear..huhu...

then, siap2 makan, heading ke dalam uitm..malas aku nk merayau, buat perabih duit minyak je..dah la kete jenis mentekedarah minyak paling banyak..aku lepak2 seroja, sambil on9, rileks2..

tapi dah duk tercongok menunggu rileks2 depan laptop ni, duk dalam kolej, rambut pun dah bebas bernafas, peluh2 pun dah mengering..mata mula la mengade2..menguyu dan memberat semacam je..hadoii...zzzzzzz


Tali

terpandang satu potret di facebook. dari hamba allah yang bukan asing bagi aku. walau terpisah mcm mana pun, antara kami ada talian yang mengikat. tak boleh nk lari jauh. lama aku tatap gambar potret tu. bibir tersenyum tapi hati sedikit sebal. terasa tersentuh. akal menggelinjat bertanya tanya. Dimana kah aku dalam itu? Di mana letaknya aku nanti di kalangan situ. Atau, tersedia adakah tempat untuk aku..? Atau, wujudkah aku dalam kalangan itu.....

Gambaran itu sangat indah. gambaran yang menyatukan, menghimpunkan rungkaian tali2 yang tak pernah terikat bercantum satu dahulunya. sorang di sana, sorang disini. tapi sekarang, mereka dapat masa yang menghimpunkan mereka kembali. tapi.... bagaimana dengan tali yang mengikat aku ni...? bila aku harus bersama untuk melengkapkan ikatan semua tu...? Akan kah lengkap suatu hari nanti...? Aku tak tahu. Aku tiada jawapan. Aku tergantung di sini seorang diri. tergantung dengan seutas tali yang entah mana hujung pangkalnya.

cemburu? mungkin. sakit hati? yea. kerana seburuk2 mana pun, tempat aku selayaknya di situ. dalam susah senang, aku sepatutnya wajib ada disitu. tapi sementelah menjadi mangsa, yang aku sendiri tak tahu untuk keadaan apa. terhukum oleh situasi dulu. yea. aku mangsanya. hukuman aku, harus menjalani hidup bukan aku.

pada siapa aku salahkan semua ini? pada siapa harus aku salahkan kalau aku ada tanggapan buruk bagi situasi ini..? pada siapa aku harus persalahkan demi untuk hidup aku yang bukan untuk aku pada masa dan saat ni..? pada siapa harus aku tuding jari..? pada siapa harus aku luahkan segala perit yang jadi momok pada aku sejak dulu..? pada siapa? aku tak ada jawapan untuk itu. sekali lagi, masih juga aku dibiarkan tergantung.

aku macam layang2. bergerak ikut angin. nampak bebas. tapi ada yang mengawal dan mengikat aku. persoalannya, siapa yang seharusnya memegang tali aku tu...siapa? memang aku bahagia, memang aku gembira berterbangan bebas, ada yang memantau dan menjaga aku. persoalannya, adakah aku ini benar2 layang layang yang dikawal oleh tuan yang selayaknya..?

aku tergantung lagi. kalau itu hanyalah si tukang pegang, bukan pemilik asalnya, bagaimana aku harus memutuskan tali itu dan pergi pada tuan aku sendiri..? aku tidak boleh.buat mcm tu juga aku tak boleh. sudah cukup bersyukur aku diterbangkan bebas beralun2 begitu. sudah cukup besar aku boleh terbang ke mana saja ikut arah angin tanpa dipaksa2. mereka cuma menjadi paksi agar aku tidak tersesat jauh..

aku tak mahu jadi seperti layang2 yang terputus talinya. aku tahu, satu masa nanti aku akan dibawa kembali ke pucuk pangkalnya. bergantung pada masa dan keadaan.



jadi,
di mana letaknya aku pada masa ini.
wujudkah aku dalam kalangan itu.
sebal rasanya.
seolah2 timbul soal pinggir-meminggir di sini.

tahukah mereka yang aku hanya mampu melihat dari jauh?
tahukah mereka yang hati aku selalu rasa nak memberontak untuk ikut punya masa bersama mereka?

aku tak rasa mereka tahu.
aku tak rasa mereka rasa apa yang aku rasa.
sebab diorang tak faham, tak mengerti aku, sebagai salah satu tali yang tak pernah cuba disatukan sejak dari dulu lagi.
diorang tak tahu isi hati pemikiran aku, sebagai layang2 yang diterbangkan di tempat yang berasingan.



tak mengerti apa yang aku cuba luahkan?
memang.
tak perlu cuba nak faham,
dan tak perlu buat2 faham.
sebab tak siapa yang akan boleh faham.
sepenuhnya mahupun faham sikit2, siapa pun takkan mampu.
sebab aku sendiri pun ambil masa seumur hidup aku sehingga kini untuk memahami hidup yang bukan aku ini.




#blog-pager{font-size:normal}.showpageArea{font-family:verdana,arial,helvetica;color:#000;font-size:11px;margin:10px}.showpageArea a{color:#000;text-shadow:0 1px 2px #fff;font-weight:normal}.showpageNum a{padding:2px 8px;margin:0 4px;text-decoration:none;border-bottom:2px solid #5fb404;border-top:2px solid #5fb404;background:#effbf5}.showpageNum a:hover{border-bottom:2px solid #df01d7;background:#a9f5f2;border-top:2px solid #df01d7}.showpageOf{margin:0 4px 0 0}.showpagePoint{color:#fff;text-shadow:0 1px 2px #333;padding:2px 8px;margin:2px;font-weight:700;border-bottom:2px solid #5e610b;border-top:2px solid #5e610b;background:#5e610b;text-decoration:none}