Friday, February 12, 2010

well..
aku masih memikirkan pasal benda itu.
masih lagi dalam keadaan terkejut.
tapi ianya sudah boleh dikawal.
kalau first day ari tuh,
aku memang giler2 punya tak larat sampai boleh jatuh pitam.
bayangkan disebabkan tekanan yang memuncak sampaikan aku boleh terjatuh
disebabkan pandangan aku dah bertukar menjadi kabur.

sekarang ni,
bagi pendapat aku sendiri,
maybe aku boleh terima benda ni
sedikit demi sedikit
dan hari demi hari..

harap maklum,
aku tak boleh dipaksa.
walau apa jua benda sekalipun,
jangan paksa aku.
kalau tak,
aku akan naik angin.

yup.
aku akan belajar untuk terima semua ni.
slowly.

mugkin selama ni aku terfikir2.
bila agaknya sampai masa aku akan ketahui semua ni.

but now,
bila aku dah tahu semua ni,
lain pulak jadinya.

tak lain yang aku fikirkan bila benda ni dah datang sendiri pada aku.
aku cuma fikirkan mak n abah.
macam mana agaknya penerimaan diorang bila dapat tahu aku dah terlebih awal mengetahui benda ni..?
kesian kat mak n abah.
walaupun aku sememangnya berhak untuk mengetahui semua ni,
tapi aku tak bersedia kalau nak berdepan dengan mak dengan abah untuk hal ni.

aku tahu,
satu hari nanti,
saat untuk aku berdepan dengan mak n abah pasti akan datang jugak.
sepertimana kebenaran ni datang sendiri pada aku beberapa hari lepas.

tak taulah camne.
aku terlalu sayangkan amk dengan abah.
sampai aku terlupakan situasi sebenar.

kalaulah hari tu datang nanti,
sesungguhnya aku takkan dapat menahan emosi.
pastinya aku akan menangis tersedu2.

...

kalaulah aku ada kuasa untuk membuatkan hari tu takkan tiba langsung.

agaknya macam mana hidup aku bila aku dapat terima suasana baru tu nanti..?
mesti akan berubah gila2 punya..

hmm...
kalau 4 bulan yang lepas aku dirundung sedih yang amat sangat
akibat hati dipermainkan,
tapi hari ni,
sekali lagi aku dirundung kesedihan yang tak pernah aku rasakan.
yang rasanya memang setanding dengan situasi 4 bulan lepas cuma puncanya
saja yang berlainan..
tapi ada satu jerla perbezaannya.
bezanya untuk kali ni,
aku terlalu tertekan sampaikan jatuh pitam.
itu saja.
and ada lagi satu benda.
farhana tiada disamping aku.
cha pun tak de.
tapi cha tak tahu pasal hal ni.
tapi takpe.
satu hari nanti,
aku akan ceritakan jugak pada cha..

dan sekali lagi.
disebabkan rasa terkejut dan sedih yang teramat sangat
aku hanya mampu menangis.
sampai bengkak dan sembap mata.

tapi takpela.
sejauh mana aku lari pun,
benda tu still akakn mengikut aku dari belakang.
berserah pada Allah.

Tuesday, February 9, 2010

TERJATUH

penat.
itu je yang mampu aku cakap buat masa ni.

dengan secara tiba2,
benda yang kerap menghantui aku selama 20 tahun aku hidup,
akhirnya terjawab lewat petang semalam.
tangan aku menggigil,
nafas jadi pendek,
dan menangis.
itu lah yang berlaku pada aku sebaik aku mendapat mesej tu.

aku tak tahu apa perasaan sebenar aku.
apa yang pasti,
sumer perasaan tu bercampur baur menjadi satu dalam otak aku.

kerja assignment sumer nya tak menjadi.
tangan melukis,otak ke lain.
tahap konsentrasi aku sangat2 terganggu.

malam sebelum tidurnya,
sekali lagi aku menangis.

hari ni,
dalam kelas,
aku bagi tahu angah semuanya.
dan airmata terus jatuh tanpa dapat dikawal.
esak sendu tangisan dah mula kedengaran.
nasib mber2 tak dengar walaupun kedudukan aku agak hampir dengan mereka.

menangis pada angah ibarat
masih belum dapat menenangkan hati aku.
lepas tu,
abah telefon.
saja bertanya khabar.
lepas tu pulak bercakap dengan mak.

mak macam tahu2 yang aku tengah bersedih.
dia tegur suara aku.
bila dengar mak tanya macam tu,
terus aku tak dapat nak tahan air mata aku.
aku juz bagi alasan tension.

bercakap dengan mak dengan abah,
sangat2 meruntun hati aku.
banyak kali aku menangis,
sampaikan perit rasanya mata dan pening kepala.

hinggakan satu ketika,
aku terjatuh dalam kelas.
yea.
seriuosly,
aku terjatuh
kerusi yang hanya depan mata tak sempat aku nak gapai.
kenapa aku jatuh?
aku pitam.
tiba2 pandangan aku kabur dan otak aku jadi kosong.

sehingga macam ni sekali aku..?
kawan2 yang lain dah mula risau.
dengar diorang menjerit nama aku,
aku tersedar balek.
tapi agak kabur pandangan aku.
terus dada aku berdebar,
darah aku berderau,
dan tangan aku menggigil.

aku cuba tarik nafas,
cuba nak mengembalikan semangat aku yang telah hilang.

duduk di atas kerusi tinggi tu,
agak bahaya buat keadaan aku pada masa tu.
tengah duduk pun,
aku rasa macam nak terjatuh ke belakang.
sebab tulah tangan aku tak pernah lepas pegang meja.
takut terjatuh lagi.

nadia kata,
jangan terlalu fikirkan sangat benda2 tu.

..

dia cakap senang.
bukan dia yang lalui dan alami semua ni.
tapi aku,
nak atau tak nak,
aku terpaksa jugak untuk menanggung semua ni.

diorang tak faham.
diorang takkan pernah faham apa yang aku rasa.
apa yang aku alami.
itu membuatkan aku bertambah lagi sedihnya.

tak siapa yang cuba memahami aku.
walaupun diorang takkan sesekali dapat memahami aku.

aku dah kata,
sejak dulu lagi.
kenapa mesti aku yang dipilih untuk lalui semua ni?
bukan nak melawan takdir,
tapi,
aku tak sekuat itu untuk tanggung semua ni.
tak tertanggung rasanya.
sangat penat.
sangat membuatkan aku menderita
derita batin dan jiwa serta mental.

Monday, February 1, 2010

lama dah tak tulis.
semenjak 3-4 hari ni,
sebab aku pulang ke kl.
ginger aku tinggalkan kat shah alam.
hmm..semenjak dua menjak aku bertukar angin ke shah alam ni,
memang tiap minggu aku balek..
hehe..dah dekat tu balek jerla..
so,takde mende sangat pun yang nak aku cter kan kat sini.


and then,
pe lagi eah..?

o yeah,
hari ni ada trip ke zo0 negara.
....
mungki ada certain student yang feel quite excited bila buat trip ke zo0.
but for me,
reaksi nyer lebih kurang macam :
...ngaaaa..??zo0..?takde tempat lain ker..?

kenapa?
sebab aku rasa dah naik muak dengan zo0 tu..keh3.
berapa jauh sangatlah dengan umah aku ni..
adoyay..
tapi takper,
at least,
aku adalah sikit rasa excited nak pergi
sebab pergi ngan classmates.
so,suasananya disini agak berbeda ya.

huhhu..
perhh..
keje prof awang tak ku sentuh langsung.
padahal dia nak tengok hari rabu ni..
dead meat tol aku nanti..

kelas encik golden section pun tak ku sentuh lagi..
huhu..
kelas en selamat tuh..
huhu..takperlaa..
malam ni akan kusentuhi kerja ituh..

anything else?

ermm..

nampaknya from now on,
aku kena amek langkah berjimat-cermat yang sangat high.
sebab keperluan kewangan disini sangatlah tinggi nak mati.
cara kita belanja duit kat sini dengan SI sngat2lah berbeda.
kat sana,even dalam seminggu,rm30 tu masih boleh diguna pakai dalam masa seminggu.
tapi kalau kat shah alam, rm 30 tu hanya akan habes dalam masa 1 hari saja..?
adoyay..bengong tak bengong..

offer daripada bos angah tu masih dalam proses imbalan.
cuma aku kena siapkan dulu silabus nyer..
huhu..
kalau dapat job ni,
okey gak la kot.
sekurang2 nya leh aku bernafas dalam sikit.

lagi,
ermm..tempoh riwayat lens ku hampir menemui titik noktahnya.
tapi selagi boleh pakai,aku pakai jer laa..

nanti ada duit lebih,
aku buat yang baru,
yakni yang ada color pulak..
aku nak buat warna hijau hazel..
okay tak..?
ngeh3.
berangan jer lebih.
tak taulah camner.
tengoklah dulu nanti.

so,
setakat ni jer.
chiao..~
#blog-pager{font-size:normal}.showpageArea{font-family:verdana,arial,helvetica;color:#000;font-size:11px;margin:10px}.showpageArea a{color:#000;text-shadow:0 1px 2px #fff;font-weight:normal}.showpageNum a{padding:2px 8px;margin:0 4px;text-decoration:none;border-bottom:2px solid #5fb404;border-top:2px solid #5fb404;background:#effbf5}.showpageNum a:hover{border-bottom:2px solid #df01d7;background:#a9f5f2;border-top:2px solid #df01d7}.showpageOf{margin:0 4px 0 0}.showpagePoint{color:#fff;text-shadow:0 1px 2px #333;padding:2px 8px;margin:2px;font-weight:700;border-bottom:2px solid #5e610b;border-top:2px solid #5e610b;background:#5e610b;text-decoration:none}