Wednesday, April 26, 2017

Saat Lafaz Sakinah


Heningnya...
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda


Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya


Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu





Kenal lagu ni dari SH. Katanya tengah browse youtube dan dia terjumpa lagu ni. Sebak yang amat katanya. Walaupun nak menikah tu lambat lagi. Tapi dia selalu jugaklah praktis2. huhu. Aku pun try google lagu ni. At first dengar..Ya Allah..rasa sebak..rasa sedih. Terus berderau darah. Entahlah. Deep sangat....Macam mana lah masa nikah nnti.....

Friday, April 21, 2017

Malam Berinai Tema Bollywood

Nak cerita pasal wedding.

Particularly pasal malam berinai.

Angah cadangkan dari zaman tok adam lagi. katanya nak adakan majlis malam berinai malam sebelum kahwin tu nanti. temanya ala2 bollywood. alahaiii. haha. dia kata ni adiknya last sorang jelah nak kawin. kena la grand2 sikit. huhu.

okay. aku takde gambaran lagi cmne nak buat malam berinai ni.
setakat ni bnyak tgok2 majlis berinai artis je. tapi tu retissss. memang lah bersakan nauu diorang berinai. tapi kalau untuk kita2 ni, nak kena ada apa je. haha. still. aku masih blur. yang aku tau, aku target nak cari sebijik saree/pakaian yang seangkatan dan yang helok masa fly nanti. kat sana konfem2 la kat sana lebih bnyak choice dan harga okay. dah memang pakaian harian dia kan...

setakat ni, mak angah along dah reserved dah nk baju cmne. then untuk sedara mara yang lain, mak nk tambah2 kan shawl/selendang india..or..else..i dont know..tak dapat nak figure selagi berjenis2 pakaian tu xde depan mata. huhu.

and then aku terfikir. nak kena ada mini pelamin ke masa berinai tu nanti. sebab main pelamin nya insha allah lah ada kalau aku amik all in wedding pakej tu. tapi, takkan lah nk guna pelamin besau tu nk buat berinai2 kan..mestilah nak ada mini pelamin. setakat yg aku gugel jenis2 mini pelamin bollywood ni, kebanyakan konsep nya adalah yang pelbagai warna. warna2 pulak warna2 yang terang/bold/daring. hadehh. masak gitu. huhu. and then. main colornya kena warna merah. hurmmm. nk kena ada ke tidak bnda ni..? kalau ada rasa cm over. kalau takde rasa cm kosong pulekk..nanti nak bergambar nak berdilwale kat mana. haha.

brg2 hiasan ? goodies untuk tetamu malam tu ?

hmm.

yg ni pun aku tak tau. cadangannya buat masa ni, aku cuma review2 gugel2 je jenis cmne yg helokk. then masa fly nnti, aku tengok brg2 apa yg sesuai dan apa yang aku boleh beli. then aku balik sini, baru lah aku leh fikirkan idea yg seterusnya .. kan..?

kuikui...

baju untuk pengantin.

lately ni aku jenuh la menggugel baju2 india yang cantik utk dipakai. then kaler nya...kalau bridal india, mostly kan kaler merah..haaaaa..dah dapat dah situ nk baju kaler apa. gayanya pulak aku nk ala2 sari..tapi yang simplified saree. then minimal but still nmpak glam..pastu kena kembang2 sikit la..baru leh pusing2 menari lagu acah2 devdas. perhhh.  haaa.. hadoo ke nak cari ikut apa yg aku nak..? huhu.




*** sumber gambar gugel ***




konsepnya kalau nak tema2 ala2 bollywood :

● kain2 lelangsir kaler2
● benda jurai2 manik2
● benda ukir2 atau pelita2 klasik 
● kipas maharani tu kalau ada cunn jugakk. haha
● goodies : crepe flower + manisan dari India ? (tetiba terlintas. nak kena borong manisan la cmni nmpak gaya nya. mwakaka)
● kerusi sebijik ala2 takhta. (memandangkan bride je yg ada, groom xde. kita acah2 queen la kannn. huhu)
● bantal2 kecik kaler2. yang ni aku xtau perlu ke idokk. tgok la keadaan. pfft.
● spotlight. aku rasa ni yang penting. main peranan sungguh. lawo kot.








kalau bab baju, memang tak disangkal lagi la..lawo2 semuanya. tapi sure yang jenis2 kain glemer cmni memang mahal laa kan. setakat ni aku tak tau rate harga dia berapa. so nnti sebelum pegi..aku nak acah2 jalan kat little india celah kl ni dlu. bila fly sana, senang nk compare harga dan sekian2. 
tapi aku rasa kalau yang plain2 tu pun da cantik dah..sebab kaler merah tu naik kan. tapi tulah. tgok pada kemampuan poket acane nnti. ngeee



lepas tu. aktiviti apa yang nak dibuat masa malam berinai tu nnti? berinai tu mmg sure la. selain dari tu? nk kena menari bangra ke? haha. aku tak tau. bair la orang lain ke yg organize nnti. eden nk acah2 jadi maharani gitewww.

setakat ni je kot post pasal bolly bolly ni. pape nnti update lagi. chiao~

Rakan Syaitan

Nak meluahkan perasaan sebenarnya ni. 
Ada satu benda yang terjadi di antara aku dengan colleague lama. Dan masalahnya aku sendiri pun tak tahu apa "benda" tu yang membuatkan hubungan sesama sendiri jadi makin dingin dan menjauh.Aku cuba nak mendekat pada masa tu. Yelah. Keje sama2, spend time sama2, berkongsi cerita sama2. Dah tentulah jadi rapat. Sayanglah kalau relationship jadi menjarak mcm tu saja tanpa sebab.
Tapi bila aku cuba nak jadikan relationship tu jadi normal semula, makin menjadi kritikal pulak rasanya. Dengan surrounding masa tu yang semakin hari semakin mendesak dengan kerja yang bertimpa2. Dengan tanpa aku sedar, aku banyak luang masa dengan kerja sendiri..dah makin sedikit masa untuk aku bercampur gaul dengan yg lain2. Tapi bila berjumpa, aku masih buat mcm biasa. sebab masalah mendingin tu totally not from me. Aku seriously mcm biasa. bila kita nk tolong baik2, dia menolak. bila kita buat baik, dia buat muka yang paling aku pantang nk tengok. 

makin lama keadaan sekeliling tempat aku bekerja makin rasa menekan aku. aku dah tak suka suasana tu. bila memikirkan apa yg patut aku buat dengan rakan kerja kat pejabat, aku jadi sebak. sedih. aku menangis. sebab aku tak tahu kenapa jadi mcm tu. semuanya bermula bila aku kena menyandang tugasan baru. makin aku buat kerja aku, makin semuanya menjauh dan semuanya jadi tak terkawal.

nak dibawa berbincang, dan nak cari penyelesaiannya, pihak yang lain tu dah menjauh yg amat sangat dari aku. sampai semua nya menjejaskan hal2 kerja. aku tak suka mcm tu. aku jadi tak selesa. bila keadaan jadi mcm tu, aku bawak diri. aku buat kerja aku, aku aku luang masa untuk diri aku saja. aku tak libatkan orang lain dengan tugasan2 yg aku dapat. aku tak minta bantuan sesiapa kalau aku ada masalah kerja. aku tak nak susahkan sesiapa. cukuplah aku dengan hal aku kalau dah kritikal mcm tu keadaannya. aku jadi terlalu stress sebab benda jadi tanpa sebab dan makin teruk dan aku malas nak fikir konon nk buat baik cari jalan penyelesaian sedangkan orang  lain yg buat masalah tu yg ada masalah attitude dan diorang yang 'membusukkan' aku. kenapa aku yg beriya nak settle baik2? kang bila kita tanya..nak settle, dia leh buat cm acah2 innocent dan seterusnya aku lah yg nampak salahnya kan..

tapi bila aku tumpu sepenuh perhatian pada kerja dan diri aku sendiri, orang lain pulak makin teruk buat anggapan. katanya aku nak acah2 buat keje depan boss. aku nak caras. aku berlagak mcm ada kuasa. aku ni 'cium bontot/ bos. alahaii. bodohnya minded yg mcm tu. dah nama pun kita ni 'BEKERJA'. Makan gaji ngan orang. Buat kerja untuk orang. Mana mungkin aku boleh reject apa2 tugasan yg boss assigned pada aku? Mana mungkin aku boleh melawan tunjuk attitude bodoh mcm kau yang suka melawan boss. suka buat muka depan boss. aku tak bodoh bebal mcm kau. bodoh bebal tu simpan sendiri. tak perlu nak tunjuk attitude yang kau banggakan sangat tu depan orang. nak pulak depan majikan. orang2 yang jenis cmni, takleh nak faham ke proper manners/etika/adab nk bekerja tu mcm mana. yea. memang belakang2 mulut aku bising kata tak puas hati kat boss. aku penat. aku menyampah. aku meluat dan aku macam2 lagi. tapi kalau sekadar keluhan utk melepaskan beban yg ada, tak perlualah kau nak label aku depan bos mcm bodoh2 baik, belakang bos mulut macam haram. hmm. 

 mcm2 aku dengar masa tu. depan cakap lain, belakang cakap lain. mcm2 versi ada. aku cuba gak untuk tak amik peduli semua tu. aku fikir aku nk selesaikan kerja aku yang bertimbun tu je.

satu masalah lain lagi pulak, bila aku dah steady sikit dengan kerja2 on going, makin bnyak pulak kerja yg aku dapat. sebelum ni, apa2 kerja yg menimbun, aku boleh selesaikan satu2. aku cuba walaupun payah dan walaupun aku kena buat sorang2. tapi masa situasi ni jadi, dengan kerja yang menimbun..dengan rakan kerja yang cam haram...sampai satu tahap, aku dah tak boleh nafas. aku tertekan yang amat sangat. pada aku, biar keje banyak atau susah cmne pun, janji aku ada colleague yang best dan memahami..boleh support dri segi mental. ini tak. dengan kerja yang mendesak. dengan colleague yang makin lama makin 'membusukkan' aku, aku penat. they are killing me. 

aku fikir dalam2. dan aku nekad. RESIGN. 

diorang fikir aku sangat happy sebab nak resign dari tempat kerja yang sebegini rupa. tapi hakikatnya dalam hati, Tuhan jelah yang tahu mcm mana sedihnya aku tinggalkan tempat kerja ni. berapa tahun dah aku kat sini. aku terlalu sayangkan kerja aku. walaupun gaji so-so, aku tak kisah. sebab aku sangat suka dengan kerja yang aku ada sekarang ni. aku sangat sayang dengan colleague2 yg aku ada. aku rasa mcm satu family. tapi yang buat aku nekad untuk resign, bila ada colleague yang memang aku anggap mcm family, boleh menagsingkan aku sebegitu rupa dan mula cerita mcm2 kat orang lain pasal aku. aku jadi demotivated. kerja2 yang aku buat pun dah rasa tak ikhlas. aku dah mula meluat dengan surroundings. jadi sebelum benci aku menjadi2 dan sebelum gaji yg aku dapat bulan2 jadi makin x berkat, better aku resign. 

selepas itu.
yea.
aku selamat resign.

slowly aku heal myself dari attitude2 bodoh manusia.
slowly aku heal dari perasaan sedih bila orang yg kita anggap rapat buat kita mcm tu.
slowly aku heal myself yang terpaksa meninggalkan kerja yang amat aku sayang.

tau tak mcm mana perasaan terpaksa redha tapi sakit hati yang teramat sangat?

itulah yang aku rasa.

then, dalam satu tempoh selepas aku tinggalkan suasana yang mcm neraka dunia tu, 
masih terngiang2 dan amsih terdengar2.
rakan syaitan yang masih ada bekerja di sana tu, masih bercerita pasal aku. aku tak tahu dia nak menagih side dari siapa. aku tak tau apa yang dia nak sebenarnya, aku tak tahu apa motif dia. lebih menjengkelkan, bila nak acah2 innocent. aduhaii. tolonglah wehh. kau kalau nak teruskan dngan attitude kau, itu lantak kau, masalah kau. tapi kenapa nak sebut2 nama orang lagi? apa yg kau tak puas hati? apa lagi yang kau nk burukkan pasal aku? apa lagi yang kau nak? lepas dah cakap yg bukan2, kau nk buat statement terkilan sebab relationship yang okay2 dan baik2 tu dah rosak. kau nak buat statement yang apa pun jadi, kau nak harap apa yang bakal terjadi tu baik2 saja? nak acah2 doa yg baik? ke sebenarnya bnda yg kau nk doakan tu bukan bnda baik2?

okay let say la niat kau tu okay..mmg baik dan memang pure. tapi kenapa bila masa aku dah takde dalam tempat kerja tu? kenapa bila aku tak ada baru kau nak bersuara itu ini? kenapa bukan masa aku masih bekerja kat situ? sorry to say la.. statement kau tu bukan nak clearkan keadaan. tapi setakat nak menyelamatkan diri kau sendiri je yang masih bekerja kat situ.

sekarang aku dah tak kerja situ, kau dah dapat apa yg kau nak kan? kau berjaya nak kick aku resign dri situ kan? 

aku tak faham la. kau kata aku ni kuat membodek bos. kau kata aku ni selalu mengadu kat bos. aku ni acah2 orang kanan bos. aku ni acah2 ada kuasa, aku nk mecaras, aku nk tunjuk keje aku bagus dan sebagainyalah. serius aku tak faham.

eh. kalau aku ni betul jahat, nak caras orang. nak acah2 ada kuasa kat situ, dah lama aku report kat boss pasal perangai buruk kau. dah lama aku cerita kat bos apa yang aku duk back up kau selama ni. banyak lagi benda yang aku leh cerita pasal kau. kau ingat nama kau clear sangat? bnyak aku tadah telinga dari bos. cuma aku tak cerita je kat kau. sebab nak jaga hati kau. kalau aku nak, senang2 je aku boleh hasut bos utk kick kau masa tu. macam kau kata, aku kn 'orang kanan' bos. eeeee. so annoying and this kind of human is so sickk.

aku dah penat menghadap orang yang bajet2 muslimah tudung labuh pakai handsock pakai sock pakai jubah ibadat acah2 cukup solat tunggang terbalik tapi hati busuk. tak senang tengok jalan hidup orang lain. acah2 perempuan melayu terakhir, sopan lemah lembut tapi perangai mcm neraka.

sejahat2 aku, aku tak fake macam kau.

sakit pulak hati aku.

kau nak hidup dengan atittude bodoh cmtu, silakan. tapi tak payah nak gatal mulut duk sebut2 nama aku lagi. aku dah lama blah dari hidup kau yang kesian tu.

Friday, April 7, 2017

Kahwin 2018





Kahwin.

Omoo.
Rasa seram sejuk je bila sebut kahwin.

Perancangan awalnya sebenarnya nak kahwin tahun 2019. yelah. nak kumpul duit. nak buat perancangan itu ini. banyak lagi benda. dengan nak gi travel lagi. or should i say bachelorette trip? ahaha. senang cerita, untuk tahun terdekat ni memang perancangan tu takde langsung.

then suddenly,
parents dia kata kahwin 2018. tak payah la nk tunggu sampai 2019. my parents said that too.
jenuh la aku dgn SH berbincang sepanjang masa - mampukah kami nk berkahwin dalam tahun terdekat ni? haha

bincang banyak kali pun, rasa mcm blur2 lagi. yelah. xpernah kawen so xtau apa yang patut difikirkan.

so, after so many discussions, we both go for say YES - untuk kahwin pada tahun 2018.

tapi jangan tanya aku bila tarikh nya, bila bulannya, apa temanya, apa warna nya.

like seriously, aku takde jawapan langsung.
masih blank and blurr.

buat masa ni, we both still talk about the wedding, like EVERYDAY okay.
gile kau x excited wehh. huhu


even bincang hari2 thru fon, masih rasa cm tak puas. sebab rasa cm main2. u know. rasa cm sembang2 biasa macam nak main kahwin2.

so kitorang set place, atas purpose nak bincang hal kahwin. set place di the rack boutique cafe selayang. acah2 nak bincang, sebenarnya lebih kepada nak makan western dulang. hehe.

so we discussed start dari tarikh kahwin.

yea. actually memang planning nak khwin 2019 tapi both our parents untuk setuju awalkan tahun 2018. so, kitorang kena pilih tarikh. sh pulak serah pada aku untuk pilih tarikh.
kalau serah kt aku, memang aku nk pilih tarikh cantik la kan.
so, belek2 kalendar, dari januari, sync kan dengan hari sabtu or ahad. ada la a few tarikh2 lawa.

contoh tarikh yang aku consider
* 28.01.18
* 18.02.18
* 28.04.18
* 18.08.18

tak banyak tarikh lawo untuk 2018. itu jelah yg aku jumpa. then hati nakkkkk nau2 tarikh yang the only one yg lawo tu...tuuu...yesss.. 18.08.18. hehe..dh cantik sgt dah tarikh tu, jatuh hari sabtu dan pertengahan tahun pulak tu..so bincang punya bincang, we decided that date supposed to be okay.
and then bincang lagi pasal barang2 hantaran and so on.

balik rumah, nk menghadap mak abah pulak. berdebar pulak nk bgitahu tarikh yg kitorang dh pakat tu.
disebabkan mak abah pun dh setuju nk langsung kan 2018, wedding on august shud not be a big deal for them. alhamdulillah mak abah setuju. hehehe.

as for SH, dia pun propose pada ibu n abah. alhamdulillah. takde halangan dan tentangan. tarikh yang kami pilih tu direstui. hehe.

**actually kan, since dri merisik dulu i have this kind of feeling. satu perasaan yang sangat memudahkan. since dri merisik. aku dengan SH jugak yg pilih tarikh. (16.10.16).

maksud aku "satu perasaan yang memudahkan" tu means, even aku dengan SH je yang buat keputusan and pilih tarikh and all that, our family seems like menerima setiap keputusan kami dengan hati dan tangan yang terbuka. tiada halangan / tiada bantahan / tiada ketidaksetujuan / takde perselisihan / takde masalah. everything went smooth and easy. Alhamdulillah. mungkin tu agaknya kot yang orang kata berkat doa restu parents and family. Walaupun tempoh perkenalan kitorang pun sangat singkat. Kenal tahun 2016, dan nak merisik, decide utk kawin semua dalam tahun yg sama, takde pun apa2 bantahan dari pihak family. Semuanya dipermudahkan. Insha Allah. Perkara yang sama jugak aku harapkan for our wedding nanti.

so, both sides dah setuju dengan tarikh 18.8.18 tu, aku pun mula buat sedikit persediaan.
macam survey pakej.

sedia maklum, family aku, aku anak yg last yg akan berkahwin. parents pun dh tak larat nk handle kenduri, so we decided untuk amik katering je. sebelum ni, semua siblings kawen handle sendiri. cuma turn aku je lah yng buat katering. disebabkan mak ngan abah tak berapa familiar dengan hired planner, aku pun buat lah survey awal. semua aku collect dan compile dalam excel sheet. senang untuk aku proposed kn pada mak abah.

sebabnya, mak abah ni penuh dengan rasa insecure dan was2. sebab lately kan bnyak kes tipu dengan bayaran mahal/murah.

dan cara aku nk convince kan, aku kumpulkan bnyak2 info yang ada dan aku bawak mak pegi festival kawen2 semua tu. dan bila kami dh shortlist pilihan yang kami rasa okay, aku bawak mak sendiri pergi ke butik planner tu untuk tahu details yg lebih lanjut.

so, dari situ lah bermula cerita persiapan kahwin aku.

nnti sambung lagi eah.

till then ! :)




Re-new Blog

Actually i already create another blog before.
disebabkan blog lama ni terlalu banyak kisah2 lama yang memang paling aku tak ingin nk throwback balik.
sebab tulah rasa cm keberatan je nk sambuung berblog disini.

tapi, one day, tgah test semula login untuk email lama.
dan nak atau tidak, memang aku retrieve balik blog lama.
dan yea aku throw back balik every post2 lama2.
sebab itu la kekadang aku rasa mcm sygnya dekat post2 lama.
post2 zaman belajar, zaman muda mudi lagi. huhu.

dari situ aku fikir..
sayang pulak dekat post2 lama..
why not kalau aku proceed kat blog lama ni..
dan kisah2 sejarah lama tu..why not aku delete je.

mudah je kan sebenarnya?
hmm. ntah. huhu

so, here i am
proceeding menulis dalam blog lama.
citer2 lama yang tak berkaitan semua aku dah padamkan..
kalau ada ternampak satu dua kisah atau gambar yang tak berkenaan tu..
harap maklumlah.
mungkin aku terlepas nk trace ke apa ke.

Monday, April 3, 2017

Hutang Piutang.

Hai !

Nak berjalan kemain bersemangat.. tapi dah cek status PTPTN ke belum ??
Haaaa. itulah situasi hangat yang membelenggu kitorang lately ni.
Kalau ikutkan status di website, nama memasing masih lagi tiada halangan dan sekatan.
Tapi disebabkan plan nk gi India ni masih jauh kehadapaaaaaaaaaan
dan possibility akan di block tu bila2 masa je ada..

nak2 pulak lately ni mcm banyak je kes orang dah ready nk fly last2 terkandas gara2 kena block ngan imigresen sebab hutang ptptn.
kalau kami ni anak2 orang ada2, takdelah masalah nak fikir kos. ni nk gi travel pun pulun cari yang lowest cost, celah mana nak cri kekuatan kalau semua tu kena burnnnnnnn gitu aje bila kena block kat airport gate nnti..waaaaaa. nangis lah sampai banjir kat situ.

kami2 ni dah lama habis belajar. nak2 aku ni yg dah habis masa tahun 2014. masa awal2 habis blajo dlu memang takdelah beringat nk bayo pt. dengan keje sekejap ada sekejap takde. 1-2 tahun previous ni je yang try maintain nk bayo cantik.

tapi, bila dah nk gi travel jauh ni. nak2 pulak dah menjengah tahun 2017 dan travel tahun 2018 nnti, kemungkinan untuk di block tu mesti ada. aku dok wonder kn benda ni je. sebab risau sangat. dan instinct kata mmg sure ada problem ni.

disebabkan kegusaran aku, aku pun makin beriya nk gi cek kat pejabat ptptn sekali nk restructure balik.

Jadi, kami pun ambil inisiatif untuk pegi sendiri ke kaunter dan buat rujukan terus.

Lawatan pertama kami ke cawangan ptptn adalah di Setapak Central.
Singgah sini after time kerja.

Take note yea : kunjungan kami ke cawangan ptptn sebab nk cek status dan untuk aku..aku nak buat rundingan. supaya pembayaran tu lebih cantik dan konsisten.

okay.

sampai di kaunter, kami mulakan dulu dengan soalan aku.

"saya nak re-structure bayaran balik pinjaman saya."

alah2 gitu la ayatnya.

orang kaunter tu pun amik nombor ic dan semak melalui pc dia.

dia pun print out statement dan mulakan perbahasan dia depan kami.

dia jelaskan berapa jumlah pinjaman diploma dan berapa jumlah tunggakan degree.
seterusnya jumlah pinjaman degree dan jumlah tunggakan degree.
kemudian dia jumlahkan berapa yang aku perlu bayar setelah digabungkan jumlah diploma dan degree secara bulanan.

dan tanpa bertanya keadaan/status kewangan aku dan tanpa bertanya apa tujuan sebenar kami nk restructure, dengan mudahnya staf ptptn ni membuat hipotesis.

"saya tak rasa jumlah bulanan sebanyak ini berat utk dibayar."

termangu. terdiam dan termeluat sekejap.
sentap jugaklah sekejap.
eh kalau aku tak rasa jumlah tu berat, takdelah aku buang masa nk consult.

so bila dia easily bagi kesimpulan gitu, kami try2 la lagi nego. nego nk re-structure.
katanya nk re structure boleh..tapi kena langsaikan tunggakan.
so kalau kes nya di sini, tunggakan yang aku ada almost dlm 8k++ plus minus deg & dip punya pinjaman.
so, dia kata kena langsaikan 3k+ baru boleh buat restructure.

perh.

temanya celah mana nk cari 3k lebih gitu?

okay. yang ni kami tolak tepi dulu.

kami utarakan pulak soalan : adakah nama kami semua ni dah di block?

jawapannya IYA. SUDAH DIBLOCK. tanpa ada sebarang semakan/key in di komputer yea.

jadi kami pun  agak ayam disitu.


selepas beberapa perdebatan, kami pun beredar dengan hati yang agak merecik2 kehangatan. hermm.

time ni memasing dah down. dah dengan mana nak cari duit nak settle tunggakan. dengan nama dah kena block.

masa ni dalam hati aku, aku dah redhoo giler. time ni dah fikir, kalau burn tiket pun lantaklah. cancel pegi india pun takpelah. dah la time ni aku dengan demam panas, kepala nk meletop. so malas nak fikir.

..........

esoknya,
kami sambung urusan di cawangan kl sentral pulak.

tujuannya,
kami nak cari solusi yang lebih mudah dengan cara yang kami mampu untuk clearkan nama kami.

pergi ke kl sentral,
amik no giliran mcm biasa, dan terus nombor dipanggil. mujur tak ramai orang.

buat semakan, buat rundingan.
oh yea. rundingannya di buat dengan cara dua hala yea.
bukan perbincangan sehala yang dia suka hati nak tetapkan.

at least, staf yg di kl sentral ni tanya kami..bincang dengan kami..
berapa yang kami boleh bayar untuk bulanan. dan berapa yang kami betul2 mampu bayar untuk tunggakan..

temanya disini, kan bagus kalau buat rundingan dengan cara begini.
ini katanya nk mendengar..nak membantu..tapi bila kita datang kat dia, dia pulak buat penetapan sesuka hati.

hasil rundingan dan perbincangan,
kami dapatlah sejumlah harga yang dah di plus minus untuk tunggakan.
sejumlah harga yang masih logik la senang cerita.
so, bila kami bayar sedikit peratusan dripada tunggakan ni nanti,
dia akan restructure semula bayaran bulanan mengikut kemampuan kita dan nama kita akan clear dari segala block dan halangan.
dan satu lagi, dai bagi kami masa dua bulan untuk selesaikan jumlah yg dia dah bagi tu.
part yg ni mmg kami suka la..sebab memudahkan kami yang tak berapa nak mampu ni.

alhamdulillah.
selesai je urusan di ptptn,
aku ngan main rasa lega giler kot.
walaupun majin kata leganya baru berapa peratus je ni.
selagi tak bayo, selagi perjanjian baru tak kluar..selagi tulah masih rasa x selamat utk fly keluar.
tapi takpelah. at least kitorang ni dah selesaikan hal ptptn ni awal.
mau nya masa seminggu dua nk fly baru nk cek..mau haru dibuatnya..celah mana nak cari duit nakk oiii.


ritee.

kita sambung lagi nanti.
bila masalah ptptn kami dah settle sepenuhnya dan that time we'll be ready to flyyyyyy..takde halangan...yeayyy..insha allah :)



#blog-pager{font-size:normal}.showpageArea{font-family:verdana,arial,helvetica;color:#000;font-size:11px;margin:10px}.showpageArea a{color:#000;text-shadow:0 1px 2px #fff;font-weight:normal}.showpageNum a{padding:2px 8px;margin:0 4px;text-decoration:none;border-bottom:2px solid #5fb404;border-top:2px solid #5fb404;background:#effbf5}.showpageNum a:hover{border-bottom:2px solid #df01d7;background:#a9f5f2;border-top:2px solid #df01d7}.showpageOf{margin:0 4px 0 0}.showpagePoint{color:#fff;text-shadow:0 1px 2px #333;padding:2px 8px;margin:2px;font-weight:700;border-bottom:2px solid #5e610b;border-top:2px solid #5e610b;background:#5e610b;text-decoration:none}