Sunday, January 20, 2013

AhahahahaahhaaD

hari ahad yang macam2. ngeee..

seawal jam 6 am, aku kene kacau. adeh....dari nombor 013 yang tak dikenali, aku jawab, aku tanya siapa ni, yang di sana nya, seorang lelaki, dia tanya aku "malay?" aku dengan naifnya jawab "iya" then lepas aku jawab dia pulak kata " i am bangladesh" .... ah sudah, terus aku letak fon. apa jadahnya ada bangla call aku, mana pulak dia dapat nmbor semua ni...lepas dari aku letak tu, banyak kali dia call aku. even aku reject pun dia still call. smpai aku dah tak tahan dah, aku hntar mesej " do not disturb. i will make a police report if you call again." then, barulah dia stop call. ta lama lepas tu, aku cerita lah kat mak abah pasal ada orang duk ganggu. even mesej yg aku hantar tu pun aku cerita. abah suruh simpan nombor fon tu sebab nanti abah boleh bagi kat kawan abah.anggota polis so that dia boleh trace siapa yang duk kacau. ok, kira settle dah la benda ni.

then tengah aku duk sembang2 ngan mak, fon aku berbunyik lagi, nombor tu lagi! aku terus pass fon kat mak dan mak yang jawab. kemahin gangster lagi mak menjawab fon..hahaha...mak duk jerkah2 dia" siapa ni..?" "mana dapat nombor ni..?" "apasal duk kacau2 orang..??" lepas tu, mak warning dia "jangan nak main ha, suami saya polis tau tak??" lepas tu mak kata dia terus letak fon..hahhaa..padan muka si bangla tu...mak cerita la masa mak duk jerkah2 tu bangla tu jawab mahu kawan2..haishh...bongok punye bangla..


tu satu hal..
another story utk ahad ni, dear cousin mintak tolong mekapkan die hari ni..dia nk attend satu function..aku ok je..no problem. yang bestnya, aku sedia maklum dah la muke kakak sepupu aku ni memang flawless habis. mcam kulit telur. ak tengok dia apply all that base ngan foundation, memang oles sana sikit, dah cover semua dah..takde yg payahnya..huhuhu..bestnya kulit muka takde masalah, takde cela2 benda smua tu..senang je..then, dia dah siap foundation dia semua tu, aku pun mulakan keje aku 'mewarna' mata dia, dengan fake eyelashes semua tu..buat semua sikit2 je...dia nak style smokey eyes yang tak nak heavy sangat...kira smokey yg light2 je....




ni lah dia orangnyer. dear kakak sepupu. sanggup ni ask favor from me mintak mekapkan. datang dari bangi terus ke keramat utk dimekapkan..huhuhu...thank a lot kak ifa~ =)


p/s : hari ni dapat lah rezeki sikit atas kerja yang tak seberapa ni. alhamdulillah. terima kasih banyak2. hehehehehehe..malam ni leh beli ayam uncle bob! gteeeewwww.... 



Wednesday, January 16, 2013

Seorang Wanita

Di sebalik semua lelaki di dunia
Pastinya didukung seorang wanita
Dia berkorban untuk
Memberi yang mampu
Demi insan yang disanjung dalam hidup

Tatang hatinya bagai permata

Luangkan masa untuk bersama
Bilang padanya kau sayangkan dia
Sepenuh jiwamu

Tenangkan hatinya bila resah

Setia didalam ceria dan gundah
Itulah saja balasan diminta
Seorang wanita

Senyumannya mampu mengubati pilu

Ketika dunia tak kelihatan indah
Wajahnya yang ayu
Menenangkan kalbu
Jgn kau hampakan cintanya yang tulus

Itulah dia seperti dia menyelimutmu

Itulah saja balasan diminta
Seorang Wanita



 


Someone who really loves you sees what a mess you can be, how moody you can get, how hard you're to handle but still wants you in their life 

sedut sedut sedut

gamba sesiput sedut ni aku tangkap sendiri. guna sony satio jek. SLR tak mampu. negehehkk


i can't eat this anymore. satu masa dahulunya pernah menjadi makanan kegemaran. memang sedaplah menyedut2 die.. dulu, dok belajar, duk asrama, kalau dapat makan benda ni pun, beli kat kedai yang dah siap dimasak lauk. dan kalau dapat lauk ni kat rumah pun, mak yang ketuk2 ataupu kak yaya yang dah siap2 siang benda ni...tapi, few months ago, kalau nk diikutkan, bukanlah first time aku duk siang benda ni, memang sebelum ni pernah tapi entah lah kenapa, aku tergerak pulak nak tengok apa bentuk rupa siput sedut ni..selalu aku ketuk2 dia, aku straight je ketuk, takde nak bedah siasat dia...nk dijadikan cerita, satu hari yang bertuah tu, aku pun siasatlah tgok..hekkk..nak pulak baru beli dari pasar, fresh2 dan masih hidup lagi...dia punya mengengsot nak naik atas beka tu aku takde geli la snagat..tapi yang menggelikan aku tuh, errr.....half badan dia keluar dari cengkerang siput dia tu masa mengengsot naik. aku tilik punya tilik, naik kembang pulak tekak aku......dalam hati duk fikir, ni ke siput sedut yang aku slalu dok sedap menyedut2 nyedut tu..??omaiiii....dengan kepalanya terjulu2 keluar....er...dengan kaki..*er nk sebut kaki ke apa eh* yg mengembang2 membantu dia bergerak...
memang serius aku dah tak makan siput sedut since dari hari itu.

dan hari ni, mak masak lauk yang aku kira mmg sedap bagi aku *dululah.. siput sedut masak lemak. dan orang yg kena siang ni adalah aku. yessszzzaaaa.. ngeeeeee...kali ni, baru aku berpleuang snap gamba2 siput ni...kembang tak kembang jugaklah tekak aku....

memang kalau boleh tk nk makan benda ni..melainkan darurat. ngeee...then kalau masak, nk aku siangkan boleh..tapi kalau nak aku makan, no, thank you. (~~,')

Tuesday, January 15, 2013

Ilmiah Bertulis.

 *sambung dari post yg sebelum ni..

dah pukul 5pm++, aku pun bergerak pergi ke kedai printing sek2 tu semula...memandangkan tauke tu tak call aku pun..erkk..hampeh..aku pun decide utk pegi jelah sana...besar hati berharap yang dah siap hardcover dah semuanya. sebaik aku melangkah masuk dan tauke kedai cina tu kata " okay2, sini sudah siap..!!" aku sambut huluran dari tauke cina tu. 3 buah buku berkulit tebal bertukar tangan. aku pegang erat2. aku tarik nafas dan aku tersenyum. aku puas.


masuk dalam kereta, sekali lagi aku belek3, aku usap kulit muka depannya...huhu..dan juga amik gamba, mms dekat dear dengan angah...hehe..kemudian, aku balik ke kl...


dalam kereta pun, fikiran aku khayal. aku mem-flashback balik betapa susah payahnya perjalanan aku selama beberapa bulan ni semata2 hanya utk satu subjek ni. dan memikirkan yang aku dah berjaya melengkapkan penulisan ini, aku rasa sebak. serius rasa nak menangis setiap kali teringat masa aku tengah sedih gile2 sebab TL. teringat mcm mana pressure yg aku dapat dari surroundings aku, dan segala macam peristiwa lah. rasa sebak yang amat sangat. disebabkan itu, setiap kali aku tengok penulisan yg dah siap ni, aku gembira sebab aku dapat hela satu nafas yang sangat sangat memuaskan!


sampai di rumah, aku tunjukkan pada mereka, aku buktikan apa yg aku dah buat. pada mak, pada abah, pada along, abg bad aku tunjukkan kerja aku ni.


tersangat puas dan gembira.
=)






i learned the lesson. i already got what it takes for me to go through this trials. bittersweet - all of it. ups and downs along the way, was so worth it. takes a lot of pressure and sorrow to complete this. have done my best of the best in this writing. i am totally satisfied.





 syukur alhamdulillah.
thank you Allah.
=')

15 jan 13

i called my dear lecturer yesterday. and syukur alhamdulillah, he said that my writing dah boleh dihard cover..syukur sangat2..hehehe..lepas hung up fon, menjerit2 aku, berlari pegi dapur dan bercerita kat mak, bercerita kat abah, mesej kat abang..memang happy sungguh laa..huhu..akhirnya, complete..huhu..

and right now, here i am in kolej seroja..menunggu thesis aku di hard cover kan dari pukul 1 lebih tadi..hehhhh...aku mintak tauke kedai tu siapkan hari ni jgak..cuma ada extra charges la untuk 1 buku which is, rm3.. not bad la..daripada aku tinggalkan then next week tulah nk dtg amik, nk hantar terus, aku takkan boleh senang duduk kalau tak nampak writing aku tu siap2 depan mata. ngee..

keadi kat seksyen 2. aku survery2 dua tiga kedai melayu, harganya semua rm35+ dan 3 4 5 hari baru siap. aku jalan2 lagi, pegi bahagian belakang, kedai yang kecik je..kedai orang cina..aku tanya2, hahh..rm15 satu buku dan boleh siap hari ni. bukan nk kata apa but can't you see how chinese run business? nak kata banyak buku yg nk hardcover, semua kedai sama malam kedai cina yg kecik ni dah bertimbun tinggi aku dah aku rasa buku2 hard cover. but still, reasonable price and boleh deal good nego. dan service nya pun okay. time nk print semua writing tu tdi, aku rasa cm dh jadi kedai aku pulak. huhu. that chinese man was so humble. layan pelanggan dengan baik. mcm yg kedai melayu aku pegi tadi, pandang sebelah mata je..hampehh.. *ni bukan nk memburukkan orang sendiri tapi ni hakikat.

dan selepas disusun2, lepas tunjuk kt tauke tu mcm mana yg aku nak, aku pun beredar pergi ke mana2 tanpa arah tuju. ohh.. bosan gile.. apa je lah yang ada kat sek2, kat shah alam ni...perut berkeroncong, dah pukul 1 lebih. aku lunch dulu kat gerai yang emmangs entiasa ramai orang tambah2 lagi time orang tgah lunch hour..haihh.. ayam penyet padang jawa. makan sorang2, rileks je sambil gayut ngan dear..huhu...

then, siap2 makan, heading ke dalam uitm..malas aku nk merayau, buat perabih duit minyak je..dah la kete jenis mentekedarah minyak paling banyak..aku lepak2 seroja, sambil on9, rileks2..

tapi dah duk tercongok menunggu rileks2 depan laptop ni, duk dalam kolej, rambut pun dah bebas bernafas, peluh2 pun dah mengering..mata mula la mengade2..menguyu dan memberat semacam je..hadoii...zzzzzzz


Tali

terpandang satu potret di facebook. dari hamba allah yang bukan asing bagi aku. walau terpisah mcm mana pun, antara kami ada talian yang mengikat. tak boleh nk lari jauh. lama aku tatap gambar potret tu. bibir tersenyum tapi hati sedikit sebal. terasa tersentuh. akal menggelinjat bertanya tanya. Dimana kah aku dalam itu? Di mana letaknya aku nanti di kalangan situ. Atau, tersedia adakah tempat untuk aku..? Atau, wujudkah aku dalam kalangan itu.....

Gambaran itu sangat indah. gambaran yang menyatukan, menghimpunkan rungkaian tali2 yang tak pernah terikat bercantum satu dahulunya. sorang di sana, sorang disini. tapi sekarang, mereka dapat masa yang menghimpunkan mereka kembali. tapi.... bagaimana dengan tali yang mengikat aku ni...? bila aku harus bersama untuk melengkapkan ikatan semua tu...? Akan kah lengkap suatu hari nanti...? Aku tak tahu. Aku tiada jawapan. Aku tergantung di sini seorang diri. tergantung dengan seutas tali yang entah mana hujung pangkalnya.

cemburu? mungkin. sakit hati? yea. kerana seburuk2 mana pun, tempat aku selayaknya di situ. dalam susah senang, aku sepatutnya wajib ada disitu. tapi sementelah menjadi mangsa, yang aku sendiri tak tahu untuk keadaan apa. terhukum oleh situasi dulu. yea. aku mangsanya. hukuman aku, harus menjalani hidup bukan aku.

pada siapa aku salahkan semua ini? pada siapa harus aku salahkan kalau aku ada tanggapan buruk bagi situasi ini..? pada siapa aku harus persalahkan demi untuk hidup aku yang bukan untuk aku pada masa dan saat ni..? pada siapa harus aku tuding jari..? pada siapa harus aku luahkan segala perit yang jadi momok pada aku sejak dulu..? pada siapa? aku tak ada jawapan untuk itu. sekali lagi, masih juga aku dibiarkan tergantung.

aku macam layang2. bergerak ikut angin. nampak bebas. tapi ada yang mengawal dan mengikat aku. persoalannya, siapa yang seharusnya memegang tali aku tu...siapa? memang aku bahagia, memang aku gembira berterbangan bebas, ada yang memantau dan menjaga aku. persoalannya, adakah aku ini benar2 layang layang yang dikawal oleh tuan yang selayaknya..?

aku tergantung lagi. kalau itu hanyalah si tukang pegang, bukan pemilik asalnya, bagaimana aku harus memutuskan tali itu dan pergi pada tuan aku sendiri..? aku tidak boleh.buat mcm tu juga aku tak boleh. sudah cukup bersyukur aku diterbangkan bebas beralun2 begitu. sudah cukup besar aku boleh terbang ke mana saja ikut arah angin tanpa dipaksa2. mereka cuma menjadi paksi agar aku tidak tersesat jauh..

aku tak mahu jadi seperti layang2 yang terputus talinya. aku tahu, satu masa nanti aku akan dibawa kembali ke pucuk pangkalnya. bergantung pada masa dan keadaan.



jadi,
di mana letaknya aku pada masa ini.
wujudkah aku dalam kalangan itu.
sebal rasanya.
seolah2 timbul soal pinggir-meminggir di sini.

tahukah mereka yang aku hanya mampu melihat dari jauh?
tahukah mereka yang hati aku selalu rasa nak memberontak untuk ikut punya masa bersama mereka?

aku tak rasa mereka tahu.
aku tak rasa mereka rasa apa yang aku rasa.
sebab diorang tak faham, tak mengerti aku, sebagai salah satu tali yang tak pernah cuba disatukan sejak dari dulu lagi.
diorang tak tahu isi hati pemikiran aku, sebagai layang2 yang diterbangkan di tempat yang berasingan.



tak mengerti apa yang aku cuba luahkan?
memang.
tak perlu cuba nak faham,
dan tak perlu buat2 faham.
sebab tak siapa yang akan boleh faham.
sepenuhnya mahupun faham sikit2, siapa pun takkan mampu.
sebab aku sendiri pun ambil masa seumur hidup aku sehingga kini untuk memahami hidup yang bukan aku ini.




Saturday, January 12, 2013

my transformation


 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjxB7nXD9XLTV-YO5cGzuc20-oUA14pHGZaL659rH27_NhOyiUCe3eNxrDl2mw_rkxahtgEiRgMTPSX8F3o8op3aSbG0U8CgjjnhJTN288NaQBbWIn2BiYvYCJqFLrai8o_vWXKn5EmUxgv/s1600/assalamualaikum.png

menyingkap kembali aku yang dulu .... 
ermm..
i know i have change.
perubahan yg amat besar.
satu transformasi yg boleh dikatakan berjaya dan sukses sedikit..huhu

i just tengok balik gmba2 lama dulu..
masa zaman baru masuk u..
zaman2 diploma..
dan bila tengok aku yg lama,
aku rasa mcm tgah tgok orang yg sangat2 berlainan..
mcm bukan aku yg sekarang..
yea..betol..
aku yg dulu sangat2 hodoh..
haha..bukan nk kutuk atau nk being humble tak tentu pasal,
tapi itu kenyataan..muka hitam legam..haha..
purpose aku write pasal perubahan/transformasi aku ni,
sebab aku rasa bangga, aku dapat buat perubahan.
perubahan yg aku kira bukan sedikit tapi banyak..

wanna know..?
let's..





gamba yg paling atas, paling kiri, itulah aku dulu2. sem pertama, jejak kaki di uitm Perak. sumpah tak macam aku yg sekarang kan..?huhu..memang mcm muka india timur mana ntah..haha..aku sendiri pun tergelak tengok muka dulu2..hitam legam, mcm kebau..ngee..alkisah, sebelum masuk u, aku free hair. tapi, lepas spm, aku psang nazar yg aku nk pakai tudung bila masuk u..dan dah ditakdirkan, aku diterima dn aku teruskan nazar aku..walaupun kdg2 tu, aku on off jgak..hish..bnyak setan kt aku ni..bila dpt masuk u, aku main cekau je segala baju kurung, segala tudung yg ada..tapi bukan kepunyaan aku, tapi kepunyaan kak ngah aku kebanyakannya..memang, aku main pakai je..kalau ada yg beli pun, sehelai dua je baju kurung aku yg baru..

dulu aku lagi gemuk dari yg sedia ada sekarang ni..huhu...dan baju2 yg aku cekau milik angah masa tu pun, besar2 memandangkan angah pun masa tu berbadan besar..jadi, bayangkan lah orang yg besar, pakai pulak baju yg besar lagi tu..dah mcm rupa apa dah..?mcm raksasa..huhu..dan tudung pun besar2 jugak..haish..bertambah2 lagi lah buruk hodoh aku sebab aku pun baru belajar pakai tudung, tak reti sangat, main sarung je lah tudung bawal tu..memang aku tak reti nk pkai..serius! ngeheee...


tapi, bila aku dah bercampur gaul dengan orang ramai, orang sekeliling aku yg cantik2, yg jaga muka, jaga rupa, jaga penampilan, aku sedikit sebanyak cuba belajar adaptasi semua tu...aku rajin2kan, ringankan tangan utk jaga muka, mcm2 yg aku buat dulu..antaranya, petua2 yg letak tomato, timun, susu tepung, asam jawa, putih telur utk mengelokkan wajah..haha..nk beli produk2 pun, apa je lah yg aku mampu...yang aku pakai, krim safi dengan pencuci dia je..plus dengan scrub st ives..ngee..seperti yg tertera, muka aku kn hitam cm terbako yg amat sngat tu...parut2 pun banyak sebab aku jenis tangan gatal suka picit2..ngee...bibir pun tak berseri lngsung..tapi sejak aku mula jaga, ikut petua semua tu tadi, plus dengan jaga bibir, contoh petua nye, tumbuk halia dan tepek kat bibir dan aku pakai produk mary kay, lip scrub angah bagi..sedikit sebanyak aku dah nampak hasilnya..

dan selain tu, aku pun mula merajin2kan diri pegi joging pagi2 kat uitm perak tu..haha..walaupun tak jauh mana, tapi boleh lah jugak bakar2 lemak mana yg ada..dan nk kata aku jaga makan tu, boleh lah....cuma tak lah ekstrem mana aku berdiet..tu yg susut nya pun sikit je..taklah kurus sesangat..ngeee..bila dah susut tu, masalah lain pulak timbul..baju2 yg aku bawak dari rumah, semuanya dah longgar habis...ada satu masa tu, seluar jeans aku terpaksa dilipat smpai 3 kali sebab longgar..dan baju2 aku pun semua dah longgar..mcm ada gmba kt atas ni, yg bju hijau tu..nk tak nak, pakai jelah...haha..

dan tudung pulak..aku cuba belajar lilit2 tu..sebab aku mmg buruk betul pkai tudung bawal..memang aku tak pandai langsung..tengok jelah dlm gamba aku main letak atas bahu je..orang lain buat cntik tapi aku buat buruk..haha..jadi solusinya, aku belajar lilit2 tudung kasi elok sikit..dan hasilnya, aku akui aku lebih selesa pakai tudung lilit2 mcm tu..

perihal mekap, aku mmg suka mekap, walhal dari zaman sekolah lagi aku suka mekap..tapi aku takut nk layan mekap bila dah jejak u sebab keadaan muka aku yg hitam legam mcm tu dan berparut sana sini..ngee...tapi, bila kulit muka aku semakin elok, aku beranikan diri mekap2 biasa..tapi, ada jugak masalah lain..masalahnya ialah aku ni rabun..jadi agak terbatas sikit nk mekap2 dan aku jugak tak tahan panas..selalu berpeluh..tapi, yelah..zaman2 nk belajar cmni, aku belajar jugak handle bnda2 ni...even aku pakai spek pun, aku mekap jugak sikit2..dan kadang2 tu, konon nk amik gmba, sanggup bukak spek kejap..haha..zaman ni tak jumpa contact lens lagi...bnda tu dah wujud cuma aku tak berani,,takut..sebab perasan diri aku budak2 lagi..ngee..

bila dah dapat biasakn diri, aku dah mula berani bermekap ke mana je aku pergi...ke kelas ke, keluar ke atau ke mana2 je..supaya nmpak la sikit rupa orang kn..haha..tapi spek tetap takleh tinggal..wee...
memang jauh beza perubahan yg aku dah buat..dan aku akui, aku selesa dengan setiap perubahan tu..kira2 mcm zaman nk belajar cari identiti diri la kononnya..ngee...tambah pulak hormon remaja meningkat, mualah nk kenal cinta, feeling2 tu semua, tu yg mendorong lagi aku untuk berubah jadi yg semenggah sikit..err..bercintalah sgt! haha


  

  kemudiannya, aku bertukar ke uitm shah alam..bila kat sana, aku lagi terdedah dengan mcm2 jenis orang..semuanya cantik2 belaka...lagi membuatkan aku ada perasaan utk menjaga lagi diri aku...tapi aku taklah sampai nk capai atau target utk menjadi seorang yg keep uptodate psal fesyen semasa, bagi aku, cukup aku jadi simple dengan diri aku sendiri..dan nampak semenggah sikit..sebab kalau nk terlalu bercantik, aku tak boleh..sebab itu tak sesuai dengan aku dan tambahan pulak aku ni orangnya kelam kabut, comot, selekeh. jadi mmg tak boleh kalau nk jadi yg sentiasa bercantik2..ngeee...


 
dan sekarang, aku suka dengan diri aku sendiri..sama ada aku bermekap atau tidak, bermekap bnyak atau keluar dengan muka kosong hanya bertepek bedak baby, ataupun aku bercermin mata atau bercontact lense, bertudung bawal atau pun berlilit2, yang penting, aku selesa..sebab ni diri aku.. 

sebagai seorang yang dah melalui perubahan yg ketara kalau nk dibandingkan dulu dengan sekarang, aku bangga dengan diri aku sendiri...sebab aku dapat buat satu perubahan diri dan perubahan itu nampak dengan mata aku sendiri....aku memang selesa jadi diri aku..kalau bermekap tu pun, sebab aku minat..mcm jugak ppuan lain yg suka tgok diri dia cantik, aku pun salah seorang dari itu..tapi aku buat bukan untuk orang, tapi utk kepuasan diri aku..sebab aku tau mcm mana rasanya jadi hodoh..ahaha..adoi..kasarnya ayat..*kesian kat diri sendiri...memang kalau nk diikutkan, aku kesian kat diri aku yg dulu..haishh..tak tau nk kata apa...memang comot yg amat..huhu..

apa2 pun, aku tak perlu malu dengan diri aku yg dulu mahupun sekarang tak kira lah mcm mana sekalipun wajah dan rupa aku, 
hitam,putih, cerah, kuning langsat ke, 
walau mcm mana sekalipun bentuk fizikal aku, 
gemuk, buah pear, buah tembikai, kerengga, gemuk air, gemuk daging ke 
atau mcm mana sekalipun lah keterampilan aku, 
sebab aku tahu, kita semua, manusia yg ada atas muka bumi ni 
smua nya ada sisi cantik dia..tak kurang juga sisi kekurangan dia..
cuma bergantung pada kita je nk serlah dn tonjolkan yg mana satu, 
dan jaga diri kita sndiri mcm mana....
and as for me, again, 
syukur alhamdulillah aku berjaya jugak buat perubahan diri, 
and am so proud of it! =)

 *mekap + tak mekap



 i just love myself.
tak kira lah aku yang dulu ataupun aku yang sekarang.
yang penting,
aku tak nak jadi orang lain dan
yang nyata,
orang lain juga tidak boleh jadi seperti aku.
jyeah!
 





p/s : memang aku nk buat post ni beserta2 gmbar, supaya esok2 hari aku bukak balik blog aku, aku boleh kenang balik zaman2 aku dulu2..kalau aku tak cerita kt blog aku, esok2 ingatan dan kenangan zaman2 yg mcm ni boleh hilang bila2 masa je..wallahualam..
p/s : sekarang ni, rasa mcm sedang kembali gain weight, hati senang dan bahagia mungkin..? ngeee..mood diet ON ..ehehhe..=)


Saturday, January 5, 2013

4/1/13




 senyum.
tak perlu kata apa-apa.
bila dah dua kali jadi, memang tak perlu nk kata apa dah. 
sabar. 
itu yg the best. *walaupun hati bengkek gile. hekk.

_____________________________________________________________________________


 dengan hati penuh sebal dan bengkak,
aku pun mula perjalanan balik.
sebaik masuk ke highway nkve, perjalanan balik ke kl. cuaca sangat2 buruk. hujan selebat2 nya. 
petir meletup berdentum.
 yang paling menakutkan, nk drive memang tak nampak apa. lampu pun dh bukak high beam. kelajuan yg sangat2 rendah. ada satu ketika tu, petir meletup kuat mcm kat tepi tingkap kereta je. jantung mcm rasa nk berhenti. tak putus istighfar. dah terbayang mcm2 benda dh kt fikiran. dan rasa nk menangis sangat2. bulu roma tak habis meremang. kekadang terkesan jugak tangan dah menggigil. kat otak duk terfikir nk sampai umah, dan duk teringat mak, abah 
 gelap sangat2 walaupun masa tu baru nk pukul 5. rasa semacam je. dan yang buat mata sedikit membeliak, sampai kl, masuk kt duke, jalan tenang seperti biasa. tiada hujan, tiada petir, tiada gelap mcm gmbar kt atas ni. cuma mendung2 manja sikit je. jalan pun kering.means tak hujan langsung. sampai rumah pun cmtu jugak. tak hujan.

____________________________________________________________________________

sampai je rumah, story morry kat abah dengan mak pasal peristiwa 'sebal' hari ni. mak diam je. tak banyak ulasan. abah hanya mampu geleng kepala dan berdengus. katanya "buat susah kat orang je". abah suruh aku sabar. okeyh bos.
aku pulak. jujur sejujurnya hati aku rasa sangat2 penat. badan apatah lagi. selepas mengharung ribut, memang aku dah energy-zero!
masuk bilik bukak tudung release rambut on aircond dan terus shutdown. 
memang tak sedar apa2 dah. sangat letih!

sedar2, abah kejutkan. katanya nk pegi keluar makan dah ni. nk gi dinner kat johnny's. pegi celebrate birthday girl liyana. dengan keletihan yang masih bersisa dan yup, backache! rasa lenguh sangat2, aku pun bersiap ala kadar.


 kepala masih terasa berat akibat shutting down yg memang tak sedar apa balik tadi.
but then,
terasa segar betul sebab menghadap blast dinner steamboat.
memang terbaik. makan pulak panas2. kecuq ayaq liuq habaq ang.
penuh perut!
_______________________________________________________________________________





Thursday, January 3, 2013

❤ AsSalam Dua Ribu Tiga Belas ❤


Bismillahirrahmairrahim. and so the new book, new page of 1/365 begin. hello 2013! Please Be Nice.
Berharap besar aku semoga tahun 2013 banyak beri kebaikan pada aku dari mana2 yang kurang manis tu. berharap besar yang aku mampu untuk capai segala apa yg aku azam kan uth hidup aku esok hari nanti. 
Dengan izin dan hendakNYA. =)


Sementelah banyak yang sudah dirangka, dan sudah di-listed dalam 'to do things' in 2013. Insya Allah. Aku akan berusaha untuk capai segala apa yang aku ingin. Banyak memang banyak. tapi siapa tahu, rezeki masing2, Allah yang beri. Bukan hak kita untuk pertikai dan sangkalkan. Yang Penting! Ada impian, matlamat, ada keazaman dan Usaha! *kemahin semangat ni hah. ngehe.

Mungkin wishlist aku agak panjang untuk tahun ni. Macam2 yang aku nk capai. Aku sendiri pun masih belum pasti akan dapatkah aku tunaikan dan capai semuanya. Tapi hati aku yakin mengatakn mungkin ada setengah darinya aku boleh dapatkan dan capaikan. Insya Allah. 

Wishlist are made to achieve. Not to be Doubted dearself Siti Azreen Putri!

Takpe2. Walau nanti ada yang terbatas utk dicapai, kita masih boleh teruskan semua impian dan cita2 tu ke tahun hadapannya. Semua ini bukan diukur mengikut tahun baru ke tahun lama ke tapi, diukur melalui tinggi rendahnya azam seseorang tu. Ayy? 
Yang penting, harus move ahead, keep going dan don't hesitate to give your very best dalam setiap apa yg aku buat nnti.. =)



I will keep holding to this. 
Sebagai panduan. Sebab selain dari bentuk material dan keperluan dan kemahuan fizikal dan hidup, aku pun berazam utk ubah attitude. Mahu tinggalkan semua yang negatif2. 
aku nekad dan tekad. 
sebagai contoh, walaupun aku tambah mana2 positif tanpa membuang pergi yang negatif, aku sedar aku takkan berganjak dari tampuk yang lama. Akan masih berlegar2 di situ jugak.
Macam kita dok sakan beli baju baru. tapi dalam almari duk penuh lagi dengan baju2 lama. 
Sayang kononnya. 
esok2 baju yang baru ntah kemana, 
kita duk betah pakai lagi baju2 yang lama tu.
Okay, ni umpamanya lah nk bagi senang faham apa yg aku nk cakap tentang positif negatif ni

Jadi, Aku put aside semua negatif and keep moving ahead. 
Insya allah aku akan gain yang positif2 nanti.

So, i'm trying to be a successful people mcm indicator kat atas ni..ehehe...
fokus! jangan jadi macam gambarajah warna kuning sebelah die tu..huhu


tahun 2012 banyak menyaksikan 
jatuh bangun aku, berjaya gagal aku, suka duka aku. 
banyak gelak tawa, senyum suka malah esak tangis air mata terbazir sepanjang tahun yg lepas ni. 

tapi takpe. 
aku ambil semua tu sebagai iktibar dan pengajaran. 
buat pedoman utk hidup esok hari. 
people may come and go in our life. 
dan kenangan itu juga akan masih kekal hidup. 
tipulah kalau kata kita boleh delete all that begitu saja. 
ada baik buruk yang kita gained and i wont hesitate to thank much for those peeps and for the experiences. 
kerana itu semua banyak beri guide, contoh, pengajaran, awareness pada aku untuk aku berubah kepada yang lebih baik. 
like SERIOUSLY.
Yang mana yang elok, aku ambil bawa bersama untuk langkah yang seterusnya. 
Yang mana kurang manis tu, aku letak ke tepi, dan aku teruskan perjalanan aku.
cukup2lah dah mengikut, mengekor, membuntuti sepanjang perjalanan aku yang sebelum ni. 
orang kata - 
Whatever makes you feel bad, leave it. Whatever makes you smile, keep it. =)



aku ada tanya diri aku, ikhlas ke aku dalam sesetengah perkara yang ada dalam hidup aku sekarang ni.. dan jawapan yg aku dapatkan dari hati aku, adalah "tidak" -  bagi sesetengah perkara itu sekarang ni, aku sebolehnya tak nak but i have to untuk put aside perkara2 yang mcm tu. lama aku tanya hati aku. aku pandang dan nilai semuanya dalam2. i dun wanna blame others tapi aku point kan semua salah itu pada aku. aku tanya diri aku sendiri apa yang salah yang aku dah buat. apa benda yang aku pernah buat. apa benda yang kadang2 aku rasa aku memang betul tapi sebenarnya salah. dan aku nilai balik diri aku, apa benda yg aku mengaku salah tapi aku sebenarnya mmg sudah ada di jalan yang betul..

hasilnya, aku end up dengan conclusion yang aku harus mula dari sekarang. aku kena keluar dari tampuk yang lama ni. mulanya aku fikir, mungkin langkah aku ni salah. mungkin cara aku ni tak kena. tapi aku yakin mcm yang aku sebut sebelum ni. kadang2 apa yg aku rasa aku buat salah tu, sebenarnya jalan yang terbaik untuk aku. 

aku akui, kadang2 sifat berlembut hati ni memakan diri aku sendiri. dan bila dah berulang kali memakan diri, ianya takkan datang secara ikhlas lagi melalui hati. tapi, kita berlembut hati tu kerana terpaksa, menjaga hati dan kasihan. dan disebabkan terlalu berlembut hati, kita terikat untuk berlaku jujur. hakikat mana yang kita harus bicarakan, semuanya tersekat. itu satu kelemahan aku. terlalu berlembut hati. aku akan cuba improve dari semasa ke semasa. insya allah.


okay enough with serious talk!eheh...tak habis2 dengan seriusnya, boleh jadi bosan. dok..?try to keep myself chill more and relax by now. memandangkan benda2 yang aku nk capai tu semua heavy2 belaka. ahaha. so, to be fair, i suppose balance kan semua tu, kang kalau smuanya nk heavy2, nk serious2 manjang, jadi terlebih muatan pulak otak aku nnti...ngehe..


oit. dah pukul 2am. esok nk pegi shah alam pulak. better get some rest now. 
*walaupun dh rest lama dh sbenanyer dari siang tadi..ngehhh..~ 






maaf dari hati, salah silap jangan diingati, nak tidur ni kena bersih hati, takut esok bangun dah mati..astaghfirullahalazim, subhanallah ya Rabb..
selamat malam..assalamualaikum.. ❤😊



#blog-pager{font-size:normal}.showpageArea{font-family:verdana,arial,helvetica;color:#000;font-size:11px;margin:10px}.showpageArea a{color:#000;text-shadow:0 1px 2px #fff;font-weight:normal}.showpageNum a{padding:2px 8px;margin:0 4px;text-decoration:none;border-bottom:2px solid #5fb404;border-top:2px solid #5fb404;background:#effbf5}.showpageNum a:hover{border-bottom:2px solid #df01d7;background:#a9f5f2;border-top:2px solid #df01d7}.showpageOf{margin:0 4px 0 0}.showpagePoint{color:#fff;text-shadow:0 1px 2px #333;padding:2px 8px;margin:2px;font-weight:700;border-bottom:2px solid #5e610b;border-top:2px solid #5e610b;background:#5e610b;text-decoration:none}