Monday, December 19, 2011

missing wave (==,")






ombak rindu katanya.
dek kerana terbawak2 penangan hebat novel fauziah ashari
beria semuanya nak tengok kisah novel yg diangkat ke layar lebar ni..
heboh dengan pungutan juta2 nya jugak..
dengan bangga nya nak mengaku yang duit aku pun ada dalam juta2 ringgit tu..

kecewanya
cerita tak sehebat novel.
okay, aku cuba faham yg ini filem,
bukan semua momen yang menghidupkan jalan novel ini diangkat ke dalam filem.
tapi still,
keluar panggung bukan dnegan perasaan lega yang sampai boleh tarik nafas panjang2 dan dilepaskan kuat2..
but still okay.
not bad..

ianya masih boleh diterima sebab ianya dari novel OMBAK RINDU.
dan sebab watak dalam itu ialah Hariz dan Izzah
dan sebab aku memang dah berkali khatam, ulang baca novel ombak rindu.

dan reaksi budak2 ni bila keluar panggung -
"oh aaron aziz...~"
cair meleleh je masing2 oleh kerana tarikan hormon endorphin dari beliau itu.
iya aku mengaku.
aaron aziz memang hensem, macho, kacak, segak, romantik, sweet, lovely dan berbagai lagi kata pujian buat aaron aziz..

tapi, aaron aziz tetap aaron aziz. seorang pelakon hebat yang membawakan watak hariz dengan jayanya dan kenyataan yang pahit utk diterima oleh si pencinta aaron aziz - he's happily married. bla bla bla ... dan setiap babak yang buat kita jatuh cinta pada aaron aziz kebanyakannya adalah dari lakonan dia.
siapa yang untung ? mestilah wife dia ..
ok then.

dan watak pesimis si maya karin yang bernama izzah dalam ombak rindu tu..
macam sedikit jauh tersasar dari jangkaan.
harapan meleset sebab izzah dalam novel digambarkan dengan cara lain dengan izzah yang dalam filem ni.
dan,
biar mcm mana pun fesyen tudung izzah dalam ombak rindu,
walaupun mcm zaman budak2 sekolah rendah yang tudungnya kebelakang dan anak tudungnya yang tebal nampak di bahagian depan - maya karin tetap cantik.
haihh,,takde muka orang kampung pun..

ermm..
buat apa nk ckp lebih2 erk.
diorang dah dapat untung juta2..
what else matter then..?

chiao~

Wednesday, October 19, 2011

pagi tadi,
aku dikhabarkan dengan berita gembira..
kak yaya dah selamat dibedah..
baik kak yaya dan juga baby nya semuanya okey..
alhamdulillah..
tapi yang buat aku rasa happy sampai nak nangis,
bila tgok gamba babynya..

ya allah..
aku tak tahu kenapa..
aku tak pernah rasa happy tengok baby sampai mcm ni sekali...
setiap kali aku tgok gamba dia,
aku rasa happy smpai mmg rasa nk nangis...

dan yea,
dia sangat cantik...
amin namakan dia
Ainnur Humairah.

dan makluman,
nama ainnur tu, aku yg bagi..
Idea aku sendiri..
maksudnya cahaya mata
ain itu mata dan nur itu cahaya..
humairah pulak mungkin pilihan amin ngan kak yaya kot..
sebab hari tu beria2 masing2 nak cari padanan nama utk ainnur tu..
hehee..
humairah pulak tak silap aku maksudnya putih kemerah-merahan..
kalau tak silap aku la...tak pulak aku refer maksud nama tu kat google..

bila aku tgok gamba dia..
weee...dia memang cantik..
putih2 merah kulit dia..
mak kata, jari2nya halus..panjang....

haaaa...
aku memang excited la biler dngar pasal baby baru ni...
aku ckp dnegan is,
over excited aku ni, mengalahkan mak bapak baby tu sendiri..
huhu..
katanya aku nak jugaklah tu ada baby ..
haha..

apa2 pun,
selamat lahir ke dunia wahai Ainnur Humairah
semoga kelahiran awak membawa seribu berkat dan seribu kebahagiaan untuk mama dan abah awak..semoga awak jadi anak yang baik dan solehah bila dewasa nanti...




cantik kan dia...
<3

Tuesday, October 18, 2011

"When I say I love you, please believe its true.
When I say forever, know I'll never leave you.
When I say goodbye, promise me you won't cry.
Cause the day I'll be saying that would be the day I die."

Tuesday, October 11, 2011

"KISAH KAMBING MASUK KANDANG HARIMAU"

pagi ni,
rasa malas sangat nak bangun..
alarm awal lagi dah bebunyik..
tapi disebabkan semalam memang tak cukup tido yg amat sgt,
pagi ni memang susah giler nk bangun..pale pun pening2 lalat..

but then, bangun jugaklah..
sebab nak kena iron baju utk pegi presentation lagi..
bangun2 tu, tuju laptop dulu..

and then yatt yusof call..katanya, pi siap cepat, kita dapat turn yg kedua utk present pagi ni..
hekkk...
what the....

presentation supposedly should start after 9..
tapi sekarang ni dah 9.36 am...
goshh..!!

sempat ke tidak ni..aku dah gile cuak..haha..supposedly kitorang dah ada kat sana utk preparation apa2 yg patut..
actually memang nak get ready pun..tapi mmg tak expect langsung ianya akan seawal ni..
so, terus saja aku melompat bangun dari kerusi - bukak loker dan terus amik baju kurung yang tergantung - baju kurung penyelamat..tak payah nak iron! haha..
dan time ni jugak lah nk marah lecturer sebab tak keluarkan list nama awal2..adehh..~
terbantu terus niat nak pakai baju kurung yg nak cantik2 sikit..

pastu terus capai towel, mandi koboi jelah yg termampu utk saat2 genting ni..
pastu terus siap2..dan mulanya decide tak payah nk mekap sangat la kalau dah dasar lmbat tu..
tapi nmpak sangat ketara pulak muka bangun tido..terpaksalah la aku pakai celak, blusher sana sini, then lipstick..
dah puas ati,
ok go..~

then sampai bilik yatt,
dia tgah nak iron baju..
pastu dia dok bebel "alaaa..yatt takde baju penyelamat..nak kena iron..!!"
haha..
pastu aku suruh dia siap2 jelah dulu, mekap apa patut, kain kurungnya aku yg gosok..
eloklah tu..baju sendiri tak bergosok tapi pi gosok baju orang..
pastu nadia pun sampai dah..
kami pergi dulu tinggalkan yatt..
tak tau kenapa mmg rasa kelakar pulak bila nak rushing2 ni..

tgah berjalan dengan kuasa turbo tu,
fon lak berbunyik..
from him - gewe..
hmmmmmmmmmm........
ni lagi satu...
malam tadi tak nak call..
org punyalah sentimental malam tadi, tak nak call pun...
huh!
pagi ni baru nk call..
dengan suara yg termengah2 mendaki bukit, jawablah jugak call nya..
pastu satu yg aku tak puas hati,
aku kalau on call, aku nk lama2..
tak nak lah sekejap2 je bsembang..
tapi dah la tgah kesuntukan masa cmni, mmg harapanlah nk cakap lama2..
tak payah nk tggu sampai kelas, sampai je kat bgunan fine art, mmg dah takde line dah pun..
hampas betull..!!! eee..aku nk bcakap lagi..
but then, msej jelah yg mampu aku titipkan buat dia..
sob3..
takpe..berkorbanlah sikit demi utk presentation ni..
uwekkk....(tapi dalam ati rasa ralat agi ni..sbb bukan senang nak dapat on call dgn pacik ni!)
okay stop with gewe thingy..lari topik lak..

sampai2 je kat fine art,
terus pi amek produk kt loker, then terus naik atas..

alhamdulillah,
tak start lagi pun..projector bermasalah!
oh i love you so much projector..
terima kasih la kerana melengahkan masa yg ada..

sementara tu, kitorang unpack brg2 tu semua
dan aku buat skrip, mende apa yg aku nk ckap kat depan tu nnt..
part aku kena cakap intro..
sebab kata nadia suara aku kuat, then boleh tarik org utk dgar pada permulaannya..
ok fine..
aku pun bergigih la buat skrip..dalam bahasa inggeris..
actually i do asked them, nk cakap bm ke bi..
then not sure sama ada yat ke nadia yg ckp
"kena ckap bi balek la ni eak..?"
that's why aku buat english..


plus,
utk presentation ari ni,
ada lagi tambahan 3 lecturer.
kalau semalam puan jasara dengan en farif je..
ari ni ada en fazli, prof jai dengan en jamil
yg mukanya memang ganas dan garang tak hengat..
adoi...
aku dah neves ke tahap maksima...
sebab muka dia memang menimbulkan rasa takut yg amat sangat..
tambahan pulak aku ni ada sejarah2 simptom stage fright..
konfem aku akan menggigil depan tu nnti..

siap je grup anith present,
tibalah saat yg dinantikan..
group kami..!
buargghh...!
dengan langkah yg yakin tak yakin,
aku pegi depan bukak slide while yatt ngan nadia pegi angkat meja utk letak produk.
pastu aku tolong2 sikit angkat produk then terpacak balik aku kat depan kalian2 student, rakan2 taulan semua sambil menunggu nadia dan yatt bagi pamplet roshfin kat semua lecturer dan few student.

mulanya intro, sbgai greet, aku dah cakap omputeh..
punyalah a very good morning, our honored lecturer la bagai..
then aku dengar yatt ngan nadia kt blkng suh aku cakap bm jer..
erkk..
aku dah serba salah..
bi ke bm ni..
tapi skrip aku dah bi...hadoi..
kang kalau tiba2 tukar kang, lecturer tegur ke apa ke..
few minutes gak dok tgah bercelaru tiga2 org ni dok decide nk cakap bahasa apa,
aku tibai jelah sambung intro dalam bahasa melayu..
"pada pagi ini kami akan...."
haha..
dak2 ni gelak..
lantak ah..
janji belasah je selagi boleh....ngeee..

sampailah ke sesi lecturer nk tgok kerja apa yg kami buat,
kami terangkan lah
semuanya
dari a sampai z..
mana design company, mana design kami..
proses awal kami,
apa yang dia suruh kami buat,
semua tugasan2..
semua keje2 tambahan yg kami buat..

then,
lecturers mintak utk tgok setiap produk yg kitorang bawak ni..
sambil diorang belek2,
diorang membuat spekulasi tentang situasi kami selama menjalani latihan praktikal di sana
dan sangat hebatnya,
mereka dapat keluarkan satu nama yg paling tepat untuk menjelaskan kerja2 dan tugasan kami di sana..
setiap butir bicara prof jai yg cuba menerangkan situasi kami menjalani latihan praktikal di sana sangat bertepatan.
sampai dalam hati aku rasa cm nak jerit
"yes yes..!!!betul tu...tulah apa yg kami jalani sepanjang praktikal tu..!!!"

betapa profesionalnya dia merungkaikan setiap apa yg kami jalani tanpa ada kesalahan langsung..
semua yg dia cakap semuanya betul..

bila keadaan dah cope dan mesra alam cenggitu mcm tu,
hilang semua rasa neves awal2 tadi..
cara kami present pun, dah tak macam formal presentation dah..
masing2 menggelepur!!..haha..
okay mmg group kami la yg kecoh..dan tak duduk diam..
kejap tu pi amek produk bagi kat dia..kejap tu pulak pi amek sketches sebab diorang nakkan bukti yang menunjukkan memang kita yang develop idea utk design tu..kejap tu pi kat meja dia, bcakap2..bagai2 lagi ah..~
haihh..bergerak ke sana ke sini..

pastu,
sesi pembentangan bertukar jadi sesi luah perasaan..
haha..bukanlah luah apa..dah diorang bertanya,
kami pun jawablah secara JUJURnya..yeah..~
lebih2 lagi si yatt ni..
bercakap bukan main, pom pam pom pam kat lecturers yg ada..
pastu pusing belakang je, ngadu :
"rasa nak nangis tau tak.."

haha..
katanya sebab praktikal kat sana memang sangat2 trauma dan sedih rasanya bila diingat dan diceritakan balik.
haha

lama jugaklah rasanya sesi bersoal jawab dan meluah2 ngan lecturer2 ni..
dan jugak utk kawan2 yg mendengar dengan tekunnya kat depan tu...
huhu...
terima kasihla kerana sudi mendengar cerita kami..
walaupun anda mungkin tak faham sepenuhnya..
sekurang2nya anda tau apa yg kami jalani di sana..
dan oh yea..
dalam ramai2 tu,
zai dengan safa jelah yg muka cam memahami sangat2..
mahunya tidak,
dah waktu kat subang jaya,
diorang lah yg datang lepak2 ngan kitorang, dengar luahan masalah itu ini..
haha..

lepas tu,
antara yang dikatakan oleh lecturers,
mmg aku setuju sangat2...
setiap bait kritikan dia..
adeh...
sampai aku rasa mcm ada 'halo' atas pale prof jai..
ngan en jamil jugee..

gagagagagaa...!

di akhir presentation,
en farif ada tanya
'diorang ada offer kat awk semua tak lepas study nnt..?'
(lebih kurang gitulah soalannya..)
tergagap mulanya nak cakap
but then ntah nape mulot ni cam gatal jerk dan terus je dikeluarkan ayat
"hmm takde pun..agaknya diorang pun tak nak kitorang kat situ.."

perhh..cm puaka je mulot aku..
haha..aku dgar dak2 ni gelak..same goes to the lecturers..

kalau nak diikutkan skrip,
memang kami nak bcakap yg baik2 saja ttg pihak di sana..
tapi entah mengapa,
lecturer kami lebih bijak mentafsir apa yang tersirat.

but then,
sure rasa memang sangat2 terluah lah apa yg selama ni hanya terbuku di kalbu..
kalau kita bercerita dngan org pun kadang2 org takleh nak faham..
dan kadang2kalau kita bercerita, orang akan doubt dan judge benda lain..
so, nevermind la..kami yang jalani setiap saat,
jadi mmang hanya kami jelah yang sebenar2nya merasai apa yang terbuku ni..
dan yup,
sesungguhnya, kalau ada pun yang berdekatan,
yang menyaksikan sendiri apa yang kami lalui-saban hari mungkin,
tapi berbeza fahaman,
useless jugak..still takkan dapat memahami apa yang ada di lubuk hati ni..
gaga..mengarut lebih lak an..

dan semasa personal talk
time yg kitorang pegi berjalan2 ke meja lecturer masa presentation,
en fazli dua tiga kali tanya aku
"kalau kami nak tempah, nak awak buat, awak boleh buat..?"
aku jawab " er..boleh tu mungkin boleh cuma mungkin kurang dari segi material.."
temanya : yatt yusof dengan nadia nana sanggup ke nak buat lagi mende2 ni..??
haha..~

dan juga..
benda yang aku rasa terharu dan sedih sangat2..
adalah semasa :

lecturers yang menilai pembentangan hari ni, sukakan kerja kami..
mungkin la kami tak buat benda yang bukan kerja kami
100% lari dari bidang seni halus..
tapi sekurang2 nya, diorang yang even bukan bidang industri tersebut boleh hargai setiap hasil kerja kami..dan boleh memberi kritikan yang membina dan seeloknya..walaupun kami tak buat semua benda2 tu sampai ke proses akhir dan bukan di depan mata dia, at least, dengan sketches2 dan gambar yang membuktikan kami olah dan buat semua tu, pensyarah2 kami ni boleh menilai apa yang kami nak buat dan setiap cerita kami dia judge dengan sebaiknya ..
dan mereka hargai setiap kerja kami walaupun itu bukan bidang kami..
persoalannya disini,
tak boleh ke pihak di sebelah sana turut bersikap profesional seperti itu..
cuba memahami..

ini tidak..
awak tak memahami kami dengan sepenuhnya,
awak dah terus nak suruh kami masuk kandang kambing mengembek..
masuk kandang rimau mengaum...
sedangkan kami sendiri tak kenal mcm mana kambing, rimau tu, macam mana jinak liar dia..
mcm tu saja awak arahkan kami..
sekurang2nya, suruh la kami tgok dulu mcm mana kambing rimau tu..
belajar mcm mana nak jinakkan dia...
sedangkan pda hakikatnya,
awak sendiri pun tak tahu takat mana kemampuan kami masing2..

frankly speaking,
it takes time to learn something okay..?
benda yang kami absolutely "zero knowledge"
terus awak nak kami hasilkan benda yang perfect..

kalau betul awk nak aplikasikan peribahasa tu pada kami,
i think we should give that proverb back to you la encik.

kalau awk nak kami mengembek mengaum dalam kandang tu,
sepatutnya awak pun kena mengembek dan mengaum sama..

well,
awk kan nak jadi contoh yg terbaik katanya..??


oh ye encik,
it was such a good opportunity for me, for us to meet you and had experienced work with, work with the flow you used to hold it as your pride.
thank you so much.
kini kami tahu bagaimana nak membezakan profesionalisme seseorang dan tahap kaliber mereka melalui gaya dan isi percakapan.
we have learned a lot from you.

..ngee..dah2 cukuplah pasal kambing rimau mengembek semua ni..
membebel lak kan..~
nak cakap banyak pun tak guna..
biarkan sajalah si luncai terjun bersama-sama labunya.

....
haihh..aku pun rasa cm nak nanges mcm yatt yusof da ni..ngiahahaa..~

so, lots of xoxox utk para lecturers yg mendengar
sekali lagi million of thanks kerana sangat memahami..
dan utk en jamil dan prof jai,..
walaupun anda digeruni pada mulanya,
word 'good' yang kalian sebutkan,
tak akan saya lupakan.
=)

jadi hari ni,
lepas presentation jer,
masing2 muka happy tak berhengat..
kadang2 tu tersenyum je..sengih2..
mtah la..memang rasa hepi la..rasa cm nak pegi berjimba dah..

haha..~
bak kata pepatah..
bagai pekung dada memang dah terlepas semuanya..
senang cerita lebih kurang macam orang semput dah dapat inhaler nyer la..
lebih kurang mcm tu...ngeee..~

jadi...
tu jelah sedikit sebanyak yang saya boleh cerita...
sebab setengah feeling yg kita rasa memang takleh nak cerita semuanya..
susah nak didescribe
dan juga susah lah kalau nk diceritakan setiap apa yg kita lalui..ada yg terlupa, ada yg tertinggal..
mana2 yg ada jela ye yang boleh dititipkan disini..

jadinya..??? MOJ..!!

Daaa...~~~



* muka penat lepas guna power turbo foot utk mendaki ke fakulti fine art department -
sesi unpack produk dan buat skrip dengan kadar segera~
(fokus muka nadia..haha ;p)


* yea .. kami sayang rosh ... eah bukan.. kami sayang keje yg kami dah buat..
okbai (=.=,")


*muka happy 3 hantu lepas presentation


* kat belakang tu, orang2 kuat yang dah bukak kaunter aduan rakyat .. gaga..
tulah dia..safar dan zai..sahabat yang rajin membawa kami lepak minum bersama semasa praktikal di subang jaya sambil mendengar kisah2 tragis kami..
love ya muah2 !







p/s :
mungkin ada sesetengah ayat ada berbaur sinis.
but, that's what we called as our own opinion and our very own kind of judgement.
sorry for any offense through my post.
everyone have their right to speak up, spit it out through the heart, ayy?

ok bai
=)

Thursday, September 8, 2011

BERJIMBA BERSAMA

semalam dua org kawan rapat - my besties datang ke rumah..
saja lepak2 bersama..
masing2 dah sibuk..
maz skang stdy sarawak..
safia pulak dah berkahwin - pregnant..
bila jumpa sekali sekala mcm ni, rasa rindu sgt2..

first, makan2 laksa kt rumah aku..then pegi jalan2 wangsa walk sampai pkul 8 lebih mlm..
lepas tu pergi rumah mazreen,aku lak masak lagi..
masak spageti cheese goreng .. hehee..
kami makan lagi ramai2..
lepas mkn, duduk lagi, sembang2 dan mazreen membelek2 laptop barunya ..
dan husband safia pon datang sama ..
lepas tu, pukul 10 aku call abngsu, mintak amek aku kat situ..dalam kol 11 lebih baru amin sampai dan balik ke rumah ..

ni lah first time aku keluar rumah dan balik lambat - hampir ke jam 12..
dan juga tempoh keluar kami yg agak lama..

best..dah lama tak keluar dengan besties mcm ni ..
wish boleh keluar lagi sama2,lama2 lain kali ..

mungkin another blue moon kami boleh keluar sama2 lagi kot ..











banyak lagi gamba yg di snap sepanjang keluar bersama..waiting 'em from safia..once i got it, nnt muncul la dlm blog ni.
daa ~

Sunday, September 4, 2011

RAYA RAYA ~


jom kiter pegi beraya dan TANGKAP GAMBAR !! weeee....~~










Wednesday, August 31, 2011

KAD RAYA SPECIAL SIAP!


Seperti yang dijanjikan - Kad Raya Teristimewa untuk -

Muhammad Faiz Razali

Penglipurlara Is

My guy, My man, My Love.



p/s : wish u were here.

WORDLESS WEDNESDAY








Saturday, August 27, 2011

SELAMAT HARI RAYA 2011 =)


Selamat Hari Raya
buat semua kawan2 yang mengenali diri ini..
ampun maaf dipohon untuk segala salah dan silap..
sama ada secara sedar mahupun bawah sedar =)

p/s : gamba yg over tu abaikan lah yeap.
dan kata2 ucapan tu, bukan tersalah taip..
tapi memang disengajakan buat tunggang langgang gitu..
tu semua bersebab tau..
hehe.
motifnya,
bukan susunan kata2 mahupun gamba yang catik menjadi ukuran.
tetapi niat yang ikhlas itu paling penting..

ececehh...
lebih kurang gitu ler motif ayat terbalik2 ni..
hehe..

dan seperti yang ditulis dalam post2 sebelum ni,
ada kad raya yang special made for encik gewe si penglipur lara kan..?
ahah. yang itu akan di post kemudian hari k..
tak nak di expose kan lagi.
sebab saya menunggu dia pulang ke kampung terlebih dahulu,
nak tunggu dia on9 depan komputer dia,
baru saya akan upload dan tag pada dia di fb..
dan selepas itu, barulah saya akan post kan di blog ini..

sekian.
chiaoo..~~


mood : lagu Pulanglah by Aishah ..
hehe..
feeling2.
ngeee..~

Wednesday, August 24, 2011

sakit2 tua



adehhh...
kenapa lately ni aku rasa mcm teruk sangat2 eah..??
bukan teruk apa...
tapi teruk dari segi kesihatan..
semalam jer,
dengan secara tidak bersebab,
waktu sahur aku sakit perut..
tak rasa nak makan pun..cuma minum air kosong dnegan buah tmbikai spotong..
esok harinya, waktu bangun tido tu, rasa lemah semacam...mata mcm tak boleh nk bukak langsung...kepala rasa berat sangat2...
and semalam jugak aku kena temankan kak yaya pegi check up..
sepanjang aku kt spital tu, aku memang rasa mata aku berat yang amat..!
pheuhh..! tak pnah2 aku rse mcm ni.. selalunya kalau aku mmg btul2 ngantuk pun, aku leh tahan lagi mata ni..tapi ni tak...aku memang rasa nk terlelap sangat22..sampai sanggup landing kepala kat kerusi menunggu tu..dan satu lagi, rasa sejuk sangat, sangat....selalunya air cond kalau setakat sejuk mcm tu aku boleh tahan lagi...

lpas tu, dlm tgah hari balik rumah,
rasa tak tahan makin memuncak..
kepala makin lama makin berat..
aku tido kejap..kt bilik angah..
tak pasang kipas dan berselubung dengan selimut.
tak berpeluh langsung..
dan hairannya, badan aku panas yg amat sangat..~

hah sudah...
demam panas ke aku ni..
tapi selsema takde..batuk takde..
cuma pening kepala jer..
tetiba je bdan jadi pnas...

nk dkat2 pkul 3 tu,
abah pulak suruh aku temankan dia,
pegi amek maklong kat prince court..maklong mintak tolong..
waktu aku nk bangun dari katil tu, kaki aku rasa lemah sangat..hah sudah..kenapa pulak ni..??
nak berdiri, jalan betul2 pun menggagau..
why,why,why..???

oh..dunno,dunno,dunno..!
tapi,
dengan kaki dan jugak seluruh bahagian badan yang terasa sakit2 dan kepala yg berdenyut2 mcm ada orang tgah main drum kt kpale ni, aku gagahkan jugak teman abah..
dan yup ku gagahkan jua puasa ku ini..huk2..

balik dari hantar maklong, aku sambung tido balik..sebab kpale memang berdenyut sgat2..mcm nak pcah...
sempat lagi aku tfikir..
kena denggi ke aku ni..??
seingat aku, kalau org tu kena denggi,
dia akan alami demam, sakit2 badan kan..??
tu setakat apa yg aku ingat laa..xtaulah btol ke tak tu..
dan waktu tgah smbung tido tu,
kpale masih blum baik2 lagi dan setiap kali nak berkalih badan je, mesti seluruh badan aku rasa sakit,lemah..
adoi...

sudahnya,
sampai ke malam pening kepala masih belum elok dan bdan pun sakit2 lagi..
cuma panas je dah beransur elok..

dan hari ni,
kepala cuma tinggal pening2 lalat je..
cuma kadang2 tu dia bdenyut lagi kuat2..
tu yg tak suka tu..
aku paling tak suka sakit kepala..! huhh..~
dan hari ni jgak,
bdan aku masih lagi sakit2...

agaknya,
aku sakit2 ni nk dtg hari bulanan ke eak..?
itu aku tak pasti dan separuh pasti
sebab schedule nya memang di setiap penghujung bulan.

dan satu lagi,
i'm not sure kpada wanita2 yg lain,
tapi kenapa lately ni setiap kali dtg hari bulan tu,
aku jadi sakit2 yea..?
kalau ikut kebiasaannya,
mcm biasalah..senggugut + sakit pinggang..
tapi sejak bulan jun..
masa tu tgah duduk kat usj
untuk jun punya hari bulan tu,
senggugut dan sakit biasanya ada,
tapi ditambah pulak dengan satu sakit yang baru
iaitu muntah2..
betul ni..!
waktu tu, belum amik mkanan pun dah muntah2..
lepas amik makanan, lagilah..terkeluar balik semua..
simptom2 tu cuma di awal2 hari jelah..esok2nya dah jadi normal balik..

dan disebabkan itulah,
boleh ke aku nk rumuskan,
yang demam panas mendadak
dan sakit2 lemah badan ni sebenarnya datang sebagai tanda2 awal untuk datangnya hari bulan tu..??
kalau iya betul, kenapa pulak aku alami sindrom2 awal kedatangan hari bulan yang mcm gitu eak..?

haihhh...mcm2 la perempuan ni...
ngeeee....
(~.~")

Saturday, August 13, 2011

aimil mikail

hyep..!
marilah kenal2 sama aimil mikail..!
one of my nephew =)







Friday, August 12, 2011

Kata Kata Seorang 21 Tahun


i wish :

Jadi Baik

Buat Baik

Cakap Baik

Berbuat Baik


sebab kalau kiter baik, semua sayang.. kan,kan,kan..?

terima kasih banyak2 kepada those yang ramai sangat,sangat ucapkan birthday utk saya..
happy sangat rasanya bile ada org ingat jugak kt saya ni..huhu..
tak dapat nk disebutkan nama2 kalian di sini..
saya cuma mampu ucap terima kasih di atas ucapan tanda ingatan kalian utk saya dan marilah kita sama2 berkongsi doa yang anda ucapkan pda saya tu okay..? semoga kita sama2 panjang umur, dimurahkan rezeki dan diberkati hidup kita oleh Allah swt.. dan semoga kita gembira2 selalu hendaknya..=)

menjelang ulangtahun saya yang ke 21 ni, tak banyak pun yang saya harapkan..cukuplah tubuh yang sihat, minda yang terpelihara dan kebahagiaan/kegembiraan yang hakiki.
waahh gitu~ ayat dewan bahasa pustaka sgt..=)

terima kasih buat ibu yang melahirkan saya. jasa dan pengorbanan anda - sampai saya mati, takkan terbalas. setiap titis peluh yang keluar, setiap perih sakit yang anda rasakan saat melahirkan saya, tak mungkin dapat saya balas dengan wang ringgit mahupun dengan kebendaan.
pengorbanan anda bersabung nyawa demi melahirkan saya melihat dunia, merasai kehidupan seperti manusia lain, merasai kasih sayang dan juga cinta dari insan lain, menimba ilmu yang takkan pernah habis, mensasarkan setiap sudut penghidupan kepada yang Esa, melihat dunia yang takkan pernah habis dengan setiap keletahnya, takkan pernah terbanding dengan setiap jasa yang lainnya.
besar hati ini selalu berharap, semoga suatu hari nanti, saya yang dahulunya dikandung dalam rahim anda, dapatlah walau sedikit cuma membalas setiap sakit perih itu .. walaupun mungkin tak terbalas biar sehabis daya saya mencuba.

okay..saya sedih bila berbicara soal ini. atas sebab2 yang hanya saya dan mereka yang benar2 rapat dalam hidup dan dekat di hati saya saja yang mengetahui hal ini..

other than that - saya juga besar berharap saya dapat lalui hidup saya pada hari2 yang mendatang dengan penuh kecekalan, kesabaran yang tinggi dan keteguhan hati yg maksima.
itu kerana tidak mudah untuk menjadi seorang insan yang bernama SITI AZREEN PUTRI ni.. mungkin tampak mudah di pandangan, tetapi sangat sukar jika anda merasainya sendiri jika berada di tempat saya..
dengan takdir hidup yang telahpun ditulis sejak azali lagi utk siti azreen putri ni, mungkin dengan mudah sahaja ditumbangkan, kandas dan tewas dengan setiap satu ujian yang mendatang. maka dengan itulah saya mendoakan ketabahan hati yang tinggi dalam menempuh masa depan saya.. bukan hanya dengan itu, mainan perasaan juga seringkali menerjah ruang kotak fikiran, yang memerlukan saya membuat segala pertimbangan dengan sebaik mungkin..
ia..tidak mudah kan untuk menjadi seorang 'saya' .. ?
dan juga berharap sangat, moga suatu hari nnt, akan lesap juga setiap dugaan ini dan dapatlah saya merasa bahagia dan gembira dalam menikmati hidup yang sementara ini bersama dengan orang yang saya sayangi dan cintai - seperti juga kalian semua.

utk kawan2 - terima kasih sekali lagi yep..? sayang anda semua.. tanpa anda, teramat suramlah hidup saya jadinya.. =)

untuk keluarga yang ada - terima kasih juga kerana masih setia membimbing saya yang selalu saja berbuat salah pada kalian. tanpa anda, saya mungkin bukan siapa2 pada saat ini.



Thursday, August 11, 2011

menjelang 12 am for 12 aug =)


it's okay if u don't remember honey, coz ur phone will be ringing within few minutes before 12 am tonite. i've set it before this without ur information. ngeehee.. a reminder with a few words i've written in ur phone. just wait ok ?
much love for you my Dearest Penglipur Lara =)


..


my dearest lecturer =)

hey2..
kalau tak silap aku,
duluuuuuu...
dalam blog ni..
aku ada tulis crita pasal one of my lecturer kan..??
pensyarah saya yang bernama airil haimi adnan @ teech airil..

dan hari ni,
tetiba saja berchat sekejap dengan dia..
sebab sejak daripada semester saya bersama dengan dia habis semasa
semester 1 di uitm perak dulu, kami dah tak berhubung lagi..
di facebook pun tak pernah bertegur sapa..

tapi, disebabkan dialah lecturer saya yg paling cool,sporting dan best..
saya rasa, sehinggalah saya dah sampai ke shah alam ni, saya
masih belum jumpa lagi pensyarah yang mmang sangat best seperti dia..
dia tiada gantinya bagi saya..
yup2..!!

dan hari ni,
teech airil ni jugaklah insan pertama yang mengucapkan selamat hari jadi buat saya..!
huhu..
walaupun awal sehari..
ntah..rasa rindu pulak dengan telatah teech airil, cara dia, percakapan dia yang sentiasa bersemangat..tak pernah la nak dengar suara dia yang mendatar..
huhu..

sekali lagi, saya mengumumkan ..
dialah lecturer terbaik pernah saya jumpa dan yang paling best pernah saya kenal..
belajar dengan teech airil merupakan satu pengalaman yang pastinya tak boleh dilupakan.. =)

much love for you teech =)





11 ogos 2011

..
tadi pagi,
encik gewe sempat msej dengan saya..
dan tgah sembang2 biasa tu,
saya tanya dia satu soalan -
" ab ingat tak esok hari apa?"
dia jawab
" hari ulang bulan"
....
tettt..!
salah~

then aku saja la mcm takde pa pe, aku ckap
"hmm..tak ingat la tu, esok hari jumaat la. bukan hari apa pun.."

then dia kata cakap jelah ada apa hari esok, hari apa..

then i said -
" hmm..........abg tak ingat ke.......hari jadi syg...............?"
(saja je nk buat dot panjang2..)
hehe..

then dia reply
"tak!hahahahahaha"

(siap gelakkan org..?..apa laaa..~)

then aku reply dengan nada ngade2 -
"takpelah..abg kan sibuk keje..mcm mana nk ingat.."

and then,
he di'n reply my msg..
but he call me rightaway..

dia berkata:
"ingatlah...takkanlah tak ingat..."
sambil gelak2 perlahan..
and i said :
alaaaa...yela tu ingat..saja je kan..?
dia ketawa lagi, then ckp,
"ingatlah..mestilah ingat..sama bulan dengan umi..dengan adik haikal.."

huhuhu...
then sembang2..
nk ckap dgn dina plak dia..
jadinya,
bsembanglah antara dina dan pacik paisnya..
huhuhu..
....
zzzzzz...

Monday, June 27, 2011

nak habis praktikal dah

Ahaha..

Tak lebih dari seminggu jer lagi I'm going to finish my practical training kat subang jaya @ roshfin ni..

Hohoiii..!of course la heaven yang amat..dan tambah heaven lagi,

I have another 2 month semester break..gagaga….

nak keje memang tak dapatlah..

my abah dah cakap awal2 though mak mulanya macam kind of agree..

ngee..it's okay…means that aku dok umah dan tajamkan lagi skil

kesuri-rumahan aku..hokhok..~

But I noticed that bila masa tak sampai seminggu yang tinggal ni,

rasa macam best pulak dok kat roshfin ni…

waarrgghhh..! Statement kau..! Ahaha.. Bukanlah best apa…

Cuma weekend yang last ada ni, sabtu lepas, terasa macam enjoy snagat2 hari kejenye yop..~

Pegi mcm biasa pagi2, tapi gud news orang2 atas takde datang pun..

jadi kejenye untuk hari tu, mengular jelah..ahaha..

yatt download maharaja lawak final..

pastu tengok ramai2 ngan abg mat ngan kak liza sekali,

siap pasang speaker dengar kuat2…

Pastu keluar pegi speedmart, beli ais krim vienetta wall's tu..nyum2…sedap2…

~makan ramai2 ngan yatt,kak liza, kak as, abg mat ngan abg mi..

oh hah..suharto pun dapat gak one piece..huhu..

tapi, nadia pulak tak datang…abu ngan jojo pun takde..

so agak kekurangan korum disitu..

Hari ahad pulak, pun takde nak buat apa…aku malas nak bangun..

sebab tengah penat otak fikiran..aku mengular je paksa mata ni pejam..

Tapi dalam pukul 9.30 aku bangun, sebab is call..haaaaa….

susah betul nk dngar suara dia sekarang ni..


Nak marah pulak tak boleh, sabar jelah….(=.=")

Lepas call2, smabung balik mengular..tapi tak lama pun..

sebab mata dah takleh pejam..lepas tu bukak laptop jelah aku…

dengar lagu, main game..then dalam tengah hari tu, yatt ajak pi mydin..

aku gi jelah ikut..teman yatt gi transfer duit..pastu an,

ada pameran pertandingan kucing2 comel pulak…

sangat2 comel kucing2 yang ada kat situ…

dia letakkan semua dalam sangkar…ada tu muka dia penyek ke dalam…

ada tu gemuk2 sangat3..!!

eeeeee….bayangkan aku yang tak suka kucing ni rasa teruja

yang amat sangat tengok kucing2 yang comel ni..

~tapi ada tu jugak buatkan aku meremang bulu roma je..

kucing yang besar2 tu dan jugak kucing yang mcm togel2

takde bulu tu..macam kucing zaman mesir dulu nokk..weee…~

Pastu, ktorng gi beli barang2 basah..nak masak katanya ni…

I put this blame on yatt..hahaa..~

sebab malam tadi dia yang sibuk tunjuk ada gulai daging dalam tv…

nampak memang ah sedap, ngan daging ngan kentang dia…tu yang teringin nak masak kari daging ari ni…

So, aku ngan yatt gi beli daging, beli barang2 masak, beli sayur

kobis 90 sen..hahaha..pastu dah siap2 beli, terus balik…

Balik pun terus siap2 potong2 barang masak..

kak ayu dengan kak as pun tolong2 sama potong kentang2…

satu kawah kau masak kari daging..ngiaahh..bukanlah kawah pun,

kuali nje sebab periuk kecik…so, lauk utk hari ni memang best2..

kari daging tadi, sayur kobis yatt masak, sedap tau..habis on the spot..

huhu dan lauk ikan masin tenggiri goreng aka lauk hotel..huhu..

sebab benda tu seketul ke terkontang-kanting dalam piring besar..

oh ha..dengan keropok papadom sekali..huhu…

macam makan kat kedai mamak an,an,an..;p

Lepas makan, perut dah penuh giler2, duduk2 dulu rehat2..

lepas tu dah mula bosan, aku gi cuci baju, cuci tudung, mandi…

dah siap mandi tu, mata dah mula tunjuk niat nak mengular…

ahaha…dengan cuaca mcm mendung2 sikit kat ,luar tu..

tambah pulak dengan sejuk baru lepas mandi, aku bentang tilam,

dan terus zzzzzzz…….~

Siap berselimut, heaven yang amat..!!!suka,suka,suka..~

Bangun terjaga je, dah gelap dah pun umah-means dah malam..

aku bukak mata jer, kak as ngan kak ayu ajak gi pasar malam..

aku on jer..huhuhu…~

……tu jelah rutin aku untuk hari ni…it might be different for

the another coming weekend I guess..no more wake up late..

no more mengular2..hhuhu…I'm gonna miss the lifestyle in angsana..

hahhaa…termasuklah the moment waktu air kena potong…

punyalah sadis pegi mandi kat petronas dua kali..ahaha…

bihun goreng kakak pun akan dirindui…

speedmart yang memang akan dijengah setiap kali waktu rehat..

mee goreng mamak belakang roshfin yang boleh tahan ah rasa dia..

pastu rindu kat kedai runcit kat angsana..ahaha..

lif yng scary merry tu…buarrgghhh…oh hahh…

rindu kat staf2 production jugak..abang mat, abg mi…

suharto tanak ah..ahaha…akak2 kat sini..ngeeee…~mesti rindu nnti…hukhuk..~

Oh hahh..!!tak lupa jugak masa ofis takleh bukak tu…

semua dok kat depan..yang laki2 yg ada ni,

dah nampak macam nak pecah masuk je…ngeeee…~

kelaka2..~tu jelah nk cerita kot…yang tak best tu, tak nak ah cerita…

cerita mana yang boleh diingat je nnti…=)

Tuesday, June 21, 2011

roda2

setiap orang semuanya berbeza..
nasib,emosi, situasi..
ada masanya untuk nasib2 yang tak dapat kita duga..
ada masanya kita gembira,
ada masanya kita bahagia..
ada masa pulak kita bersedih, kecewa..
tak selalunya kita dapat tahankan perasaan suka yang kita selalu hendakkan..

hidup kan umpama roda kata orang..
hari ni kita bersedih,
esok2 pulak, pasti ada rasa suka pulak..
mcm tulah sebaliknya..

jadinya,
bersabar untuk semua yang kita hadapi..
bukan saja dengan senyuman..
tapi dengan hati yang ikhlas untuk bersabar..

=)

love ya!








Infect me with your love and fill me with your poison
=)







#blog-pager{font-size:normal}.showpageArea{font-family:verdana,arial,helvetica;color:#000;font-size:11px;margin:10px}.showpageArea a{color:#000;text-shadow:0 1px 2px #fff;font-weight:normal}.showpageNum a{padding:2px 8px;margin:0 4px;text-decoration:none;border-bottom:2px solid #5fb404;border-top:2px solid #5fb404;background:#effbf5}.showpageNum a:hover{border-bottom:2px solid #df01d7;background:#a9f5f2;border-top:2px solid #df01d7}.showpageOf{margin:0 4px 0 0}.showpagePoint{color:#fff;text-shadow:0 1px 2px #333;padding:2px 8px;margin:2px;font-weight:700;border-bottom:2px solid #5e610b;border-top:2px solid #5e610b;background:#5e610b;text-decoration:none}