Monday, December 24, 2012

baked cheesy makaroni with meatballs - selfmade -





 aku ada banyak meatballs kt umah. balance dari buat spagetti bolognese hari tu..dan tiap hari bukak fridge je, terpandang meatballs rasa kesian..haha..sebab tak diguna2..mcm sayang sangat2...tapi tak tau nk buat makanan apa dnegan meatballs ni..so, fikir punya fikir, teringat dekat cheese carbonara meaballs pizza hut tu....ar tu teringin nk makan tapi mahal..dan portion dia pun ala2 sikit je kan...so, browse kt internet, ada jugak resepi nk buat die..tapi malangnya, nk kena guna carbonara la apa lah...malas nk spend duit bnyak2...ngee..so, aku gi dapur, tengok apa yg ada, dan olah buat resepi sendiri...lupakan pasal meatball pizza hut tu..huhu..


mulanya tak terfikir pun nk campur sekali dengan makaroni..tapi bile diselongkar dapur, rupanya banyak jugak makaroni yg ada..sebab pegi pasar je mesti beli satu peket sebab harge dia murah..ngee..tapi masaknya tak pun..duk kumpul nk bukak muzium makaroni gamaknyer..




  dan mcm yg udah dibilang tadi, aku guna je bahan2 yg dah sedia ada..kira okaylah ni...ngehhh...and tak refer internet pun..ada tu bahan dia cam ngarut2, ada tu bahan dia berlebih2 an pulak..so, kira buat sendiri jelah..senang..
cheese pun nasiblah baki hari tu punya ada lagi simpandalam fridge..daripada tak diguna masak, baik aku pakai je utk project cook kali ni..


 this one utk base dia...aku masak terlebih dahulu supaya nak bake nanti senang..tak payah nk risau dalam tak masak ke apa ke..reasons why aku masak terlebih dahulu, sebab nnt senang tak payah nk risau2 while bake nnti, kot2 dalam tak masak lagi ke apa ke...dan jugak aku cook dulu makaroni supaya dia lebih berperisa, ada flavor dia..takkan nk bake kosong je ye dok...

so makaroni yg dah siap cook tadi, dan dah nyumeyh boleh makan begitu saja, dibuat base dalam bekasnya...after letak makaroni as base, letak cheese dlm few slices hingga menutupi base makaroni ni..then atas cheese tu leh la letak sayur2 tadi, dan meatball dan cheese jugak..


terpulang nk letak susun atur dia cmne...aku main letak je..muahaha..tapi nmpak catik gak apa..! *masuk bakul angkat sendiri..ngeeee...





time tgah prepare barang2 ni tadi, aku dah siap2 panaskan oven then dah siap aku just terus masukkan je..haaa....memang agak kuat jugaklah godaan die semasa dibakar. umah dah berbau mcm pizza hut..hahhaa..poyo!


so, ini hasilnya selepas siap dibakar...takde apa yg beza pun cuma cheese nya dah melting..hehehhee...memang nyumeyh wehh makan panas2..nak pulak musim2 hujan cani...adoyay...amin dengan mak terus serbu mintak buh dalam pinggan sebaik saja aku keluarkan mnde ni dari oven..hehhee..oh yea...bahan2 macam that holland onion,and capsicum memberi rasa signature dari pizza hut. seriously. mungkin sebab pizzahut, utk most of their products guna these as ingredients dalam each of their food kot..especially pizza..mesti ada punye lah..kecuali ciken peperoni..hehekkk..



p/s : disebabkan aku invented this recipe.. *invent la saaaaahhhngattt! aku nk beri nama tengkujuh keju mencair keliling bola-bola dedaging with makaroni... perrhhh aii..nama cannot go wehh.. *sempena sekarang ni musim tengkujuh, duk ujan je .. *tetiba je.. aku ngarut ok bye! =)

Thursday, December 20, 2012

bright day =)

hari ni, back to school. disebabkan last meeting terpaksa dibatalkan oleh lecturer en mito sebab dia gi meeting, hari ni, set up balik time utk consult my thesis. pagi2 lagi dah keluar..tapi pegi pasar dulu, belikan mak barang dapur..lepas tu drop abah kat HKL. abah pun ada appointment jugak. then, barulah aku bertolak ke shah alam. set up time meeting pkul 2..tapi ni baru pkul 10lebih..then sesaja heading ke klang. singgah umah acik jap sebab teringat telekung mak tertinggal sane hari tu. singgah umah acik, amik telekung, then gi singgah kedai kasut. sesaje ngengada nk beli kasut basahan yg baru..haishh...tulah..tgah ada duit, mcm2 nk dibelinya..tapi masih dlm keadaan terkawal..ngeee...

oh yea. ada satu peristiwa. sedang membelek2 kasut yang ada di display rack bahagian luar, terkejut aku tetiba dengar orang menjerit. yg menjerit tu betul2 ada depan mata aku. lelaki dlam lingkungan 25-30. berbaju takde lengan, botak, lengan bertatu. dan mukanya mcm orang melayu..tapi tak sure la..mungkin indon..ntah...menjerit2 marahkan mamak yg bekerja di situ mungkin. menjerit macam orang gila. tak puas dia menjerit menunjukkan belang samseng dia, dia terbalikkan meja makan semua. abis jatuh2, meja kerusi, etc... aku rasa takut pulak nk terus ada kat luar tu, aku terus masuk dalam kdai kasut berkenaan. sambil aku memilih2 kasut, aku dengar pekerja dia bersembang sesama sendiri. katanya, memang dah selalu sangat ada kejadian mcm tu. puncanya sebab kalau mamak tu lambat sikit hantar makanan, dia akan mengamuk.

ee. dalam hati aku, jengkel nya rasa. bodoh betul lah manusia macam tu. samseng taik kucing. aku memang menyampah orang2 yg tunjuk samseng, nk tunjuk bagus, nak cari2 gaduh. memang selayaknya mcm orang bodoh. takde otak dan adab. ntah apa ntah yang kau dapat cari2 gaduh cmni, tunjuk2 samseng. hidup nanti makan sumpah seranah orang je. subhanallah. mintak simpang..

aku pun terus memilih2 kasut. dan tersenyum lebar. bila ada sandal yang berkenan di hati, harganya sangatlah murah. rm11.90. terbaik. even ada duit, tapi..err..sayang sebenarnya nk guna duit..ngehe..terus capai yg murah tu dan bayar. melangkah je keluar dari kedai kasut, mata automatik bergerak tengok kat kedai mamk tadi. dan bonus bagi aku, aku parking kete kat betul2 depan samseng tadi duduk makan. dan rasa nk buat aku gelak guling, nk mentertawakan kebodohan dia, dia masih lagi duduk makan di situ dengan member2 nya.. eee.. memang dasar tak tahu malu. dah tunjuk bodoh depan orang, pastu muka tebal cam kulit kambing boleh duduk lagi situ minum2..ee..hebat sangat mungkin. geli okay. yekkss..

aku pun menghala ke shah alam...dalam kereta tu, duk berangan2, terasa mcm nk beli lens la..da lama tak pakai lens. ahaha. terus membawa kereta ke kedai optik chinese yg aku selalu pegi dulu. selesai semua, barulah aku masuk uitm. dan pergi ke spot parking biasa, parking berbumbung yang disediakan khas utk staff sahaja. haha. uitm ni memang bapak aku punya nak main parking je kat tempat staff. tempat ni selesa, berbumbung dan aku yakin yng pak guard takde ronda2 kat sini..hehehe..good one..!

lepas tu, mendaki bukit tonggek ke fakulti art n design.sampai kat fakulti, duk lepak2, on9 thru mobile,layan 9gag. sampailah ke pkul 2, text en mito supaya dia tak melupakan temu jani yang kali ini. ehehe. and he replied ok which is totally makes me feel so relief. disebabkan hari tu terasa sangat2 hampa sebab takde apa2 progress, hari ni, i was hoping that i have something to do when i going back to kl nanti.

dalam pkul 2.30 aku dah ternampak kelibat en mito. dengan style dia. hehe.. tersengih2 dah aku menengok dia berjalan ke arah pintu pejabat tu.

okay. masuk bilik dia, bagi salam, dipelawa duduk dan menunggu2 dia get comfortable mengemas fail2 dia..ecewahh..mcm scene dlm drama plak kan...gaggagaa...ok stop berangan. dan selesai dia mengemas fail2, keluar masuk bilik dia, he sitted at his place, in front of me, dan he greeted me. "mcm mana..?okay?" and i smiled and answered "ok" dengan konfidennya.haha..then he asked "apa yg okay?" . i laughed a little and answered "ntah..hehe..harap2 okaylah semuanya.." and he smile and nodded.." insya allah okay."

diatas mejanya, aku nampak ada writing aku yang aku tinggalkan dalam pigeon hole dia minggu lepas. hati sangat2 berharap yang dia dah go through semua writing aku dalam tu.. dan besar tak besar jugak lah harapan aku supaya everything goes well. insya allah.. berdebar jugak rasa masa tengok dia menyelak helaian demi helaian writing aku.

he asked me utk betulkan susunan paragraph, rearrange cantik2 balik ikut format, mana2 yang ada terlepas pandang tu re-check balik. dan susunan figures bagi cantik lagi, and all that. itu je.? means dah takde penambahan mana2 isi? any literature reviews?artist references aku?artwork process aku?all completed? rasa cm tak caye pulak thesis aku dah complete.

and we discussed about the hard cover process which is tidak lama lagi. so soon. 3rd of january he asked me to come over dengan yg dah complete, bring the writing as a dummy, sebelum di-hardcover nanti. dan dia akan go through double check that day and once dia kata dah boleh dihardcover, means all will be settle..so soon..!

ya allah..happynya dengar mcm tu. even baru nk hasilkan dummy. tapi, itu dah halfway ke arah complete. dan happynya bila aku dah tak perlu buat any research which is sangat2 memeningkan kepala aku nk cari bahan. ya allah..syukur sangat2 writing aku dh complete..! yeay..!!

dan sebelum keluar tu, i asked him again, " so encik, dah ok lah ni, takde pa pe dah..?" and he answered "dah, itu je. so far awak punya takde masalah, semua okay.." ya allah...lapangnya hati dengar dia cakap mcm tu...satu mengenai en mito ni, dari first meet sesi consultation aku dengan dia, even research writing aku tak setebal mcm hari ni, tak complete bnyak benda lagi, dia still mengucapkan kata2 yang seakan memberi semangat pada aku " insya allah okay..", "insya allah takde apa2 masalah..", "insya allah awak akan lepas.."

heeee...terima kasih banyak2 en mito. such a very kind lec. sejak dari first meet, dia memberi kata2 yg mcm tu dan membetulkan dengan sangat lembut mana2 yang aku terbuat salah dan kurang sana sini. tak pernah berkasar, tak pernah underestimate, sentiasa bagi words yg memberangsangkan dan cara dia mengatur dan memberi guide pada aku sangat2 jelas dan sangat teratur. sikit demi sedikit. mungkin cara dia nampak mcm lambat. tapi, cara dia yang mcm tulah banyak bagi aku masa untuk tambah lagi research, lagi, lagi dan lagi sampailah aku sendiri nampak improvement writing research aku. yeap. i am so glad i changed my supervisor. tak rugi aku ber'supervisor kan ketua program/ koordinator bagi kursus Seni Halus ni. memegang takluk kuasa di jabatan seni halus but still very humble and relax.

dah siap2 bagi salam, terima kasih kat encik mito, aku keluar dari bilik dia dengan senyuman yg sangat2 lebar! ehehehe..! tak sangka. aku berjaya menyiapkan thesis writing aku! sejak langkah pertama aku menapak dari bilik dia, aku tak henti bertahmid dlm hati "subhanallah,alhamdulillah,astaghfirullahalazim,allahuakbar,subhanallah,alhamdulillah.." berulang-ulang kali..tanpa senyuman yang tak lekang2 dari bibir aku.. gembira dan terlalu lapang rasa hati ni. rasa nikmat sungguh..

terbayang semula macam mana patah nya hati aku dituduh menciplak sem lepas. terbayang semula mcm mana sedih dan teruknya keadaan aku terima hakikat perjalanan aku disekat..macam mana bengkaknya mata aku selama beberapa hari berturut2 menanggung kecewa ni...macam mana susah nya aku nk explain kat mak, abah, family semua tentang kes ni... semuanya sangat2 menyeksakan. Tuhan je yang tahu mcm mana aku kena tanggung semua ni..

dan hari ni, aku mampu tarik nafas lega! yea! aku dah berjaya siapkan thesis aku tanpa pertolongan siapa2. semuanya hasil aku sendiri, hasil perahan otak aku sendiri, titik peluh aku sendiri berulang alik ke shah alam, naik library yang tinggi membukit tu, tak jemu2 contact en mito utk berjumpa, untuk buat correction kat writing aku, berhabis duit setiap kali ke shah alam..itu tak termasuk lagi pressure membuat RESEARCH di rumah. ya allah. percayalah! sesungguhnya sngat sukar untuk mmbuat kerja2 berat cmtu, yg memerlukan pemikiran kritikal dan a very deep thinking di rumah. suasana membuat kerja otak berdarah mcm ni sama ada di rumah mahupun di asrama, memang sangat2 berbeza. dan lebih sukar untuk selesaikannya di rumah. percayalah, aku dah lalui semua tu sampai aku duk dalam bilik, tergendala nk buat keje sebab menangis. pressure gile2..!!

dan lagi, aku buat semuanya sorang2. kalau dulu, mesti ada kawan yang bantu sama2, cari bahan. kalau takde idea, leh mintak pendapat kengkawan. but this time, ALL by myself. tu salah satu sebabnya aku rasa happy je aku dapat settlekan thesis dengan baik.  bangga kejap..ehehe..

sampailah dalam perjalanan balik ke kl, aku tak putus2 bertahmid dan tersenyum sampai ke telinga. hati aku sangat2 yakin inilah berkat usaha dan sabar aku dalam nk menyelesaikan benda ni. nilah dia, hasil sabar dan usaha aku. ye ye ye.

dan ye, aku tak lupa maklumkan benda ni kat kesayangan aku. dia mainkan teraju utama dalam hal ni. dialah sumber semangat dan kekuatan aku yang paling kuat dan paling utama. saat aku pressure menangis2, dia lah yang setia menemani dan tak putus berikan semangat. terima kasih cinta.. =)

dan disebabkan rasa happy, aku pun decided to treat myself dengan Subway Meal. hehehehe. Meatball! Sangat terbaik. then terus heading ke kl, singgah HKL, amik abah yang juga dah habis appointmentnya, dan kami pun terus pulang ke rumah..

=)


Friday, December 14, 2012

activities!

 pegi makan besar sempena birthaday along 12.12.12 dan upcoming birthday angah 18.12.12 nnti...best..makanan banyak sangat..masakan panas, seafood, air buahan..memang terbaik..!!!

oh yea..kak yaya, ainnur, mikail pun ada sama...rindu gile2 kat ainnur dgn mikail..kena cium dengan sitimas sampai nk koyak pipi..hehehe...




 sebelum gi dinner, duduk lepak2 kat pantai....rasa nyaman dan sangat best...tenang jek tengok laut dn ombak2. plus pemandangan senjanya..memang sangat2 magnificent..!! rasa nk buat umah depan pantai..ehehe...


 sementara duduk amik angin kat pantai, main tangkap2 gamba dengan semua...cuma along and the family belum sampai agi..makan aiskrim 50sen pelbagai perisa dekat 2 cucuk..haha...semua makan jgak..mak smpai 2 cucuk jgak..haha..

 camwhore! apa lagi..lol!

2nd day activity, pegi archery kat berjaya times square. adehh..naik lenguh tangan. aku kena terima hakikat yg tangan aku pendek. tak boleh nk melepaskan panah dengan kuat dan tepat. haish. okay. aku tak dilahirkan utk memanah. haha. told abg i'm going to play archery. then his reaction : "ayg memang seorang pemanah yg baik.." then i asked him kenapa pulak..? baru on the way dia da bagi such compliment. he answered : sebab ayg berjaya panah tepat kat hati abang..ahaha...blushing aku even hanya sms saja between us. disebabkan kata2 nya itu, aku gelarkan dia si arjuna hati, yg sentiasa mengulit aku dengan kata manis dan romantik..ngehehhe....gitu..ayat jiwa2 sangatt..~



*tomorrow's activity - mungkin akan ke i-city. wait for my next post! =)


 p/s : mood - sedang menikmati percutian di Pesona Villa! :)

Tuesday, December 11, 2012

back to school

 sunny monday morning. alhamdulillah. nyaman je rasa. dan after breakfast mak masak nasi goreng yg sedap, terus bertolak hayun kaki memandu ke shah alam dengan lafaz bismillah .. =)
*style pakai pashmina kelakar. poyo je. konon kn nk pegi shah alam, kena lah buat gaya shah alam siket. hek! huhu.

*traffic jammed. pe de hal, camwhore madness mood = ON. err..gelabah giler. okbai

*oh yea. pegi style pashmina lain. dh sampai style lain pulak. sebab bila dah mula bergerak di outdoor, rasa tak selesa pulak style yg first tu, longgar semacam. then, gi seroja, tukar style lain. style silang cmni. haha. tak pernha2 buat, first buat. saja ye ye o nk berstyle bagai.

tunggu punya tunggu, he sent me text msg. lec ada sudden meeting kt putrajaya. okfine. left the writing in his pigeon hole. going back home dengan rasa yang tersangat hampa. sbb otw tadi sangat2 berharap akan ada next progression dengan lec dan akan ada sebarang development. tapi too bad. sedikit mempengaruhi mood.


terlampau penat rasa. balik2, tolong mak kemas dapur sikit. dan masuk bilik terus padam mata. then mak ada kejut dan aku ingat aku ada menyahut. tapi malangnya terpadam balik. serius penat gile. got few calls from beloved and messages. sempat jugak celik mata. habis conversation terpadam balik. tidur dah tu dengan baju tak tukar, mekap tak remove. nasib pakai light mekap je hari ni, sikit je. kalau tak sure bangun tido cm shrek. ngee.

dan skrg 1.30am. lepas terjaga tadi, rasa cm dah tak boleh nk tido dh. having time dengan beloved pulak.
even tak ngantuk, tapi rasa cm penat lain mcm je. exhausted gile2 rasa badan ni.ni pun sebab mata terasa segar sikit. dn bosan, transfer gamba2 dalam
laptop. nengok2 semula gamba hari ni. haha. teruk betul la camwhore madness aku. tapi takpe. jangan madness ke lain sudah.. =)

-out for primetime-
wassalam.





Thursday, December 6, 2012

bersenamankan diri



why o why .. lately ni betul2 rasa penat sangat2... mata, akal mcm tak bertenaga...haihh...2-3 hari kebelakangan ni, mata dah tak mampu dah nk bertahan lama walaupun baru pukul 9mlm..dan 2-3 hari ni jugaklah pukul 10 dah tido...adoi...nak kata rehat tak cukup,dah aku cuba spare time untuk rehat..tp still rasa letih je...air putih pun da banyak minum..even aku tangguh kerja 3 hari ni sebab nk rest kan otak...mungkin sebab days before ni aku duk pulun cari bahan references, buat keje dari siang smpai malam..ntah..maybe laa...

dan selain mendapatkan rest yg secukupnya, i decided to work out a little..pegi keluarkan peluh, biar darah2 dlm badan ni berjalan sikit... petang semalam pegi joging..kat taman tasik dato' keramat...first time pegi kat situ..selalu nya pegi yang kat atas bukit belakang umah tu jaga...tapi semalam, pg naik keta kat belakang umah tu, nampak tmpat nyer mcm scary the movie je...dah mcm bersemak samun...orang pun takde...yang ada pun laki2 duk main bola..tak berani aku...aku pun drive pegi ke jelatek...agak ramai orang disitu...walaupun pada hari bekerja...nasib lah ada jugak parking kat situ..this is my first time kesitu..tempatnya ok..not bad...kelengkapannya masih lengkap...ada outdoor gym lagi...dan juga berbumbung..satu facilities yg aku rasa not that bad..best jugak...dan lepas memanas2kan bdan ngn equipment kt situ, aku amik few rounds, berjalan dan berjogging...cuaca pun tak panas....sedang2 elok je..nk kata mendung iya, nak kata hujan tak...huhu...view dia pun cantik...ada tasik...boleh view klcc....


tapi yg boringnya sbb aku pegi sorang je...huhuhu..teringat tyme joging ngn member2 kat tasik shah alam....even sempat agi ngadu kat abg..huhu..ckp ngan die bosanlah ayg duk joging sorang2....tapi dia kata takpelah..buat dek, buat rileks je....


sempat ber'camwhore selepas berjoging..menstabilkan lelah dan melayan kebosanan sendiri...dan juga tangkap2 gmba utk send mms kt my beloved gewe..


kesimpulannya, aktiviti joging aku semalam was okay....sebelum pkul 7 aku dah pulang ke rumah...huhu...dansdisebabkan excited dengan tempat joging tu, dan cmbest je tengok bdak2 main kt playground, ptang ni insya allah kalau tak hujan, aku nk bawak sekali budak2...mesti diorang suka...weee...

dan balik tu, memang rasa exhausted sangat2....badan dah mula lenguh2 sebab dah lama tak workout...mata dah mula nk terpejam...sebab siangnya memang tak ada peluang nk pejam..sibuk bermanja2 ngn si tok janggut..haha..and then terus gi jogging...lpas je aku mandi..rasanya baru lpas pkul 9 kot, aku dah black out dah...ahaha..nk2 pulak on aircond..memang terbaik lah tido cmtu....cuma terjaga pukul 2.30 je sebab teringat kat my soulmate tu...dia pun tak tido lagi, sempat bermesej2 sekejap dan we both tido dlm pkul 3 lebih tu....

dan bangun pagi ni, rasa mcm taklah exhausted, letih2 macam days before ni..jyeahh...aku rasa aku perlukan environment barulah untuk kembali bertenaga...hurmmmm...*thinking

Monday, December 3, 2012

tea time

setelah seharian masa siang diluangkan buat kerja tadi, dan cuaca pun hujan rintik2, sejuk je plus on aircond, decided to rehat sebentar. melelapkan mata barang sepicing dua, merehatkan minda dan badan asyik duduk menghadap laptop dan notebook je..memang masa yg tbaik lah utk get some rest..

lena sepejam dua tu tak payah nk habaq mai lah..memang lena sungguh..siap bermimpi2 bagai..ahaha...memang penat betul lah tu...kira2 lama jugak time 'berehat' aku..aku sedar2, bilik aku memang suram dan gelap je...sejuk je...memang perfet mood la...terbaik punya rehat....tiba2 mak ketuk pintu bilik...aku dengan suara yg ala2 segar bugar nya menjawab "yea maaaakkk..." ..haha..kartun sangat...rupanya mak panggil keluar bilik, minum...mak buat minum petang, masak cekodok...huwaaaa...memang terbaik wokk....makan time pnas2 pulak tu....

rasa happy je..though aku memang actually tak suka buat keje2 bkaitan akademik kt umah, tapi hari ni rasa mcm best je....selama 4 tahun aku belajar kat universiti, termasuklah masa diploma ke atau degree ke.takde lagi masa2 yg ada mak utk siapkan minum selepas kita beriya2 perah otak siapkan keje....sebab semuanya dulu masa belajar kn tinggal kt kolej..even penat buat keje, nk minum2, pegi la ni gigih cari minum kat luar ngn member2...alang2 keluar pegi dinner sekali...even k kuar pun, buat air sendiri...setakat teh o ke, milo ke, adalah dalam bilik kolej sendiri time tuh...kira memang takdelah istilah minum petang yg terbaik...nak2 pulak mak yang sediakan...memang heaven...huhu..

tambah heaven lagi duk minum petang bertiga je...aku, mak dgn abah...kalau hari2 biasa tu, sehari suntuk la umah duk bising ngan budak2...adoi....memang takde masa eksklusif la...tapi semenjak tiga hari ni, rasa cm best je jadi 'anak tunggal' sebentar sebab kakak2, abang, dan anak2 sedara semua balik ke kmpung..tinggal lah aku,mak ngan abah je....sweet sangat..huhu..tapi pasni back to normal balik..with the kiddies...dan keriuhan tu akan kembali..i miss them so much, and the noisy environment as well...

so, malam ni, kembali bertenaga yea sitimas-mak iti oii..sementara sedang mempunyai masa2 eksklusif ni....jyeah..

a thought created


tengah khusyuk2 ni buat keje sambil mendengar lagu, sambil menulis, sambil otak sedang mencerna bahan2 yg hendak dimasukkan dalam paragraph..tiba2 terlintas kat fikiran satu pepatah..ntah cm mana boleh terlintas, tibe2 wujud..mungkin dia tercipta hasil dari berfikir bahan2 kerja, sambil telinga mendengar lagu dan sambil tangan menulis..haha..boleh cmtu....madah pujangga lah sangat...bila dah terlintas tu, terus write down kata2 tu....bile baca balik, boleh lah....hasil spontan..ngeeee....




p/s : one step closer........one step closer ........
(listening to - a thousand years)

Sunday, December 2, 2012

my tweet2 twitter


ehehe...i just love my twitter header right now....seharian suntuk ni diluangkan dengan mengolah semula layout2 laman2 social like twitter dan juga this blog....untuk blog ni, cam dah rasa boring sangat2 dengan layout yg lama..so, tetiba je terdetik kt kepala "..nk buat theme white+color2 cm baby-pastel-like la...mesti cm comel2 jer...." ahaa..that idea inspired by color baby blue and baby pink...hasilnya..? boleh la....ngehh..
yang kt twit2 pulak, asalnya tukar background je...at first gamba backgroundnyer full page. tapi, bila tgok combination ngan header yg lama, jadi cm semak je..nmpak penuh sangat...then tukar la kat header gmba yg ni....but then, ntah lah..proses pengolahan idea tu sentiasa ada je...ntah dah berapa kali aku tukar, akue dit utk memuaskan hati sendiri....same goes for blog layout..tukar sana, tukar sini, semuanya aku edit semula..last2, buat jelah mana yg termampu..dah penat membelek2, mengedit2..huhu....oh yea...lagu pun aku tukar jugak....ksian kat lagu lama, lagu tema is+siti..haha..teringin nk letak lagu lepaskan by wanna ni..sebab i love this song, so into it for now. lagu nya sangat sangat but catchy...weee

disebabkan keje2 mengedit ni, aku lalai betul..sampai tak usik langsung artist references aku..ahaha..takpe2..tinggal buat paragraph je...bahan sume dah pulun google semalam, so hari ni, kita light2kan sikit otak dri keje2 yg formal tu semua..ahaa..sesuka aku je...

temanya, i just love my twitter header...! combination of his pic and my pic for default...cm suweet2 je...ecehh...poyo dan berangan puji sendiri....gasak ah..sape agi nk puji ye dok..? wink2..~ =)




=)



p/s : ayang dengan abang, bergabung, meletup..! - he said once before..tetiba teringat  
sedang bermundar-mandir dalam bilik, sebab nk siapkan place utk buat keje, all of a sudden, phone berbunyi..ada mesej..i thought dari abg..but nope. it was from someone. a friend of mine. a she who we both used to quarrels a lot before.

kinda shock. sebab it was so unexpected. aku bace isi2 mesejnya dengan sepenuh hati. dan aku tersenyum. rasa semacam gembira pulak bila kwan yg ini masih ingat pada aku selepas terus dihentikan segala jenis perhubungan siber tempoh hari. aku sambut baik mesej nya dan kami berbalas kata2 untuk sesama sendiri..

jujur aku katakan, bukanlah aku terus lupakan dia sejak tamat berhubung tu...ada masanya aku teringat jugak...sebagai seseorang yg pernah hadir dalam hidup aku dan pernah memberi impak dan beberapa kesan. tapi itu dulu la, sebelum2 ni..walaupun dulu, sakit hati tu mmg tak terkata, sampaikan aku banyak keluarkan kata2 kasar dan menyinggung perasaan, sekarang ni, semua tu dh aku buang jauh2..dah lama dah aku buangkan..sebab aku noticed, semakin aku simpan, terasa hati aku hari makin hari mcm memberat je..entah lah..berat dengan dosa mungkin...dan sekarang, memandangkan aku dah buang semua tu jauh2, aku memang rasa happy je...rasa mcm dah back kepada diri aku yg dulu, yg tak peduli kat apa2 pun, janji diri aku sendiri rasa tenang dn happy...

ye. aku rasa gembira..juga sebab silaturrahim itu dapat dijaga. perhubungan persahabatan itu masih wujud. alhamdulillah..walaupun bnyak kali bergaduh, hal itu seakan mematangkan lagi kedua-duanya.

terima kasih atas segala doa yang diucapkan..aku disini juga sentiasa mendoakan yg terbaik buat semua sahabat aku..tak kira lah dalam apa jenis perhubungan dan sengketa sekalipun.. bukan hanya aku, dan bukan hanya engkau..tapi kita semua, walau sebaik2 mahupun seburuk manapun, kita semua berhak mendapatkan sebuah doa yang tulus dan ikhlas dari sesiapa pun...


p/s : kemaafan dendam terindah .. ?

Saturday, December 1, 2012

malaysia vs indonesia


tengoklah anak dara sorang ni layan bola malaysia vs indonesia cmne...kesian kat aku...kat umah takde orang nk buat layan bola...slalu layan bola ramai2 ngn family, best jek riuh satu rumah..ni semua orang balik kampung..tinggal aku, abah dgn mak je...mak duk tgok tv dlm bilik, abah tgok tv kt luar, kejap tukar2 channel lain..aku pun membawa diri la tengok bola dalam bilik..huhuhu....siap makan semua dalam bilik...haihh...yang kelakarnya, beriya2 je aku tgok bola sorang2..bila gol, sakan punya jerit..tgah jerit tu, tengok kiri, tengok kanan, baru tersedar aku tgah melayan bola sorang2..haha..termalu sendiri...pastu sambung slurpp maggi...kartun betul....



and what a nice combination i have here...lappy, surfing internet, notebook, works, maggi, teh o ais limau, sambil menonton bola..haha..terbaik...oh my anak dara ni..yo yo o je....tahniah harimau malaya leading goals, leaving indonesia behind. i love hearing the shouts from penyokong malaysia kat stadium..gemanya sampai terasa kat mereka yg menonton kat umah ni..gtewww....


p/s : bola dah habis, tukar tgok tv3 pulak cter cerekarama . enjoice~
#blog-pager{font-size:normal}.showpageArea{font-family:verdana,arial,helvetica;color:#000;font-size:11px;margin:10px}.showpageArea a{color:#000;text-shadow:0 1px 2px #fff;font-weight:normal}.showpageNum a{padding:2px 8px;margin:0 4px;text-decoration:none;border-bottom:2px solid #5fb404;border-top:2px solid #5fb404;background:#effbf5}.showpageNum a:hover{border-bottom:2px solid #df01d7;background:#a9f5f2;border-top:2px solid #df01d7}.showpageOf{margin:0 4px 0 0}.showpagePoint{color:#fff;text-shadow:0 1px 2px #333;padding:2px 8px;margin:2px;font-weight:700;border-bottom:2px solid #5e610b;border-top:2px solid #5e610b;background:#5e610b;text-decoration:none}