Wednesday, February 27, 2013

sedutan perihal kerja.



morning! 

hari ni bangun awal sangat2. dear love pepagi lagi dah call. hehek. takde sembang apa pun, melayan keheningan pagi bersama2. lepas tu dia terlelap semula. huhu. aku seperti biasa, meneruskan hari ini seperti hari2 yang sebelumnya. tapi dengan semangat yang tentunya lebih positif dari semalam. hehe. pagi2 ni, lpas hantar liyana pegi sekolah, duduk bersembang dnegan mak abah. berkisarkan hal aku, mak kata, nanti dah keje jangan apply kredit kad. seperti yang aku sembangkan dengan angah tempoh hari, mcm yang aku katakan pada angah, macam tu jugak aku katakan mak "siti tak minat la mak, benda2 leceh mcm tu, siti pakai mesin atm tu pun dh cukup." abah pulak bergurau dengan aku "tak boleh nk cakap, esok, kau dapat gaji elok, bank offer buat kredit kad, kau pun syok je nk swipe2." sambil ketawa riang ria aidilfitri. huhuhu. i said "abah cm tak kenal anak abah sorang ni, mana suke nk shopping2." hahaha. itu menipu, dan bukanlah the truth sgt. normal lah ppuan shopping. tapi aku bukan jenis yang pantang nampak sales, yang pantang nmpak bnda2 baru, yang pantang tengok bnda2 cantik, berkenan, tertarik terus nak beli. aku bukan cmm tu. setakat ni, pegang duit lebih pun, aku simpan utk keperluan aku. bila betul2 ada duit lebih, barulah boleh beli. lagipun, aku ada dengar sayings yg berkata " kita suka sesuatu benda tu bukan bermakna kita harus memilikinya." okay? hehehe
and then, bersembang pula hal pekerjaan. banyak nasihat mak abah bagi. dan ada one part tu, mak kata, kau mintak keje, kalau dapat yg jauh2, kau mintak lah tukar kl..huhuhu.. aku katakan pada mak, tak boleh lah mcm tu mak.. kalau kerjanya elok, takkan kita nak tolak..lagipun, siti kan nk keje kumpul duit, nak bawak mak pegi jalan2 ke China *anganan mak dan anak. hahaha. abah dengar mak cakap mcm tu, abah pun kata " tak boleh lah mcm tu..kita nk cari duit mana ada keje yang nak ikutkan kita je..kalau mcm tu u bukak company sendiri jelah.."then abah ketawa..haha..mak menjeling je..aku pun ketawa jugak..aku katakan pada mak "tak boleh lah mcm tu mak...siti kenalah pegi jugak, kalau rezeki dah kt tempat lain selain kl..lagipun, bangsu, along, angah semua keje kat kl sebelum ni, biarlah giliran siti pulak pegi merantau. mak diam, tanda tak senang. abah diam, tanda setuju. hehehe. kesian kat mak..susah betul dia nak lepaskan anak bongsu die ni...mak jangan lah risau..rezeki tu ada di mana2, bukan kt kl je...lagipun mak jangan lah risau..anak mak ni dah besar.. dah 23 tahun dah tahun ni..dah besar gajah, dah pernah duduk jauh dari rumah, dah boleh duduk sendiri. insya allah anak mak ni boleh dan pandai jaga diri. dah boleh berdikari, anak mak ni dah boleh hidup sendiri...hehehe..mak oh mak....comel la mak ni..ngeee...

minggu paling sibuk !


 sibuknya minggu ni..! bermula dengan hari jumaat 22feb, aku pegi uruskan hal2 aku sndiri. pegi buat dokumen2 utk job application, pegi mintak pengesahan dokumen kt skolah lama aku, pegi uruskan budak2 sekolah, dan pegi buat ic baru. sampai aku jadik pening kepala..huhuhu...kenapa eah lately ni aku cepat sgat dapat headache, sebelum ni tak kerap sgat, tapi lately ni hah, pantang lah kalau aku ni sibuk sikit, bergerak sana sini bnyk sangat dan mostly sebab pressure mungkin, cepat je kepala aku ni berdenyut2. sebab letih kot...minyak yu yee tu memang aku usung ke sana kesini jelah sepanjang minggu sebab tak tahan sgat2 peningnya. ngeee...

oh yea, masa pegi buat pengesahan kat sekolah tu, selesai mengecop2 semua, aku bertembung jalan dengan guru yg paling penting buat aku all this while. kenapa penting? sebab cikgu ni lah tunjang utama kepada arah tuju aku selepas habis sekolah. cikgu pendidikan seni aku, Puan Siti Rahmah. I'm so glad that she stills recognize me ! hehehe. aku suka dengan subjek seni under cikgu rahmah dulu. keje kursus pendidikan seni visual pun aku bagi komitmen yang sangat2 penuh, di mana konsentrasi aku time tu memang di tahap yg tertinggi sebab minat punya pasal. dan di akhir keje kursus tu, aku ended up dengan hasil produk yg sangat membanggakan bagi diri aku..huhuhu..yo yo o je..cikgu rahmah ajar best. aku punya lah minat subjek dia hingga aku berjaya dapatkan a1 tyme spm utk seni. dan dari situlah yang mencorak perjalanan aku yg seterusnya. aku diterima dalam pengajian diploma dan ijazah, dalam bidang seni halus. semuanya dari kelas cikgu rahmah. huhu.
bertembung dgn dia, dia masih cam aku, cuma dia lupa nama je. kami bersembang sekejap. dia terkejut when i said aku sedang tunggu hari konvo aku dalam bidang degree in fine art. she kind of shock. katanya "fine art?" "degree?" .. huhuhu..dia terasa bangga mungkin? anak murid.didkan dia berjaya di menara gading dalam subjek yg dia pernah ajar dulu? yelah kot, aku main2 agak je..huhu.. bila aku sebut fine art di uitm sri iskandar perak dan uitm shah alam, dia pun terasa ghairah menyebut nama2 lecturer yang dikenalinya. dan surprisingly, kami berkongsi pensyarah yg sama which pensyarah yg pernah mengajar cikgu dulu, juga pernah berkesempatan mengajar aku juga..huhuhu. seronok pulak rasanya bersembang. tapi tak lama pun, dia menuju ke pejabat, aku pun mintak diri dulu..

then hari sabtu, pegi lunch invitation for the whole family kt rumah kenalan abah dn mak kat kajang. best2. sampai ke petang lepak rumah dia..huhuhu. setiap saat perut terasa penuh! LOL! very family like, rasa macam sednag berkumpul satu keluarga je. hehe.

hari ahad, aku bangun awal sgt sebab abg kejut. huhuhu...sempat lagi menyembang awal2 pagi. dan selepas itu, teringat pulak semalam nyer mak ada sebut nk buat breakfast nasi lemak nanti. aku yg dh tak boleh nk pejam mata dah, pegi dapur dan tengok bahan2 semua ada dh..nk tunggu mak bangun, i dun think so, just let me cook all by myself. mak pun tak sihat kebelakangan ni..aku pun mulakan aktiviti memasak aku, seorang diri. almaklum aku kalau nk masak memang suka buat sorang2. jangan ada siapa2 yg ganggu aku kt dapur. itu je syarat protokol aku.ngehehe..siap masak dalam sejam je, dan semua orang dh bangun, and we had such heavy breakfast on that pretty sunday. nyumeyyhhh! makan panasa2 memang sedap. huhuhu. dah siap berkemas2 semua, pegi bawak mikail ke hospital ampang dgn kak yaya dgn ainnur. dia seakan lelah pulak. mungkin sebab sebelum ni dia memang ada demam sikit dn batuk2. dan kat lunch invitation semalam, dia punya lah pulun air yg sejuk. so hari ni, nafas dia mcm tersekat2, semput. si mikail ni mmg ada asthma. haih, mcm mana boleh terlepas minum bnyak air sejuk pun tk tahulah. started with masuk gas, then cek dktor, doktor ada sumthing wrong dgn nafas dia, nafas dia laju. doc suruh pegi xray dan cek2 tgok, ada sedikit jangkitan kuman dekat paru2 mikail which i asked the doc infection tu cause from eating routine or surroundings? katanya bukan pemakanan but surrounding yes. hmmm. aku pun tak pasti dri mana puncanya tapi mikail ni mmg lasak sikit. semua tempat dia redah nyer, mungkin boleh jadi puncanya dari situ kot. then, masuk oksigen utk clear kan pernafasan sikit, still makan masa then doktor kata mikail kena tahan ward. aduihhh..kesian dia. dan aku dh mula risaukan ainnur. sebab kalau mikail masuk wad, kak yaya jaga, means ainnur harus ditinggalkan bersama kami. bukan satu masalah untuk babysit dia, yg menjadi masalahnya, dia menyusu dengan susu gantung mak die, takde menyusu botol lagi. adehhh. 

waktu malamnya, waktu yg paling struggle buat aku. dh la aku dgn bangun seawal2 pagi, sibuk kehulu kehilir siang hari sampai kemalamnya tanpa ada rehat lngsung, dan belah malam nya, masa utk jaga ainnur, nk tidurkan dia yg bermasalah. dia nk menyusu. mak dgn aku berganti jaga dia. mcm2 bnda yg kitorang bgi minum. nasiblah dia nk minum air sirap.adoiii. tapi,bila dh ke tengah malam, dia masih menangis.takkan nk biarkn lama2.ksian kt budak ni. aku dgn amin bawaklah dia pegi hospital, mnyusu kt mak dia pukul 1pg+++. haihhh. pukul 2 balik smeula ke rumah dan alhamdulillah, dia nk tidur. dia tidur dengan mak. tapi dlm pkul 3, dia terjaga lagi.menangis kuat. aku pulak yang amik turn jaga dia. bagi minum air sikit tu pun dia luakkan balik.adoii.. kesian betul kt dia. she must be so hungry! aku dodoikn dia smbil mnangis, nasib baiklah dia terus tertido. aku bwak dia tido bilik aku. tak lama lepas tu, dia terjaga mcm mengigau, nagis sikit, aku pun pangku dia secara berbaring dn dia tidur semula bila ditepuk. sampailah ke pukul 5pgi. dia dh lapar sgt, mennagis je terus tanak henti2. 

mak pun suruh aku dgn amin pegi hospital ampang, menyusu lagi kt mak dia. on the way ke ampang, ainnur berhenti nangis sebab naik kete dan malangnya, satu lagi bnda jadi. amin bwak agak laju,semua lubang dia redah. almaklum kete abah ni dah 'antik' sikit. memang tunggu masa nk repair pun. tapi tak sangka pulak nk rosak time2 mcm ni dan waktu mcm ni. lebih kurang lgi 100m nk smpai ke simpang traffic light ke hospital ampang tu, amin sekali lagi langgar lubang dan nak ditakdirkan, tayar kete abah tu terus terkepak bahagian dalamnya.kereta terseret la sikit dan nasib baik tak terbabas. aku yg duduk kt bahagian blakang, peluk ainnur kuat2, amin tekan brek, mati enjin, dan aku dh mula bau hangit. mungkin dari kesan terseret tu. keluar je dari kereta, tayar memang dh menyongsang dari posisi asal. bahagian kereta abh yg berdekatan dengan tayar tu kemek sikit. 
aku call abah, cakap pasal kereta jadi mcm tu. huhuhukkk..takut!walaupun secara tekniklnya, amin yg buat, dia yg pandu. ngeeee. kesian abah. macam2 jadi kt kete kesayangan dia. ish2. dh la time jadi, tgah bawak budak kecik, pagi2 buta mcm tu, kete satu pun takde, jalan sgt sunyi. 

amin decided utk pegi hntar ainnur ke hospital dgn bjalan kaki dan aku disuruhnya tunggu kt Petron tempat mintak yg ada kt situ. agak keberatan tapi apa nk buat. terpaksa! ish! benci betul aku. jadinya, duduk lah sorang2 disitu atas alasan amin suruh tunggu kete kat situ. bongek punya amin. kalau orang nk curi kete tu, buat apa2 kt kete tu means aku pun bakal kena lah! cisss! aku duduk kt tempat mintak tu sorang2 sambil menangis sorang sebab takut! hahaha. sepanjang tu dok along abah abg bad smua dok call aku. aku pun nk hilangkn takut duk mesej angah, mesej kt abang. abang pun call aku. tanya itu ini. lama aku tunggu situ! tyme nk hampir pukul 7 baru lah amin amik aku kt petron tu naik motor. rupanya lepas susukan ainnur, dia balik rumah naik teksi dan kemudiannya dia naik motor pegi ampang, amik aku dan hantar aku balik keramat. bongek kan? kenapa lah tak bawak aku skali tyme dia amik teksi tu. tak ke membuang masa namanya. hish! dan padan muka dgn amin, dia kene marah dngan along sebab tinggalkan adik dia sorang2 kt situ, tyme pukul 5.30pgi. huhhh!

sampai kt rumah, aku dengan mata dn badan yg dh macam mabuk2, terhuyung hayang, kepala berdenyut sebab tak dapat tidur, tak dapat rehat, still tak boleh nk duduk rehat lagi sebab kene bawak abah pulak ke tempat kejadian, kat ampang tu sebab dia nk jugak tengok apa jadi kt kereta kesayangannya tu. melihatkan jam di tangan dah pukul 7am++, seakan hilang mati habis semua dh kekuatan aku sebab almaklum, waktu awal pagi mcm ni memang waktu kemuncak jalan jammed ! org keluar pegi keje. hukhukhukkk. tapi nk buat mcm mana. aku sabar, kuatkan diri dan gagahkan diri bawak abah pegi ke ampang. tow truck pomen semua dh ready dn aku balik seorang diri ke rumah sementara abah uruskan hal kereta dia. sampai2 di rumah, aku dh tak larat nk bersuara. mak memang faham aku memang dah habis tenaga, kudrat. aku kata kt mak, "siti nk rehat mak.." dan terus masuk bilik tido. tapi, yg buat kepala peniing tu, tido pun asyik terjaga2 sebab pening kepala dan jugak asyik dapat call je. adoyayy...dgn abg bad, abg ipar aku call tanya nk makan apa,nk breakfast apa. aku dgn sgt lemah jawab "tak nak..nak tido je..."hahahhaa.kelakar pulak rasa. lepas tu pulak angah pulak call, tanya itu ini. hakikatnya, rehat yg aku perlukan, tak berapa dilaksanakan. sobbing ! dengan tak makan apa2 lagi. selera makan semua dh hilang dan muka pun agak pucat dengan mata sembap.

dan hari itu, pegi ke hospital, guna kereta amin, dan malam yg kedua ni, amin pegi tunggu mikal kt wad dan kak yaya duduk dengan ainnur kt surau. setelah dibincang2kan mcm mana, itulah keputusan yg terbaik sebab ainnur mmg sgt2 perlukan susu mak dia dan dia tak boleh dibawa berulang alik ke hospital time tgah malam, pepagi buta sebab she's still a baby dan kesan dari berembun tu, dia dh demam dedar2 dah.
dan aku pun dpt lah rest sikit mlm keduanya tu..huhuhu..

dan alhamdulillah, hari ketiga, petangnya, mikail dh boleh discaj. yeay! berakhir dh masa2 struggles aku dn semua orang. hehehe. and now, badan masih bersaki baki keletihan.asyik nk rehat je aku lepas mikail discaj ni.huhu. cuma tugas2 surirumah tu aku masih buat disebelah paginya. bila tyme ptang2/malam, barulah aku rehat puas2. hehehe.


 have to be ainnur's mama for few days! urrgghh. kan bagus kalau sedari awal lagi dia diajar minum susu formula + minum dari botol. ngeeeee !

m
mikail getting better! alhamdulillah! =) balik rumah, sikap lasak dan a lil' hyper dia masih diteruskan. takde istilah sakit2 dah. haha. cuma tyme nk makan ubat je melalak satu umah. LOL !
(p/s : terima kasih yea aunty lyana rahim sebab bertanyakan keadaan mikail kat mak ti dan doakan kesihatan mikail dn jugak pesanan2 yg lain tu. tak kesampaian acik lyana nk melawat mikail sebab mikail dh discaj dah! hehhee ^^v )

 peristiwa kereta terseret dan ditinggalkan sorang2 di tempat yg gelap sunyi dan tiada manusia masih segar dlm ingatan. muwakakaka. kejadian di ampang yang takkan dilupakan. geeez !

traffic jammed yang harus diredah sepanjang mikail diwadkan di hospital ampang. almaklum, ampang/mrr2 memang laluan jammed paling teruk antara di kuala lumpur ni! ishhh.! sgt annoying! disebabkan faktor inilah *salah satunya* aku nekad tanam azam nk keje di kawasan luar bandar means luar dari KL. hehehehe. insya allah kalau dapat dan kalau ada rezeki, mudah-mudahan dengan izin Allah. hehee.




dan masih segar di ingatan aku, mcm mana ainnur begitu sgt2 rindukan mak dia, walaupun baru 2-3 hari je sampai dia kadang2 tersasul panggil aku mama, duk sua2 mulut nk susu dari aku! huhuu.  dan one more thing, dia panggil pacik pa'is die 'abah' everytime dia tgok wallpaper fon dan frame gmba kt bilik. tyme loudspeaker otp dengan abang pun dia panggil abah. kesiannya kt dia. huhuhu. abang sampai rasa tersentuh dn sedih. alolololoooo...~~~~ dia ni memang almaklum hati sngat2 lembut. dan sangat cepat kesian kalau pasal hal budak2. and one thing lagi, nk ucapkan terima kasih bnyak2 kat dear beloved aku ni sebab dia sangat memahami keadaan aku yg sangat2 sibuk dan sangat2 penat. thank you abang. insya allah. Tuhan akan dengar "bisikan tangisan" itu. =) <3 br="">

Monday, February 18, 2013

berhasil =)

Assalamualaikum..salam sejahtera, salam 1 malaysia…ngeee..hari ni hari jumaat, 15 februari 2013. Hari result keluar. Yer ari ni. Seawall jam 12tgah malam dah bukak yahoo mail. Duk tunggu dan refresh banyak kali jugak tapi masih belum ada new message. Hajat hati ingatkan nk tido je tunggu esok pagi, tapi member kata alang2 tu tunggu jelah sebab memang result masuk time2 cmni…aku pun tunggu dan tunggu sampai lah dah ada few members aku kata try cuba cek, ramai yang dah boleh tengok result. Aku dengan berdebarnya, refresh yahoo mail dan hamek kau! 

1 new message.

Aku pun klik link new message disitu dan menunggu whole page loading sambil tutup mata. Ya allah. Debaran dia mcm tgah tunggu saat lafaz nikah.*okay menipu. Aku ni menikah pn belum. Wekks.~
Dah siap page loading, aku scroll ke bawah dan terus melihat pada ruangan kolumn yang tertera nama subjek yang aku ambil dan grade yang aku peroleh.



Tersenyum lebar dan menjerit halus aku masa tengok tu. Memang syukur Alhamdulillah. Aku Berjaya jugak akhirnya. Penulisan aku yang diperkotak-katikkan sebelum ni membuahkan hasil yang cukup membanggakan bagi diri aku. Syukur ya allah. Dan aku puas dengan diri aku sendiri, sebab nak menghasilkan sesebuah thesis, penulisan, bukannya sesuatu yang mudah tetapi sangat susah. nak2 pulak buat seorang diri, tanpa ada rakan2 yang bersama2 buat mcm dulu. ni pegi cari bahan, memang smeuanya sendiri la.. dan Walaupun keputusan yang aku peroleh taklah sampai tahap cemerlang dengan jayanya tapi, sekurang2nya aku Berjaya mendapat A, walaupun ada tambahan di sebelahnya iaitu A-. 

Tapi memang aku dah bersyukur sangat2. Itulah hasil yang aku dapat atas usaha keras aku selama ini. Usaha dari DIRI AKU SENDIRI. Tanpa ada sesiapa pun yang membantu aku melainkan penyarah seliaan yang banyak bagi aku tunjuk ajar dan pembetulan.

Aku tersenyum lama je pandang skrin laptop. Rasa satu kepuasan melihat GPA yang aku peroleh dalam sem yang dilanjutkan ni. Walaupun pada hakikatnya, CGPA yang lebih diambil kira, aku tetap jugak rasa nak berpuas hati, sebab itu markah yang tertinggi aku pernah peroleh sepanjang aku belajar di university, dalam program diploma mahupun ijazah. Atau mungkin GPA aku sem 07 ni tinggi sebab itu satu2nya subjek yang aku perlu complete kan jadi, pemarkahan dari subjek lain tidak mengganggu ?

Mungkin.

Tapi aku tak kisah dah. Janji aku lepas, dan janji aku berpuas hati dengan keputusan yang aku dapatkan. Dah terlalu bersyukur dah aku.

Selepas semak keputusan ni, hati melonjak2 riang nak maklum kn kat mak dan abah..tapi,terbantut sebab mak abah dag tido...yelah...jam dh pukul 1pagi++ dah..

aku anggapkan semua ni rezeki dan berkat usaha aku selama ni.. alhamdulillah..syukur sangat2..

 

kegigihan berulang alik ke shah alam, berhujan beribut petir berpanas, berjam-jam menunggu dan akhirnya meeting dgn lec dibatalkan. print thesis yang tebal bercopy2 untuk handed pada lec, semuanya akan selalu diingati...ngeee


sketches, proses kerja dari A ke Z, trial and error, proses buat slip yg sangat memenatkan, duk hancurkan claycake yg sangat2 keras, slip dipping, cracked fabrics, wet, tak sempat bakar, pecah time bakar, memang dugaan sngat2...


final presentation, degree show.....berjaga malam selama beberapa malam berturut2....ampaian kayu yang tak menjadi...tortured session by lecturer yg mengajar tyme tuh, pagi2 time degree show kena marah..then, rasa pressure, terus jumpa en jahal, mintak buatkan ampaian, pergi ke hardware,beli tong cat sebab nk cat dinding warna hitam. even dinding tu baru je cat putih..aku tak kira, aku nk jugak hitamkan dia. dh nekad gile sebab kene marah teruk2. budak2 semua dh balik, get rest, aku stay kat display room sorang2, cat area aku. area aku sorang je yg berlainan sebab warna hitam. dari petang sampai ke malam aku cat sorang2. dgn pakai baju kurung nyer..sobbing. ada masa tu, sambil cat sambil menangis..rasa sdih sgt...dan disebabkan pressure mcm tulah aku buat perubahan yang all out.


karya ulung aku. my thesis. susah payahnya aku nk lepas dalam menghasilkan thesis. gara2 kes sem lepas. aku all out buat thesis kali ni. dan juga disebabkan oleh pressure dari org keliling. i take the blame on me. aku tau ada juga salah aku dlm kes ni. dalam keadaan tertekan aku buat kerja ni. kdg2 rasa down, kdg2 dh rasa takde semangat nk buat. pegi library sorang2. menghadap laptop dari pagi smpai malam.. takde member nk bertanya mana2 yg aku tak tahu, takde rakan seperjuangan. so independent! semuanya aku buat sendiri. bittersweet nyer, hanya aku sorang yg dapat rasa.

karya aku. karya yang orang selalu kata aku takkan berjaya. karya aku yang pensyarah kata impossible utk jadi. karya aku yang pensyarah kata aku tak boleh buat, cannot go. karya aku yang orang pandang sebelah mata je. karya aku yang penah digelar sekadar celup2 bodoh je.  kerja bodoh. mana mungkin aku lupa. aku takkan lupa. aku tahu aku tak setanding mereka2 yang berbakat. tapi ini usaha aku, ni idea aku, ni inisiatif aku untuk keluar dari kebiasaan. aku tahu cakap memang senang. dengan cara melihat apatah lagi, memang nampak bodoh2 je dengan tergantung mcm tu. tapi, cuba lah berada di tempat aku sekali. tak perlu cuba nak buat proses keseluruhan. cuba satu step sahaja. sila dapatkan kadar pekatan slip yang sesuai untuk mencelup fabrik setelah slip dicampur dengan sodium silicate. ataupun cuba dapatkan ketebalan yang sesuai celupan slip pada fabrik. cuba dapatkan tekstur fabrik tu selepas proses bakar. cuba lah salah satu proses yang diatas. baru awk boleh tahu mcm mana tahap kebodohan kerja karya ni.

tapi takpe. sekurang2 nya kerja aku bukan tipikal dari mana2 karya yang student lain pernah buat. walaupun cara presentation aku tak outstanding, ini satu karya yang sangat aku banggakan sebab aku berjaya buktikan pada pensyarah aku yang sentiasa underestimate buah fikiran aku ni. bukti yg lainnya, sepanjang assessment dengan penilai dari luar, mereka suka kerja aku. prof agus, dia kata "bagus idea nya, cara kerja nya, sesuatu yang saya belum pernah lihat, lain dari yang lain." dan bukti utk itu, tempoh hari aku bersua muka dengan dia utk degree show junior, dia masih ingat aku dan karya aku. aku bersyukur. sekurangnya masih ada yang hargai karya aku yang tak seberapa.
ini sesuatu yang aku banggakan. sebab aku tahu, orang lain belum tentu boleh buat mcm apa yg aku buat ni.


semua tu dh berlalu. dan sekarang semua ni dh berhasil. alhamdulillah.


=)


Friday, February 15, 2013

happy vacay!

weeee...sedang di dalam mood bercuti2. lama tak menghupdet blog..hhuhu....semakin malas, malas dan malas.... actually rite now sedang berada di felda purun, bera, pahang. di ulu ceruk kampung, bersama dengan my second sis, angah, di kampung halaman mertua nya. memandangkan rumahnya tak ramai yg ada, cuma ada dia, suami dia, anak dia sorang dan juga bapa mertua dia je.. tok ki. aku pun berura-ura untuk menikmati percutian di sini, sempena habis belajar kononnya. hekkk.

okay, mukadimahnya.
sebenarnya minggu lepas, hari sabtu 26 jan ari tu aku dah dtg sini dah. tapi yang itu bersama2 ahli keluarga yg lain, datang bersama 3 buah kereta. waktu tu lagi dh plan alang2 datang dgn family lain tu, aku nak tinggal sini seminggu. tapi memandangkan keadaan abah yang tak mengizinkan dia untuk drive kereta balik ke kl dari pahang ni, aku membatalkan niat aku untuk bercuti kat sini. aku pun ikut pulang ke kl selepas bermalam satu hari disini.

tetapi, my sis angah pulak berkehendakkan aku utk datang semula tinggal sini seminggu. dia takde teman kat sini. dan saja2 mahu aku duduk bersama dia, bercuti di kampung dia untuk seminggu. jadinya, angah berkeras mahu aku datang, dan aku pun datang semula ke sini dnegan menaiki bas pada hari jumaat 1 feb nya.

pada masa ini, sudah masuk hari ke 3 saya ada disini. so far semuanya okay. tapi yelah, dah nama  kampung. what do you expect then..? ngehehe.

itu jelah cerita utk vacay, enjoy the pics! =)







yang ini pulak, agenda selepas balik ke kl. berhangout 3 hari berturut dngan my dear besfren. dua anak dara dan sorang makcik. bff yang sorang lagi tu, safia sudah pun berkahwin dan beranak dua. dia tu mmg terlebih advance..nghehehe..yang anak dara nya tinggal lah mazreen fareha dan siti azreen putri je..huhuhu....berhangout dengan diorang sangat best..rindu sangat2...




#blog-pager{font-size:normal}.showpageArea{font-family:verdana,arial,helvetica;color:#000;font-size:11px;margin:10px}.showpageArea a{color:#000;text-shadow:0 1px 2px #fff;font-weight:normal}.showpageNum a{padding:2px 8px;margin:0 4px;text-decoration:none;border-bottom:2px solid #5fb404;border-top:2px solid #5fb404;background:#effbf5}.showpageNum a:hover{border-bottom:2px solid #df01d7;background:#a9f5f2;border-top:2px solid #df01d7}.showpageOf{margin:0 4px 0 0}.showpagePoint{color:#fff;text-shadow:0 1px 2px #333;padding:2px 8px;margin:2px;font-weight:700;border-bottom:2px solid #5e610b;border-top:2px solid #5e610b;background:#5e610b;text-decoration:none}