Kesimpulannya,
memang happy sangat lah..sebab dapat jejak tempat orang. tengok tempat orang. tengok cara hidup, gaya hidup orang. tengok apa aktiviti, kegiatan diorang..ada setengah tu, hidup mewah. ada tu hidup serba ada. ada tu, memang kurang serba serbi. yang best nya pegi travel, dri sini lah kita boleh bukak mata kita dan lihat sendiri dan belajar untuk bersyukur dengan nikmat yang kita masing ada2. Kalau dari kau sendiri, bila dibandingkan dengan, apa yg kita ada sekarang ni, waaaay better than apa yng diorang ada. maka dengan itu, bersyukur dan hargai.
dan travel kali ni, aku anggap special dari sebelum2 ni sebab aku anggapkan travel kali ni as my bachelorette trip* sebelum aku bakal menamatkan zaman bujang aku dalam tahun ni/ alahaiii..sedihnyaaaaaa....rasa sayang nk tinggalkan kegiatan travel cmni. haha.walaupun actually shapik bagi je kalau nk gi travel ngan dak2 ni in future. but still, i'll bet keadaan nya takkan sama mcm dengan zaman yg masih hidup membujang ni. masa bujang trang tang tang ni, punyalah carefree gile. mana nak pegi, haa..pegi lah kau. mak abah puas lah larang nk gi India pada mulanya. tapi dh sebab degil, dah sampai dan dah selamat balik dh pun. pasni, kalau nk buat ketegaq sangat pun xboleh sebab dh berlaki. kuikuii..xreti nk cakap lebih soal ni sebab aku sendiri pun tak tahu bagaimana kondisi nya lepas bergelar PUAN nnti. hahaha. tapi insha allah..kalau ada rezeki lagi, adalah bahagiannya tu nnti yg mana kita leh travel lagi sama2 cm sebelum ni kan..
thank bebanyak to masterminds yg paling utama ; majin n ain for make this things happened! tak sia2 study india selama setahun lebih. akhirnya everything went well as planned kan. ada slack n lari dari plan sikit2 tu biasalah..normal. tapi u guys memang cool. plan everything and make it happen bukan satu keje mudah. nak2 ke tempat yang x familiar dan belum pernah pegi. totally depends pada google, blogwalking, post orang kt fb dan few kenalan korang yg dh pernah sampai. alhamdulillah. sepanjang kat sana takde benda2 teruk yang jadi.
dan x lupa kat 2 orang ahli baru ; samer dan fifiey. haha. nasib lah dua2 ni pun masuk air. taklah hambar sangat kalau dh semua gila. penat gelak je adalah. rasanya tak salah travel kali ni bawak korang sebab at last korang dapat jugak jumpa sedara jauh kan..ehh. haha...no lahh..actually best ada korang. rasa ramai tu selamat sikit. kalau x pun, kitorang bertiga je. xke sendu cmtu..huhu. samer dh selamat berjangkit dah. dh sibuk nk ikut jugak for next travel. fifiey aku tak kisah sangat sebab dia setiap minggu travel. haha
and then, for those yang teringin nak pegi India, just pegi je. kalau duk dengar cakap orang yang kata India x selamat, kotor, banyak scam, and everything negative pasal India. Iya. aku x nafikan benda2 tu mmg ada. dan sampai satu tahap, nak berjalan kat area diorang pun kau xlalu sebab bau mcm2 yg buat kau rasa nk termuntah. yea. semua tu wujud dan semua rumors kata2 orang tu memang benar belaka. tapi ingatlah balik tujuan asalnya kenapa kau nk ke India. kalau kau mmg nak ke India sebab nak tengok dan kenal "India" tu bagaimana, takde salahnya pun kau cuba utk faham dan try adapt. Jangan salahkan diorang kalau dh budaya diorang suka membuang ikut suka hati kat memana je. jangan salahkan diorang kalau kat jalan raya tu diorang memang suka tekan hon tak kira apa situasi pun. jangan salahkan diorang kalau diorang minta tips. sebab dah memang cara hidup diorang mcm tu. mcm kat tempat kita jugaklah. mcm mana kita x tolong kemas makanan dan sisa2 makanan kita after makan kt fast food restaurants. mcm mana kita ni kedekut signals everytime masuk simpang. mcm mana kita left that place penuh sampah after pasar malam or apa2 events at certain place. mcm mana teksi kat tempat kita selalu tekan2 harga mahal. kita semua sama je actually. cuma berbeza pada gaya, cara, tempat dan perbuatan je.
dont simply judge. pergi dulu, baru hadam.
India ni sebenarnya best. orangnya pun bukan semua kotor dan jahat, kerja asyik nak menipu je. Tidak. masih ada yang baik dan ada je yg okay. Its how u blend in and adapting yourself at other people's place.
hmm..apa lagi eah..
rasanya till here kot cerita pasal travel India. as for now. masing2 menjalani kehidupan seperti biasa. takde lagi calling for meeting waktu lunch hour. xde lagi rancak berblog walking. actually x move on lagi gi travel India. huhu. majin n ain tengah gatal otak fikir pasni nk plan ke mana pulak. aku pulak. dh almost 2 minggu duk type n save draft. asyik tertangguh je. at last, siap jugak published cerita2 india yang tak seberapa ni. huhu. pasni, sila simpan nafsu nk berjalan tu sekejap..kena fokus hal kahwin dh pasni..ngeee...
till then guys. bye~