Monday, February 19, 2018

Unlocked India : Agra

dari kalka, kami naik train menuju ke new delhi. train kali ni agak mewah. di mana, perjalanan nya sama mcm masa datang hari tu, cuma tak terasa jauh sebab kami asyik dihidangkan makan yang di provide. baru lepas habis makan, dtg lagi makanan. xsempat habis menyembang, datang lagi makanan. xsempat habis dengar lagu, datang lagi makanan, tutp2, dh sampai new delhi. haha. heaven eah? kau tunggu cerita next train pulak.




kami sampai di new delhi malam, pukul 10. dan dari sini, kami kena pantas untuk ke train station yg lain untuk ke agra. kami kena move cepat sebab gap masa nya ada satu jam sahaja.



dari luar stesen, amik teksi, menuju ke train station Hazrat Nizamuddin. Alhamdulillah, kami sempat sampai. train dh ada, kami terus naik je train kali ni, kami amik sleeper class. nk tahu sleeper class cmne? train yg ada compartment utk orang tido. okay. train ni agak scary sebab dia sangat gloomy, dan diorang duduk berkumpul2 sesama diorang dalam compartment tu dan diorang main duduk je walaupun kau ada tiket yg sah mengatakan seat/compartment tu kau dh beli. masa kami naik tu, ada orang dh siap2 duduk kat compartment kami. dia mulanya cm nak xnak bangun sebab katanya boleh, duduk saja. tapi bila dia tengok kami ramai dan beg kami semua besar2, dia bangun dan pegi ke tempat lain. akhirnya dapatlah kami duduk bersama dalam satu compartment. cuma ada sorang je orang local yang ada dalam compartment kami sebab mmg dia beli tiket seat nya situ. tapi dari mula kami masuk sampai kami turun, xnampak btg hidung dia. dia tido dengan amannya kat atas tu.


train menuju ke agra ni agak scary sikit sebab boleh kata semua perhentian yg kami lalu, semuanya gelap2, mcm terpencil sikit. dri situ mulalah rasa cm was2 dan risau takut terlepas stesen agra sebab nama setiap stesen setiap kali berenti pun tak ada. nk tunggu berjaga pulak, masing2 dh keletihan..takut terlajak tido, terlepas stesen. jadi penyelesaiannya kami minta tolong police officer yang meronda2 dlm train tu utk guide kami mana train station agra bila dh sampai nnti. nasib baiklah police officer ni baik. dia kata jangan risau, tido dulu. nnti dh sampai dia akan bgitahu. legalah sikit hati masa tu. yg tak lega nya, ada pulak beberapa hentian dan sepanjang perjalanan kat certain area tu, bau hancing yang teramatlah kuat. tu masa train berjalan tau. kalau masa train berenti, aduhh..xtau nk kabarkan bau dia cmne. dan konon ingat nk tido. kami bersembang sesama sendiri, police officer ni boleh join sekaki. bukan sorang, tapi dua orang. even dia tak fluent berbahasa inggeris, mcm ayam ngan itiklah masing2 bersembang. nasiblah boleh paham sikit2 hindustan. haha.


lepas tu xsedar bila terlelap jap masa police officer tu blah kejap. sekejap tertido sekejap terjaga..alih2 dah sampai agra. police officer tu sampai ke agra tolong assist kami. baik nauu. sampai turun train dia temankan. huhu.



sampai di stesen agra, orang ramai giler. sesak. padahal tengah pagi buta masa ni. pukul 4-5 lebih kalau xsilap. 

kami teksi dari luar stesen dan terus menuju ke hotel yang ain dh book.

sampai hotel. masalah lagi. bilik hotel ada satu je. sepatutnya kami book 3 hotel. dua bilik lagi dapat keesokan harinya. so, nk xnak, pkul 6 pagi tu, amik je satu bilik tu dan masuk je bilik, masing2 melepet. semua terus black out. 

aku baring2 jap. pastu xjadi nk tido. sebab kalau tido sure letih gile bila bangun nnti. silap2 xleh nk bangun. sebab on the go saja dri shimla. so aku bersiap2 dulu sementara diorang duk tido. kul 7 something baru diorang bangun dn bersiap2 sebab kul 8-9 dh janji ngan tour guide utk tour agra.

destinasi pertama kami di Agra, Agra Fort.


kat sini seeloknya amik tour guide sebab nnti takdelah masuk fort tu ayam sangat tak tau cerita dan duk jalan kosong saja.






cuaca kat agra pun sama mcm new delhi. sangat sejuk dan berkabus time pagi. cuma masa tegah hari tu, dh rasa suam2 sikit la. matahari dh naik. dan dri agra fort ni sepatutnya boleh nmpak taj mahal. tapi disebabkan kabus tebal, sebatang taj mahal pun xnampak. eksklusif sangat. lagi buat rasa x sabau nk tengok.



settle agra fort, kmi pegi makan. settle makan, kami tuju ke Taj Mahal. tempat yang ditunggu2.
masa kami di agra ni, hari ahad yg mana mmg orang beratur nk masuk taj mahal tu memang menggila panjangnya. nasib baiklah utk foreigner dpat laluan khas terus masuk, tak yah bertaur panjang giler cmtu. alhamdulillah.


masa berjalan nk menuju ke taj mahal tu, dri pintu gerbang, dh nmpak kubah dan menara dia sayup2 je. masa ni rasa happy sangat dapat tengok taj mahal dan tetiba rasa sebak yang terharu. haha. xtaulah kenapa emosi sangat sampai rasa nak menangis. tapi apa yang aku boleh kata, taj mahal memang cantik. dh dibina beratus tahu yang lalu. tapi bangunan dia nmpak very decent. nampak sangat gah dan sangat suci. huhu. susah nk ditafisrkan melalui kata2. even, lautan manusia yang ad amanusia tu, aku dh tak amik kira dah. terpegun sangat dengan taj mahal. speechless. no words.





kami bergambar, dan berjalan ke bahagian dalam taj mahal. jalan sekelilingnya, dengar kisah taj mahal dari tour guide kami, Junid. kemudiannya settle.

selesai tour taj mahal, Junid bawak kami jalan2 ke kedai souvenir. kedai batu permata. alahaii si junid ni pun. mcm takd ekedai lain nak dibawanya kami. aku pun dh tertarik nk beli satu cincin silver dengan batu Garnet kaler merah. Konon nnti leh buat cincin kawen. huhu. harga asal 3000IDR. nego punya nego, dpatlah aku beli dengan harga 1500IDR.  hokayy laaaa. huhu. buat kenangan :p


selesai shopping yg x berapa nak shopping, kami balik ke hotel. malam ni ada lah sikit masa untuk berehat sebab esoknya nak move ke tempat lain pulak.

bila dh malam, dengan cuaca sejuk, dengan ada yg dh demam2, masing2 dh lapo. call dominos delivery, berkumpul makan ramai2 dlm bilik. pizza party la u ollsss. pizzanya pulak..mak aihhh..sedap tak hengat dunia. dengan makan panas masa suhu sejuk dan cheese burst nya. aduhai. terbaekkkk. selesai melantak, masing2 balik ke bilik dan tido.


esoknya, awal pagi lagi kami dh bersiap sebab train ke jaipur pukul 7.15 kalau ikut jadual. bersiap semua, terus gerak ke train station. 

kisah menuju ke jaipur yang penuh sadis, next post okayy? chiaoo~

 


p/s : seronok kau main2 menari kan. kau tunggu situ.. the real struggle is coming. sampai menangis kau dibuatnya :p

No comments:

Post a Comment

#blog-pager{font-size:normal}.showpageArea{font-family:verdana,arial,helvetica;color:#000;font-size:11px;margin:10px}.showpageArea a{color:#000;text-shadow:0 1px 2px #fff;font-weight:normal}.showpageNum a{padding:2px 8px;margin:0 4px;text-decoration:none;border-bottom:2px solid #5fb404;border-top:2px solid #5fb404;background:#effbf5}.showpageNum a:hover{border-bottom:2px solid #df01d7;background:#a9f5f2;border-top:2px solid #df01d7}.showpageOf{margin:0 4px 0 0}.showpagePoint{color:#fff;text-shadow:0 1px 2px #333;padding:2px 8px;margin:2px;font-weight:700;border-bottom:2px solid #5e610b;border-top:2px solid #5e610b;background:#5e610b;text-decoration:none}