sampai je di bus station, kami expect kan bus yg jenis cm bus express. rupanya tidak. Semua jenis cm bas mini kaler pink dulu2. dalam fikiran aku masa tu, kena naik bas yg ala2 lompat2 ni, almost 6 jam untuk sampai ke Jaipur.....ahaa..i was likee....memang terbaik ahhh. redho thap apa dh masa ni.
naik je bas tu, kami dapat row depan sekali, belakang bus driver. kami berlima dh cukup row depan ni. aku ain majin 3 seat dipisahkan dengan laluan, kemudian fifiey duduk 2 seat dengan samer.
masa tu aku dh cam redho tahap dua sebab seat yg aku dapat seat yang takde tempat sandar belakang. hello. 5-6 jam atas bas takde tempat sandar. aku rasa nak marah giler time tu. tapi apa boleh buat. sebab terpaksa dan tak de pilihan, aku diamkan jelah.
beberapa minit sebelum bas bergerak, tetiba bas makin penuh orang. dan guess what, antara aku ngan fifiey yg dipisahkan dnegan laluan kecil tu, ada lelaki dtg, nak cross ke bahagian depan. aku ingatkan dia nk drp barang ke depan tu sebab depan tu mmg orang buat letak barang. plus beg2 besar kitorang pun ada, aku pun mengengsot lah sikit dengan pemahaman aku yg ingatkan dia nak letak barang. bila dia dah selamat cross, boleh pulak dia menggesek menghimpit2 kat ruang kecik antara aku ngan fifiey tu. dia nk duduk situ wehh! i was like .. what the hell manusia ni..takkan nk berhimpit lagi kt tempat yg dh sempit tu. aku dh rasa sesak giler dengan seat yg dah sedia sempit dan tambah pulak dekat kaki aku yg ada penghadang besi, memang sekelumit secoet aku takleh gerak dah. sakit giler sebab kaki mencucuk kat besi.
aku rasa time ni memang darah dah naik sampai kepala aku, datang lagi 2 orang lelaki, memanjat kat bahagian depan yang penuh barang tu, and diorang leh lak parking duk kat barang2 situ. aku tengah stress xdapat nk bergerak sikit pun badan aku, tgah cuba nk brain berapa lama aku kena hadap situasi ni dan dalma masa yg sama aku tgah nk cuba calm down. tarik nafas pun rasa terpaksa sebab tengah tersepit. haha.
xlama lepas tu, bas berjalan dan konduktor bas pun dtg. ntah apa agaknya dia cakap kat lelaki yang menhimpit kat tengah2 aku tu, dia takde tiket rasanya sebab dia keluarkan something tunjuk kat konduktor tu which is kad oku dia kot. dan nk membuktikan yg dia memang betul oku, dia boleh bukak kaki palsu dia yang masa tu mmg betul2 tengah berkepit kat aku. aku tak tau nk cerita cmne tapi boleh bayangkan x, dia bukak kaki palsu dia tu..bukan satu..tapi dua2 belah. aku dh tak sanggup nk tengok kaki dia yg ada hanya sampai paras lutut tu dengan berbalut nya lagi. masha allah. masa ni aku tak tahu nk bagi reaksi apa..aku tak tahu nk berperasaan apa. bukanlah nk menghina ke apa. tapi sebab aku tak biasa dengan benda2 takde kaki mcm tu, nk2 pulak memang rapat kat sebelah aku. yang aku mampu buat hanyalah tutup muka aku ngan akin tudung dan menangis. haha
iyeeee. aku menangis. tambah lagi rasa dalam hati ni mendidih bila dia parking kaki palsu dia tu depan aku. sebab dah takde ruangan lagi...boleh tak faham. dengan sakitnya kaki aku ni menahan besi. memang masa tu kalau aku boleh lari, memang aku nk blah je. rasa mcm nk berhabis duit utk amik teksi atau bas mahal pun aku sanggup dah.
tak lama bas bergerak, si yg takde kaki ni tukar tempat duduk ngan sorang lelaki yg duduk atas timbunan barang2 tu..ntah la..mngkin dia kesiankan kt oku ni kot nk bagi oku ni duduk selesa sikit ke apa ke..sebab aku tak kisah dh sebab aku pun dah takleh nk buat apa.
bila bertukar tempat duduk ngan laki yg konon baik hati ni pulak, pun sama..main2 tolak kaki. wehh. boleh faham tak ada besi kat kaki aku ni. cukuplah..tolonglah takyah tolak2. dahlah dengan keadaan yang sempit berasak cmtu, dtg pulak sorang ppuan menghimpit pulak nk mencelah duduk kat belakang laki ni. aku mampu diam dan sabar jelah. aku takleh nk buat apa.
separuh perjalanan ke jaipur, lelaki oku ni tadi turun, lepas tu ppuan yg menghimpit td ni pun dh tukar tempat duduk dan dua orang lelaki yang ada depan kitorang tadi pun dh turun jugak. time ni dh rasa lega sikit sebab dh boleh duduk tanpa berhimpit2. masa ni tinggal lagi setengah perjalanan. adalah dalam 3-4 jam nk sampai jaipur. yang tak bestnya, aku takleh menyandar. so bila aku terlelap sikit je, aku rasa nk jatuh. sebab bas laju dan kepala aku dh mula sakit. sebab tahan ngantuk dan terjaga sekejap2 sekejap rasa nk jatuh. hidung ngan tekak dh mula sakit sebab perubahan suhu. kalau dri agra tadi cm sejuk2 lagi. tapi kat jaipur pun sejuk jugak cuma dingin2 bahang dan kering. sangat2 kering, kawasan sepanjang perjalanan tu rasa sangat berdebu.
sampai je bandar jaipur, rasa cm bersyukur sangat2 lah sebab dh sampai. dan rasa pelik jap sebab bandar dia cm takde apa2 tarikan yang menarik selain dari bangunan2 lama dia dan tugu2 dia. other than that, jaipur lebih kurang mcm pekan2 biasa yang crowded je.
check in htel, alhamdulillah xde masalah. hotel kali ni best. room temperature dan sangat selesa. bilik mandi best. so rasa treated sikit la after perjalanan panjang yang penuh horror tadi. so, we freshen up, rehat jap.. masa nk membersihkan diri ni. alahaii..dri pagi tadi bedak2 semua hilang dah. so most of the day ni memang duk dalam bas saja xkuar kemana2. aku amik wet tissue dan nak tengok berapa inci tebalnya kekotoran yg ada kat muka.. alahaiii..guess what...once wipe off muka, mcm2 kaler ada kat tissue tu. alahaiii... (T.T)
then kluar balik gi dinner. malam ni dinner tempat best sebab nk treat balik diri masing2. haha. tempatnya kat rooftop. tempat cm mahal2 high class gitu tapi alhamdulillah, kalau dalam rate duit kita still okay lagi lah makan kat situ. masing2 plak makan x hengat dunia, itu nak cuba ini nak cuba, alih2 sampai penuh meja.
after makan, balik hotel..singgah beli gelang2 chudiya kat kedai tepi hotel. huhu.
and then balik hotel tido. aku pulak time ni da start memerut. ntah apa makan ntah. sabo jelah. nasib baik lah ada spare ubat charcoal ngan chi kit teck aun. dengan harapan sakit memerut ni tak lama lah.. bnyak hari lagi nak gi jalan ni.
bangun keesokan pagi, sebelum gi jalan, kami bersiap2 kemas terus untuk check out dan tumpang segala bag tok nenek kami kat reception. after selesai, mulalah kami bergerak ke destinasi pertama iaitu Amber Fort which is main attraction kat sini. perjalanan dia xberapa jauh dari bandar. less than one hour dah sampai.
masa sampai dari kaki bukit amber fort ni, boleh nampak mcm majestic sangat tugu amber ni. lawo. bila sampai dalam. pun lawo jugak. kena menapak naik bukit sikit. palace bahagian dalamnya sangat besar.
berjalanlah kami dalam tu, melihat2 sekeliling, selfie wefie dan segala macam jenis gambar kami ambil sambil dnegar cerita tour guide berkenaan dengan tempat tu.
selesai tour, masing2 nak beli postcard dan settle semua, kami bergerak pulak. sebelum tu kami singgah jai mahal/istana atas air. tak dapat nk amik gambar sangat sebab istana nya jauhh nun di tengah tasik. sempat shopping2 sikit kat sekitar situ dan teruskan perjalanan ke City Palace. Sampai disitu, kami x jadi masuk. sebab nak jimat masa. kami cuma jalan2 kat bazar luar tei jalan tu. makan eksrem, shopping gelang, buat lukis inai dan beli fridge magnet. selepas tu kami drop tepi jalan utk amik gamba hawa mahal. antara building lama yang popular kat jaipur. habis klik klik klik amik gambar, terus move lagi. move ke hotel untuk amik beg2 dan gerak ke train station.
train kami ke new delhi sepatutnya berlepas jam 4.25. tapi sebaiks ampai sini, kami check timing train, seklai cancelll daaaa train. again. tapi this time nasib baik dipaparkan dan kami dapat tahu awal. dapatlah kami terus beli train ticket yang lain sebagai ganti.
train ganti masanya lebih kurang dalam kul 5 camtu. sementara tunggu, kami gi makan dan tunggu kat waiting lounge.
naik train, masing2 pun dah melepet. sampai di new delhi, amik teksi utk ke airport.
cerita seterusnya, post otw ke srinagar pulak eah. jommm~
No comments:
Post a Comment