Monday, February 19, 2018

Unlocked India : Shimla

hari yang ditungguuuu... dah pun tiba..
dan dah berlalu pergi dah pun. huhu

hari apa?
hari nk pergi travel indi la. setahun lebih wehh tunggu.
alhamdulillah
semuanya berjalan seperti yang dirancang.
kalau ada yang tak jadi pun, ada lah satu dua benda.
normal la tu.
mana boleh nk semua benda perfect as planned kan.

jadinya,
berlepas lah kami ke india pada tarikh 24 januari dan tarikh pulang ke malaysia pada 5 februari 2018.

apa yang ada kat india?
mcm2, dan banyak benda yang kadang2, kita nk interpret into words pun susah.
tapi, enjoy memang lah enjoy.
dan highlight utk travel pada kali ini adalah nak menjejak salji..huhu

bila nampak salji, seronoknya tu, haihh..lain macamm..
rasa tak puas betul..dan rasa nak pegi lagi tu, jangan cakap la..ofkos laaa
huhu.

aku nk postkan secara detail memang tak dapat lah kan.
so aku cuma dapat citer sikit sort by each places yang aku pergi je ok.. :)



Indhira Gandhi International Airport - Railway Station - Kalka - Shimla

kami touchdown india almost tengah malam jugak sebab flight delay masa nak berlepas.
dan kami kena tunggu beberapa jam lagi baru boleh keluar airport menuju ke steren keretapi sebab train pukul 5.30am. jadi kami rehat2 makan subway kat airport saja. nk keluar dari airport tak boleh, sebab xde tempat nak dituju dan kalau dh keluar nnti xleh masuk kot entrance tu balik dah. plus cuaca kat luar tu tgah sejuk giler babas. masa sampai ni seronok la merasa cuaca sejuk. bawah 10 celcius jugak kot. punyalah batak. haha. sampai mulut kuar asap pun rasa seronok.

kul 3-4 pagi kami gerak. perjalanan dari airport ke stesen kereta api tak lama, tak sampai satu jam. keadaan jalan di bandar new delhi masa ni dah mula sibuk walaupun belum pukul 5 pagi lagi. hon kereta bising sana sini. tambah pulak dengan kabus yang sangat tebal. dan sejuk giler.

sampai di stesen kereta api dia, ni lah permulaan untuk kenal india. haha. kalau nak tahu masa kitorang sampai tu malam, dan pada waktu malam, memang ramai giler orang bergelandangan kat situ. xtau lah diorang ni tunggu kereta api ke apa ke. tapi nk kata setiap ceruk dan tengah2 jalan mmg ada orang tidur. ada beralas kain, ada beralas guni, ada beralas kertas kotak..mcm2 la..time ni nk duduk kat bangku diorang pun rasa was was kalau nmpak setitik air. takut ntah air apa sebab kotor dan bau-bauan tu xpayah cakap lah..ngee..setiap sudut ada. udaranya pun mmg berbau cenggitu


so, selamat naik kete api, masing2 dah flat. perjalanan makan masa hampir 5 jam nk ke kalka. so dalam train kami hanya tido, bangun, sembang, amik gambar, makan dan tido balik.
dan dari dalam train ni jugak kami kenal this one auntie. pada mulanya aku tegur sebab nak bertanyakan arah train. sebab lama sangat x sampai2. auntie tu dengan baik hati jawab pertanyaan kitorang and dia kata jangan risau, sampai ke stesen kalka nnti ikut dia untuk transit toy train ke shimla sebab dia pun menuju ke tempat yg sama. nak pegi bercuti jugak.

sampai di kalka, kami terus on board toy train yg menuju ke shimla.
expectation aku, toy train ni mcm train transit yang sangat relaks..u know..sambil menikmati pemandangan dan less crowded sebab masa mula2 onboard, tgok bahagian dalam train dia seat nya x banyak dalam satu gerabak dan dia mcm open air punya train..thats why aku expect dia train yang relaks2 dan less crowded.

rupanya...

bila train nk start jalan je, gerabak dh mula penuh dan guess what. x payahlah judge train tu less crowded kalau mengikut jumlah seat yg ada. sebab locals ni, dia main selit je mana yg ada. tak kisah lah saiz kau kecik ke besar ke. selagi dia boleh sondol, dia sondol jugak bagi muat bontot dia. dan nasib aku nk terkena, aku duduk dalam kalangan locals. saiz2 pun lebih kurang besar dan terpaksalah aku menahan kesempitan. nasib baik aku duk kat tingkap, masih boleh lah aku penuhkan bontot utk duduk. yg sebelah aku duk himpit2 nk muatkan punggung dia. yang depan aku berlanggar2 lutut nk kasi muat kaki dia. alahaiii. sabar jelah. train nya jenis 4 seater yang duduk meghadap masing2. so, nak tak nak memang sepanjang perjalanan aku kena hadap muka dia. ehemm. 5 jam perjalanan jugak eah. harap maklum (mati la nakk)

bukan takat menyelit. ada lagi satu attitude diorang yg aku sangat2 geli which is buang sampah dan buang anything yg boleh dibuang kat luar tingkap. aku ni dah lah duk tingkap. aku rasa aku tak leh kira berapa kali dia menyempit kat aku semata2 nk buang sampah dia luar tingkap. worst, siap nk basuh tangan kat luar tingkap. allah. dia ingat tingkap tu apa. ya allh. mmg rasa nak siku je masa tu. masalah nya dh la buang sampah, tapi kena cross aku dlu tu yng cm annoying giler babas


apart from perangai locals yang cm hampeh tu, view nya mmg lah lawo untuk dinikmati. dngan cuaca dingin2. cuma bila lama2 tu, rasa sangat bosan sebab perjalanan sangat jauh, train gerak slow dan seat yang tak selesa utk jalan jauh. nk buat camne. tahankan jelah.


sampai di shimla, mmg rasa bersyukur gila. sebab memang rasa nk patah riuk tulang belulang ni. dah lah direct dari malaysia. journey non stop. tapi takpe la. masa ni fikir nak seronok je.

kami pun move hotel yg kami sepatutnya check in. 
kat sini dah timbul satu masalah, which is kami tak dapat check in sebab takde form foreigner ke apa bnda ntah masa reserved hotel dalam booking.com ..dan yg menambah rasa nak marah ni, dia takleh nk consider langsung, nk offer bilik lain ke sebab bilik katanya dh penuh. nk minta consider utk recommend hotel lain pun dia leh buat dekk je. 
kalau dh masalah hotel ni, mmg payah sikit la sebab masa kitorang dtg shimla ni, india tgah public holiday sebab keesokan harinya republic day diorang.
so, dengan hari yg dah nak malam tu dan suu yg makin turun, menapaklah kami naik anak2 tangga dan bukit yang ada demi mencari hotel. dengan bawak beg besar cm tenggiling berat dia. allah hai...rasa nk give up. haha. padahal baru sampai. almost nk termuntah jugaklah masa nk menapak cari hotel tu. diorang risau aku pitam. kemudiannya ain sambung cari ngan fifiey ngan samer. mareen tunggu lepak ngan aku. few minutes after, barulah ain dtg semula dan dah dapat hotel. tapi utk satu malam jelah. tak kisahlah. kami pun cepat2 check in. dah takleh nk fikir benda lain dah sebab cuaca yang amat sejuk dan masing2 dah keletihan sebab long journey.

selesai check in, alhamdulillah. berbekalkan heater, dapatlah kami tido dengan selesa malam tu. shower pun nasib baik ada air panas. nk kata air dia sejuk tu, perhh..mengalahkan air batu sejuk dia. beku ooiii.

esoknya kami start dengan breakfast dan cari hotel dulu untuk one night stay lagi. kalau ikutkan di shimla ni kami ada dua malam. dh hotel buat hal. terpaksalah cari hotel lain utk check in utk malam last.

cari punya cari semua penuh.
alih2, last option, kami terpaksa menyewa dorm. mix dorm yg horror. 
tu sat gi nk cerita.

selesai check in dorm, bawak pindah beg turun naik anak tangga berbukit, kami teruskan tour kami di shimla dengan menapak naik The Ridge. Aku mmg salute lah orang Shimla ni. cmne diorang boleh hidup hari2 turun naik anak tangga. haha. bukan sikit2, tinggi pulak tu. semasa tgah jalan2 kat atas ni lah, kami jumpa balik auntie ngan family yg tolong kami masa dalam train ke kalka tu. this time jumpa mcm jumpa sedara lama dah gayanya. sembang riuh tengah2 jalan.






kami spent masa berjalan2 di atas The Ridge agak lama jugak lah, sampailah ke malam.. lewat petang tu sebenarnya dh x larat nak jalan dah. dengan cuaca sejuk nya. dengan menapak turun naik bukit. malam sebelum balik, singgah makan kfc yg super pedassss. kemudiannya balik ke dorm ikut lorong tikus. haha. sayang takde gambar. sebab jalan dia memang kalau ada pilihan, memang takkan ikut dah jalan tu. tapi disebabkan takde pilihan la..terpaksa gak lalu. ngeee

kalau ikutkan larat x larat, kalau boleh memang lah after jalan penat2 ni rasa nk terus balik bilik je..sambung2 lepak rehat. ntapi niat nak balik tu terbantut sebab dorm tu mcm x sesuai nk dibuat lepak. 
kenapa..?

dorm yg kami sewa ni dua tingkat. tingkat bawah penuh dengan orang sewa which is aku rasa semua penyewa dia lelaki. dan tingkat atas mcm ada satu corner kecik/ mcm besar loteng. kami dapat tempat tidur yang kat atas ni lah. yang buat tempat ni x selesa, dah lah toiletnya semua di tingkat atas. dan ruang corner yang kami dapat ni memang tak de pintu xde dinding, orang lalu lalang naik tangga nk gi toilet mmg lalu kat corner kami dulu. alahaii.. memang tido bertudunglah jawabnya. dan disebabkan kami rasa insecure, kami minta abg ain tido sekali dengan kami kat tingkat atas tu. tapi dia tido bawah lah. huhu. dan nak ditambah kan haru lagi kisah tido kat loteng yng sempit dan terbukak ni, dorm ni takde heater kot! boleh bayangkan tak mcm mana membeku nya tido kat sini??
aduhaii. masa ni semua orang dh start berhingus sesema. sebab kat tingkat atas ni, ada satu pintu yang menuju ke balkoni luar dia. dan sadisnya, pintu ni memang x jauh dri tempat tido kami. dan menurut samer, masa tengah2 malam, dia rasa sejuk semacam. sebab dia tido bawah kan. bila dia tersedar, rupanya pintu tu tak ditutup rapat. mmg angin beku masuk lah giler. aduhaii.

 p/s : kalau ada sesapa yang dtg shimla tu, tolonglah try beli anggur ngan delima dia. segar dah tentu segar sentiasa lah sebab cuaca sejuk. manis nya pulak. alahai..mcm guna baja gula pasir. sedap wehh. tu yang bangun tido pun siap makan anggur lagi atas katil. zzzz. *terjaga awal xleh tido sebab sejuk sangat.


esoknya awal2 pagi kami dah berkemas sebab nk catch up train pukul 10.30am. 
dari dorm, kami cuma berjalan kaki sahaja menuju ke train station. sebenarnya kalau nk ikutkan mmg jauh jugaklah. diorang ni bergigih pulak nk berjalan kaki. nasib baik ada jalan short cut which is jalan train lama. so, kitorang menapaklah ikut landasan tu sehinggalah sampai ke train station shimla.





sekali lagi, kami kena naik toy train. kali ni x rasa selama mcm dtg hari tu. okaylah..tido jap, makan2 jajan, sembang2. dah sampai.


p/s : yang sedihnya kat agra ni, slji malu2. alahaii..barulah berangan nk main salji tapi kalau takat seketul dua tu..alahaiii..xdapat memenuhkan keinginan si jakun2 ni. haha. tunggu next post nanti.

sampai di kalka, kami amik train ke new delhi.
dan dari new delhi, kami kena tukar train station untuk menuju ke agra pulak.

kisah agra cerita dlm post lain pulak okay?
byee
~



No comments:

Post a Comment

#blog-pager{font-size:normal}.showpageArea{font-family:verdana,arial,helvetica;color:#000;font-size:11px;margin:10px}.showpageArea a{color:#000;text-shadow:0 1px 2px #fff;font-weight:normal}.showpageNum a{padding:2px 8px;margin:0 4px;text-decoration:none;border-bottom:2px solid #5fb404;border-top:2px solid #5fb404;background:#effbf5}.showpageNum a:hover{border-bottom:2px solid #df01d7;background:#a9f5f2;border-top:2px solid #df01d7}.showpageOf{margin:0 4px 0 0}.showpagePoint{color:#fff;text-shadow:0 1px 2px #333;padding:2px 8px;margin:2px;font-weight:700;border-bottom:2px solid #5e610b;border-top:2px solid #5e610b;background:#5e610b;text-decoration:none}