Thursday, July 11, 2013

oh my mak & oh my tab





alhamdulillah. mak dah selamat menjalani pembedahan mata. 3 julai ari tu di hospital ampang. mak's after operation mmg agak membimbangkan masa tu. masuk operation theatre elok. tapi bila keluar2, dia pening, mabuk2 dan muntah. tak tau lah kenapa. dah pulak tu dia mengadu yg pandangannya lagi kabur dari yg sebelum buat pmbedahan. memanglah risau jugak. dh kenapa mcm tu. tapi tu smeua mungkin kesan dari post-operation la kot sebab selepas beberapa hari berlalu, everything is way better. alhamdulillah.. :)



dan ha.
nk cerita satu bnda di sini. 2 minggu lepas, aku beli tab. "produk malaysia". okay.memang saja nk tekankan kt sini aku beli produk dri malaysia sendiri. bukan samsung atau any other brands. murah nya ya, memang agak murah dengan features yg menarik which antaranya dia boleh masuk sim card and so on semua lah.

beli pulak kt klang sebab cousin boleh dptkn dnegan harga lagi murah dari budak yg dia kenal. dan bila dh selesai urusan jual beli tu. dengan excited nya pulang ke rumah di kl dengan tab baru. dengan harapan balik ni nk install games dan nnti nk amik2 gmba dn macam2 lagi lah.

malam tu aku pun charge lah. lebih kurang dalam pukul 3 lebih cmtu sebab aku tido lmbat.
then bangun pulak pukul 5 pagi sebab nk temankan mak ke hospital untuuk operation mata tu. niat di hati boleh lah nnti explore tab sementara tunggu mak. alih2 bila nk on kn tab tu, hidup memang hidup tapi, dia tak on ke menu utama. dia hanya on dan keep stuck kt opening image nya saja yg tertera perkataan android. aku pun punyalah hampa..tab ni dh kenapa...tak sempat nk guna lagi kot takkan dh hang plak..terpaksalah aku terima kenyataan ianya sudah "rosak".

3 hari kemudian, aku pergi ke klang semula untuk mendapatkan tab baru. tak payah nk tunggu repair, aku amik set baru terus, tukar yg rosak tu.

sekali lagi, balik rumah, dengan penuh hati2 dan sedikit rasa trauma, aku gunakan tab tu, alhamdulillah okay. dapat lah install beberapa jenis games. sempat lah online dan main angry bird dh smpai level berapa dah..ngeee..

dan malam yg ketiga,
aku ingat lagi, aku tak layan tab malam tu, sebab aku mengantuk yg teramat sangat. aku tido awal dn tak sentuh pun tab tu...esok pagi aku bangun, nk cas, aku hidupkan dia, alih2, tak kuar apa2. dh pulak..takkan problem lagi kot...

eee.. time ni tahap kebengangan aku dh sampai ke 30% sebab kali ke2 rosak.

aku pun menuju ke wangsa walk sebab hari tu aku jalan2 aku ternampak ada kedai yg bnyak jual produk tab jenama ni. sekadar nk bertanya lah apa masalah nye kt tab ni takleh nk hdup/menyala.

sampai2 di sana, that chinese cek2 kn dan dia kata tab aku problem kt lcd screen dia. dan dia kata kalau nk dekat dan cepat aku boleh terus refer centre produk tab ni kat pertama complex.

ok then.

jadi, semalamnya aku pergi ke pertama complex. dgn harapan kebengangan aku dapat diselesaikan sendiri secara direct bila dh jejak ke centre dia sendiri. tak gitu.

dan sampai saja di centre, dia cek2. again, dia kata lcd screen yg problem. so aku tanya dia, "jadi mcm mana yea skrg dgn tab ni..?" lebih kurang cenggitu lah aku tanya.

dan that noob chinese guy amik kalkulator, tekan2 dan tunjuk kn aku angka 90 kt situ.

berkerut dahi aku.

"saya masih ada warranty card dia. baru beli." aku jawab.

then dia termenung sekejap, garu2 kepala, cakap2 ngn member dia, dan dia kata kat aku "utk lcd screen kita tak cover"

what the..ya allah..tahap kebengangan aku dh naik 50%.

then aku tanya dia
"habis tu apa je yg u cover??"

dia diam, dan noobly answered "tak tahu.."

dari bengang 50% dh naik terus jadi 100%

"you punya produk,u kerja duduk kt centre product u sendiri, u tak tahu apa yg u cover utk warranty product u..??"

menyirap lak aku tgok dia ni. aku dh ckp cmtu, dia bangun, dia pegi jumpa kawan dia yg lain. cakap congceng-congceng, then both dia ngn kawan dia ckp kt aku bnda yg sama which lcd problem dia takleh nk cover. then kawan dia kata kt aku, kalau u nk betulkn tab ni, rm90 dn boleh siap on the spot. plus dia ckp utk warranty tu, dia hanya cover kalau ada rosak bahagian dalam tab saja.




geram tak wehh? masalah nyaskrin tu bukannya aku pecahkan ke, crackkan ke, retakkan ke apa ke, dh takleh menyala mcm tu, dh sah2 la rosak kt dalam. itu pun nk kata tak cover? patut warranty tu cover utk whole damage utk produk tu. lain lah kalau aku yg terjatuh kn dan dia pecah, skin crack ke aku faham la itu tak boleh cover sebab rosak tu dtg dari aku sendiri..eeee.. how laaa...memang serik dh aku nk guna produk ni. nnti aku gi klang, sama ada amik balik duit *which agak mustahil la kn nk kn balik duit2 ni..atau aku amik bnda lain. bnda produk yg sama memang aku takkan amik dh. tak berkualiti langsung. sikit2 nk rosak sendiri. even kalau rosak pun kita boleh faham la yg gadget2 cam gini mmg fragile kn. tapi yg buat aku terus pangkah produk ni ialah service centre dia. memang out!



SmartTab lah sangat.

No comments:

Post a Comment

#blog-pager{font-size:normal}.showpageArea{font-family:verdana,arial,helvetica;color:#000;font-size:11px;margin:10px}.showpageArea a{color:#000;text-shadow:0 1px 2px #fff;font-weight:normal}.showpageNum a{padding:2px 8px;margin:0 4px;text-decoration:none;border-bottom:2px solid #5fb404;border-top:2px solid #5fb404;background:#effbf5}.showpageNum a:hover{border-bottom:2px solid #df01d7;background:#a9f5f2;border-top:2px solid #df01d7}.showpageOf{margin:0 4px 0 0}.showpagePoint{color:#fff;text-shadow:0 1px 2px #333;padding:2px 8px;margin:2px;font-weight:700;border-bottom:2px solid #5e610b;border-top:2px solid #5e610b;background:#5e610b;text-decoration:none}