malam ni rasa mcm bosan pulak..
huhuhu.
duk layan2 makan ais krim,
tetiba teringat satu kenangan..
benda ni dh lama dh jadi...
masa tu aku darjah 5.
sekolah kat bandar baru serdang, kedah.
nk dijadikan cerita,
masa tu mak tengah sakit teruk.
hidup dia masa tu keluar masuk hospital.
dan aku yg masa tu masih bersekolah,
kdg2 ada pontengnya, kdg2 sibuk ke sana sini temankan mak.
dan ada satu ketika tu,
keadaan sakit mak terlalu teruk.
dan mak kena masuk hospital kt penang.
aku masa tu,
kena tinggalkan kt rumah seorang anggota polis abah.
pakcik zakaria.
aku pulak berkawan rapat dengan anak dia.
anak dia sebaya aku dan sekelas.
dan mak aku dengan isteri pakcik ni,
mak cik ainon pun baik.
disebabkan tulah aku ditinggalkan kt rumah diorang untuk satu tempoh masa.
abah pulak masa tu pun masa dia sangat2 terhad.
dengan tugas dia sebagai ketua polis.
dan jugak dengan keadaan mak.
antara kerja dan tanggungjawab,
abah pun berulang balik dari serdang ke penang.
aku masih ingat lagi.
aku ni, tak pernah berenggang dengan mak dgn abah.
tambah pulak kena tinggal dengan org lain,
aku rasa lost gile2.
dan sangat2 sensitif.
sebut pasal mak abah je, aku akan nangis teruk2.
mmang sedih gile time tu.
huhuhu.
start dari situ aku belajar indie sikit.
yelah..mak abah jauh..
adik beradik masa tu semua kt kl..
aku sorang je yg tinggal dgn mak abah.
pakcik zakaria dgn makcik ainon mmg baik..
segala makan pakai minum aku cukup..
semua keselesaan aku terjamin..
selama hampir seminggu jugaklah aku kene tinggal dgn diorang..dn tak jumpa mak dgn abah..
dan bila sampai hujung minggu,
dan hari yg ditunggu2 dh tiba..
aku dijemput utk pergi duduk dengan mak abah kt penang.
aku tak ingat dh,
sama ada tyme tu nk cuti sekolah ke ataupun abah yg uruskan hal cuti sekolah aku..
sebab yg aku ingat,
lepas dijemput pergi ni,
aku bercuti lama, duk kt penang.
okay.
tyme tiba hujung minggu tu,
aku dh bersiap2 utk ke penang.
tyme tu bukan abah yg jemput aku tapi pakcik salleh.
atau aku panggil pakcik leh.
dia anggota polis jugak merangkap pemandu abah.
dia lah yg jemput aku kt serdang dn bawak aku ke penang.
mulanya ke hospital.
tengok keadaan mak teruk sangat2.
berselirat wayar sana sini.
dan dalam keadaan tak sedarkan diri.
yea aku masih ingat.
aku dulu2 mmg sngt malu dan segan kalau nk menangis depan orang.
seboleh2 aku akan tahan.
dan bila aku sampai2, tengok keadaan mak mcm tu,
aku terlampau sedih dan pegi ke blilik air utk menangis..huhuhu.
rasa tyme tu lonely gile kot..
dh la umur pun baru 11tahun.
darjah 5.
tak tahu aku ada sape time tu..
abah dgn kerja dia ulang alik dari serdang ke penang.
mak pulak sakit mcm ni.
along tyme tu dh kahwin dn tinggal kt kl.
angah pulak masa tu belajar kt uitm.
amin pulak tinggal kt rumah pakcik kt kl..
dn disebabkan tu,
dengan keadaan yg mcm tu,
aku harus pandai adapt dn bawak diri.
even ada lain2 anggota polis yang offer utk aku tinggal dengan diorang,
diorng nk jagakan aku,
aku tak nak. sebab aku jenis penyegan.
masa tu aku tak reti nk biasakan diri dgn orang..
ha laa..nama pun kcik agi dokk..huhuhu
dan selepas kebanyakan masa aku habis di hospital,
sebahagiannya pulak dihabiskan kt hotel.
aku ingat lagi.
hotel crown princess kat tanjung bungah.
itu jelah rutin aku.
semua kebajikan aku masa tu,
sedikit sebanyak aku kena buat sendiri.
hal2 makan,abah dh uruskan..
kalau mkn pagi,
pegi turun bawah kt coffee house hotel tu..
abah dh uruskan yg breakfast buffet sepanjang tinggal kt situ.
lepas tu, siap2, saing abah sekali pegi hospital..
siangnya aku tinggal dengan mak..
malam nye, balik ke hotel pulak dengan abah.
dan dari sini aku belajar communicate.
kalau ada apa2,
aku dh mula belajar utk call terus ke receptionist.
ataupun pergi face to face sendiri kt receptionist bawah lobi hotel tu...
ermm..tak macam pelik ke bila budak darjah 5 pegi / call untuk mintak room service, untuk buat order makan, untuk buat aduan hot shower tak berfungsi ke...
hahhaa..sekarang mungkin tak pelik dh kot sebab budak2 zaman sekarang ni semua advance2 belaka.
kalau zaman dulu2, yea, i did all that.
sebab tulah sekarang ni, aku takde rasa awkward setiap kali datang menginap kt hotel dan aku boleh uruskan sendiri hal register check in check out atau payment hotel ni...dh terbiasa dari kecik belajar bnda2 gini..huhu
mcm tulah keadaannya sampai lah adik beradik aku yg lain dapat cuti dn semuanya datang ke penang.
time tu syok sikit la sebab dh rasa meriah.
ada along, angah, bangsu dengan anak sedara sulung aku yg masih kecil, aqil.
lama jugak aku berumah kt hotel tu..
huhuhu.
ada lah dlm 2 minggu lebih kot..
ada satu2 masa tu, hotel tu dh mcm bapak aku je yg punya.
ada masa nya tu, sedara mara ramai dtg,
nk melawat emak,
diorang duduk sekali kt hotel tu...
lepas tu pulak,muka aku je hari2 menempel kt hotel tu...
ada antara staff kt situ,memang kenal aku..huhu..
ini budak hari2 makan kt coffee house..
best memang best.
tambah pulak hotel tu ada kolam.
huhuhu.
tiap2 hari la aku duk swimming kuak lentang.
tu yg kulit aku gelap masa kecik2..
even staff hotel yg jaga towel tu pun dh familiar dgn aku..
lepas tu tk mcm poyo lak kn...
kt swimming pool tu ada side bar tau..
ada soft drinks, air kelapa, dgn makanan2 mcm burger,
sandwich, yang ringan2 cm tulah...kat side bar tu pulak ada kolam jakuzi.
so, dtg time kebulur aku tgah mandi tu,
aku lepak kt jakuzi,order sandwich,order air,
dan makan2 minum2 kt dalam jakuzi tu..haha..memang best gile.
lepas2 makan, ckp kat waiter bil masuk under room number sekian2...
haaaa...tak ke heaven cenggitu..haha
inilah sebahagian dari childhood ages aku..hehehe...
kehh22..~
punyalah syok melayan kolam smpai pantai kt tepi tu pun tk pandang dah..
haha..sebab aku ingat..abah pesan jangan turun pantai kalau sorang2..bahaya..
thts why la aku lepak kt kolam je...huhuhu
dan masa tu,
memang rasa sedih jugak.
sebab masa kt penang ni,
antara masa sakit mak yg paling teruk.
ada yg kata dh takde harapan.
ada yg kata tunggu masa je.
setiap kali dtg kt mak,
aku tiba2 jadi kuat gile.
tahan air mata. memang gigih gile la..
kalau dh tak tahan sgt tu terus pegi bilik air.
umm...
tapi,
alhamdulillah..
tuhan masih panjangkan umur mak sampai sekarang.
walaupun sakit nya on off,
tapi..alhamdulillah...umur dia masih panjang....
syukur sangat2....
dan antara pengalaman lainnya masa mak sakit,
masa aku tgah nk spm.
yea.
itu juga antara yg paling teruk.
bayangkan lah,
aku tengah nk menghadapi peperiksaan yg paling besar dlm hidup aku..
dan persediaan aku pun kurang sebab masa kau terllau dipenuhi dengan ulang alik ke hospital.
aku still ingat lagi.
malam sebelum spm.
aku yg kne jaga mak kt hspital..
dkat wad pulak, masa tu, dh tengah malam je terus dia tutup lampu.
yg aku ni pun, terkebil2 lah sorang2 baca buku dlm gelap.
haha.
kelakar memang kelakar tapi serius mmg sedih gile.
aku pun teruskanlah bacaan aku dlm gelap sambil kadang2 aku jaga mak..
masa tu basahkan bibir mak setiap 5-10 minit..
betulkan kedudukan tidur dia...
lap2 badan dia sebab badan dia panas..
dan bila dh subuh je,
abah dtg amik aku kt hospital.
balik rumah, terus siap2 pegi sekolah untuk amik exam spm...
bayangkanlah..
macam mana susahnya keadaan aku masa tu..
memang Tuhan jelah yg tahu...
keadaan mak sakit tu berterusan sampailah aku habis exam spm....
masa tu, kawan2 yg lain semua keje part time, cari duit, tunggu offer untuk sambung belajar.
aku pun tunggu jugak offer.
tapi aku tak keje..
aku tak boleh nk keje...
sebab aku kena duduk rumah..
pegang komitmen utk jaga mak.
masa tu,
aku mmg zero knowledge hal2 rumah ni...
serius.
masak satu apa pun tak tahu.
dan kemas2 sikit tu tahu la..
start daripada sini lah
aku belajar semuanya hal2 urusan rumah.
dn yang paling susahnya masa tu ialah urusan memasak.
tyme tu, rumah aku takde internet untuk google resepi2...huhuhu...
kakak2 pun sibuk bekerja, belajar.
aku terfikir jugak,
nnti mak dgn abah nk makan mcm mana..
takkan hari2 nk kena beli kt luar..
start dripada sini,
aku ambil inisiatif.
aku sediakan satu buku tulis.
satu hari, satu resipi aku belajar.
yang asas2, yang lauk2 biasa masak kt rumah lah untuk ahli2 keluarga aku..huhu.
mcm mana caranya aku belajar bahan2 semua tu...?
aku takde jalan lain melainkan tanya kat emak terus.
masa tu, mak masih lagi sakit teruk cuma dh keluar je dari hospital.
hari2 mak hanya lah dalam bilik dan di atas katil.
terlentang sakit mcm tu...
pagi2 aku kemas2 rumah dan tiba time masak,
aku amik buku tulis aku tadi tu,
aku masuk bilik mak,
perlahan2 senyap aku naik atas katil, baring sebelah mak.
sebab kebanyakan masa nya mak tidur jadi taklehlah aku nk terus tanya dok..
huhu..
aku baring perlahan2 sebelah dia dn panggil kejutkan mak dengan suara yg paling perlahan..huhuhu...
bila mak bukak mata je, aku terus tanya..
"mak.....hari ni nk masak apa.......mcm mana nk masak...."
mak pun dengan suara yg lemah dn adakalanya mcm nada2 marah sebab ganggu dia tidur dn ganggu dia tgah sakit, cakap jugak lah apa nk masak, apa bahan dia, mcm mana nk masak.
time mak cakap tu, cepat2 aku tulis dlm buku aku tadi...
mcm tulah keadaannya sampailah aku dh pandai masak sendiri tanpa tanya lagi kt mak dan mcm tulah keadaan aku sampai lah aku terpaksa pergi utk sambung belajar di uitm sir iskandar perak...
hmmm....
kenapa aku nk ceritakan balik semua ni....
ntah...tetiba malam ni teringat pulak kisah2lama..
inilah..antara kisah2 hidup yg bnyak mengajar aku dn
bagi bnyak pengalaman pada aku..
ini antara pengalaman hidup aku.
ni baru sedikit..
sebenarnya ada bnyak lagi kisah2 aku yg mematangkan - sedikit sebanyak.
jadi, tujuan untuk menulis ni,
saja2 je...
just wanna throwback to downtown memory lane... :)
dan one more thing.
21 july 2013.
hari jadi mak yang ke 63.
selamat hari jadi mak.
insya allah. semoga allah emmanjangkan lagi umur mak.
macam yg siti selalu cakap kn kat mak.
"mak akn pnjang umur sampailah mak dapat tengok anak siti nnti..."
huhuhu...
i really mean it mak...
hehehe..insya allah dnegan izinNya..
semoga kesihatan mak akan terus kekal baik...
siti sayang mak.. <3 p="">:)
daaa..~ =)
3>
#blog-pager{font-size:normal}.showpageArea{font-family:verdana,arial,helvetica;color:#000;font-size:11px;margin:10px}.showpageArea a{color:#000;text-shadow:0 1px 2px #fff;font-weight:normal}.showpageNum a{padding:2px 8px;margin:0 4px;text-decoration:none;border-bottom:2px solid #5fb404;border-top:2px solid #5fb404;background:#effbf5}.showpageNum a:hover{border-bottom:2px solid #df01d7;background:#a9f5f2;border-top:2px solid #df01d7}.showpageOf{margin:0 4px 0 0}.showpagePoint{color:#fff;text-shadow:0 1px 2px #333;padding:2px 8px;margin:2px;font-weight:700;border-bottom:2px solid #5e610b;border-top:2px solid #5e610b;background:#5e610b;text-decoration:none}
No comments:
Post a Comment