Kami selamat sampai di New Delhi jam almost tengah malam jugak.
dan disebabkan semua dh keletihan, masuk airport, cari port, bentang wintercoat, dan tido. keletihan yg amat masing2. mazreen demam. tapi demamnya dh kebah sikit. samer pulak yang demam cam teruk sikit. sampai dia rasa nak pitam masa kat airport. haha. aduhaii samer. fifiey nmpaknya masih okay cuma flat. ain pulak dah zero energy..aku? ngantuk dan mula rasa tak selesa. dh start rasa demam2, tekak sakit, berhingus sesema. aduhai. mmg rasa mata nk pejam je. atas lantai airport tu jugak aku bedal tido. tak kira apa dah. aku dh dalam zon selesa aku sendiri. haha. bentang winter coat, pakai stokin tebal, selimut pakai winter coat lagi satu, bukak kasut dan tido.
sedar2 je nk dekat kul 5 pg cmtu, nk ready masuk imigresen. sampai kat area dalam tu, singgah makan mcd. dh siap kenyang, ready kat gate. kat tingkap luar mmg xnampak pape sebab kabus tebal dan sejuk gile kot.
masa boarding je sempat terlelap jap. separuh perjalanan, dh nampak gunung ganang yang penuh ngan bedak talkum. haha. salji! bestnya time ni. pemandangan memang lawo giler.
sampai srinagar airport, amik luggage, dan tour guide kami selama 4 hari di kashmir dah siap menunggu dah di arport.
first, kami pergi check in hotel Royal Batoo, Srinagar. dan rehat sekejap sebelum pegi keluar makan. time ni memang rasa heaven giler dapat bilik sebab masa ni dh rasa cm demam2 dah. aduhaiii. x best betul jenjalan rasa x sihat ni. dapat bilik yang sangat okay. selesa dan ada heater lagi dalam katil. besttt.
masa kluar makan, samer tak ikut sebab dia dh x larat. so better dia rehat je sebab esok2 ada aktiviti jauh lagi, biar dia recover dulu. pegi makan sedap2 pulak tu. dapat pulak nasi goreng panas2 ngan mushroom soup..alahaiiii...berslurrrppp lah makan dengan cuaca sejuk yang hamattt.
selepas makan, tour guide : ubaid bawak pegi jenjalan sekitar srinagar. mughal garden.
disebabkan masa kami sampai sini tengah musim sejuk, pokok2 pun tinggal ranting2 je. but still cantik jugak pemandangannya sebab berlatarbelakangkan gunung2 yg ada salji. lawo wehh.
kemudiannya pegi jenjalan pegi masjid dalam pekan dia. ubaid cerita pada kami, setiap hari jumaat, selepas solat jumaat, penduduk kashmir disini akan bergaduh sesama tentera india yang berkawal kat sini oleh kerana konflik sesama diorang. yang sedihnya, local kashmir hanya guna batu dan army yang berjaga tu pakai senjata. memang tak terlawan lah kan. sungguhpun begitu, diorang still berlawan jugak.
kami masuk ke kawasan masjid. suasana kat situ sangatlah heninggg..dan sunyi...dan sangat gloomy. nampak sangat ancient. kebetulan masa kami pergi tu tengah asar. dengar azan dia kat situ, sayup2 je rasa hati ni..laungan dia mendayu2 je.....automatik terus rasa mengalir air mata. nak2 bila teringat balik cerita ubaid. tengok surrounding..environment dia..tengok rakyat locals dia yang hidup dengan serba yg ada, yg mana diorang bekerja memang untuk keperluan diorang sahaja. bukannya bekerja untuk jadi hamba hidup dan hamba nafsu dan kehendak.
dengar azan yang mendayu2 mcm tu, allahu...mengalir air mata... kami ni duduk lah sejenak kat situ. menghargai setiap momen yang ada ni untuk simpanan sendiri. untuk hargai segala nikmat yang kami masing2 ada. nak dibandingkan dengan hidup orang di sini....susah nak kata.. senang cerita..bersyukur lah.
selesai di masjid, ubaid bawak kami berjalan2 sekitar pekan dan singgah tepi jalan untuk beli buah anggur. anggur dia wehh..toksah nk kata la..dah la besar2 jari, manissssssss sangat pulak tu. mmg faveret la. beli almost sekilo pun dapat harga bawah seploh hinggit kalau diconvert kan ke duit kita. huhu.
kemudiannya, kami balik ke hotel..dan dapatlah rehat sikit malam ni. dinner hanya dalam hotel. time ni badan aku dh rasa panas giler kot. demam! omg. sebelum turun makan, mandi basah kepala ngan air panas baru rasa segar sikit. turun makan, makan pun tak berapa dah sebab s=deria rasa dh hilang..whatttheheckkk. tak syiokkk. nasib baik lah ada sup sayur yang ala2 pekat dan masam mcm sup siam kat situ. dapatlah hirup panas. besttt. dapat lawan cuaca sejuk yang menggila kat sini.
malam tu, badan panas balik. telan ubat demam, dan letak kain basah kat dahi. pastu tido. perhh. lena sangat time nih. dh lama tak tido proper kn.
lepas tu pepagi masa subuh terjaga sendiri sebab katil panas sangat..mak aihh. boleh masak pinggang cmni. haha. pastu sambung golek2 sikit, kami pun bersiap2 untuk turun breakfast dan bersiap nak ke Pahalgam hari ni.
perjalanan ke Pahalgam agak panjang. sejam lebih kot? ke lebih..? ntah..xingat..huhu. kami duk ralit tengok pemandangan sepanjang perjalanan je.. sebelum sampai ke pahalgam tu, ubaid bawak kitorang singgah kedai2 herba dia. katanya nk bagi kami complimentary tea. namanya kehwa tea. kata ubaid, teh ni boleh kurangkan sikit demam2 batuk2 sesema hidung tersumbat yang kitorang semua duk alami buat masa ni. haha..memasing duk sosek2 je. kitorang pun minum and sementara tu, shopping la memasing hasil2 kashmir. huhu. antara yang kitorang beli, saffron, madu saffron, perfume, kacang walnut dan jugak teh yang ubaid bagi kitorang tadi. nk tau magic tak. masa mula2 dtg masuk kedai tu, satu benda apa pun aku tak dapat nk bau sebab hidung tersumbat. after few minutes minum teh tu, aku dh dapat bau. rupanya kedai tu mmg penuh ngan bau2 herba..bau jintan..bau pelaga. haha. best pulak rasanya teh tu. tu yg sebabnya kitorang beli tu.
lepas tu, kitorang sambung perjalanan balik untuk ke pahalgam.
sampai di pahalgam, ubaid tunjukkan jambatan tempat shah rukh khan berlakon. haha. dapat tengok jambatannya pun jadi la. kuikui. lepas tu, kami sampai ke tempat yang dituju. tempat ni kami kena naik pony. dan pony tu akan bawak kitorang ikut trail dia yang menuju ke betaab valley. kat celah2 gunung. kalau dari bawah tadi takde salji. kat atas ni, salji dh banyak. seronok sangat nampak salji. haha. jakun sangat wehh.
trail dia jangan cakap lah. awal permulaan trail memang jalan rata je..masa nk hujung2 sampai ke betaab valley atas tu, ntah celah mana bukit yang pony ni jalan. ksian dia. dh la yg menunggang dia semua berat2. haha. sabo jelah.
sampai atas tu, jalan2, amik gamba, main2, dan jugak makan maggi. kemudiannya kami turun semula. nk main lama2 atas ni macam takde apa sangat. masa trail nk balik ni, lagi lah mencabar jalannya. ntah short cut mana dia amik, lereng2 yang dia lalu nya.
selamat sampai di bawah, kami teruskan perjalanan pulang. sempat lagi ubaid turunkan kitorang kat tepi sungai berhadapan dngan jambatan yg shah rukh khan berlakon tu. haha. kalau tadi tengok je. ni dia turunkan pulak. sempatlah bergambar kejap.
lepas tu teruskan lagi perjalanan pulang kami..ubaid singgah jap tepi jalan yang ada kebun epal. supposedly ada epal la. dah musim sejuk cenggini, tinggal ranting jelah. ada lah orang kebun tu jual epal sikit2. dapatlah rasa sebijik dua. makan epal kat sini lain mcm sikit. kalau style kita makan gitu je or paling tak dengan serbuk asam atau kuah rojak. tapi kalau kat kashmir, makan ngan serbuk cili. not bad. huhu
pastu terus balik hotel. takde kemana lagi..masing2 nak rehat. balik hotel, freshen up, dinner, naik bilik buat pembentangan bajet pastu tido. settle. huhu.
keesokan harinya, bangun pagi, breakfast dan bersiap2 bawak beg sekali utkcheck out. destinasi hari ni kami nak pegi Gulmarg dan after balik Gulmarg kami nak check in ke Houseboat pulak for one night stay.
perjalanan ke Gulmarg amik masa dalam 1 jam lebih kot. haihh. sepanjang kat kashmir ni, memang tak amik kira timing langsung. yang aku tau, bersiap, naik kereta, sampai. haha. sepanjang perjalanan memang ralit tengok pemandangan je. tido pun takde. huhu.
sebelum ke kaki gunung gulmarg, singgah amik boot dulu dan tinggalkan kasut. kemudian sambung lagi sikit perjalanan untuk ke kaki gunung, ikut lereng2 bukit jugak, lebih kurang mcm nak naik genting liuk lengkuk jalannya.
pemandangan sepanjang jalan sini, jangan cakaplah..kalau masa otw tadi, bnyak pemandangan pook2 kering, tapi bila dah sampai atas ni, semua putih. salji tebal wehh. seronok sangat. lebih tebal dari pahalgam semalam.
sampai di situ, ubaid turunkan kami dan tour guide gulmarg take over kami. kami kena berjalan kaki menuju ke cabel car. agak jauh jugak nk berjalan..dalam 15-30 minit berjalan. penat wehh. belum main salji dah semput. huhu.
berjalanlah kami sambil menikmati pemandangan dan sambil klik klik. sambil berjalan duk main jugak salji tepi2 jalan sebab x saba dah. huhu. tour guide pun bolayan sebab masalah nk communication. lain yang ditanya, lain yg jawab. alahaii.
naik kabel car..alahaiiii..terpesona betul tengok pokok2 bersalut bedak tu. cantik sngat wehh. rasa mcm ada kt dalam fairytale.
sampai atas tu, time ni x berapa nak ramai lagi. tengok lautan bedak luas terbentang..bestnyaaaa..huhu..rasa nk golek dari hujung sini sampai hujung sana.
atas tu ada la jugak beberapa aktiviti..mcm main ski, sledge..tapi kitorang x main pun sebab bayar mahal. main2 salji sendiri lagi best. huhu. apa yg kitorang main? main humban badan atas salji. dan bergambo. puas la tour guide tu pujuk main itu ini tapi xmau nyaaa..jenuh buat hati kering, alih2 tour guide tu pun berlalu pergi menunggu kami yg sonok main bodoh2 gitu dengan lonely nya..huhu
turun dari gulmarg, ubaid bawak shopping kedai shawls. kemain lagi diorang ni shopping. aku x beli pun. huhu..saving duit. lagipun..x rasa ada keperluan nk beli shawl2 tu..kalau souvenir pun aku cari benda kecik2 je. sebab beg aku dh mampatt kot.. kalau aku galas beg pun dah tak nampak dh mana kepala aku. hilang disebalik beg. haha
petangnya, kami menuju ke houseboat. houseboat ni kira exclusive stay la kat srinagar. antara main attraction kat sini. nk menuju ke houseboat ni kena naik sampan kecik / shikara.
right after check in, dapat complimentary ride shikara around dal lake. sampai ke malam jugklah pusing dal lake tu sebab kami check in lambat tdi kan.
time balik ke houseboat, mulalah nk kena layan pulak peniaga2 dtg walk in ke houseboat. hahaha. xlarat nak layan dh wehh orang duk suh beli itu ini. diorang jelah melayan. aku hanya mampu duduk diam satu sudut. mau nya nak larat. siang da terjah main salji bagai nk rak. malam ni, konfem2 la dh flat.
pastu kami dihidangkan makan malam whichis masing2 memang dh kebulur. plus dengan cuaca sejuk giler. kat houseboat ni memang sejuk mcm nk beku sebab cuacanya dh mmg sejuk. lpas tu internal dia smeua kayu2, lagi lah sejuk. nasib baik ada heater dia tu..memang best. hangat2 je.
selesai makan, sambung shopping fridge magnet. orang last yg datang menyinggah di houseboat. itu pun orang tu sepatutnya dh balik. masa kami tengah makan, dia dh ready punggah2 magnet dia kat hall. yang lain2 ni dh nk masuk bilik dah. aku kata dh wait..sebab mmg aku nk beli fridge magnet pun. tapi mngkin dia xdengar. aku masuk bilik jap nk amik duit. pastu kuar bilik, tengok orang tu xde dah. mungkin dia terus berlalu pergi bila tengok kitorang semua xlayan dia. kesian giler rasa masa tu. pastu kebetulan owner houseboat lalu dan aku mintak panggilkan semula orang tadi. nasib baik lah dia x berapa jauh lagi, maka datanglah balik dia kt situ. rezeki dia la kan. huhu. masa aku tengah memilih2, yg lain2 pun join lepak tengok fridge magnet kat hall. huhu.
malam tu, dah freshen up semua *tapi x mandi sebab sejuk yg amat. xsanggup nk mandi. mmg air panas ada. tapi kesejukan selepas mandi tu yang xtahan nk tanggung. haha.
sedap tido wehh. ada heater dalam bilik dan heater dlm blanket pun ada. lena tido wehh. tapi yg xbestnya xleh tido lama2..sebab kena bangun awal pagi sebab kena ready ke airport pagi ni. flight pukul 10am.
alhamdulillah, sampai airport awal dan kami semua lepas security semua dengan jayanya. *walaupun powerbank aku tak lepas. haa..hameklahh. sob2.
kami pun berlepas pulang ke new delhi dengan rasa sayangggg sangat nk tinggalkan kashmir.
arrived in new delhi, on next post okay?
chiaoo~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
#blog-pager{font-size:normal}.showpageArea{font-family:verdana,arial,helvetica;color:#000;font-size:11px;margin:10px}.showpageArea a{color:#000;text-shadow:0 1px 2px #fff;font-weight:normal}.showpageNum a{padding:2px 8px;margin:0 4px;text-decoration:none;border-bottom:2px solid #5fb404;border-top:2px solid #5fb404;background:#effbf5}.showpageNum a:hover{border-bottom:2px solid #df01d7;background:#a9f5f2;border-top:2px solid #df01d7}.showpageOf{margin:0 4px 0 0}.showpagePoint{color:#fff;text-shadow:0 1px 2px #333;padding:2px 8px;margin:2px;font-weight:700;border-bottom:2px solid #5e610b;border-top:2px solid #5e610b;background:#5e610b;text-decoration:none}
No comments:
Post a Comment