Sampai di New Delhi jam 12 tengah hari gitu.
this time nak ke hotel x naik teksi..amek metro.
dengan beg besar, kehulu kehiir la kesana sini naik metro. yang x bestnya, ada je kawalan security yang nak kena scan beg. dah la beg aku susah nk pakai. besar dan berat. nk kena bukak banyak kali pulak. memang kat situ je aku dh flat.
hotel yg kami nk check in ni sepatutnya dekat je ngan hotel. tapi sebab tempat turun kami tu on the other side of metro station, kena menapak jauh jugaklah nk ke hotel. this time memang bateri tinggal 5% je lagi. huhu. cross jambatan dan segala mcm kaki lima yang ada pelbagai bau *dan najis. sabo jelah. redah jelah walaupun hampir nk throw out gak masa tu. allahu.
sampai hotel, legaaaa. sebab hotelnya selesa *walaupun jumpa benda asing yang memualkan dlm toilet. kat delhi masa ni suhu x berapa nk sejuk dah. cuma dingin2 cmtu je. time ni dhboleh simpan winter coat dah. huhu. walaupun hari pagi dia agak gigil tapi, still boleh tahan laa..huhu.
after check in, rehat2 dulu. petangnya baru kluar sebab nk gi cari makan.
nak cari makan ni pun satu hal jugak. plan asalnya nk berjalan kaki menuju ke satu tempat yg diorang dh riki2. tapi ntah cmne, ter---meet up this one stranger. ingatkan dia nk tolong arahkan kami ke tempat makan tu. katanya leh naik auto. dekat je. kami pun naik la. rupanya auto tu drop tempat yang tak berapa nak dekat dan tempat yang takde kedai makan langsung. yg ada tu kedai perabot dan menuju ke pasar yang takde makanan selamat untuk dimakan. alahaiii. dengan perut lapo, duk berbincang lagi sesama sendiri nk tuju ke mana dan dari situ, kami jalan kaki je sampailah ke satu tempat cm ada shoplot2 yang besar2 sikit dan nmpak urban sikit lah tempatnya.
cari tempat makan kat situ, dan after makan, malam sudahhh.. jalan2 situ. tapi situ cm ada kedai2 mahal dan lebih kurang cm mall je...we decided pegi settlekan india gate malam ni. amik masa sikit nk sampai ke situ dan naik auto saja. sampai di sana, orang ramai *ramai peniaga yang duk sibuk kacau suh beli gelang la..amik gamba laa.. locals pun bnyak jugak berjalan situ.
settle india gate, mulanya nak balik hotel. tapi dalam perjalanan tu, nampak ada pasar besar tepi jalan. kami pun mintak driver tu stop situ je. nak sambung jenjalan lagi. namanya janpath market. bnyak jugak benda2 yg dia jual. lebih kurang cm bazar malam kt batu ferringhi tu. kat sini still xbeli bnyak benda pun. beli key chain, blouse..apa lagi eah..tu jelah kot..lpas tu jenjalan lagi..jumpa bed sheet yg sangat cantekk..ala2 maharani gitu. tapi mahal la..nk beli tu boleh. tapi peruntukkan tu aku simpan utk shopping saree esoknya. haha. mmg rasa gatal je nk beli tapi fikir2 balik, aku beli pun, bukan boleh carry dalam beg. dan takde nya nk buat pakai hari2 kt katil tu. sayanggg. huhu
so balik malam tu, lepak2 sembang dalam bilik*pembentangan bajet. huhu. dan kami pun tido after selesai berkemas. esok nk check out dah which is our last day in indiaaaaaa. sob2.
keesokan harinya, right after breakfast, kami check out siap2 dan tumpang bag kat reception. pagi ni menuju ke chandni chowk. tapi pasarnya xbukak lagi pun. masa kami keluar ni, masih awal lagi. pastu pergi ke area tourist yg berdekatan situ. red fort. spent time sikit duduk2 situ. boleh masuk tapi kalau masuk red fort, kena amik masa bnyak la. kami x bnyak masa pagi ni sebab tengah hari tu dh janji ngan auntie ngan soniya *humble n kind person yang kami kenal masa ke shimla tu. as this is our last day, diorang willingly nk bawak kitorang shopping kedai saree yang dia boleh tolong utk dapatkan harga yang rendah.
so that is why kami tak amik masa nk masuk fort tu. cukup kat luarnya sahaja. then patah balik ke chandni chowk. still x bnyak kedai bukak. sambil lalu2 kat lorong tu, i was thinking ini ke chandni chowk yg popular mcm dlm citer kabhi khushi kabhi gham tu. hahaha. masa tu jugak terlintas. patutlah dlm citer tu amitabh bachchan marah sngt bila shah rukh khan nk kawen ngan kajol*yg asal dari chandni chowk. sebab kelas nya mcm langit ngan bumi. family shah rukh khan tinggal dlm umah besar cm istana tapi kajol nya asal dri tempat cmni. haha. sampai ke situ aku fikir kan. zzzz
sambil berjalan2 kat lorong chandni chowk tu, kami menuju ke jama masjid. kat sini pun kami x masuk. kami cuma kt bahagian luar je. and then, that time cm ada bazar jual2 kat area luar dri kawasan jama masjid tu. nk tau tak cmne keadaan kt pasar situ cmne? sanngggaaaaaaat crowded. dan hectic giler. orang penuh cm semut. dan kami xde pilihan lain melainkan kena ikut jugak laluan yg penuh dengan orang tu sebab nk ke metro station tu kena cross dulu laluan orang ramai ni.
jadi kami pun blend in laaa dengan locals dan menempuh mcm2 keadaan yang ada kat situ. dari jalan berlopak berlumpur, sampailah ke kawasan yang berdebu dan berpasir. sampai je di metro station, memasing seluar dah takde kaler cm mula2 pakai. haha.
kat pasar jama masjid ni kami xbeli pape pun. ada jggak cuci2 mata tgok kain sari tapi save for later, tunggu pegi ngan auntie jap lagi. the girls je ada yang beli pashmina lagi kat sini 2-3 helai. aku cm biasa. xbeli pape. huhu
kemudiannya kami naik metro utk ke destinasi yang dh dijanjikan utk meet up dengan aunti n soniya. namanya shahdara. tungu auntie agak lama kt situ smpai tertido kot atas bangku kat metro station shahdara tu. penat berjalan. haha. bila auntie sampai, diorang terus bawak kitorang ke kedai yang dituju. kat sini kena rempuh lautan manusia lagi. mmg ramai gila dan masuk kedalam sangat tempatnya. kalau nk harap kitoang yang nk cari kedai ni mmg xkan jumpa lah walau canggih mana pun gps yg ada. huhu. kedai nya pun mmg dalam celah2 lorong.
kata soniya, kedai ni yg diorang selalu pegi dan boleh dapatkan sari dngan harga murah. sale 50%. haha. mau x giler memasing menengok kain sari. lagi jahanam bila memasing rambang mata xtau nk pilih yg mana. yg auntie pulak..dia tahu aku nk cari kain untuk wedding..so dia kata as bride to be,aku kena amik kaler gold satu, hijau satu, merah satu. nk amik bnyak2 kang xbalik malaysia pulak aku nnti..haha..aku amik 2 kain sahaja. yg mana memang aku aim satu sari untuk malam berinai dan satu lagi tu aku ternampak sesuai utk buat baju nikah. supposedly kain sari tapi coraknya just corak simple n plain yang dah siap beading dan xnmpak mcm sari pun. so aku pun amik lah kain tu dengan harapan utk buat baju nikah bila balik malaysia nnti. huehuehue. tak memasal dh amik dua helai saree dan kena pinjam samer 2000 rupees lagi untuk bayo. haha. jahanammmmm. nasib samer xshopping. so duit dia ada bnyak lagi. kuikui. actually nk bayar guna kad tapi ntah kenapa ntah ada masalah pulak masa nk guna tu. bukan kad aku je. kad mazreen pun xboleh. dh lah memasing membeli melebihi dari jumlah duit yg ada. nak xnak kena berkejar pegi ATM yg terdekat pulak sambil diiringi pekerja kedai. takut kitorang lari. haha
this time kami ajak kejar masa sebab dh bnyak spend masa dlm kedai sari. kitorang kena sampai awal di airport utk elakkan ada masalah lain. right after shopping, we bid farewell to auntie n soniya yg mmg bnyak tolong kitorang since kat shimla. and they said nnti wedding aku, diorang nk dtg Malaysia..alahaiii..besar tapak tangan, nyiru aku tadahkan..i'll be glad and honored kalau diorang betul nk datang. orang jauh wehhh...sanggup dtg semata2 for ur wedding. huhu.
bertolak lah kami pulang dari Shahdara tadi, naik metro balik ke hotel utk amik beg. settle amik bag, called uber, maka bergeraklah kami ke airport utk sedia pulang ke tanah air.
again, fifiey lain flight ngan kami. dia awal sejam dari kami. before onboard, makan dulu kenyang dan habiskan segala duit india yg ada. huhu. right after sampai kat gate, fifiey tetiba hilang terus pegi kat gate dia. haha. dh ready nk on board. kami pulak kena tunggu lagi dalam sejam cmtu, barulah boleh on board jugak. bila dh selamat dlm flight, sempat lagi nk menyembang sikit. bila kapal terbang dh mula bergerak je. masing2 diam tak berkutik langsung. tido mati! sedar bila dh touchdown. perhh. lama giler tido smpai xsedar pape. keletihan betul tu.
sampai di malaysia pukul 7 pagi cmtu. selesai amik luggae semua, semua dh ready utk amik haluan masing2 dan balik. ain majin samer naik bas. aku pulak shapik dh sedia menunggu. huhu.
dah selamat sampai kl, singgah bekfes nasi lemak jap. rindu nasi lemak pulak rasanya. asyik beryani ngan kari je.
balik rumah, freshen up, duk galak sembang ngan mak abah tunjuk itu ini, lepas tu terus aku black out. sampai maghrib. haha. jet lag kononnya. hiuhiuu. bangun tido je terus sakit perut. what the heckkk. cerry berry aku dibuatnya. esoknya sepatutnya keje dah. tapi aku sambung cuti 2 hari lg. haha. betul2 nk recover penat tu. ke perut terkejut sebab balik tu singgah makan nasi lemak. alahaiii..mengada betul. 2 minggu makan makanan india xde pulak sakit perut cenggini. balik malaysia pulak yg alih2 tkejut makan nasi lemak. gedik.
sambung ke posttravel story..~
=)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
#blog-pager{font-size:normal}.showpageArea{font-family:verdana,arial,helvetica;color:#000;font-size:11px;margin:10px}.showpageArea a{color:#000;text-shadow:0 1px 2px #fff;font-weight:normal}.showpageNum a{padding:2px 8px;margin:0 4px;text-decoration:none;border-bottom:2px solid #5fb404;border-top:2px solid #5fb404;background:#effbf5}.showpageNum a:hover{border-bottom:2px solid #df01d7;background:#a9f5f2;border-top:2px solid #df01d7}.showpageOf{margin:0 4px 0 0}.showpagePoint{color:#fff;text-shadow:0 1px 2px #333;padding:2px 8px;margin:2px;font-weight:700;border-bottom:2px solid #5e610b;border-top:2px solid #5e610b;background:#5e610b;text-decoration:none}
No comments:
Post a Comment