2010.
.
Inilah aku apa adanya
Yang ingin membuatmu bahagia
Maafkan bila ku tak sempurna
Sesempurna cintaku padamu
Aku dulu menginterpretasikan perasaan cinta aku melalui lagu ni. Mungkin lagu ni sebenarnya biasa2 saja. Tapi pada aku..mungkin dari liriknya kot..Takpun masa aku mula dengar lagu ni, perasaan aku masa tu tengah hangat2 dilamun cinta. (blurrgghh). tu yang dalam tak sedar, aku mula immersed dengan lagu ni. Ringtone lagu ni..mesej tone lagu ni. siang malam dengan lagu ni.
Ini cintaku apa adanya
Yang ingin selalu di sampingmu
Ku tahu semua tiada yang sempurna
Di bawah kolong langit ini
pada masa tu, aku punya seseorang dalam hidup. dan aku rasakan lagu ni hanya dapat aku tujukan pada seseorang ni sahaja. apa sahaja berkenaan dengan dia..aku zahirkan melalui lagu ni. alunan luahan perasaannya, aku hadamkan diiringi alunan lagu ni. perasaan aku masa tu, semuanya aku maknakan dengan lagu ni. begitu juga dengan dia. dia pun memaknakan lagu ni untuk hubungan yang kami pernah ada. simply said, ini lagu cinta aku dan dia. lagu cinta kami. sampai satu tahap dulu, rasa bahagia yang aku rasakan tu..kadang2 buat aku menitis air mata setiap kali dengar lagu ni. sebab rasa yang sangat happy.
.
2014
.
Jalan kita masih panjang
Ku ingin kau selalu di sini
ternyata pengharapan yang aku impikan tu tak seindah bait-bait kata seperti dalam lagu ni.
yea..jalannya mungkin masih panjang...cuma jodoh antara aku dengan dia yang tidak berpanjangan...dia yang selalu aku inginkan ada disisi...dah tiada..dan takkan mungkin kembali ke sisi aku semula.
sampai satu masa takdir tak berpihak pada hubungan aku dengan dia..aku rasa dah tak sanggup nak dengar lagi lagu ni. bila masa hubungan tu musnah sebab angkara yang menganiaya satu perasaan yang tulus dari aku. aku rasa sangat helpless. aku rasa tertipu dengan bait2 lirik lagu ni yang gambarkan betapa cinta yang ada tu semuanya pasti berakhir bahagia. aku rasa tertipu dengan lirik yang menggambarkan cinta yang ada itu sangat sempurna.
Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita membuang-buang waktu
Dengan kata kata perpisahan
cinta yang aku pernah ada dengan dia..adalah cinta yang aku rasakan paling terindah.
tapi mewanginya tidak bertahan lama. tidak mampu lagi memekar seperti yang aku doakan. Aku cuba untuk berpegang dan bertahan dengan kata2 'tidak perlu membuang waktu dngan kata perpisahan", tapi akhirnya berpisah jugak.
waktu yang selama ni aku habiskan dengan menjaga cinta yang ini, tersia2 begitu sahaja.
masa aku sangat terbuang untuk cinta yang salah. bersama dengan orang yang salah.
aku beranggapan, cinta yang aku ada bersama dengan dia adalah sesuatu yang sangat sempurna pada masa tu. tapi rupanya berakhir dengan jalan takdir yang sangat pedih. aku tak sanggup nak dengar lagu ni sebab aku akan teringat semula semua yang aku pernah ada. aku akan teringat semula betapa i was SO in love. tapi akhirnya, satu2nya cinta yang aku ada tu, pergi begitu saja.
pernah rasa tak perasaan dikhianati yang mana jantung kau rasa kena siat2 dan semua luka tu kena hiris dengan limau?
itu yang aku rasakan setiap kali dengar lagu ni. aku dah tak dengar lagi alunan2 yang memberi makna yang mendalam tentang cinta...setiap kali aku dengar lagi ni, aku nampak dia, aku dengar dia, aku teringat dia. semuanya jelas dalam ingatan walaupun dah lama berlalu. setiap liuk sebesar kuman dalam lagu ni, semua nya dia.
kalau dulu bila dengar lagu ni, aku rasa sebak kerana bahagia. tapi sesudahnya aku meraung kerana cinta yang aku pernah ada tu, bukanlah sempurna seperti yang aku sangka.
Demi cinta kita aku akan menjaga
Cinta kita yang t’lah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi
Cinta kita abadi selamanya
.aku cuba untuk menjaga. tapi aku gagal. sebab untuk pertahankan cinta ni, aku perlukan dia. tapi ternyata, selama dalam tempoh itu, hanya aku seorang yang mempertahankan. hanya aku seorang yang menjaga. hari berganti hari, cinta yang aku mahukan abadi tu, bertukar jadi badi yang takkan pernah lupus dalam hidup aku.
disebabkan itulah,
eventually..this song turned to be my greatest punishment.
disebabkan rasa sakit tu, aku berhenti dengar lagu ni.
.
2017
.
There was this one day..
aku mengulang semula mendengar lagu ni.
and i realized.
selama ni, aku takde cara untuk meluahkan rasa sedih aku.
and ignoring this love song doesnt help me at all.
still.
aku rasa bersyukur sangat.
sebab aku dah lepas dri zaman kejatuhan tu.
dan takde sebab lagi untuk aku tidak mendengar lagu ni.
have been repeatedly play this song for million times maybe?
dan saatnya aku juga sedar..
lagu ni hanya sandaran aku untuk melampiaskan rasa marah pada cinta lepas yang tak menjadi tu.
lagu ni cuma sandaran untuk aku nyatakan segala langkah aku sebelum ni dalam perhubungan adalah SALAH belaka.
aku tahu.
selama ni. lagu ni hanya lah luahan perasan cinta aku seorang sahaja.
luahan yang hanya pada sebelah pihak. hanya dari aku. bukan dari dia.
dan disebabkan itu, seharusnya aku interpretasikan setiap bait lagu ni pada yang selayaknya.
sekarang bila aku dengar lagu ni..
aku masih lagi rasa sebak.
sebab baru sekarang aku dapat menilai bahagia yang digambarkan.
baru sekarang aku mengerti makna sebuah penzahiran cinta yang tulus dari hati.
baru aku faham akan ertinya sebuah pengharapan
dalam erti kata yang benar untuk hubungan cinta.
Jadi.
Ini lagu aku.
lagu cinta aku.
Luahan pengharapan dari aku.
Luahan perasan kasih dari aku.
Buat yang selayaknya.
Jalan kita masih panjang
Ku ingin kau selalu di sini
Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita membuang-buang waktu
Dengan kata kata perpisahan
Demi cinta kita aku akan menjaga
Cinta kita yang t’lah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi
Cinta kita abadi selamanya
No comments:
Post a Comment