Monday, July 10, 2017

Pindah Keluar -Cadangan-

Hai.

Sekarang dah bulan Julai.
Dan masih dalam bulan menyambut Aidilfitri.

Untuk Post kali ni,
nak share berkenaan dengan rumah.
Particularly - SELEPAS BERKAHWIN.

Okay.
Pada mulanya, rancangan lepas berkahwin, aku diminta untuk stay rumah kl - rumah mak abah / rumah keluarga / rumah semua orang. zzz. while SH bekerja di area Klang/Kapar and aku di kl. so ada yang menyarankan untuk SH balik kepangkuan isterinya nanti bila tiba hujung minggu...

hmm..


 Doesn't sounds right at all kan?

dah kahwin, dah ada suami, dah ada komitmen, dah ada tanggungjawab, but why kena terasing gitu. nnti makan minum laki masa hari bekerja sape nak jaga? nanti suami balik keje lapo2 tgah malam? nnti laki nak pi keje baju takde tak basuh lagi? nnti laki nk gi keje nk bawak bekal makan ke apa ke. sapa yg nak buat? dah kahwin dah ada bini tapi ada bini masa hujung minggu je? oh sangat tidak patut.

aku pada mulanya, termakan jugaklah untuk duduk rumah parents after kahwin atas sebab2 - 1. nk bagi stabil dulu untuk cari rumah after kahwin. 2. sebab SH keje klang dan aku keje KL, nak mudah nk dekat gi keje and SH pun seems like okay untuk ulang alik time weekend saja. 3. fikirkan mak abah yang takde transport/orang untuk kesana kesini.

mulanya, yes. aku rasa mudah if lepas kahwin duk dulu umah family kat kl while SH remains keje n stay di sana.

but then, terdetik kat hati aku. this is not right. yea. mungkin banyak faktor yang mendorong aku untuk stay umah family lpas berkahwin tapi sebenarnya yang lebih penting is to stay with your husband in any conditions sekali pun. Kau boleh bayangkan tak that one day after married, kau balik keje makan sedap2 kat umah sebab dh tentu2 mak masak kat umah while your husband balik keje penat ntah makan atau tidak or makan roti.biskut kering sebab nk cari makan and everything dh tak larat?

and that is why aku rasa aku takleh proceed dengan cadangan untuk stay rumah family after married. benda tu aku boleh pertimbangkan kalau suami keje dekat untuk ulang alik to where we stay but thats another kind of story i guess.

so. aku pun mulalah nekad dengan decision untuk stay on our own after married. i talked nicely to SH sebab aku tau aku xleh nak demand mcm2 memandangkan aku serba faham ekonomi kami masing2 sekarang pun ups and downs. but alhamdulillah. SH setuju untuk stay sendiri. tak kisahlah rumah sewa dulu pun. at least kami boleh belajar cmne nk urus hidup. dh boleh mula belajar galas tanggungjawab. even bermula dengan rumah sewa. takde salahnya pun. kami bukan anak tan sri anak dato yang leh terus duduk rumah hak milik sendiri hak milik kekal after married kan. 

penerimaan family pulak..
hmm..mngkin family belah aku yg lebih responsive kot sebab family SH mmg maklum ngan SH yang menyewa di luar so takde masalah sangat lah. Cuma aku nihaa. Sebagai anak last yang masih ada dirumah tu dan sebagai anak "harapan" yang boleh disuruh kesana kesini..dah tentu2 aku agak berat nk berpindah keluar sebab fikir mak abah.

siapa yang nak bawak mak utk groceries. sape yang nk disuruh ke kedai. sape yang nak bawak ke klinik/hospital kalau ada emergency and all that. sape yg nak disuruh tolong untuk kemas rumah/kerja rumah n everything. kalau mak sakit sape yang nak disuruh masak. dengan abah yang kurang mampu untuk berjalan. mcm2 aku fikir. ini antara faktor utama yg buat aku rasa berat hati nak berpindah keluar sebenarnya.

aku ada bincangkan hal ni dgn angah n her husband. mintak pendapat. mintak cadangan. 
kata mereka, iye. mmg betul kalau kau nak fikirkan tentang mak abah.
tapi harus diingat, selepas berkahwin, aku ada tanggungjawab yang lebih besar iaitu pada suami. soal mak abah, insha allah..anak2 yang lain pun ada..dan mula2 mmg diorang akan rasa "patah kaki" but eventually, everything will be okay....dan sekali lagi diorang tekankan pada aku, seeloknya berpindah lah keluar. supaya hal2 yang tak diingini tu dapat dielakkan. 

susahnya aku ni...jenis tak sampai hati sikit. tapi nk buat mcm mana. nak tak nak aku kena hati kering sikit la untuk buat keputusan yg mcm ni. 

aku dah pernah suarakan keputusan ni pada mak. dia nampak berat untuk terima tapi apa boleh buat. hadap jelah. aku tak boleh terus selesa stay dengan family even after married. walaupun hakikatnya tidaklah selesa sangat. nak atau tidak, aku kena jugak pindah keluar dan start a new life.

dan mak abah pun mungkin seems like mendesak untuk aku stay di rumah family tapi mngkin jugak tiada daya nak menghalang sepenuhnya. 

soal aku yg masih bekerja di kl pulak...hmm..insha allah..takde masalah yang tak boleh diselesaikan ..kan ? 
public transport ada even kita sendiri pun dah ada kereta sendiri. jadi, benda tu x jadi masalah as long as kit aboleh manage sebaiknya. lepas tu status kerja aku sekarang ni pun as temporary. jadi..manalah tau kalau esok2 aku bertukar kerja yang mungkin lebih dekat ke kan..insha allah...

Harap2nya Allah permudahkan keputusan yang dibuat ni tanpa membenankan mana2 pihak. Ameen...

No comments:

Post a Comment

#blog-pager{font-size:normal}.showpageArea{font-family:verdana,arial,helvetica;color:#000;font-size:11px;margin:10px}.showpageArea a{color:#000;text-shadow:0 1px 2px #fff;font-weight:normal}.showpageNum a{padding:2px 8px;margin:0 4px;text-decoration:none;border-bottom:2px solid #5fb404;border-top:2px solid #5fb404;background:#effbf5}.showpageNum a:hover{border-bottom:2px solid #df01d7;background:#a9f5f2;border-top:2px solid #df01d7}.showpageOf{margin:0 4px 0 0}.showpagePoint{color:#fff;text-shadow:0 1px 2px #333;padding:2px 8px;margin:2px;font-weight:700;border-bottom:2px solid #5e610b;border-top:2px solid #5e610b;background:#5e610b;text-decoration:none}