Friday, April 21, 2017

Rakan Syaitan

Nak meluahkan perasaan sebenarnya ni. 
Ada satu benda yang terjadi di antara aku dengan colleague lama. Dan masalahnya aku sendiri pun tak tahu apa "benda" tu yang membuatkan hubungan sesama sendiri jadi makin dingin dan menjauh.Aku cuba nak mendekat pada masa tu. Yelah. Keje sama2, spend time sama2, berkongsi cerita sama2. Dah tentulah jadi rapat. Sayanglah kalau relationship jadi menjarak mcm tu saja tanpa sebab.
Tapi bila aku cuba nak jadikan relationship tu jadi normal semula, makin menjadi kritikal pulak rasanya. Dengan surrounding masa tu yang semakin hari semakin mendesak dengan kerja yang bertimpa2. Dengan tanpa aku sedar, aku banyak luang masa dengan kerja sendiri..dah makin sedikit masa untuk aku bercampur gaul dengan yg lain2. Tapi bila berjumpa, aku masih buat mcm biasa. sebab masalah mendingin tu totally not from me. Aku seriously mcm biasa. bila kita nk tolong baik2, dia menolak. bila kita buat baik, dia buat muka yang paling aku pantang nk tengok. 

makin lama keadaan sekeliling tempat aku bekerja makin rasa menekan aku. aku dah tak suka suasana tu. bila memikirkan apa yg patut aku buat dengan rakan kerja kat pejabat, aku jadi sebak. sedih. aku menangis. sebab aku tak tahu kenapa jadi mcm tu. semuanya bermula bila aku kena menyandang tugasan baru. makin aku buat kerja aku, makin semuanya menjauh dan semuanya jadi tak terkawal.

nak dibawa berbincang, dan nak cari penyelesaiannya, pihak yang lain tu dah menjauh yg amat sangat dari aku. sampai semua nya menjejaskan hal2 kerja. aku tak suka mcm tu. aku jadi tak selesa. bila keadaan jadi mcm tu, aku bawak diri. aku buat kerja aku, aku aku luang masa untuk diri aku saja. aku tak libatkan orang lain dengan tugasan2 yg aku dapat. aku tak minta bantuan sesiapa kalau aku ada masalah kerja. aku tak nak susahkan sesiapa. cukuplah aku dengan hal aku kalau dah kritikal mcm tu keadaannya. aku jadi terlalu stress sebab benda jadi tanpa sebab dan makin teruk dan aku malas nak fikir konon nk buat baik cari jalan penyelesaian sedangkan orang  lain yg buat masalah tu yg ada masalah attitude dan diorang yang 'membusukkan' aku. kenapa aku yg beriya nak settle baik2? kang bila kita tanya..nak settle, dia leh buat cm acah2 innocent dan seterusnya aku lah yg nampak salahnya kan..

tapi bila aku tumpu sepenuh perhatian pada kerja dan diri aku sendiri, orang lain pulak makin teruk buat anggapan. katanya aku nak acah2 buat keje depan boss. aku nak caras. aku berlagak mcm ada kuasa. aku ni 'cium bontot/ bos. alahaii. bodohnya minded yg mcm tu. dah nama pun kita ni 'BEKERJA'. Makan gaji ngan orang. Buat kerja untuk orang. Mana mungkin aku boleh reject apa2 tugasan yg boss assigned pada aku? Mana mungkin aku boleh melawan tunjuk attitude bodoh mcm kau yang suka melawan boss. suka buat muka depan boss. aku tak bodoh bebal mcm kau. bodoh bebal tu simpan sendiri. tak perlu nak tunjuk attitude yang kau banggakan sangat tu depan orang. nak pulak depan majikan. orang2 yang jenis cmni, takleh nak faham ke proper manners/etika/adab nk bekerja tu mcm mana. yea. memang belakang2 mulut aku bising kata tak puas hati kat boss. aku penat. aku menyampah. aku meluat dan aku macam2 lagi. tapi kalau sekadar keluhan utk melepaskan beban yg ada, tak perlualah kau nak label aku depan bos mcm bodoh2 baik, belakang bos mulut macam haram. hmm. 

 mcm2 aku dengar masa tu. depan cakap lain, belakang cakap lain. mcm2 versi ada. aku cuba gak untuk tak amik peduli semua tu. aku fikir aku nk selesaikan kerja aku yang bertimbun tu je.

satu masalah lain lagi pulak, bila aku dah steady sikit dengan kerja2 on going, makin bnyak pulak kerja yg aku dapat. sebelum ni, apa2 kerja yg menimbun, aku boleh selesaikan satu2. aku cuba walaupun payah dan walaupun aku kena buat sorang2. tapi masa situasi ni jadi, dengan kerja yang menimbun..dengan rakan kerja yang cam haram...sampai satu tahap, aku dah tak boleh nafas. aku tertekan yang amat sangat. pada aku, biar keje banyak atau susah cmne pun, janji aku ada colleague yang best dan memahami..boleh support dri segi mental. ini tak. dengan kerja yang mendesak. dengan colleague yang makin lama makin 'membusukkan' aku, aku penat. they are killing me. 

aku fikir dalam2. dan aku nekad. RESIGN. 

diorang fikir aku sangat happy sebab nak resign dari tempat kerja yang sebegini rupa. tapi hakikatnya dalam hati, Tuhan jelah yang tahu mcm mana sedihnya aku tinggalkan tempat kerja ni. berapa tahun dah aku kat sini. aku terlalu sayangkan kerja aku. walaupun gaji so-so, aku tak kisah. sebab aku sangat suka dengan kerja yang aku ada sekarang ni. aku sangat sayang dengan colleague2 yg aku ada. aku rasa mcm satu family. tapi yang buat aku nekad untuk resign, bila ada colleague yang memang aku anggap mcm family, boleh menagsingkan aku sebegitu rupa dan mula cerita mcm2 kat orang lain pasal aku. aku jadi demotivated. kerja2 yang aku buat pun dah rasa tak ikhlas. aku dah mula meluat dengan surroundings. jadi sebelum benci aku menjadi2 dan sebelum gaji yg aku dapat bulan2 jadi makin x berkat, better aku resign. 

selepas itu.
yea.
aku selamat resign.

slowly aku heal myself dari attitude2 bodoh manusia.
slowly aku heal dari perasaan sedih bila orang yg kita anggap rapat buat kita mcm tu.
slowly aku heal myself yang terpaksa meninggalkan kerja yang amat aku sayang.

tau tak mcm mana perasaan terpaksa redha tapi sakit hati yang teramat sangat?

itulah yang aku rasa.

then, dalam satu tempoh selepas aku tinggalkan suasana yang mcm neraka dunia tu, 
masih terngiang2 dan amsih terdengar2.
rakan syaitan yang masih ada bekerja di sana tu, masih bercerita pasal aku. aku tak tahu dia nak menagih side dari siapa. aku tak tau apa yang dia nak sebenarnya, aku tak tahu apa motif dia. lebih menjengkelkan, bila nak acah2 innocent. aduhaii. tolonglah wehh. kau kalau nak teruskan dngan attitude kau, itu lantak kau, masalah kau. tapi kenapa nak sebut2 nama orang lagi? apa yg kau tak puas hati? apa lagi yang kau nk burukkan pasal aku? apa lagi yang kau nak? lepas dah cakap yg bukan2, kau nk buat statement terkilan sebab relationship yang okay2 dan baik2 tu dah rosak. kau nak buat statement yang apa pun jadi, kau nak harap apa yang bakal terjadi tu baik2 saja? nak acah2 doa yg baik? ke sebenarnya bnda yg kau nk doakan tu bukan bnda baik2?

okay let say la niat kau tu okay..mmg baik dan memang pure. tapi kenapa bila masa aku dah takde dalam tempat kerja tu? kenapa bila aku tak ada baru kau nak bersuara itu ini? kenapa bukan masa aku masih bekerja kat situ? sorry to say la.. statement kau tu bukan nak clearkan keadaan. tapi setakat nak menyelamatkan diri kau sendiri je yang masih bekerja kat situ.

sekarang aku dah tak kerja situ, kau dah dapat apa yg kau nak kan? kau berjaya nak kick aku resign dri situ kan? 

aku tak faham la. kau kata aku ni kuat membodek bos. kau kata aku ni selalu mengadu kat bos. aku ni acah2 orang kanan bos. aku ni acah2 ada kuasa, aku nk mecaras, aku nk tunjuk keje aku bagus dan sebagainyalah. serius aku tak faham.

eh. kalau aku ni betul jahat, nak caras orang. nak acah2 ada kuasa kat situ, dah lama aku report kat boss pasal perangai buruk kau. dah lama aku cerita kat bos apa yang aku duk back up kau selama ni. banyak lagi benda yang aku leh cerita pasal kau. kau ingat nama kau clear sangat? bnyak aku tadah telinga dari bos. cuma aku tak cerita je kat kau. sebab nak jaga hati kau. kalau aku nak, senang2 je aku boleh hasut bos utk kick kau masa tu. macam kau kata, aku kn 'orang kanan' bos. eeeee. so annoying and this kind of human is so sickk.

aku dah penat menghadap orang yang bajet2 muslimah tudung labuh pakai handsock pakai sock pakai jubah ibadat acah2 cukup solat tunggang terbalik tapi hati busuk. tak senang tengok jalan hidup orang lain. acah2 perempuan melayu terakhir, sopan lemah lembut tapi perangai mcm neraka.

sejahat2 aku, aku tak fake macam kau.

sakit pulak hati aku.

kau nak hidup dengan atittude bodoh cmtu, silakan. tapi tak payah nak gatal mulut duk sebut2 nama aku lagi. aku dah lama blah dari hidup kau yang kesian tu.

No comments:

Post a Comment

#blog-pager{font-size:normal}.showpageArea{font-family:verdana,arial,helvetica;color:#000;font-size:11px;margin:10px}.showpageArea a{color:#000;text-shadow:0 1px 2px #fff;font-weight:normal}.showpageNum a{padding:2px 8px;margin:0 4px;text-decoration:none;border-bottom:2px solid #5fb404;border-top:2px solid #5fb404;background:#effbf5}.showpageNum a:hover{border-bottom:2px solid #df01d7;background:#a9f5f2;border-top:2px solid #df01d7}.showpageOf{margin:0 4px 0 0}.showpagePoint{color:#fff;text-shadow:0 1px 2px #333;padding:2px 8px;margin:2px;font-weight:700;border-bottom:2px solid #5e610b;border-top:2px solid #5e610b;background:#5e610b;text-decoration:none}