Particularly pasal malam berinai.
Angah cadangkan dari zaman tok adam lagi. katanya nak adakan majlis malam berinai malam sebelum kahwin tu nanti. temanya ala2 bollywood. alahaiii. haha. dia kata ni adiknya last sorang jelah nak kawin. kena la grand2 sikit. huhu.
okay. aku takde gambaran lagi cmne nak buat malam berinai ni.
setakat ni bnyak tgok2 majlis berinai artis je. tapi tu retissss. memang lah bersakan nauu diorang berinai. tapi kalau untuk kita2 ni, nak kena ada apa je. haha. still. aku masih blur. yang aku tau, aku target nak cari sebijik saree/pakaian yang seangkatan dan yang helok masa fly nanti. kat sana konfem2 la kat sana lebih bnyak choice dan harga okay. dah memang pakaian harian dia kan...
setakat ni, mak angah along dah reserved dah nk baju cmne. then untuk sedara mara yang lain, mak nk tambah2 kan shawl/selendang india..or..else..i dont know..tak dapat nak figure selagi berjenis2 pakaian tu xde depan mata. huhu.
and then aku terfikir. nak kena ada mini pelamin ke masa berinai tu nanti. sebab main pelamin nya insha allah lah ada kalau aku amik all in wedding pakej tu. tapi, takkan lah nk guna pelamin besau tu nk buat berinai2 kan..mestilah nak ada mini pelamin. setakat yg aku gugel jenis2 mini pelamin bollywood ni, kebanyakan konsep nya adalah yang pelbagai warna. warna2 pulak warna2 yang terang/bold/daring. hadehh. masak gitu. huhu. and then. main colornya kena warna merah. hurmmm. nk kena ada ke tidak bnda ni..? kalau ada rasa cm over. kalau takde rasa cm kosong pulekk..nanti nak bergambar nak berdilwale kat mana. haha.
brg2 hiasan ? goodies untuk tetamu malam tu ?
hmm.
yg ni pun aku tak tau. cadangannya buat masa ni, aku cuma review2 gugel2 je jenis cmne yg helokk. then masa fly nnti, aku tengok brg2 apa yg sesuai dan apa yang aku boleh beli. then aku balik sini, baru lah aku leh fikirkan idea yg seterusnya .. kan..?
kuikui...
baju untuk pengantin.
lately ni aku jenuh la menggugel baju2 india yang cantik utk dipakai. then kaler nya...kalau bridal india, mostly kan kaler merah..haaaaa..dah dapat dah situ nk baju kaler apa. gayanya pulak aku nk ala2 sari..tapi yang simplified saree. then minimal but still nmpak glam..pastu kena kembang2 sikit la..baru leh pusing2 menari lagu acah2 devdas. perhhh. haaa.. hadoo ke nak cari ikut apa yg aku nak..? huhu.
*** sumber gambar gugel ***
konsepnya kalau nak tema2 ala2 bollywood :
● kain2 lelangsir kaler2
● benda jurai2 manik2
● benda ukir2 atau pelita2 klasik
● kipas maharani tu kalau ada cunn jugakk. haha
● goodies : crepe flower + manisan dari India ? (tetiba terlintas. nak kena borong manisan la cmni nmpak gaya nya. mwakaka)
● kerusi sebijik ala2 takhta. (memandangkan bride je yg ada, groom xde. kita acah2 queen la kannn. huhu)
● bantal2 kecik kaler2. yang ni aku xtau perlu ke idokk. tgok la keadaan. pfft.
● spotlight. aku rasa ni yang penting. main peranan sungguh. lawo kot.
kalau bab baju, memang tak disangkal lagi la..lawo2 semuanya. tapi sure yang jenis2 kain glemer cmni memang mahal laa kan. setakat ni aku tak tau rate harga dia berapa. so nnti sebelum pegi..aku nak acah2 jalan kat little india celah kl ni dlu. bila fly sana, senang nk compare harga dan sekian2.
tapi aku rasa kalau yang plain2 tu pun da cantik dah..sebab kaler merah tu naik kan. tapi tulah. tgok pada kemampuan poket acane nnti. ngeee
lepas tu. aktiviti apa yang nak dibuat masa malam berinai tu nnti? berinai tu mmg sure la. selain dari tu? nk kena menari bangra ke? haha. aku tak tau. bair la orang lain ke yg organize nnti. eden nk acah2 jadi maharani gitewww.
setakat ni je kot post pasal bolly bolly ni. pape nnti update lagi. chiao~
No comments:
Post a Comment