Monday, June 30, 2014

Mimpi

malam tadi aku bermimpi. mimpi yang pelik. mimpi pasal dia. ya dia. mimpi yang aku tak undang langsung. kalau lah aku boleh pilih mimpi apa yg aku nak, mcm pilih siaran tv, alangkah bagusnya. tak perlulah tiap2 malam aku kena tersentak dari tidur bila dia tiba2 muncul dalam alam mimpi. yea. tiap2 malam aku mimpi dan tersentak terjaga dari tidur. itulah rutin tidur harian aku semenjak dua menjak ni. seksa kan? hm.

okay. mimpi. malam tadi aku mimpi. aku terima satu mesej di whatsapp. dari dia. dalam mesejnya tu, dikhabarkan yang dia mengalami kemalangan motor dan tertera kata2 kemaafan, memohon ampun pada aku. tak cukup dengan kata2, aku terima mesej video. video yang menunjukkan bagaimana dia mengalami kemalangan. nampak macam tergolek terhempak terjelepuk jugak lah mukanya di atas jalan raya. tapi isi utamanya, lebih kepada dia memohon maaf pada aku.

respons aku dalam mimpi tu? yea. masih jelas macam mana aku hanya memandang sepi pada skrin telefon yg masih terpancar kata2 maaf dia. aku tidak berkata apa2 mahupun membalas apa2.
aku masih ingat aku ceritakan mengenai itu pada angah aku dalam mimpi tu. aku katakan "dia kemalangan, dia minta maaf kat siti." dan jawapan angah dalam mimpi tu lebih meminta aku jangan terlalu mudah memaafkan atas apa yg dia dan mereka dah lakukan pada aku.

selepas apa yg angah pesan, aku masih lagi diam, tak bagi respons apa2.
mesej nya memohon maaf dan meminta keampunan yang bertalu2 masuk,
merayu2 juga aku biarkan saja.
aku hanya kaku memandang skrin telefon yang bercahaya.
sehinggalah aku terjaga tersentak mcm tu saja dari tidur aku.

dalam mamai aku terjaga,
aku cuba kembalikan semula ingatan aku pada mimpi tu.
celik saja mata,
aku capai phone.
membuka aplikasi whatsapp aku.
manalah tau kalau itu semua memang betul2 terjadi.
tapi, bukan.
semua tu hanya dalam mimpi dari lena aku tadi.

walaupun hanya mimpi,
aku kuat merasakan perasaan aku dalam mimpi tu masih tidak dapat menerima kata2 maaf tu.
hati masih berkeras. hati masih membatu mengingatkan betapa sakitnya menanggung segala perbuatan dia.

walaupun hanya dalam mimpi,
betapa kerasnya hati aku nak menerima kata maaf dia walaupun dia kemalangan teruk mcm tu sekali.

aku terfikir.
itukah sebenar2nya yang akan aku lakukan seandainya memang ditakdirkan dia betul2 ditimpa musibah ..
atau apa2 perkara yang buruk disebabkan oleh perbuatan dia pada aku..?
sekeras itu kah hati aku..?

kalau dia betul2  ....
...
dibalas sedemikian rupa .... ?
dan aku memang tak nak dan tak boleh maafkan dia...?

....





maafkan aku tuhan.
bukan bermaksud aku mahu menyimpan dendam.
ataupun bukan niat aku mahu mendoakan yang tidak baik.
cuma,
memang hati aku masih tak dapat nak hadam kata2 maaf atas apa yg jadi.
memang hati aku masih terkesan dengan semuanya.
hati aku masih tersisa dengan luka2 yang maish berdarah.
masih lagi tersisa dengan rasa teraniaya yang melampau.
hati aku masih sesat.
sesat dalam timbunan perasaan sebal dan sakit....

maafkan aku tuhan..
maaf itu memang belum dapat aku berikan dengan seikhlas hati.


mungkin kemaafan itu boleh aku cuba semai
apabila sampai  masanya aku dapat lupuskan dia dalam kotak memori aku.
sampai masanya tak wujud lagi secebis kenangan tentang dia.
sampai masanya aku tak lagi terbayang2 wajah gembira dan bahagia mereka saat aku menanggung kesakitan di sini.
sampai masa nya aku dah boleh menitiskan air mata aku untuk perkara lain.
sampai masanya aku dah boleh kembali tersenyum apabila aku kembali mendapatkan senyuman aku yang dulu.
sampai masanya dada ini tak lagi merasakan sesak dan berdenyut seperti hentakan kuat yang sangat menyeksakan.
sampai masanya aku tak lagi dibayangi igauan ngeri wajah2 mereka dalam tidur sehingga membuatkan aku tersentak berdebar2 dalam tidur malam aku.
sampai masanya ada insan yang lain yang tuhan hadirkan buat aku untuk membuang jauh segala perasaan yg menyakitkan ini..yang datangnya menjadi ganti memberi perasaan yang tulus tanpa dusta seperti sebelumnya.

mungkin satu hari nanti,
bila sampai masanya semua yang aku harapkan itu akan terjadi,
saat itu mungkin aku akan pertimbangkan harga sebuah kemaafan.



"pertimbangkan"


sekali lagi aku nyatakan.
"pertimbangkan"

bukan begitu murah..
bukan begitu mudah..
dan bukan percuma sahaja harga maaf itu dari aku.


No comments:

Post a Comment

#blog-pager{font-size:normal}.showpageArea{font-family:verdana,arial,helvetica;color:#000;font-size:11px;margin:10px}.showpageArea a{color:#000;text-shadow:0 1px 2px #fff;font-weight:normal}.showpageNum a{padding:2px 8px;margin:0 4px;text-decoration:none;border-bottom:2px solid #5fb404;border-top:2px solid #5fb404;background:#effbf5}.showpageNum a:hover{border-bottom:2px solid #df01d7;background:#a9f5f2;border-top:2px solid #df01d7}.showpageOf{margin:0 4px 0 0}.showpagePoint{color:#fff;text-shadow:0 1px 2px #333;padding:2px 8px;margin:2px;font-weight:700;border-bottom:2px solid #5e610b;border-top:2px solid #5e610b;background:#5e610b;text-decoration:none}