Hai.
Sudah masuk tahun 2016.
Lama sungguh dah aku habukkan blog ni.
Bukan apa. Cuma terlalu kejarkan hdup yg kadang2 bersiur arahnya. Macam macam dah aku lalui sepanjang ni. Alhamdulillah. Aku masih kuat berdiri. Walaupun sisi lemah aku hanya Tuhan yang tahu. Alhamdulillah. Aku masih boleh tersenyum ketawa riang. Walau sisi tangis aku, juga hanya Tuhan yang tahu.
2016.
Umur aku bakal menua setahun lagi.
26.
Kadang rasa x percaya aku sudah berusia sebanyak itu. Alhamdulillah. Masih diberi peluang dan ruang untuk menghirup nafas.
...
Setahun lebih dah berlalu sejak post terakhir aku.
Percaya atau tidak, sejak dari saat kejatuhan dulu, aku masih belum temui pengganti.
Yea.
Masih belum ada.
Bukan tak ada yang mahu.
Cuma aku lebih senang menolak.
Alasanku pada mereka, aku belum bersedia.
Tetapi..
Alasanku pada diriku sendiri,
Aku mash belum mampu cari pengganti untuk menyinggah di tempat yang 'dia' pernah ada dulu.
Alasanku, tiada yang sesempurna dia di mata aku.
Sesempurna kasih sayang dia yang aku pernah terima.
Sesempurna rindu yang pernah aku rasakan pada dia.
Sesempurna layanan dia yang selembut lembutnya seorang kekasih sentiasa impikan.
Ahh.
Kalau nak dinyatakan,
Terlalu banyak yang x mampu lagi aku senaraikan.
Terlalu banyak yang orang lain x dapat lakukan setanding dia.
Hmm.
Tapi itu semua dulu.
Aku harus sentiasa sedar yang semua tu dah tak wujud lagi.
Ada masanya bila aku terkenang kembali,
Pastinya aku akan mengukir senyum tanpa sedar.
Tersenyum mengenangkan betapa manis dan indahnya saat dulu.
Tapi sesaat kemudian senyum aku langsung mati.
Kerana aku harus tarik semula diri aku.
Harus dan wajib berpijak semula pada bumi yang masih berdetak denting waktunya.
Aku harus sedar.
Semua itu dah tidak aku miliki lagi.
..
Tidak aku miliki lagi..
Semuanya sudah berpindah hak milik.
......
...
....
....
..
Aku harap kau bahagia.
Walau bukan dengan aku.
Membayangkan senyum tawa kau yang cukup mengusik hati itu pun..dah cukup untuk aku..
Walaupun senyum dan tawa kau tu..untuk yang lain..
Tuhan jangan pernah izinkan aku bersua dengannya kembali.
Aku takut aku akan terjatuh semula.
Dan tak mungkin dapat bangkit semula.
Bangkit semula seperti hari ini..
Jangan pernah izinkan aku terdengar suaranya lagi.
Aku takut andai hati aku tak mampu lagi bertahan.
Seperti mana hati aku masih gagah berdegup meneruskan hari hari sendiri...
...
Hurmmm..
Semoga semuanya baik2 sahaja
#blog-pager{font-size:normal}.showpageArea{font-family:verdana,arial,helvetica;color:#000;font-size:11px;margin:10px}.showpageArea a{color:#000;text-shadow:0 1px 2px #fff;font-weight:normal}.showpageNum a{padding:2px 8px;margin:0 4px;text-decoration:none;border-bottom:2px solid #5fb404;border-top:2px solid #5fb404;background:#effbf5}.showpageNum a:hover{border-bottom:2px solid #df01d7;background:#a9f5f2;border-top:2px solid #df01d7}.showpageOf{margin:0 4px 0 0}.showpagePoint{color:#fff;text-shadow:0 1px 2px #333;padding:2px 8px;margin:2px;font-weight:700;border-bottom:2px solid #5e610b;border-top:2px solid #5e610b;background:#5e610b;text-decoration:none}
No comments:
Post a Comment