Thursday, May 1, 2014

kedai buku

kl sentral.
*berjalan ke kedai buku dan magazine kat aras atas kl sentral.

*terus menghala ke rak2 novel-berhadapan dgan rak buku2 islamik
*ada seorang lelaki yang tengah belek2 tinjau area buku islamik

#aku
tinjau2 rak novel. hajat hati nak beli novel bukan kerana aku tak cinta. gara2 angau abg jebat sedang melanda. dan episod drama nye baru habis. dan i need to read the novel. utk lebih memuaskan hati.
mata dh spot mana novel yg aku nak tu. tapi duk tinjau2 lagi, mata ligat tgh tgok novel2 baru yg ada.
sambil

*meninjau novel sambil cross lelaki yg ada bertentangan dengan aku. cross di hadapan dia sambil menundukkan pandangan.

#aku
duk tengok novel2 dgn penuh khusyuk. tertinjau2 atas bawah rak.

#lelaki tu
"err. beg awak.." (sort of..)

#aku
"hah?" sambil tengok handbag aku yg berjuntai kt bahu, hampir mengenai buku2 islamik kt rak belakang aku.
"oh." senyum sikit. tanda aku faham teguran dia.

*teruskan menengok novel2.

tiba tiba ...

"awak memang baca novel ke..?"

> "err.haa ahh. suka"
> novel apa yg awak selalu bca..?
> errr..
> novel cinta ke, novel seram ke, novel fiksyen ke...?
> errr.. *tak tahu nk jawab apa. aku minat novel cinta..tapi kalau aku mengaku suka novel cinta nnti cm poyo je, depan lelaki yg aku tak kenal ni..*mata terpandang kt novel ramlee awang murshid..
> yer, semua saya suka baca..
> oh..selalu beli la ni..buku yg terbaru apa yg awak last beli..?
> err..*buku baru yg aku last beli..?alahh mana aku nk ingat..
> ntah..tak ingat..skrg sy dh jarang beli novel..kalau zmn sekolah dulu yelah selalu beli..
> oh zaman sekolah..habis sekarang ni awak dh zaman apa..?
> *pulak...sekarang dh zaman keje..kurang sikit masa baca novel..
> zaman keje dh sekarang..awak nak tak saya pilihkan awak satu novel..?
> eh takpelah..saya bukan nk beli pun..saja tengok2 sni, sementara tunggu kawan saya..
> takpelah..saya pilihkan satu utk awak ok..?
> haha..takpe2..tak payah la..

*mulalah perbualan biasa2 yg mcm biasa. haha. mau nk je aku garu2 dahi. awkward gile bile org ajak nk berkenalan..nak berkawan2..satu soalan dia yg aku rasa nk tgelak

"awak dah berkahwin ke..? tunang ke..? kalau nk berkawan boleh ke..?"

gahhhh..

aku rasa mcm nk menggulungkan badan aku mcm tenggiling. sgt awkward. dan how embarassing. hehhe

endingnya aku layan sikit2 je sembang dia, sambil kaki aku makin melangkah jauh, jauh dan jauh dari dia..bila ada sedikit distance, perbualan pun terhenti mcm tu je..dan bila ada peluang, aku terus pegi ke rak buku yg lain.. huhuhu. dan bila dh lepas ke rak buku yg lain, aku terus blah keluar dari kedai buku tu..dengan harapan si farhana akn cepat sampai..hehhehe

-the end-

No comments:

Post a Comment

#blog-pager{font-size:normal}.showpageArea{font-family:verdana,arial,helvetica;color:#000;font-size:11px;margin:10px}.showpageArea a{color:#000;text-shadow:0 1px 2px #fff;font-weight:normal}.showpageNum a{padding:2px 8px;margin:0 4px;text-decoration:none;border-bottom:2px solid #5fb404;border-top:2px solid #5fb404;background:#effbf5}.showpageNum a:hover{border-bottom:2px solid #df01d7;background:#a9f5f2;border-top:2px solid #df01d7}.showpageOf{margin:0 4px 0 0}.showpagePoint{color:#fff;text-shadow:0 1px 2px #333;padding:2px 8px;margin:2px;font-weight:700;border-bottom:2px solid #5e610b;border-top:2px solid #5e610b;background:#5e610b;text-decoration:none}