bismillahirrahmannirrahim ...
betullah kata orang. biar kita ni di pihak yg benar. tak perlu bertelagah mendabik dada menunjuk siapa yg benar, siapa yg salah. hanya dengan berdiam diri, semua kebenaran tu akan tertunjuk dalam sedar atau tidak. bezanya cuma masa. sama ada cepat ataupun lambat.
aku bukan nak kata aku ni baik. nak kata aku ni buat kerja sempurna dan bagus itu tidak sama sekali. nak kata aku ni kaki membodek, kaki mengipas..langsunglah tidak..itu bukan cara aku. nak kata aku ni gila hadap sgt kuasa..allahu..tak pernah terlintas langsung.
macam ni lah..senang cakap,
aku ni orang yg easy going..
aku ni orang yg "lantak lah.."
..aku ni jenis orang yang "ehh..aku ni makan duit gaji orang bayar..kenalah buat kerja dia betul2..ikhlas.."
aku ni jenis orang yang "tak payah nak mengendeng poyo sangat lah.."
aku bukan jenis orang yang "ehh..bos adalah, kena buat2 baik ni-bila takde bos, tarik muka masam dgn org lain."
aku ni jenis yang biar susah itu pada aku, jangan aku menyusahkan orang lain..
senang cerita, aku bukan orang yg suka membebankan orang lain mahupun mempergunakan orang lain. atau erti kata lainnya mengambil kesempatan, mementingkan diri sendiri..dan sewaktu yg mcm tu..
tapi bila aku tahu ada yang mengguna2kan aku..ada yang mengguna2kan nama aku..untuk tujuan mereka2 cerita, untuk tujuan menokok tambah untuk menyedap kan jalan cerita rekaan dia, untuk tujuan mengambil kesempatan pada orang supaya kerja dia dapat dikurangkan..bila aku dapat tahu orang yg aku berbuat baik selama ni, sebenarnya mcm2 cara dia buat semata2 untuk mempergunakan aku.
seriously.
ianya sesuatu yang sangat menakutkan pada aku.
bila aku fikirkan balik,
kenapa..?
apa masalahnya?
apa hal nya yg dh aku timbulkan dengan diorang..?
aku tak tahu..
setahu aku,
selama aku bekerja dngan diorang, aku buat mana yang aku mampu..aku buat mana yang aku boleh buat..aku tolong mana yang aku rasa aku boleh tolong..
kalau aku tak boleh, aku katakan sejujurnya, dengan cara yang baik kenapa aku tak boleh..
kalau kau tak mampu, aku katakan apa yg membuatkan aku tak mampu..
di hadapan diorang, yea, aku bersalam, berlaga pipi, senyum, bertanya khabar, memuji andai apa yg aku lihat menarik pandangan aku..bersembang mana yang aku boleh..walaupun aku sedar aku bukan kaki sembang..aku tak reti bersembang dengan orang..tapi aku cuba jugak ringan2kan mulut utk berkata2..supaya tak dikata sombong..
di belakang mereka, aku hanya buat hal aku..tak de pulak aku pegi pada si polan yg lain dan bercerita benda yg tak wujud pasal diorang..takde pulak terdetik kat hati kau rasa mcm.."eee dia ni..menyampah, sakit hati aku tengok.." tanpa ada alasan yang yang kukuh..
kalau ada pun aku berkata2, pastinya lah aku bertanya kan benda yg aku nampak..benda yang aku dengar..
aku tak pernah lah pulak rasa aku ni mengadu domba..
aku tak pernah lah pulak rasanya memburukkan orang lain semata2 nk menaikkan diri aku di mata orang atasan.
aku jujur apa adanya aku.
aku tak pulak rasa yang aku mengejar jawatan besar mahupun kecik.
hakikat, sbolehnya aku mahu larikan diri dari apa2 jawatan..sebab aku tahu bukan senang nk pikul komitmen..biarlah aku mula dari bawah..belajar dari yg asas..sebelum aku memegang apa2 jawatan yg memerlukan aku utk ada sedikit kemahiran dan pengetahuan..
dan bukanlah cara aku untuk menyembunyikan sesuatu yg dh terang2 an salah..
saat aku diberikan tampuk ganti, sebagai teraju ganti disitu, dari apa yang aku lihat..memang lah tiada kerja dari pemegang teraju yg sebelumnya yg lengkap diselesaikan..saat tu aku cuba..aku cuba untyk menyiapkan apa yg tidak siap..aku cuba selesaikan apa yang dia tinggalkan..aku sedar itu memang kerja aku..tugas aku untuk menyelesaikan mana2 yang berbaki..
tapi, kalau dah majikan sendiri yang melihat semua kerja2 tu..kalau dh majikan sendiri yg turun padang berdiskusi dengan aku apa yang terbaru yg aku harus teraju sebagai ganti di situ..
ibaratnya bagaimana aku nak tutup..bagaimana aku nak selindungkan bangkai yang dah berlalat dah berbau dari pandangan dan dari hiduan mereka..? kalau benda itu remeh dan sedikit, insya allah aku rasa aku boleh bantu selindungkan..bantu untuk menutup apa yg dia tinggalkan mcm tu saja..
aku menerangkan apa yg aku teraju buat masa itu. aku menerangkan segala2 nya yang benar. profesional. kalau dh itu yg awak tinggalkan, kalau dah hanya itu yg awak kerjakan selama ni, awak patut tahu implikasi nya esok2 nnti. dah memang itu yang harus aku laporkan..apa daya dan kuasa aku nak melindungkan kerja yang diberi upah pada aku. kalau itu yang awak rasakan sebagai mengadu domba, sebagai gila kuasa, sebagai nak menempel pada orang atasan..jujur aku kata, aku tak tahu mana tahapnya pemikiran awak yg nyatanya dah pergi belajar tinggi melangit tu..
sampai saat ni aku rasa seram sejuk..atas apa yang diorang katakan, atas apa yang diorang lakukan dibelakang aku. lebih menakutkan bila aku diarah sesuatu yang datangnya bukan dari majikan aku sendiri. itu semua datang dari mereka. yea. datang dari mereka sendiri yang nk gunakan aku tanpa tidak aku ketahui apa alasan mereka..apa niat mereka..
membuli..?
apa betul diorang cuba membuli aku..?
apa betul diorang mahu ambil kesempatan atas aku..?
apa betul diorang anggap aku ni pak turut yg akan ikut saja kata2 diorang..
sebodoh itu, serendah itu kah aku di pandangan mata mereka2 sekalian ni..?
kalau memang betul, ini yang mereka fikirkan mengenai aku, aku tak punya apa2 kuasa, aku tak punya apa2 daya untuk mengubah persepsi diorang..
tuhan tahu,
kenapa aku turutkan segelintir dari arahan diorang ni.
aku nak belajar. dan aku nak buat kerja yang aku diupah bayar bulan2.
aku tak nak makan duit yang masuk setiap bulan dalam akaun aku macam tu saja dengan meremehkan setiap kerja, tugasan yang aku dapat..
aku seikhlasnya buat kerja2 itu walau hakikatnya aku tak tahu diorang mempergunakan aku.
tuhan tahu niat aku dan tuhan tahu niat mereka2 ni.
memang bila pada awalnya benda ni tersingkap,
aku hanya mendiamkan diri.
aku terkejut, aku terkilan.
kenapa diorang buat mcm ni..aku ada buat salah apa ke kat diorang..kenapa dia cakapa aku mcm tu..
hampir saban hari itu je yang berlegar dalam kepala aku..memikirkan sanggupnya diorang ni buat demikian di belakang aku..ditambah pula dengan cerita2 yang sememangnya langsung tak sedap didengar..cerita2 yang tak pernah wujud..cerita yang terlalu bersimpang siur.
aku sangat2 kecewa.
nak diceritakan pada majikan,
aku khuatir itu akan dianggap mengadu domba.
lagipun pada saat awal aku menjadi teraju ganti,
saat aku laporkan baki kerja apa yang aku baru saja ambil alih,
dari situ aku dh dengar mcm2 suara yang berkata..
sakitnya hati..
jadi, aku pilih untuk tidak lagi bercerita.
sebab aku tahu..
kadang2 utk tunjukkan kebenaran, tak perlu kita menyampaikan pada orang lain untuk meminta sokongan, meraih simpati..
tak perlu aku beriya2 menegakkan benang kepunyaan aku yang diorang basahkan.
aku tahu tuhan itu adil.
sampai satu saat,
walau bukan aku yang meluah bercerita hal sebenar,
mungkin saja akan ada hamba allah yang lain akan ceritakan bagi pihak aku.
mungkin akan ada hamba allah yang akan cuba menegakkan sesuatu yang aku tak mampu nak kata apa..aku yg dah terduduk sungkur dengan kata2 ciptaan penyedap mulut diorang.
kerana hal inilah, aku buat keputusan untuk mengundur diri.
mungkin dengan perginya aku,
sedikit sebanyak hal itu akan tersingkap.
sebulan dah berlalu.
nyata telahan aku benar2 terjadi.
walaupun mungkin tak tersingkap keseluruhan,
namun cahaya dusta itu masih ada menembus tetingkap jendela nista palsu diorang
makin benda itu tersingkap,
aku masih lagi merasakan takut dan seram..
ada perkara yang aku tak tahu, dah aku ketahui sekarang ni..
nyata nya memang sangat2 buat mulut aku menutur ucapan kalimah tuhan..
itu je yang aku mampu buat setiap kali aku dapat tahu sesuatu mengenai aku yang bukan datangnya dari aku yang wujud nya hasil dari ciptaan mereka yang tak aku ketahui niatnya...
wallahualam.
kun fayakun.
'Jadilah! Maka jadilah ia"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
#blog-pager{font-size:normal}.showpageArea{font-family:verdana,arial,helvetica;color:#000;font-size:11px;margin:10px}.showpageArea a{color:#000;text-shadow:0 1px 2px #fff;font-weight:normal}.showpageNum a{padding:2px 8px;margin:0 4px;text-decoration:none;border-bottom:2px solid #5fb404;border-top:2px solid #5fb404;background:#effbf5}.showpageNum a:hover{border-bottom:2px solid #df01d7;background:#a9f5f2;border-top:2px solid #df01d7}.showpageOf{margin:0 4px 0 0}.showpagePoint{color:#fff;text-shadow:0 1px 2px #333;padding:2px 8px;margin:2px;font-weight:700;border-bottom:2px solid #5e610b;border-top:2px solid #5e610b;background:#5e610b;text-decoration:none}
No comments:
Post a Comment