Sunday, September 1, 2013

Raya 2013



suasana di pagi raya. tahun sekali lagi, disambut dengan penuh kesederhanaan. buat dengan cara apa yg ada saja, bukan secara berlebihan. janji tetap meriah dan ceria gembira. :)
pohon maaf ampun dipinta. segala salah silap minta diampun kan. mana yang terlebih mahupun terkurang, mohon dihalalkan. terasa kerdil dan diri penuh dosa bila bersalaman dengan mak abah dan seluruh ahli keluarga. paling buat terasa syahdu hingga tak dapat nk elak airmata di hadapan mak dgn abah saat bersalaman dengan mak. saat mak ungkapkan kata "mak pun sama minta maaf dengan kau..selalu marah2 kau.." ya allah...sedih sehingga ke tangkai hati. indahnya syawal. penuh dengan saat2 membuang segala yang keruh.. :')




sambutan raya bersama saudara rapat yg berada di Klang pula sederhana sahaja. kerana ini syawal yang pertama diraikan tanpa ada makcik aku yang tersayang. Rahmah Binti Yusof. Perginya sebelum tiba Ramadhan yang lalu. Kebiasaannya, setiap kali syawal pasti meriah dengan gelak tawa dan cerita2 nya yang melucukan. Tidak ketinggalan juga masakannya yang memang sedap..selalunya kalau kami memang nk ke rumah nya di klang, pastinya kami takkan makan apa2 di rumah..tapi...sekarang ni dia dah tak ada..Al fatihah...semoga rohnya dicucuri rahmat...kami semua amat merinduinya... :'(

ini keadaannya bila saudara rapat datang beraya..setiap tahun, pastinya rumah sederhana kami ni akan dipenuhi sanak saudara yang datang beraya..sememangnya meriah. dan bila kenyang perut, mulalah mata pun berat je..huhu..







apa sajalah yang boleh aku coret2kan untuk aidilfitri..?aktivitinya saja penuh dngan acara makan, makan dan makan. haha. selain dari pergi berjalan, kunjung mengunjung, erat tali persaudaraan, berhias cantik dan saling bermaafan. yang penting, raya kali ini juga disambut dengan penuh kegembiraan dan kesederhanaan. riang ria gembira bersama ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai.. insya allah, panjang umur, semoga ketemu lagi syawal di tahun 2014. insya allah...:))







No comments:

Post a Comment

#blog-pager{font-size:normal}.showpageArea{font-family:verdana,arial,helvetica;color:#000;font-size:11px;margin:10px}.showpageArea a{color:#000;text-shadow:0 1px 2px #fff;font-weight:normal}.showpageNum a{padding:2px 8px;margin:0 4px;text-decoration:none;border-bottom:2px solid #5fb404;border-top:2px solid #5fb404;background:#effbf5}.showpageNum a:hover{border-bottom:2px solid #df01d7;background:#a9f5f2;border-top:2px solid #df01d7}.showpageOf{margin:0 4px 0 0}.showpagePoint{color:#fff;text-shadow:0 1px 2px #333;padding:2px 8px;margin:2px;font-weight:700;border-bottom:2px solid #5e610b;border-top:2px solid #5e610b;background:#5e610b;text-decoration:none}