Wednesday, April 17, 2013

Peperiksaan Perkhidmatan Awam : Pegawai Tadbir & Diplomatik

hi there! hari ni nk bcerita tentang apa yg terjadi sepanjang minggu lepas. huhuhu. dh busy2 sangat last week smpai dunia maya tertinggal mcm tu saja. huhuhu. okay. alkisah. ada satu cerita penting buat aku pada minggu lepas. nk tau..? chekidaaaauuuuudddddd~~

okay. pada hari selasa, aku sedang mengemas2 dan baru saja lepas masak. konon2 masuk bilik nk mandi. pastu saje2 je la jenguk fon. skali ada mesej. bila dibuka message, ternganga mulot aku. kenapa..? mesejnya berbunyi begini..*lebih kurang

"...anda dijemput menghadiri peperiksaan memasuki perkhidmatan awam bagi jawatan pegawai tadbir dan diplomatik m41...."

and i was like, "o ..ooo..." hehe.terus saja bagi mesej tu mak, abah, abg bad utk dibaca. dan diforward kn pada angah dan my syg. keranan terlalu excited. buarghahaa...dan NERVOUS. hello. nk kene pegi exam kot. dengan o.o9% knowledge. hahahha... dan selepas mendapat mesej tu, suratnya pun sampai terus ke peti surat rumah aku ni..



pada belah malamnya, aku bermalam kt umah along. sebab maklum internet dia laju. ngeeee. konon2 nk search/google sikit la berkenaan contoh2 soalan ke...

tapi too bad. takde langsung contohnya. yang aku mampu buat hanya lah mem-blogwalking blog2 mereka yg berpengalaman pergi exam ptd ni...sedikit sebanyak aku dapat lah gambaran nya cuma aku masih lagi blank. hajat hati nk study tapi, it's too general. tak tahu nk bce yg mana. haiihhh...

keesokan harinya, aku dengan sedikit hampa sebab tak dapat nk tgok contoh. aku khuatirkan soalan2 nya yang umum aku dengar memang susah. sebab tulah kalau boleh aku nk tgok serba sedikit. tapi agak logik jugaklah even da search sampai google page yang ke 40, still tk jumpa. mngkin sbb kalau duk bocor jenis2 soalan exam ptd kt internet, alamatnya ramai lah yg lulus dok...? sedangkan tyme exam nye nilah peluang SPA utk membuang jumlah pemohon yg terlalu ramai. yang benar2 layak, pintar, cergas dan tangkas dan bijak yg dapat lepas... *menurut blog2 yg aku baca *aku tak pasti aku dlm golongan yg mana..huargahah~ dan sumber2 lain yg aku dengar, ada jugak orang yg dh bnyak kali fail. yakni dlm 8-9 kali tapi tanpa putus asa, mohon gak jawatan ni. ada jugak tu dengan sekali exam je dh terus lepas. dan oleh kerana aku berterusan membaca blog orang, aku seakan2 bertambah blank. takut ada, risau ada, bimbang ada, semua lah. heeee~

okay. disebabkan aku dah blank dgn perasaan takut semua, aku pun decide utk pegi cari buku khas utk exam ptd. aku pun bergerak lah pegi ke mph mencari. sempat bertanya kat kaunter service, rupa2nya buku exam ptd dah SOLD OUT/HABIS okay?! oh my....sayangnya....huhuhukkkk....dan disebabkan bukunya dh habis, aku amik alternatif lain dgn beli buku stpm. sebab aku bce kt blog org tu, klu tk dpt buku khusus exam ptd, boleh jgak bce buku pengajian am stpm level.


inilah dia dua buah buku yang aku pilih. hehehe. jadinya, pulang ke rumah dengan semangat nk study ni. khas utk exam ptd. huhu. tapi, timbul lagi satu masalah lain. adoyyy.
maklum aku ni since sekolah menengah lagi, pelajaran2 fakta yang panjang lebar dan berisi2 sejarah ni mmang ubat tidur terbaik aku! jadinya, masalah aku skrg ni, aku yang mulanya bersemangat waja tyme amik buku ni..tapi bile bukak je, terus kuyu mata aku. serius aku tak boleh nk bgi perhatian. haihhh..memang masalah. jadinya, ada sesetengah masa tu mmg aku tahankan jugak walaupn dh rasa berat 100kg kt mata aku ni. sampaikan di satu tahap, aku sampai pening kepala sebab menahankan rasa mengantuk..ya allah..ujian berat betul nk melawan nafsu ni..huhuhu

hari rabu, khamis, jumaat aku berlalu begitu saja. dengan masalah buku-ubat-tidur yang tak dapat aku tangani. haha. sampaikan aku tido 3malam ni memang duk pegang buku la..ngeeee..

sentuh mengenai exam ni, aku dh katakan awal2 pada diri aku, harapan yg ditaruh itu ada cuma mungkin tak setinggi gunung, seluas samudera..huhuhu..yelah..lagipun ini kali pertama aku. dengan kesuntukkan masa nk belajar, dan dapat surat lambat, aku redha je dgn apa jenis soalan yang bakal aku jawab hari sabtu ni nnti dan apa yg penting, aku katakan pada diri aku, aku akan cuba sehabis baik yg aku mampu dan aku kira ini sebagai pengalaman aku utk buat yg lebih baik di masa akan datang. dan kalau lah 'ter'lulus exam ni, sudah semestinya syukur alhamdulillah...


hari sabtu pun tiba. pukul 8am aku dh bergerak ke sekolah menengah taman keramat. lepas tu singgah jap beli sarapan, dan duduk2 dlm kawasan sekolah tu je sambil makan sarapan dan sambil tunggu masuk exam. sambil2 duk makan dengan buku yg terbuka ntah halaman apa ntah kt depan mata, bukannya aku duk baca pun...tangan menyuap mkanan, mulut ngunyah, mata tengok buku, tapi otak ntah kemana fikir nya...dua perkataan yg aku nampak dalam buku tu, akauntabiliti dgn penjawat awam..hahaha...ntah ler..aku mmg tawakkal habis.

kemudiannya, pengawas exam tu sampai lambat sikit so, dlm pukul 9.10 baru start kot tyme tu..tak ingat dah. punylah berdebar saat nk bukak paper tu...tapi syukur alhamdulillah, soalannya mmg very general. takdelah yg susah2 gaban. ada jugak yg aku tak boleh buat, dan ada yg aku tau jawapannya. yang kelakanya, dua perkataan yang aku duk tenung masa sarapan *akauntabiliti ngn penjawat awam tu rupa2nya masuk gak..hahaha..tak sia2 la aku duk menung kt dua perkataan tu.heheheh

sejak2 belajar kt u, dh lama tak jumpa kertas omr pink cenggini..huhu

view from my sit. front view.  pandangan bukit + kubur islam. ngeee..

side view from my sit. kereta kuh yg dikepit ngan dua biji myvi, si pakcik honda yang kekwat sebab parking kat petak Penolong Kanan. hehehhe

habis paper tu, paper maths/daya menyelesaikan masalah pulak yg muncul. soalannya juga standard maths tyme sekolah menengah.itu pun tak cukup masa nak selesaikan plus otak aku ni bab2 math mmg lembs dan lemah sikit..buargahaha.. jadi, memang banyak nyer yang aku tembak jelah..huhu..

habis paper ala2 maths ni, paper ketiga menyusul iaitu paper essay bahasa melayu. ada tiga soalan dan pilih satu je. antara soalan pilihan adalah huraikan gagasan 1malaysia, pengaruh sosial media dan benefits dri kerajaan utk warga tua. ofkos la mek pilih pengaruh sosial media kerana mek pun apart of it jugak. haha. senang nak menggoreng. start2 je, terus buat drafting isi2, then terus buat essay panjang berjela..ngeee..walhal takdelah panjang sangat pun. disebabkan dh lama tak menulis, jari2 pun naik cramp. lama tak menulis lah kononnya.yelah...duk buat keje pun menaip je...tu yg tibe2 hari ni menulis sakan jadi jammed pulak jari jemari..haha. siap je essay, baca2 semula dan aku terus keluar. malas nk tunggu lama2 dlm tu...


kuar kelas tu, heading ke mcd setiawangsa. sempat beli paper the star dan membaca lah apa2 yang patut sambil makan2. giteeewww.. huhu. saja lah nk meng'gel'kan diri dnegan english words sementelah nk menghadap essay bi pulak jap gi. dan artikel santu hari ni banyak mengenai job employabilities. gitulah gamaknya..beria lah aku membaca...dah itu je bahagian yg menarik. yang lain tu pulak banyak berita GE13. which i can't focus to read more on that. ngee..

selesai makan, pegi refresh apa2 yg patut dan drive semula ke sekolah tadi. kelas semua masih kosong, aku lepak2 kt situ je..sejuk sikit....sambil2 duduk dlm kelas yang hanya ada dlm 2-3 org je. aku selak2 balik paper the star tadi...duk bce lagi kat section job tadi tu. entahlah. it's just takde section yang menarik.






nyempat agi ber-camwhore. ngeee..menghilangkan debaran. *yo yo o



waktu beranjak dan kelas kembali penuh dengan orang2 muka yg sama mcm tadi. tiba masa utk essay english pulak. still, masih rasa so much nervous sbb dh lama tak ber-essay english ni. memang tawakal habis dan niat nk cuba mana yg termampu jelah...huhu... dapat je kertas soalan. aku tersenyum lebar. dalam tiga pilihan soalan tu, dua daripadanya, aku tak ingat dah apa dia. sebab aku hanya tertumpu pada satu soalan saja. yea. soalan yg mampu buat aku tersenyum. soalan mengenai factors that contribute to job satisfaction. hooo...quite satisfied aku dapat soalan yg cmni sebab dari tadi aku dok bace pasal topik job2 ni, dn at last, keluar soalan pun berhubung topik job. sedikit sebanyak, aku dh jadi familiar dengan topik2 sebegini dan apa yg aku baca dalam paper tadi masih melekat dalam ingatan.huhu. aku pun dh tak jenguk soalan yang lain, aku terus amik pensel dan terus buat drafting, dan terus mengarang essay secara spontaneous. takut kalau duk fikir sangat words apa yg sesuai nnti otak boleh jadi blank..ngeee..


seperti yang tadinya, selesai aku punya essay, aku semak, baca dan aku keluar awal. memang lega gile rasanya dah habis sitted for ptd exam. well atleast aku dh ada pengalaman amik exam ni.hehehe. lulus atau tidak belakang kira. yang pentingnya aku mencuba! kalau tak berjaya, tak apa, boleh cuba lagi lain kali. dan kalau kata lulus, syukur alhamdulillah.rezeki..
huhu

itulah cerita aku yang baru2 ini menduduki peperiksaan perkhidmatan awam bagi jawatan pegawai tadbir dan diplomatik M41. bagi mereka2 yang seangkatan yang juga turut sama menduduki peperiksaan ini, semoga berjaya buat kalian. bagi yang terkandas, nnti kita cuba lagi k...? insya allah. :)

 jyeah! (- -,')

No comments:

Post a Comment

#blog-pager{font-size:normal}.showpageArea{font-family:verdana,arial,helvetica;color:#000;font-size:11px;margin:10px}.showpageArea a{color:#000;text-shadow:0 1px 2px #fff;font-weight:normal}.showpageNum a{padding:2px 8px;margin:0 4px;text-decoration:none;border-bottom:2px solid #5fb404;border-top:2px solid #5fb404;background:#effbf5}.showpageNum a:hover{border-bottom:2px solid #df01d7;background:#a9f5f2;border-top:2px solid #df01d7}.showpageOf{margin:0 4px 0 0}.showpagePoint{color:#fff;text-shadow:0 1px 2px #333;padding:2px 8px;margin:2px;font-weight:700;border-bottom:2px solid #5e610b;border-top:2px solid #5e610b;background:#5e610b;text-decoration:none}