Assalamualaikum..salam sejahtera, salam 1
malaysia…ngeee..hari ni hari jumaat, 15 februari 2013. Hari result keluar. Yer
ari ni. Seawall jam 12tgah malam dah bukak yahoo mail. Duk tunggu dan refresh
banyak kali jugak tapi masih belum ada new message. Hajat hati ingatkan nk tido
je tunggu esok pagi, tapi member kata alang2 tu tunggu jelah sebab memang
result masuk time2 cmni…aku pun tunggu dan tunggu sampai lah dah ada few
members aku kata try cuba cek, ramai yang dah boleh tengok result. Aku dengan berdebarnya,
refresh yahoo mail dan hamek kau!
1 new message.
Aku pun klik link new message disitu dan menunggu whole page
loading sambil tutup mata. Ya allah. Debaran dia mcm tgah tunggu saat lafaz
nikah.*okay menipu. Aku ni menikah pn belum. Wekks.~
Dah siap page loading, aku scroll ke bawah dan terus melihat
pada ruangan kolumn yang tertera nama subjek yang aku ambil dan grade yang aku
peroleh.
Tersenyum lebar dan menjerit halus aku masa tengok tu.
Memang syukur Alhamdulillah. Aku Berjaya jugak akhirnya. Penulisan aku yang
diperkotak-katikkan sebelum ni membuahkan hasil yang cukup membanggakan bagi
diri aku. Syukur ya allah. Dan aku puas dengan diri aku sendiri, sebab nak menghasilkan sesebuah thesis, penulisan, bukannya sesuatu yang mudah tetapi sangat susah. nak2 pulak buat seorang diri, tanpa ada rakan2 yang bersama2 buat mcm dulu. ni pegi cari bahan, memang smeuanya sendiri la.. dan Walaupun keputusan yang aku peroleh taklah sampai
tahap cemerlang dengan jayanya tapi, sekurang2nya aku Berjaya mendapat A,
walaupun ada tambahan di sebelahnya iaitu A-.
Tapi memang aku dah bersyukur sangat2. Itulah hasil yang aku
dapat atas usaha keras aku selama ini. Usaha dari DIRI AKU SENDIRI. Tanpa ada
sesiapa pun yang membantu aku melainkan penyarah seliaan yang banyak bagi aku
tunjuk ajar dan pembetulan.
Aku tersenyum lama je pandang skrin laptop. Rasa satu
kepuasan melihat GPA yang aku peroleh dalam sem yang dilanjutkan ni. Walaupun
pada hakikatnya, CGPA yang lebih diambil kira, aku tetap jugak rasa nak berpuas
hati, sebab itu markah yang tertinggi aku pernah peroleh sepanjang aku belajar
di university, dalam program diploma mahupun ijazah. Atau mungkin GPA aku sem
07 ni tinggi sebab itu satu2nya subjek yang aku perlu complete kan jadi,
pemarkahan dari subjek lain tidak mengganggu ?
Mungkin.
Tapi aku tak kisah dah. Janji aku lepas, dan janji aku
berpuas hati dengan keputusan yang aku dapatkan. Dah terlalu bersyukur dah aku.
Selepas semak keputusan ni, hati melonjak2 riang nak maklum kn kat mak dan abah..tapi,terbantut sebab mak abah dag tido...yelah...jam dh pukul 1pagi++ dah..
aku anggapkan semua ni rezeki dan berkat usaha aku selama ni.. alhamdulillah..syukur sangat2..

aku anggapkan semua ni rezeki dan berkat usaha aku selama ni.. alhamdulillah..syukur sangat2..
sketches, proses kerja dari A ke Z, trial and error, proses buat slip yg sangat memenatkan, duk hancurkan claycake yg sangat2 keras, slip dipping, cracked fabrics, wet, tak sempat bakar, pecah time bakar, memang dugaan sngat2...
final presentation, degree show.....berjaga malam selama beberapa malam berturut2....ampaian kayu yang tak menjadi...tortured session by lecturer yg mengajar tyme tuh, pagi2 time degree show kena marah..then, rasa pressure, terus jumpa en jahal, mintak buatkan ampaian, pergi ke hardware,beli tong cat sebab nk cat dinding warna hitam. even dinding tu baru je cat putih..aku tak kira, aku nk jugak hitamkan dia. dh nekad gile sebab kene marah teruk2. budak2 semua dh balik, get rest, aku stay kat display room sorang2, cat area aku. area aku sorang je yg berlainan sebab warna hitam. dari petang sampai ke malam aku cat sorang2. dgn pakai baju kurung nyer..sobbing. ada masa tu, sambil cat sambil menangis..rasa sdih sgt...dan disebabkan pressure mcm tulah aku buat perubahan yang all out.
karya ulung aku. my thesis. susah payahnya aku nk lepas dalam menghasilkan thesis. gara2 kes sem lepas. aku all out buat thesis kali ni. dan juga disebabkan oleh pressure dari org keliling. i take the blame on me. aku tau ada juga salah aku dlm kes ni. dalam keadaan tertekan aku buat kerja ni. kdg2 rasa down, kdg2 dh rasa takde semangat nk buat. pegi library sorang2. menghadap laptop dari pagi smpai malam.. takde member nk bertanya mana2 yg aku tak tahu, takde rakan seperjuangan. so independent! semuanya aku buat sendiri. bittersweet nyer, hanya aku sorang yg dapat rasa.
karya aku. karya yang orang selalu kata aku takkan berjaya. karya aku yang pensyarah kata impossible utk jadi. karya aku yang pensyarah kata aku tak boleh buat, cannot go. karya aku yang orang pandang sebelah mata je. karya aku yang penah digelar sekadar celup2 bodoh je. kerja bodoh. mana mungkin aku lupa. aku takkan lupa. aku tahu aku tak setanding mereka2 yang berbakat. tapi ini usaha aku, ni idea aku, ni inisiatif aku untuk keluar dari kebiasaan. aku tahu cakap memang senang. dengan cara melihat apatah lagi, memang nampak bodoh2 je dengan tergantung mcm tu. tapi, cuba lah berada di tempat aku sekali. tak perlu cuba nak buat proses keseluruhan. cuba satu step sahaja. sila dapatkan kadar pekatan slip yang sesuai untuk mencelup fabrik setelah slip dicampur dengan sodium silicate. ataupun cuba dapatkan ketebalan yang sesuai celupan slip pada fabrik. cuba dapatkan tekstur fabrik tu selepas proses bakar. cuba lah salah satu proses yang diatas. baru awk boleh tahu mcm mana tahap kebodohan kerja karya ni.
tapi takpe. sekurang2 nya kerja aku bukan tipikal dari mana2 karya yang student lain pernah buat. walaupun cara presentation aku tak outstanding, ini satu karya yang sangat aku banggakan sebab aku berjaya buktikan pada pensyarah aku yang sentiasa underestimate buah fikiran aku ni. bukti yg lainnya, sepanjang assessment dengan penilai dari luar, mereka suka kerja aku. prof agus, dia kata "bagus idea nya, cara kerja nya, sesuatu yang saya belum pernah lihat, lain dari yang lain." dan bukti utk itu, tempoh hari aku bersua muka dengan dia utk degree show junior, dia masih ingat aku dan karya aku. aku bersyukur. sekurangnya masih ada yang hargai karya aku yang tak seberapa.
ini sesuatu yang aku banggakan. sebab aku tahu, orang lain belum tentu boleh buat mcm apa yg aku buat ni.
semua tu dh berlalu. dan sekarang semua ni dh berhasil. alhamdulillah.
=)






No comments:
Post a Comment