sibuknya minggu ni..! bermula dengan hari jumaat 22feb, aku pegi uruskan hal2 aku sndiri. pegi buat dokumen2 utk job application, pegi mintak pengesahan dokumen kt skolah lama aku, pegi uruskan budak2 sekolah, dan pegi buat ic baru. sampai aku jadik pening kepala..huhuhu...kenapa eah lately ni aku cepat sgat dapat headache, sebelum ni tak kerap sgat, tapi lately ni hah, pantang lah kalau aku ni sibuk sikit, bergerak sana sini bnyk sangat dan mostly sebab pressure mungkin, cepat je kepala aku ni berdenyut2. sebab letih kot...minyak yu yee tu memang aku usung ke sana kesini jelah sepanjang minggu sebab tak tahan sgat2 peningnya. ngeee...
oh yea, masa pegi buat pengesahan kat sekolah tu, selesai mengecop2 semua, aku bertembung jalan dengan guru yg paling penting buat aku all this while. kenapa penting? sebab cikgu ni lah tunjang utama kepada arah tuju aku selepas habis sekolah. cikgu pendidikan seni aku, Puan Siti Rahmah. I'm so glad that she stills recognize me ! hehehe. aku suka dengan subjek seni under cikgu rahmah dulu. keje kursus pendidikan seni visual pun aku bagi komitmen yang sangat2 penuh, di mana konsentrasi aku time tu memang di tahap yg tertinggi sebab minat punya pasal. dan di akhir keje kursus tu, aku ended up dengan hasil produk yg sangat membanggakan bagi diri aku..huhuhu..yo yo o je..cikgu rahmah ajar best. aku punya lah minat subjek dia hingga aku berjaya dapatkan a1 tyme spm utk seni. dan dari situlah yang mencorak perjalanan aku yg seterusnya. aku diterima dalam pengajian diploma dan ijazah, dalam bidang seni halus. semuanya dari kelas cikgu rahmah. huhu.
bertembung dgn dia, dia masih cam aku, cuma dia lupa nama je. kami bersembang sekejap. dia terkejut when i said aku sedang tunggu hari konvo aku dalam bidang degree in fine art. she kind of shock. katanya "fine art?" "degree?" .. huhuhu..dia terasa bangga mungkin? anak murid.didkan dia berjaya di menara gading dalam subjek yg dia pernah ajar dulu? yelah kot, aku main2 agak je..huhu.. bila aku sebut fine art di uitm sri iskandar perak dan uitm shah alam, dia pun terasa ghairah menyebut nama2 lecturer yang dikenalinya. dan surprisingly, kami berkongsi pensyarah yg sama which pensyarah yg pernah mengajar cikgu dulu, juga pernah berkesempatan mengajar aku juga..huhuhu. seronok pulak rasanya bersembang. tapi tak lama pun, dia menuju ke pejabat, aku pun mintak diri dulu..
then hari sabtu, pegi lunch invitation for the whole family kt rumah kenalan abah dn mak kat kajang. best2. sampai ke petang lepak rumah dia..huhuhu. setiap saat perut terasa penuh! LOL! very family like, rasa macam sednag berkumpul satu keluarga je. hehe.
hari ahad, aku bangun awal sgt sebab abg kejut. huhuhu...sempat lagi menyembang awal2 pagi. dan selepas itu, teringat pulak semalam nyer mak ada sebut nk buat breakfast nasi lemak nanti. aku yg dh tak boleh nk pejam mata dah, pegi dapur dan tengok bahan2 semua ada dh..nk tunggu mak bangun, i dun think so, just let me cook all by myself. mak pun tak sihat kebelakangan ni..aku pun mulakan aktiviti memasak aku, seorang diri. almaklum aku kalau nk masak memang suka buat sorang2. jangan ada siapa2 yg ganggu aku kt dapur. itu je syarat protokol aku.ngehehe..siap masak dalam sejam je, dan semua orang dh bangun, and we had such heavy breakfast on that pretty sunday. nyumeyyhhh! makan panasa2 memang sedap. huhuhu. dah siap berkemas2 semua, pegi bawak mikail ke hospital ampang dgn kak yaya dgn ainnur. dia seakan lelah pulak. mungkin sebab sebelum ni dia memang ada demam sikit dn batuk2. dan kat lunch invitation semalam, dia punya lah pulun air yg sejuk. so hari ni, nafas dia mcm tersekat2, semput. si mikail ni mmg ada asthma. haih, mcm mana boleh terlepas minum bnyak air sejuk pun tk tahulah. started with masuk gas, then cek dktor, doktor ada sumthing wrong dgn nafas dia, nafas dia laju. doc suruh pegi xray dan cek2 tgok, ada sedikit jangkitan kuman dekat paru2 mikail which i asked the doc infection tu cause from eating routine or surroundings? katanya bukan pemakanan but surrounding yes. hmmm. aku pun tak pasti dri mana puncanya tapi mikail ni mmg lasak sikit. semua tempat dia redah nyer, mungkin boleh jadi puncanya dari situ kot. then, masuk oksigen utk clear kan pernafasan sikit, still makan masa then doktor kata mikail kena tahan ward. aduihhh..kesian dia. dan aku dh mula risaukan ainnur. sebab kalau mikail masuk wad, kak yaya jaga, means ainnur harus ditinggalkan bersama kami. bukan satu masalah untuk babysit dia, yg menjadi masalahnya, dia menyusu dengan susu gantung mak die, takde menyusu botol lagi. adehhh.
waktu malamnya, waktu yg paling struggle buat aku. dh la aku dgn bangun seawal2 pagi, sibuk kehulu kehilir siang hari sampai kemalamnya tanpa ada rehat lngsung, dan belah malam nya, masa utk jaga ainnur, nk tidurkan dia yg bermasalah. dia nk menyusu. mak dgn aku berganti jaga dia. mcm2 bnda yg kitorang bgi minum. nasiblah dia nk minum air sirap.adoiii. tapi,bila dh ke tengah malam, dia masih menangis.takkan nk biarkn lama2.ksian kt budak ni. aku dgn amin bawaklah dia pegi hospital, mnyusu kt mak dia pukul 1pg+++. haihhh. pukul 2 balik smeula ke rumah dan alhamdulillah, dia nk tidur. dia tidur dengan mak. tapi dlm pkul 3, dia terjaga lagi.menangis kuat. aku pulak yang amik turn jaga dia. bagi minum air sikit tu pun dia luakkan balik.adoii.. kesian betul kt dia. she must be so hungry! aku dodoikn dia smbil mnangis, nasib baiklah dia terus tertido. aku bwak dia tido bilik aku. tak lama lepas tu, dia terjaga mcm mengigau, nagis sikit, aku pun pangku dia secara berbaring dn dia tidur semula bila ditepuk. sampailah ke pukul 5pgi. dia dh lapar sgt, mennagis je terus tanak henti2.
mak pun suruh aku dgn amin pegi hospital ampang, menyusu lagi kt mak dia. on the way ke ampang, ainnur berhenti nangis sebab naik kete dan malangnya, satu lagi bnda jadi. amin bwak agak laju,semua lubang dia redah. almaklum kete abah ni dah 'antik' sikit. memang tunggu masa nk repair pun. tapi tak sangka pulak nk rosak time2 mcm ni dan waktu mcm ni. lebih kurang lgi 100m nk smpai ke simpang traffic light ke hospital ampang tu, amin sekali lagi langgar lubang dan nak ditakdirkan, tayar kete abah tu terus terkepak bahagian dalamnya.kereta terseret la sikit dan nasib baik tak terbabas. aku yg duduk kt bahagian blakang, peluk ainnur kuat2, amin tekan brek, mati enjin, dan aku dh mula bau hangit. mungkin dari kesan terseret tu. keluar je dari kereta, tayar memang dh menyongsang dari posisi asal. bahagian kereta abh yg berdekatan dengan tayar tu kemek sikit.
aku call abah, cakap pasal kereta jadi mcm tu. huhuhukkk..takut!walaupun secara tekniklnya, amin yg buat, dia yg pandu. ngeeee. kesian abah. macam2 jadi kt kete kesayangan dia. ish2. dh la time jadi, tgah bawak budak kecik, pagi2 buta mcm tu, kete satu pun takde, jalan sgt sunyi.
amin decided utk pegi hntar ainnur ke hospital dgn bjalan kaki dan aku disuruhnya tunggu kt Petron tempat mintak yg ada kt situ. agak keberatan tapi apa nk buat. terpaksa! ish! benci betul aku. jadinya, duduk lah sorang2 disitu atas alasan amin suruh tunggu kete kat situ. bongek punya amin. kalau orang nk curi kete tu, buat apa2 kt kete tu means aku pun bakal kena lah! cisss! aku duduk kt tempat mintak tu sorang2 sambil menangis sorang sebab takut! hahaha. sepanjang tu dok along abah abg bad smua dok call aku. aku pun nk hilangkn takut duk mesej angah, mesej kt abang. abang pun call aku. tanya itu ini. lama aku tunggu situ! tyme nk hampir pukul 7 baru lah amin amik aku kt petron tu naik motor. rupanya lepas susukan ainnur, dia balik rumah naik teksi dan kemudiannya dia naik motor pegi ampang, amik aku dan hantar aku balik keramat. bongek kan? kenapa lah tak bawak aku skali tyme dia amik teksi tu. tak ke membuang masa namanya. hish! dan padan muka dgn amin, dia kene marah dngan along sebab tinggalkan adik dia sorang2 kt situ, tyme pukul 5.30pgi. huhhh!
sampai kt rumah, aku dengan mata dn badan yg dh macam mabuk2, terhuyung hayang, kepala berdenyut sebab tak dapat tidur, tak dapat rehat, still tak boleh nk duduk rehat lagi sebab kene bawak abah pulak ke tempat kejadian, kat ampang tu sebab dia nk jugak tengok apa jadi kt kereta kesayangannya tu. melihatkan jam di tangan dah pukul 7am++, seakan hilang mati habis semua dh kekuatan aku sebab almaklum, waktu awal pagi mcm ni memang waktu kemuncak jalan jammed ! org keluar pegi keje. hukhukhukkk. tapi nk buat mcm mana. aku sabar, kuatkan diri dan gagahkan diri bawak abah pegi ke ampang. tow truck pomen semua dh ready dn aku balik seorang diri ke rumah sementara abah uruskan hal kereta dia. sampai2 di rumah, aku dh tak larat nk bersuara. mak memang faham aku memang dah habis tenaga, kudrat. aku kata kt mak, "siti nk rehat mak.." dan terus masuk bilik tido. tapi, yg buat kepala peniing tu, tido pun asyik terjaga2 sebab pening kepala dan jugak asyik dapat call je. adoyayy...dgn abg bad, abg ipar aku call tanya nk makan apa,nk breakfast apa. aku dgn sgt lemah jawab "tak nak..nak tido je..."hahahhaa.kelakar pulak rasa. lepas tu pulak angah pulak call, tanya itu ini. hakikatnya, rehat yg aku perlukan, tak berapa dilaksanakan. sobbing ! dengan tak makan apa2 lagi. selera makan semua dh hilang dan muka pun agak pucat dengan mata sembap.
dan hari itu, pegi ke hospital, guna kereta amin, dan malam yg kedua ni, amin pegi tunggu mikal kt wad dan kak yaya duduk dengan ainnur kt surau. setelah dibincang2kan mcm mana, itulah keputusan yg terbaik sebab ainnur mmg sgt2 perlukan susu mak dia dan dia tak boleh dibawa berulang alik ke hospital time tgah malam, pepagi buta sebab she's still a baby dan kesan dari berembun tu, dia dh demam dedar2 dah.
dan aku pun dpt lah rest sikit mlm keduanya tu..huhuhu..
dan alhamdulillah, hari ketiga, petangnya, mikail dh boleh discaj. yeay! berakhir dh masa2 struggles aku dn semua orang. hehehe. and now, badan masih bersaki baki keletihan.asyik nk rehat je aku lepas mikail discaj ni.huhu. cuma tugas2 surirumah tu aku masih buat disebelah paginya. bila tyme ptang2/malam, barulah aku rehat puas2. hehehe.
have to be ainnur's mama for few days! urrgghh. kan bagus kalau sedari awal lagi dia diajar minum susu formula + minum dari botol. ngeeeee !
m
mikail getting better! alhamdulillah! =) balik rumah, sikap lasak dan a lil' hyper dia masih diteruskan. takde istilah sakit2 dah. haha. cuma tyme nk makan ubat je melalak satu umah. LOL !
(p/s : terima kasih yea aunty lyana rahim sebab bertanyakan keadaan mikail kat mak ti dan doakan kesihatan mikail dn jugak pesanan2 yg lain tu. tak kesampaian acik lyana nk melawat mikail sebab mikail dh discaj dah! hehhee ^^v )
peristiwa kereta terseret dan ditinggalkan sorang2 di tempat yg gelap sunyi dan tiada manusia masih segar dlm ingatan. muwakakaka. kejadian di ampang yang takkan dilupakan. geeez !
traffic jammed yang harus diredah sepanjang mikail diwadkan di hospital ampang. almaklum, ampang/mrr2 memang laluan jammed paling teruk antara di kuala lumpur ni! ishhh.! sgt annoying! disebabkan faktor inilah *salah satunya* aku nekad tanam azam nk keje di kawasan luar bandar means luar dari KL. hehehehe. insya allah kalau dapat dan kalau ada rezeki, mudah-mudahan dengan izin Allah. hehee.





No comments:
Post a Comment