hari ni, back to school. disebabkan last meeting terpaksa dibatalkan oleh lecturer en mito sebab dia gi meeting, hari ni, set up balik time utk consult my thesis. pagi2 lagi dah keluar..tapi pegi pasar dulu, belikan mak barang dapur..lepas tu drop abah kat HKL. abah pun ada appointment jugak. then, barulah aku bertolak ke shah alam. set up time meeting pkul 2..tapi ni baru pkul 10lebih..then sesaja heading ke klang. singgah umah acik jap sebab teringat telekung mak tertinggal sane hari tu. singgah umah acik, amik telekung, then gi singgah kedai kasut. sesaje ngengada nk beli kasut basahan yg baru..haishh...tulah..tgah ada duit, mcm2 nk dibelinya..tapi masih dlm keadaan terkawal..ngeee...
oh yea. ada satu peristiwa. sedang membelek2 kasut yang ada di display rack bahagian luar, terkejut aku tetiba dengar orang menjerit. yg menjerit tu betul2 ada depan mata aku. lelaki dlam lingkungan 25-30. berbaju takde lengan, botak, lengan bertatu. dan mukanya mcm orang melayu..tapi tak sure la..mungkin indon..ntah...menjerit2 marahkan mamak yg bekerja di situ mungkin. menjerit macam orang gila. tak puas dia menjerit menunjukkan belang samseng dia, dia terbalikkan meja makan semua. abis jatuh2, meja kerusi, etc... aku rasa takut pulak nk terus ada kat luar tu, aku terus masuk dalam kdai kasut berkenaan. sambil aku memilih2 kasut, aku dengar pekerja dia bersembang sesama sendiri. katanya, memang dah selalu sangat ada kejadian mcm tu. puncanya sebab kalau mamak tu lambat sikit hantar makanan, dia akan mengamuk.
ee. dalam hati aku, jengkel nya rasa. bodoh betul lah manusia macam tu. samseng taik kucing. aku memang menyampah orang2 yg tunjuk samseng, nk tunjuk bagus, nak cari2 gaduh. memang selayaknya mcm orang bodoh. takde otak dan adab. ntah apa ntah yang kau dapat cari2 gaduh cmni, tunjuk2 samseng. hidup nanti makan sumpah seranah orang je. subhanallah. mintak simpang..
aku pun terus memilih2 kasut. dan tersenyum lebar. bila ada sandal yang berkenan di hati, harganya sangatlah murah. rm11.90. terbaik. even ada duit, tapi..err..sayang sebenarnya nk guna duit..ngehe..terus capai yg murah tu dan bayar. melangkah je keluar dari kedai kasut, mata automatik bergerak tengok kat kedai mamk tadi. dan bonus bagi aku, aku parking kete kat betul2 depan samseng tadi duduk makan. dan rasa nk buat aku gelak guling, nk mentertawakan kebodohan dia, dia masih lagi duduk makan di situ dengan member2 nya.. eee.. memang dasar tak tahu malu. dah tunjuk bodoh depan orang, pastu muka tebal cam kulit kambing boleh duduk lagi situ minum2..ee..hebat sangat mungkin. geli okay. yekkss..
aku pun menghala ke shah alam...dalam kereta tu, duk berangan2, terasa mcm nk beli lens la..da lama tak pakai lens. ahaha. terus membawa kereta ke kedai optik chinese yg aku selalu pegi dulu. selesai semua, barulah aku masuk uitm. dan pergi ke spot parking biasa, parking berbumbung yang disediakan khas utk staff sahaja. haha. uitm ni memang bapak aku punya nak main parking je kat tempat staff. tempat ni selesa, berbumbung dan aku yakin yng pak guard takde ronda2 kat sini..hehehe..good one..!
lepas tu, mendaki bukit tonggek ke fakulti art n design.sampai kat fakulti, duk lepak2, on9 thru mobile,layan 9gag. sampailah ke pkul 2, text en mito supaya dia tak melupakan temu jani yang kali ini. ehehe. and he replied ok which is totally makes me feel so relief. disebabkan hari tu terasa sangat2 hampa sebab takde apa2 progress, hari ni, i was hoping that i have something to do when i going back to kl nanti.
dalam pkul 2.30 aku dah ternampak kelibat en mito. dengan style dia. hehe.. tersengih2 dah aku menengok dia berjalan ke arah pintu pejabat tu.
okay. masuk bilik dia, bagi salam, dipelawa duduk dan menunggu2 dia get comfortable mengemas fail2 dia..ecewahh..mcm scene dlm drama plak kan...gaggagaa...ok stop berangan. dan selesai dia mengemas fail2, keluar masuk bilik dia, he sitted at his place, in front of me, dan he greeted me. "mcm mana..?okay?" and i smiled and answered "ok" dengan konfidennya.haha..then he asked "apa yg okay?" . i laughed a little and answered "ntah..hehe..harap2 okaylah semuanya.." and he smile and nodded.." insya allah okay."
diatas mejanya, aku nampak ada writing aku yang aku tinggalkan dalam pigeon hole dia minggu lepas. hati sangat2 berharap yang dia dah go through semua writing aku dalam tu.. dan besar tak besar jugak lah harapan aku supaya everything goes well. insya allah.. berdebar jugak rasa masa tengok dia menyelak helaian demi helaian writing aku.
he asked me utk betulkan susunan paragraph, rearrange cantik2 balik ikut format, mana2 yang ada terlepas pandang tu re-check balik. dan susunan figures bagi cantik lagi, and all that. itu je.? means dah takde penambahan mana2 isi? any literature reviews?artist references aku?artwork process aku?all completed? rasa cm tak caye pulak thesis aku dah complete.
and we discussed about the hard cover process which is tidak lama lagi. so soon. 3rd of january he asked me to come over dengan yg dah complete, bring the writing as a dummy, sebelum di-hardcover nanti. dan dia akan go through double check that day and once dia kata dah boleh dihardcover, means all will be settle..so soon..!
ya allah..happynya dengar mcm tu. even baru nk hasilkan dummy. tapi, itu dah halfway ke arah complete. dan happynya bila aku dah tak perlu buat any research which is sangat2 memeningkan kepala aku nk cari bahan. ya allah..syukur sangat2 writing aku dh complete..! yeay..!!
dan sebelum keluar tu, i asked him again, " so encik, dah ok lah ni, takde pa pe dah..?" and he answered "dah, itu je. so far awak punya takde masalah, semua okay.." ya allah...lapangnya hati dengar dia cakap mcm tu...satu mengenai en mito ni, dari first meet sesi consultation aku dengan dia, even research writing aku tak setebal mcm hari ni, tak complete bnyak benda lagi, dia still mengucapkan kata2 yang seakan memberi semangat pada aku " insya allah okay..", "insya allah takde apa2 masalah..", "insya allah awak akan lepas.."
heeee...terima kasih banyak2 en mito. such a very kind lec. sejak dari first meet, dia memberi kata2 yg mcm tu dan membetulkan dengan sangat lembut mana2 yang aku terbuat salah dan kurang sana sini. tak pernah berkasar, tak pernah underestimate, sentiasa bagi words yg memberangsangkan dan cara dia mengatur dan memberi guide pada aku sangat2 jelas dan sangat teratur. sikit demi sedikit. mungkin cara dia nampak mcm lambat. tapi, cara dia yang mcm tulah banyak bagi aku masa untuk tambah lagi research, lagi, lagi dan lagi sampailah aku sendiri nampak improvement writing research aku. yeap. i am so glad i changed my supervisor. tak rugi aku ber'supervisor kan ketua program/ koordinator bagi kursus Seni Halus ni. memegang takluk kuasa di jabatan seni halus but still very humble and relax.
dah siap2 bagi salam, terima kasih kat encik mito, aku keluar dari bilik dia dengan senyuman yg sangat2 lebar! ehehehe..! tak sangka. aku berjaya menyiapkan thesis writing aku! sejak langkah pertama aku menapak dari bilik dia, aku tak henti bertahmid dlm hati "subhanallah,alhamdulillah,astaghfirullahalazim,allahuakbar,subhanallah,alhamdulillah.." berulang-ulang kali..tanpa senyuman yang tak lekang2 dari bibir aku.. gembira dan terlalu lapang rasa hati ni. rasa nikmat sungguh..
terbayang semula macam mana patah nya hati aku dituduh menciplak sem lepas. terbayang semula mcm mana sedih dan teruknya keadaan aku terima hakikat perjalanan aku disekat..macam mana bengkaknya mata aku selama beberapa hari berturut2 menanggung kecewa ni...macam mana susah nya aku nk explain kat mak, abah, family semua tentang kes ni... semuanya sangat2 menyeksakan. Tuhan je yang tahu mcm mana aku kena tanggung semua ni..
dan hari ni, aku mampu tarik nafas lega! yea! aku dah berjaya siapkan thesis aku tanpa pertolongan siapa2. semuanya hasil aku sendiri, hasil perahan otak aku sendiri, titik peluh aku sendiri berulang alik ke shah alam, naik library yang tinggi membukit tu, tak jemu2 contact en mito utk berjumpa, untuk buat correction kat writing aku, berhabis duit setiap kali ke shah alam..itu tak termasuk lagi pressure membuat RESEARCH di rumah. ya allah. percayalah! sesungguhnya sngat sukar untuk mmbuat kerja2 berat cmtu, yg memerlukan pemikiran kritikal dan a very deep thinking di rumah. suasana membuat kerja otak berdarah mcm ni sama ada di rumah mahupun di asrama, memang sangat2 berbeza. dan lebih sukar untuk selesaikannya di rumah. percayalah, aku dah lalui semua tu sampai aku duk dalam bilik, tergendala nk buat keje sebab menangis. pressure gile2..!!
dan lagi, aku buat semuanya sorang2. kalau dulu, mesti ada kawan yang bantu sama2, cari bahan. kalau takde idea, leh mintak pendapat kengkawan. but this time, ALL by myself. tu salah satu sebabnya aku rasa happy je aku dapat settlekan thesis dengan baik. bangga kejap..ehehe..
sampailah dalam perjalanan balik ke kl, aku tak putus2 bertahmid dan tersenyum sampai ke telinga. hati aku sangat2 yakin inilah berkat usaha dan sabar aku dalam nk menyelesaikan benda ni. nilah dia, hasil sabar dan usaha aku. ye ye ye.
dan ye, aku tak lupa maklumkan benda ni kat kesayangan aku. dia mainkan teraju utama dalam hal ni. dialah sumber semangat dan kekuatan aku yang paling kuat dan paling utama. saat aku pressure menangis2, dia lah yang setia menemani dan tak putus berikan semangat. terima kasih cinta.. =)
dan disebabkan rasa happy, aku pun decided to treat myself dengan Subway Meal. hehehehe. Meatball! Sangat terbaik. then terus heading ke kl, singgah HKL, amik abah yang juga dah habis appointmentnya, dan kami pun terus pulang ke rumah..
=)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
#blog-pager{font-size:normal}.showpageArea{font-family:verdana,arial,helvetica;color:#000;font-size:11px;margin:10px}.showpageArea a{color:#000;text-shadow:0 1px 2px #fff;font-weight:normal}.showpageNum a{padding:2px 8px;margin:0 4px;text-decoration:none;border-bottom:2px solid #5fb404;border-top:2px solid #5fb404;background:#effbf5}.showpageNum a:hover{border-bottom:2px solid #df01d7;background:#a9f5f2;border-top:2px solid #df01d7}.showpageOf{margin:0 4px 0 0}.showpagePoint{color:#fff;text-shadow:0 1px 2px #333;padding:2px 8px;margin:2px;font-weight:700;border-bottom:2px solid #5e610b;border-top:2px solid #5e610b;background:#5e610b;text-decoration:none}

No comments:
Post a Comment