Thursday, November 30, 2017

Disember 2017

Aku ni kalau bukak blog - nak update post je tak lain tak bukan nak countdown je kan keje nya. huhu. yelah, nak update selalu cm tak de masa lah. busy memanjang. so, bila post aku muncul2 sekali sekala tu, kita cut short, aku highlight apa yg patut je lah ea. 

Hari ni dah sampai penghujung bulan November dah.
Sedar tak sedar esok dah 1 Disember. and then pejam celik pejam celik tiba2 dah bulan January. Pastu duk hu ha hu ha sana sini, tetiba dah sampai tarikh yang ditunggu2. 24 Januari 2018 ! Yeayy..!

Berdebar? Nervous ? Excited ??

Of Course laaa weehhhh.

Duk countdown days nk pegi travel dari 300 lebih, jadi 200 lebih, tinggal 100 lebih..now dah tinggal 54 hari je lagi. Allah. Makin suntuk masa, makin rasa banyak gila preparation x jalan lagi kot. haha.

walaupun sebenarnya dah start beli2 barang since awal tahun 2017 lagi. every month mesti ada brg india yang dibeli sikit2. dari awal tahun aku memang dah survey2 winter coat, beli n collect kan. kira lebih kurang cam dalam sebulan tu, akan ada certain barang yg aku beli walaupun secoet. bulan ni beli jaket, bulan depan beli glove, bulan ni pulak kait muffler sendiri. kait sendiri okay. haha. walaupun aku buat compang camping, agak bangga gak la sebab kait muffler sendiri..haha. and now, dah nak disember, alhamdulillah..rasanya dah complete dah kot attire yang perlu dibawak.

dari segi attire, aku risau sebenarnya kalau bekalan pakaian yang bakal dibawak tu bakal tak mencukupi atau bakal tak bersesuaian.

sebab in january, north india tengah mid/end of winter. jadi, sebagai seorang yang tak pernah menyentuh salji atau merasa dingin salju * perh*, aku tak tahu nak expect weather nya cmne dan x pandai nak expect berapa attire yg aku perlukan sebenarnya.

nk dibawak banyak2 baju tebal pun, luggage tak seberapa nk besar dan tak nak lah berat sebab mmg akan diangkut je kan. so, yg berpada2 jelah mampu bawak. harap2, mencukupi lah bekalan pakaian yang akan dibawa nanti.

bila dah sampai bulan disember ni, kami akan finalize train tickets, hotel dan luggage. hari tu, sebahagian dari train tickets majin dah settle kan. tinggal a few je lagi untuk dibeli. bab train tickets dan lodging aku tak berapa reti nak cakap sebab yang tu expertise majin dan ain

selebihnya kami akan buat bulan january nanti which is hal2 insurans, visa dan finalize segala benda seperti tickets, hotel reservations, etc. ini jugak termasuk hal2 mcm nk complete kan supply ubat2an masing2, dan injection as precaution. oh hah. termasuk jugak untuk finalize kan itineri sebab at last, all the information kita akan gather untuk disatukan dalam itineri nanti.


itu perihal travel.

perihal lain..?

hal kawen..?

maigoddd.

ada amsanya aku rasanya cm masa lambat lagi kot nak kahwin. bulan 8 tahun depan. tapi kang, tetiba aku tersedar yang masa dah macam makin laju sangat berjalan. kalau dulu aku countdown hari kahwin dari 400++ days lagi. tapi hari ni dah tinggal 260 hari. Allahuakhbar. Gila wehh. berdebar.

Balik je travel memang kena pulun hal kawen. tak leh nk hu ha hu ha lagi ngan squad giler. omomoo. sobsob. so, memang travel tu akan aku jadikan my last enjoyment. buahaha. balik india, sure rasa cm jadi orang lain. tetiba dah ke next step. drastically. kuikui. takpelah. itukan proses setiap manusia akan rasa jugak kan in one fine day. so, my time has come. mohon doakan segala persiapan dapat dijalankan dengan baik nanti ea..

kalau hal kahwin, x banyak buat preparation snagat pun sebab hired planner kan. most of the things memang planner yang settle. side aku cuma benda2 renyeh je.

setakat ni, bunga telur dah jalan. that one aku assigned to kak yaya. dia seronok sangat nk buat. okaylah tu. ada sesekali tu aku turun padang gak, tengok perkembangan bunga telur jauhh nun di kuala selangor. huhu.

lepas tu, bilik pun dah aku clearkan. tunggu masa nak cat dan deco. wallpaper semua dh dicabut. brg2 xpakai semua dh dibuang keluar. tinggal nk sediakan ruang kosong utk roomate baru je nnti :p
hal2 cat, nnti balik india baru fikir. huhu.

apa lagi ea..tak banyak pun hal kahwin. sebab nak tak nak nak execute bnda lain, mmg kena tnggu balik travel jugak. ngeee.

so, most of the things, mmg aku akan upload post next year la yea.

till then.
bye~ :) 

No comments:

Post a Comment

#blog-pager{font-size:normal}.showpageArea{font-family:verdana,arial,helvetica;color:#000;font-size:11px;margin:10px}.showpageArea a{color:#000;text-shadow:0 1px 2px #fff;font-weight:normal}.showpageNum a{padding:2px 8px;margin:0 4px;text-decoration:none;border-bottom:2px solid #5fb404;border-top:2px solid #5fb404;background:#effbf5}.showpageNum a:hover{border-bottom:2px solid #df01d7;background:#a9f5f2;border-top:2px solid #df01d7}.showpageOf{margin:0 4px 0 0}.showpagePoint{color:#fff;text-shadow:0 1px 2px #333;padding:2px 8px;margin:2px;font-weight:700;border-bottom:2px solid #5e610b;border-top:2px solid #5e610b;background:#5e610b;text-decoration:none}