Monday, April 3, 2017

Hutang Piutang.

Hai !

Nak berjalan kemain bersemangat.. tapi dah cek status PTPTN ke belum ??
Haaaa. itulah situasi hangat yang membelenggu kitorang lately ni.
Kalau ikutkan status di website, nama memasing masih lagi tiada halangan dan sekatan.
Tapi disebabkan plan nk gi India ni masih jauh kehadapaaaaaaaaaan
dan possibility akan di block tu bila2 masa je ada..

nak2 pulak lately ni mcm banyak je kes orang dah ready nk fly last2 terkandas gara2 kena block ngan imigresen sebab hutang ptptn.
kalau kami ni anak2 orang ada2, takdelah masalah nak fikir kos. ni nk gi travel pun pulun cari yang lowest cost, celah mana nak cri kekuatan kalau semua tu kena burnnnnnnn gitu aje bila kena block kat airport gate nnti..waaaaaa. nangis lah sampai banjir kat situ.

kami2 ni dah lama habis belajar. nak2 aku ni yg dah habis masa tahun 2014. masa awal2 habis blajo dlu memang takdelah beringat nk bayo pt. dengan keje sekejap ada sekejap takde. 1-2 tahun previous ni je yang try maintain nk bayo cantik.

tapi, bila dah nk gi travel jauh ni. nak2 pulak dah menjengah tahun 2017 dan travel tahun 2018 nnti, kemungkinan untuk di block tu mesti ada. aku dok wonder kn benda ni je. sebab risau sangat. dan instinct kata mmg sure ada problem ni.

disebabkan kegusaran aku, aku pun makin beriya nk gi cek kat pejabat ptptn sekali nk restructure balik.

Jadi, kami pun ambil inisiatif untuk pegi sendiri ke kaunter dan buat rujukan terus.

Lawatan pertama kami ke cawangan ptptn adalah di Setapak Central.
Singgah sini after time kerja.

Take note yea : kunjungan kami ke cawangan ptptn sebab nk cek status dan untuk aku..aku nak buat rundingan. supaya pembayaran tu lebih cantik dan konsisten.

okay.

sampai di kaunter, kami mulakan dulu dengan soalan aku.

"saya nak re-structure bayaran balik pinjaman saya."

alah2 gitu la ayatnya.

orang kaunter tu pun amik nombor ic dan semak melalui pc dia.

dia pun print out statement dan mulakan perbahasan dia depan kami.

dia jelaskan berapa jumlah pinjaman diploma dan berapa jumlah tunggakan degree.
seterusnya jumlah pinjaman degree dan jumlah tunggakan degree.
kemudian dia jumlahkan berapa yang aku perlu bayar setelah digabungkan jumlah diploma dan degree secara bulanan.

dan tanpa bertanya keadaan/status kewangan aku dan tanpa bertanya apa tujuan sebenar kami nk restructure, dengan mudahnya staf ptptn ni membuat hipotesis.

"saya tak rasa jumlah bulanan sebanyak ini berat utk dibayar."

termangu. terdiam dan termeluat sekejap.
sentap jugaklah sekejap.
eh kalau aku tak rasa jumlah tu berat, takdelah aku buang masa nk consult.

so bila dia easily bagi kesimpulan gitu, kami try2 la lagi nego. nego nk re-structure.
katanya nk re structure boleh..tapi kena langsaikan tunggakan.
so kalau kes nya di sini, tunggakan yang aku ada almost dlm 8k++ plus minus deg & dip punya pinjaman.
so, dia kata kena langsaikan 3k+ baru boleh buat restructure.

perh.

temanya celah mana nk cari 3k lebih gitu?

okay. yang ni kami tolak tepi dulu.

kami utarakan pulak soalan : adakah nama kami semua ni dah di block?

jawapannya IYA. SUDAH DIBLOCK. tanpa ada sebarang semakan/key in di komputer yea.

jadi kami pun  agak ayam disitu.


selepas beberapa perdebatan, kami pun beredar dengan hati yang agak merecik2 kehangatan. hermm.

time ni memasing dah down. dah dengan mana nak cari duit nak settle tunggakan. dengan nama dah kena block.

masa ni dalam hati aku, aku dah redhoo giler. time ni dah fikir, kalau burn tiket pun lantaklah. cancel pegi india pun takpelah. dah la time ni aku dengan demam panas, kepala nk meletop. so malas nak fikir.

..........

esoknya,
kami sambung urusan di cawangan kl sentral pulak.

tujuannya,
kami nak cari solusi yang lebih mudah dengan cara yang kami mampu untuk clearkan nama kami.

pergi ke kl sentral,
amik no giliran mcm biasa, dan terus nombor dipanggil. mujur tak ramai orang.

buat semakan, buat rundingan.
oh yea. rundingannya di buat dengan cara dua hala yea.
bukan perbincangan sehala yang dia suka hati nak tetapkan.

at least, staf yg di kl sentral ni tanya kami..bincang dengan kami..
berapa yang kami boleh bayar untuk bulanan. dan berapa yang kami betul2 mampu bayar untuk tunggakan..

temanya disini, kan bagus kalau buat rundingan dengan cara begini.
ini katanya nk mendengar..nak membantu..tapi bila kita datang kat dia, dia pulak buat penetapan sesuka hati.

hasil rundingan dan perbincangan,
kami dapatlah sejumlah harga yang dah di plus minus untuk tunggakan.
sejumlah harga yang masih logik la senang cerita.
so, bila kami bayar sedikit peratusan dripada tunggakan ni nanti,
dia akan restructure semula bayaran bulanan mengikut kemampuan kita dan nama kita akan clear dari segala block dan halangan.
dan satu lagi, dai bagi kami masa dua bulan untuk selesaikan jumlah yg dia dah bagi tu.
part yg ni mmg kami suka la..sebab memudahkan kami yang tak berapa nak mampu ni.

alhamdulillah.
selesai je urusan di ptptn,
aku ngan main rasa lega giler kot.
walaupun majin kata leganya baru berapa peratus je ni.
selagi tak bayo, selagi perjanjian baru tak kluar..selagi tulah masih rasa x selamat utk fly keluar.
tapi takpelah. at least kitorang ni dah selesaikan hal ptptn ni awal.
mau nya masa seminggu dua nk fly baru nk cek..mau haru dibuatnya..celah mana nak cari duit nakk oiii.


ritee.

kita sambung lagi nanti.
bila masalah ptptn kami dah settle sepenuhnya dan that time we'll be ready to flyyyyyy..takde halangan...yeayyy..insha allah :)



No comments:

Post a Comment

#blog-pager{font-size:normal}.showpageArea{font-family:verdana,arial,helvetica;color:#000;font-size:11px;margin:10px}.showpageArea a{color:#000;text-shadow:0 1px 2px #fff;font-weight:normal}.showpageNum a{padding:2px 8px;margin:0 4px;text-decoration:none;border-bottom:2px solid #5fb404;border-top:2px solid #5fb404;background:#effbf5}.showpageNum a:hover{border-bottom:2px solid #df01d7;background:#a9f5f2;border-top:2px solid #df01d7}.showpageOf{margin:0 4px 0 0}.showpagePoint{color:#fff;text-shadow:0 1px 2px #333;padding:2px 8px;margin:2px;font-weight:700;border-bottom:2px solid #5e610b;border-top:2px solid #5e610b;background:#5e610b;text-decoration:none}