Monday, November 25, 2013

Majlis ..


 hai bloggie ! lamanya tak menghapdet blog. so utk hari ni, setelah timbul kesedaran nk hapdet blog, here i am, wanna drop by some stories from last week event.

alkisah.
2 minggu sebelum hari kejadian.
aku dan semua teachers mmg dh maklum dengan event graduation day for 6 years yg bakal berlangsung. aku diberi kerja2 multimedia. okay. hajat aku memang besau. kononnya nk buat whole concept utk montaj tu menggunakan concept stop motion. nampak mcm comel dan tak semudah kata2. huahuahua. buat tu mmg buat tapi hanya dapat melaksanakan concept stop motion tu hanya sebanyak 10% saja. yang betul2 memang stopmotion punya. letih wooo. aku gunakan yg 10% tu pada intro. well, at least, dapat menarik sikit perhatian orang kan..? ngeee.
2 minggu sebelum hari kejadian ni, masih bersenang lenang. kerja2 montaj pun bnyak yg aku tangguh sebab leceh nk buat benda remeh2 tu. serius takde mood langsung nk buat. dari sehari ke sehari konon nk siapkan montaj awal2 tapi hampeh. ngeeee.

selain montaj, aku juga dipertanggungjawabkan untuk membuat banner dan bunting. aku lah yg design dan aku juga lah yg pegi buat tempahan. pg dgn kak mar. mula2 tu cm was2 gak kan..yelah. orang tak pernah2 buat banner dan bunting besar utk tontonan umum. excited gak la. the day pegi amik banner dan bunting yg dah disiap, bila gantung je kat luar school, rasa mcm...mak aihhh..kembang setaman hati ni..walaupun rekaan nya tak lah se-gah mana...tapi....hey, ada aku kisah..? aku yg buat kot. mwakaka.

oh yea. berkaitan majlis tu, temanya arab. montaj tak siap tapi aku dah sibuk prepare jubah dengan tudung. sempat pegi shopping lagi..hampehhh betul..huhu


1 minggu sebelum hari kejadian.

boleh dikatakan minggu yang sibuk. rakan2 teachers yg lain pun dh mula sibuk tak cukup kakitangan.
dan boleh dikatakan hari2 buat meeting..nak pastikan event ni nanti berjalan dengan lancar. aku dengan montaj aku masih lagi belum siap. heeee. dan yea. aku akui kerja2 multimedia preparation ni memang yang paling meletihkan sebelum event tetapi, pada hari kejadian, aku lah orangnya nanti yg boleh rileks goyang kaki je. hmmm. takde nk goyang sangat la..sebab hari kejadian tu, aku dapat task utk bertugas di bahagian audio system. dan pada hari kejadian tu jugak, aku diberi partner. utk sama2 melakukan tugasan di bahagian audio. okey lah cenggitu kan.
dan 2-3 malam terakhir sebelum event, aku dh mula menunjukkan tanda2 keletihan yg amat. dengan tak tido malam. pagi2 pegi keje mata sembap. haihhh. yea mereka2 yg lain amat memahami aku sangat2 keletihan membuat kerja2 multimedia aku tu akan tetapi, nk aku maklumkan kt sini padan jugak dengan muka aku. sape suruh buat last minute kan..? muwahahaha. time2 nk rushing siapkan tu lah yg demamnya lah apa lah. macam2 hal...dengan pergi ke opisnya lah..finalise kn kerja2 editing dan mcm2 lagi lah...senang cerita bukan kerja multimedia je..keje2 yg lain pun aku cuba bantu mana2 yg aku mampu..yelah...nk mnghadap montaj je alamat mmg muntah la aku.


hari kejadian.
sabtu.
16 november 2013.

awal jam 7.30am ak dh sedia kt school. buat mana2 persiapan terakhir dan terus gerak ramai2 ke dewan. bila sampai kt dewan, yea.. seperti yg aku sangkakan, kerja2 aku tak banyak pun [ada hari kejadian. hanya tolong mana2 yang perlukan pertolongan dan selebihnya tunggu je majlis start. berkenaan audio pun, aku tak perlu runsing sangat sebab dj yg bertugas bnyak main peranan. hewhew..

majlis pun bermula. biasalah. mana2 majlis pun ada cacat celanya. tak terkecuali majlis yang kami adakan ni walau sehabis baik kami cuba jalankan.. tetapi, bagi aku, ianya tetap meriah dan best..yelah..mungkin sebab ini kali pertama aku involve dgn bnda2 ni sebagai cikgu disini dan sebagai tenaga kerja yang menggerakkan majlis ni. heeeee.

tentang montaj aku. sebelum event bermula, the bosses sempat curi masa sebentar, calling me and dia nk tgok dulu montaj yg aku dh sediakan tu. dengan penuh debaran di dalam dada ni..kot2 dia tak berkenan ke dngan kerja multimedia aku yg amatur dan takde knowledge yg gah2 hebat dlm video editing semua ni..hanya 10% stop motion tu jelah yg aku harapkan utk menambat hati bosses ni..huhuhu. and as i expected, stopmotion yg ciput tu berjaya buat hati diorang tercuit. hehehehhee. aku tumpang senyum jelah dlm berdebor tu..hehe...dan akhir kata beliau setelah menonton.."good..good..!very good...seronook tengok..nanti tahun depan buat lgi yea"..aku pun apa lagi...alhamdulillaahhhhhhhhh..lega hati den dengar..hehekkk... dan selepas itu nya, aku pun mulakn tugasan2 aku dengan senyum lebar dan langkah senang hati..hehekkk..

sepanjang majlis berlangsung..yea..aku happy. walaupun ada satu dua benda yang annoying and so on. termasuklah hal partner aku yang ditugaskan sama di bahagian audio-sepatutnya.
actually. on the first segment, aku yg ditugaskan utk jaga lagu dan any music sepanjang flow event tu. dan partner aku pulak supposedly take part in second segment di mana dia harus switch dengan aku di bahagian audio sebab aku at the end nanti aku kena conduct perfomance anak2 aku. tetapi yang mengkalutkan aku, jangan kata second segment lah kan, dari pada start majlis, sampai ke habis majlis, aku tak nampak langsung muka dia involve dlm dewan. ntah ke mana dia menghilang ntah. yea. memang kami bukan dari school yg sama (partner aku ni dari school yg sama tp cwgn lain) tapi, kenapa tak ikut tugasan yg dh dibagikan untuk setiap sorang tu..? end up nya, bila tiba persembahan anak2 aku tu, aku pulak terpaksa deal dengan audio boy untuk play kn lagu time bila, lagu apa...nasiblah dia boleh tolong...haiihhh..memang..benda bukan hal besar..tapi soal tanggungjawab tu..di mana..? da lebih mengecewakan lagi, partner aku tu senior teacher. tak rasa mcm "hek eleh" ke..?? haisshhhh.

tu hal satu yg annoying..ada hal kedua yang snagat2 menyakitkan hati aku.
masa tu, tgah registration parents. kira majlis belum start lagi la..aku pun pegi lah cek anak2 aku kt surau tu, dan tengok2 keadaan..mana yg aku boleh tolong, aku tolong...and then, masa aku sampai kt surau yg ditempatkan budak2 ni, kt bahagian pintu surau, anak kelas aku, dzahra tengah berdiri sambil menangis. aku pelik yang teramatlah pelik. sebab dzahra bukan jenis kanak2 yg cengeng yang banyak songeh. dzahra is a very good and independent girl memang sepanjang kelas dia tak pernah menangis. tapi on this day, dia menangis. dnegan zahra ada lagi 2 org kawan dia, hanna dan irsalina. dan di belakang sikit dari budak2 ni, again, ada teacher cwgn lain. aku tanya dzahra, kenapa menangis? dzahra diam. and then aku tanya teacher yg bertugas di situ, kenapa dia menangis?
teacher yg tersebut, yang tengah pegang anak2 dia calmly said to me "dia nak terkencing.."

omg! at that time rasa mcm "hek eleh" betul tau tak..dh tau budak tu nk terkencing sampai menangis2, why kenapa tak boleh bwk dia pegi toilet..??nk sampai budak tu tkencing dalam seluar baru nk bwk pg toilet? budak tu dh sampai menangis2 tahan kencing, kau sibuk lagi dengan anak2 kau. hello. once diorang dh dalam surau, yg kau nk bkepit je tu dh kenapa..? bukan takde teacher, ada je teacher lain yg bertugas kt situ kot....

aku terus pegang tangan dzahra dan terus bwk dia pegi toilet. hadoiii..serius rasa hati bengkek je time tu...after that, dzahra back to normal selepas aku bawak dia ke toilet dan setelah dipujuk...adoii..kesian anak aku tu....

kalau nk cerita bnyak lagi memag aku pun dh tak kuasa dah..sebab bnda pun dh lepas kan.

dan berikutan hal partner yg tak muncul2 time tugasan audio tadi tu...pada hari isnin berikutnya kitorang adakan post mortem event. dan bila aku report kan apa yg terjadi pada section aku, the program manager tried to call my so called partner utk dengar explanation dari dia. dan alasan yg dia bagi memang sangat2 aku rasa tak munasabah dan hanya orang bodoh alang je yg boleh bagi alasan mcm tu..alasannya "sori la wehh..aku terlupa yg aku kena sama2 jaga kat area situ." hmmm. sekian.

tu jelah antara cerita yg sempat aku drop kt sini. bukan niat nk simpan jarum yg patah di dalam peti or what so ever..cuma mana2 yg tak elok tu, sama2 lah kita ambil buat pengajaran dan iktibar utk diri sendiri dan utk org2 sekeliling kita... 

:)






 

No comments:

Post a Comment

#blog-pager{font-size:normal}.showpageArea{font-family:verdana,arial,helvetica;color:#000;font-size:11px;margin:10px}.showpageArea a{color:#000;text-shadow:0 1px 2px #fff;font-weight:normal}.showpageNum a{padding:2px 8px;margin:0 4px;text-decoration:none;border-bottom:2px solid #5fb404;border-top:2px solid #5fb404;background:#effbf5}.showpageNum a:hover{border-bottom:2px solid #df01d7;background:#a9f5f2;border-top:2px solid #df01d7}.showpageOf{margin:0 4px 0 0}.showpagePoint{color:#fff;text-shadow:0 1px 2px #333;padding:2px 8px;margin:2px;font-weight:700;border-bottom:2px solid #5e610b;border-top:2px solid #5e610b;background:#5e610b;text-decoration:none}