terpandang satu potret di facebook. dari hamba allah yang bukan asing bagi aku. walau terpisah mcm mana pun, antara kami ada talian yang mengikat. tak boleh nk lari jauh. lama aku tatap gambar potret tu. bibir tersenyum tapi hati sedikit sebal. terasa tersentuh. akal menggelinjat bertanya tanya. Dimana kah aku dalam itu? Di mana letaknya aku nanti di kalangan situ. Atau, tersedia adakah tempat untuk aku..? Atau, wujudkah aku dalam kalangan itu.....
Gambaran itu sangat indah. gambaran yang menyatukan, menghimpunkan rungkaian tali2 yang tak pernah terikat bercantum satu dahulunya. sorang di sana, sorang disini. tapi sekarang, mereka dapat masa yang menghimpunkan mereka kembali. tapi.... bagaimana dengan tali yang mengikat aku ni...? bila aku harus bersama untuk melengkapkan ikatan semua tu...? Akan kah lengkap suatu hari nanti...? Aku tak tahu. Aku tiada jawapan. Aku tergantung di sini seorang diri. tergantung dengan seutas tali yang entah mana hujung pangkalnya.
cemburu? mungkin. sakit hati? yea. kerana seburuk2 mana pun, tempat aku selayaknya di situ. dalam susah senang, aku sepatutnya wajib ada disitu. tapi sementelah menjadi mangsa, yang aku sendiri tak tahu untuk keadaan apa. terhukum oleh situasi dulu. yea. aku mangsanya. hukuman aku, harus menjalani hidup bukan aku.
pada siapa aku salahkan semua ini? pada siapa harus aku salahkan kalau aku ada tanggapan buruk bagi situasi ini..? pada siapa aku harus persalahkan demi untuk hidup aku yang bukan untuk aku pada masa dan saat ni..? pada siapa harus aku tuding jari..? pada siapa harus aku luahkan segala perit yang jadi momok pada aku sejak dulu..? pada siapa? aku tak ada jawapan untuk itu. sekali lagi, masih juga aku dibiarkan tergantung.
aku macam layang2. bergerak ikut angin. nampak bebas. tapi ada yang mengawal dan mengikat aku. persoalannya, siapa yang seharusnya memegang tali aku tu...siapa? memang aku bahagia, memang aku gembira berterbangan bebas, ada yang memantau dan menjaga aku. persoalannya, adakah aku ini benar2 layang layang yang dikawal oleh tuan yang selayaknya..?
aku tergantung lagi. kalau itu hanyalah si tukang pegang, bukan pemilik asalnya, bagaimana aku harus memutuskan tali itu dan pergi pada tuan aku sendiri..? aku tidak boleh.buat mcm tu juga aku tak boleh. sudah cukup bersyukur aku diterbangkan bebas beralun2 begitu. sudah cukup besar aku boleh terbang ke mana saja ikut arah angin tanpa dipaksa2. mereka cuma menjadi paksi agar aku tidak tersesat jauh..
aku tak mahu jadi seperti layang2 yang terputus talinya. aku tahu, satu masa nanti aku akan dibawa kembali ke pucuk pangkalnya. bergantung pada masa dan keadaan.
jadi,
di mana letaknya aku pada masa ini.
wujudkah aku dalam kalangan itu.
sebal rasanya.
seolah2 timbul soal pinggir-meminggir di sini.
tahukah mereka yang aku hanya mampu melihat dari jauh?
tahukah mereka yang hati aku selalu rasa nak memberontak untuk ikut punya masa bersama mereka?
aku tak rasa mereka tahu.
aku tak rasa mereka rasa apa yang aku rasa.
sebab diorang tak faham, tak mengerti aku, sebagai salah satu tali yang tak pernah cuba disatukan sejak dari dulu lagi.
diorang tak tahu isi hati pemikiran aku, sebagai layang2 yang diterbangkan di tempat yang berasingan.
tak mengerti apa yang aku cuba luahkan?
memang.
tak perlu cuba nak faham,
dan tak perlu buat2 faham.
sebab tak siapa yang akan boleh faham.
sepenuhnya mahupun faham sikit2, siapa pun takkan mampu.
sebab aku sendiri pun ambil masa seumur hidup aku sehingga kini untuk memahami hidup yang bukan aku ini.
#blog-pager{font-size:normal}.showpageArea{font-family:verdana,arial,helvetica;color:#000;font-size:11px;margin:10px}.showpageArea a{color:#000;text-shadow:0 1px 2px #fff;font-weight:normal}.showpageNum a{padding:2px 8px;margin:0 4px;text-decoration:none;border-bottom:2px solid #5fb404;border-top:2px solid #5fb404;background:#effbf5}.showpageNum a:hover{border-bottom:2px solid #df01d7;background:#a9f5f2;border-top:2px solid #df01d7}.showpageOf{margin:0 4px 0 0}.showpagePoint{color:#fff;text-shadow:0 1px 2px #333;padding:2px 8px;margin:2px;font-weight:700;border-bottom:2px solid #5e610b;border-top:2px solid #5e610b;background:#5e610b;text-decoration:none}
No comments:
Post a Comment