Sunday, December 2, 2012

sedang bermundar-mandir dalam bilik, sebab nk siapkan place utk buat keje, all of a sudden, phone berbunyi..ada mesej..i thought dari abg..but nope. it was from someone. a friend of mine. a she who we both used to quarrels a lot before.

kinda shock. sebab it was so unexpected. aku bace isi2 mesejnya dengan sepenuh hati. dan aku tersenyum. rasa semacam gembira pulak bila kwan yg ini masih ingat pada aku selepas terus dihentikan segala jenis perhubungan siber tempoh hari. aku sambut baik mesej nya dan kami berbalas kata2 untuk sesama sendiri..

jujur aku katakan, bukanlah aku terus lupakan dia sejak tamat berhubung tu...ada masanya aku teringat jugak...sebagai seseorang yg pernah hadir dalam hidup aku dan pernah memberi impak dan beberapa kesan. tapi itu dulu la, sebelum2 ni..walaupun dulu, sakit hati tu mmg tak terkata, sampaikan aku banyak keluarkan kata2 kasar dan menyinggung perasaan, sekarang ni, semua tu dh aku buang jauh2..dah lama dah aku buangkan..sebab aku noticed, semakin aku simpan, terasa hati aku hari makin hari mcm memberat je..entah lah..berat dengan dosa mungkin...dan sekarang, memandangkan aku dah buang semua tu jauh2, aku memang rasa happy je...rasa mcm dah back kepada diri aku yg dulu, yg tak peduli kat apa2 pun, janji diri aku sendiri rasa tenang dn happy...

ye. aku rasa gembira..juga sebab silaturrahim itu dapat dijaga. perhubungan persahabatan itu masih wujud. alhamdulillah..walaupun bnyak kali bergaduh, hal itu seakan mematangkan lagi kedua-duanya.

terima kasih atas segala doa yang diucapkan..aku disini juga sentiasa mendoakan yg terbaik buat semua sahabat aku..tak kira lah dalam apa jenis perhubungan dan sengketa sekalipun.. bukan hanya aku, dan bukan hanya engkau..tapi kita semua, walau sebaik2 mahupun seburuk manapun, kita semua berhak mendapatkan sebuah doa yang tulus dan ikhlas dari sesiapa pun...


p/s : kemaafan dendam terindah .. ?

No comments:

Post a Comment

#blog-pager{font-size:normal}.showpageArea{font-family:verdana,arial,helvetica;color:#000;font-size:11px;margin:10px}.showpageArea a{color:#000;text-shadow:0 1px 2px #fff;font-weight:normal}.showpageNum a{padding:2px 8px;margin:0 4px;text-decoration:none;border-bottom:2px solid #5fb404;border-top:2px solid #5fb404;background:#effbf5}.showpageNum a:hover{border-bottom:2px solid #df01d7;background:#a9f5f2;border-top:2px solid #df01d7}.showpageOf{margin:0 4px 0 0}.showpagePoint{color:#fff;text-shadow:0 1px 2px #333;padding:2px 8px;margin:2px;font-weight:700;border-bottom:2px solid #5e610b;border-top:2px solid #5e610b;background:#5e610b;text-decoration:none}