
Meski aku tak hidup mewah, tak mampu utk hidup senang, persekitaran aku bukan dari ada-ada, serba sederhana dan kurang itu ini, aku panjatkan syukur pada Nya. Untuk nyawa yang Dia bagi pada aku, untuk segala apa yang aku ada dalam hidup aku pada masa ini. Syukur ke atas pegangan agama yang menjadi nadi hidup aku. Syukur ke atas kehadiran ibu bapa, yang sama menjaga nyawa aku sedari kecil. Syukur ke atas keluarga yang menjaga dan melindungi aku. Syukur ke atas sahabat-sahabat yang sentiasa ada saat aku terbang tinggi dan terjatuh. Syukur bagi kurniaanMu buat aku, seorang teman pendamping yang setia menyusuri ranjau hidup bersama-sama, yang setia membantu menghulur tangan saat aku tersungkur. Syukur Tuhan..atas segala anugerah pemberianMu. Jalan hidup aku masih panjang, masa depan aku masih belum tentu... Aku mengharap, meminta belas ihsan, petunjuk dan hidayahMu untuk aku terus mengorak kehidupan aku. Terima kasih di atas segala ujian yang telah Kau berikan selama 8030 hari aku meminjam nafas dariMu. Terima kasih atas setiap dugaanMu Tuhan, yang telah membentuk siapa diri aku pada masa ini.
Alhamdulillah..
Selamat Ulang Tahun ke 22,
Siti Azreen Putri
(12 Ogos 1990 - 12.30 am)
No comments:
Post a Comment