Sunday, July 15, 2012

musibah

degree show dah berlangsung.
markah penilaian semua dah diambil.
semua karya kawan2 hebat belaka..
karya aku..?
memang tak mampu la nk dibandingkan dnegan rakan2 yang lain..
tapi, sekurang2nya, setiap yg berlaku dengan karya seramik aku, aku dapat atasi..
alhamdulillah..walaupun tak hebat mana..banyak kekurangannya..
aku tetap haragi sebab semua itu datang dari titik peluh aku sendiri dan atas penat lelah aku sendiri..
dan kalau diikutkan kata2 pensyarah dalam dan luar yg menilai, so far semuanya okay..ada yg memberangsangkan..ada yang memeberikan keyakinan..dan tak kurang ada yang meruntuhkan keyakinan tu..takpe..aku ambil itu sebagai cabaran dan ujian..yang penting, aku dah lakukan semua tu sehabis daya aku dan paling terbaik yg aku mampu buat..

tentang perkara yg lain,
okay.
ada satu perkara yg membuatkan aku beremosi.
ada yg membuatkan aku rasa aku dah gagal.
ada satu perkara yang buatkan semangat aku semuanya terbang pergi jauh tinggalkan aku.
perkara tu betul2 menjatuhkan aku.
dari mula dapat tahu ttang pkara ni,
satu hari suntuk tu,
aku menangis.
menangis sebab sedih yg teramat sangat..
kawan2 rapat hanya mampu mendengar..
dan tapi tak mampu membantu..
lagipun,cara mana yg dapat membantu kalau dah itu keputusannya?
kalau ye pun aku berusaha untuk yg lain,
semuanya takkan berhasil, semuanya pasti akan temui jalan yg sama.
disebabkan perkara itu,
aku jadi buntu.
aku jadi hilang arah.
aku tak tahu nk buat apa.

nadia, yatt, azrol..
semuanya setia mendengar apa yg jadi...
hanya mampu memberi simpati dan sedikit semangat mungkin?
nass pulak,
terkejut dengan berita tu.
sampaikan dia marah aku utk buat semula..
tegakkan kebenarannya..
tapi aku tak mampu dah..
aku dah cuba sehabis baik..
selama ni, setiap pembetulan yang dia salahkan,
aku sehabis baik betulkan semula..
bermalam kat library,
bersungguh mengubah bahasa keseluruhan penulisan..
tapi kalau utk mengubah semula kesemuanya dalam masa tak sampai 2 hari,
aku betul2 tak mampu..
perkara itu memang betul2 berada di luar batas kemampuan aku..

aku balik bilik,
dengan langkah yg betul2 lemah longlai..
seakan rasa dah takde harapan nk berjaya..
aku smpai di bilik,
teman setia aku hubungi aku..
teman tersayang call nk tahu apa sebenarnya yg dah jadi.
dengar suara dia, aku dah teresak2 menangis.
seperti biasa, memang pada dia lah untuk aku lepaskan semua rasa aku..
setelah diterangkan walaupun dengan suara yg tersedu sedan,
dan dia pun setia mendengar semua keluhan sedih aku,
dia tenangkan emosi aku yg memang sedang menggila..
dia berikan semula kata2 semangat yg aku pernah bgi kat dia..
dia masih ingat sebiji2 patah perkataan yg aku cakapkan pada dia dulu..
itu yg buat aku rasa tenang sedikit..
dan dia terus memberikan aku kekuatan..
tak kira walau apa sekali yg terjadi pada aku,
setiap perkara yg terjadi, semuanya itu ujian dan juga,
dia, aku, kami sama2 berjanji,
tak kira apa pun musibah yg menimpa,
semua tu sedikit pun tak kan menjejaskan keadaan dan perancangan yg kami buat.
semua tu aku kena lalui dengan adanya dia sebagai kekuatan aku.
kekuatan aku yg paling utama.

magisnya dia,
dia menghilangkan airmata aku bukan dengan sekaan
dia hilangkan kerisauan aku bukan dengan berhadapan dua mata..

dan untuk sepanjang hari tu,
hinggalah ke waktu malam,
dia setia menemani,
setiap masa dia pastikan yg aku tak keluarkan lagi airmata.
dia nk pastikan aku sentiasa tersenyum..
dan sabar lalui semua ni..

dan pada malam hari yg sama,
ada jamuan makan2 dengan jabatan.
semua kawan2 ada..
okay.
mungkin malam tu aku sedikit suram.
tambahan pulak dengan kesan bengkak menangis masih ada kat mata..
sembab.
melihatkan semua kawan2 bergembira,
semua kawan2 bersuka ria sebab dapat habiskan sesi pembelajaran dengan jayanya,
betul2 buat aku bersedih balik..aku rasa sayu dan aku rasa cemburu...kenapa aku tak boleh nk lalui keadaan dan perasaan yg sama mcm diorang semua..aku langsung tak boleh nk berasa gembira..tapi, utk kawan2 yg ada, aku senyumkan jugak walaupun hati rasa sakit..dan mata rasa basah je..masih belum ada tanda2 nk hentikan airmata..kadang2 tu, mengalir jugak airmata..nasiblah tempatnya gelap..dan aku pegang kamera yatt..ada masa tu, sambil aku ambil gmbar, air mata aku mengalir jugak...memang rasa sedih sangat2..aku tak dapat sama2 berkongsi gembira dngan diorang...dan betapa indahnya pemandangn diorang tgah bergembira sampai aku rasa sedih yg teramat....mujur ada kamera yatt dan mujur kawasan tempat bbq tu gelap. dan sepanjang jamuan malam tu, is masih setia menemani..tenangkan emosi aku. dia tahu mcm mana sayu nya hati aku melihatkan kawan2 lain yg sedang bergembira....


itu cerita 2 hari lepas.
cerita yg aku sendiri tak sangka akan terjadi selepas apa yg aku dh usahakan.
benda yg betul2 dah jatuhkan semangat aku dan membuatkan aku terus tertinggal ke belakang dari kwan2 yg lain...
apa pun, sekarang ni, aku redha..aku terima semuanya sebagai satu ujian...aku kena berusaha lagi dan terus bersabar..
aku kena selalu kuat dn ingat yg allah turunkan ujian atas setiap daya tahan hambaNya..insya allah..aku kuat utk lalui semua ni....

Untuk kawan2,
aku doakan mereka semua berjaya..
insya allah.
semoga setiap apa yg mereka kerjakan sebelum dan sekarang ni akan berhasil yg baik.

No comments:

Post a Comment

#blog-pager{font-size:normal}.showpageArea{font-family:verdana,arial,helvetica;color:#000;font-size:11px;margin:10px}.showpageArea a{color:#000;text-shadow:0 1px 2px #fff;font-weight:normal}.showpageNum a{padding:2px 8px;margin:0 4px;text-decoration:none;border-bottom:2px solid #5fb404;border-top:2px solid #5fb404;background:#effbf5}.showpageNum a:hover{border-bottom:2px solid #df01d7;background:#a9f5f2;border-top:2px solid #df01d7}.showpageOf{margin:0 4px 0 0}.showpagePoint{color:#fff;text-shadow:0 1px 2px #333;padding:2px 8px;margin:2px;font-weight:700;border-bottom:2px solid #5e610b;border-top:2px solid #5e610b;background:#5e610b;text-decoration:none}