day #7 : 10 IMPORTANT PEOPLE
1. MAK ABAH
cant decide whether abah atau mak yang perlu diletakkan nombor 1 sebab dua2 nyawa saya..tak bernafas saya kat muka bumi ni kalau mak abah takde..sumber kasih sayang yang ikhlas, suci dan hati yang sngat mulia..semuanya ada pada pada mak abah..oh hah..duit pun dapat dari mak abah jugak tu yg penting tu..;p )

2. ABG BAD+ALONG
kenapa abg bad dengan along penting..? sebab abg bad dah diamanahkan pada abah untuk menjaga kami yang lain kalau tiba masa abah dah tak ada.. haihh..teringat masa abah sakit kat IJN dulu.. sebab tulah aku rasa abg bad ni dah sebahagian daripada ketua keluarga..dan sifat tanggungjawab dia pada keluarga kami sehingga masa ini, tak boleh dipertikaikan...banyak yang dia dah tolong..macam tu jugak dengan along..huhu..sebagai kakak yang sulung, dia selalu ambil berat,prihatin dekat aku dan adik beradik yg lain... :)
3. ANGAH +AMIN+KAK YAYA
angah pulak..aku anggap dia teman terbaik aku .. dia faham setiap apa yang aku rasa.. dia tahu semuanya.. dan kami keluar sama2 selalu.. memang rasa best sangat..bergosip, dan setiap keputusan apa yang aku buat msti aku akan rujuk pada angah..dan secara ringkasnya, bersama dengan angah, aku berpeluang menjadi seorang kawan/teman baik dan juga seorang adik pada kakak...tapi semua tu sebelum dia kahwin.. bila dia dah kahwin, semua perhatian dia tertumpu pada suami dia, abg man..huhu..nevermind la..biasalah tu kan..
amin pulak, dulu aku memang musuh utama dia.. huhh..asal jumpa je gaduh..ada je benda nak digaduhkan..tapi sekarang, mcm amin pulak yang take over tempat angah..kami kongsi rahsia bersama2.. apa2 keputusan yang aku nak buat, sesetengahnya aku rujuk pada amin..kami kongsi masalah..dan berkongsi cerita dengan amin adakalanya lebih santai..dan dia lebih terbuka..
kak yaya pula, dia sangat baik.. walaupun umur beza dia jauh dngan aku, she managed to be
such kind and lovely sister in law to me..huhu..
4. ANAK2 SAUDARA
tahun demi tahun, anak buah aku makin bertambah2..huhu...sejak aku sekolah rendah lagi aku dah jadi makcik/ Sitimas kepada Aqil, Liyana, Irdina, Mikail dengan Ainnur.. tahun depan, akan ada lagi seorang yang bertambah..anak angah pulak..huhu..
kenapa mereka penting erk..? sebab diorang semua ni, dah mengajar aku mcm mana nak jadi seorang babysitter..huhu...diorangs emua bagi pengalaman kat aku untuk menjaga seorang baby dari awal usia kelahiran sampailah dah besar gajah..hehe...yup..suka aku nk cakap kat sini yang setiap seorang daripada diorang semuanya aku pernah jaga daripada zaman baby diorang lagi..
dan diorang jugak penting pada aku sebab penghibur suasana walaupun kadang2 buat hal tu menyakitkan hati jugak..apa2 pun sitimas teramatlah sayang kat korang tau..:)


5. MUHAMMAD FAIZ RAZALI
siapa ni..? kenapa dia penting utk aku..? hurmm....
memang dia penting sangat2... dia bukan sekadar teman, tapi dia jugak dah ambil alih tempat angah dan amin.. mempengaruhi dalam setiap keputusan aku..dalam setiap cara hidup harian aku.. never thought our relationship will be as long as what we have been through all this while..tapi syukur sangat2..dia masih ada disisi saya.. dan walaupun kami jauh, the way he used to be by my side dari kejauhan tu always keep me warm..dia sngat menjaga saya.. sifat tanggungjawab,ambil berat,kasih sayang dia pada saya tak ternilai..dan bagaimana effort dia utk menempatkan saya bersama ahli2 keluarga dia sangat PRECIOUS.. dia buat saya jadi lengkap..dia terima buruk cantik saya..dia terima saya seadanya.. dan jugak..it is ONLY him who know how to spoil me..huhu..berharap dia akan sentiasa bersama saya .. love juta2..!
6. CHA + FARHANA
ermm..kenapa tiba2 rasa diorang penting yea..? huhu..walaupun kami dah tak rapat macam kat perak dulu2.. still aku rasa diorang sangat penting.. mungkin sebab mcm mana bahagianya aku punya diorang sebagai sahabat rapat masa dulu2 kot.. dengan diorang, tak pernah ada rasa iri hati, tak pernah ada rasa2 negatif dalam hati.. semuanya perasaan yang elok2 dan molek2 belaka.. we were just like family dulu..best sangat..the way we always used to be together..mana2 pergi pun bertiga..huhu..dan apa2 rahsia aku, hal aku, cerita aku, semuanya diorang tahu..
7. YATI +NADIA
haihh..2 hantu ni, memang aku rasa insan2 yang penting jugak dalam hidup aku..huhu..kenapa yea..? sebab mungkin aku selalu luang kebanyakan masa aku dengan diorang..dan mengenali setiap sisi diorang buatkan diorang penting bagi aku..huhu..aku tau..aku bukanlah seorang kawna yang baik..adakalanya aku mcm prefer buat hal sendiri..pergi situ sini seorang diri..tapi dalam fikiran aku, tak pernah tak ada dari terlintas sikitpun nama diorang dalam otak aku..huhu..walaupun mcm mana indie aku pun sampai tak bergaul dngan kawan2, still diorang masih singgah di dalam otak aku..that's what i ought they are important to me wahai 2 hantu yang disayangi..
8. MAZREEN FAREHA + SAFIA
aku mmang ramai kawan..tapi kawn baik aku, hanya boleh dibilang cmtu2 je..sebabnya..?entahlah..mungkin sebab kawan2 baik yg aku pernah ada tak pernah kekal dengan aku kot..terpisah atas faktor tempat dan masa..tapi untuk manusia yang nama mazreen ni, walau mcm mana kami terpisah tempat dan masa, kami masih lagi berhubung baik..sampai sekarang..bila masing2 cuti dan ada masa free, lepak umah masing2,masak2, makan sama2,pegi keluar jalan2..dan kalau dah keluar sama2 tu, memang tak ingat dunia..balik pun sampai malam walaupun pergi mall kat belakang umah je..huhu..safia pulak, pun kawan baik aku jugak salah satunya..tapi, dah tercipta sedikit jurang dah antara aku-mazreen dengan safia sebab safia dah berkahwin..dan dia dah ada babygirl! okbai!
9. "babah + mak aya"
untuk insan2 yang ini..aku cuba nafikan kepentingan diorang dalam hidup aku..mungkin sebab perasaan2 negatif sejak dari aku kecil lagi dah jadi tepu sampailah aku besar ni..tapi,walau hebat mcm mana sekalipun aku menidakkan, hakikatnya, aku juga punya separuh dari darah dan daging diorang..hakikat pertalian darah dan hukum perhubungan yang tak dapat diselindungkan walau dengan berjuta alasan kreatif sekalipun.
maafkan saya, seorang manusia yang diberi nama siti azreen putri -
manusia yang mahu jadi sebahagian dari hidup kalian tetapi hakikatnya tak semudah-tak seindah seperti manusia2 lain..
saya mungkin darah dan daging kamu..
dan hasil nama saya mungkin juga dari pilihan kamu
tapi hakikatnya, semuanya hanya atas nama..
maafkan saya dunia dan akhirat..
saya tahu, mungkin banyak dosa saya pada kalian..
maafkan saya di atas setiap prasangka buruk dan perasaan benci yang memang dah lama bersarang dalam diri dan hati ni..yang mana perasaan benci itu juga lahir disebabkan oleh perbuatan kalian terhadap saya.
sekali lagi maafkan saya. insya allah, kita akan bersemuka dan berbicara bersama untuk mengatakan tentang hak sebuah perhubungan darah dan daging..
maafkan saya, seorang manusia yang diberi nama siti azreen putri -
manusia yang mahu jadi sebahagian dari hidup kalian tetapi hakikatnya tak semudah-tak seindah seperti manusia2 lain..
saya mungkin darah dan daging kamu..
dan hasil nama saya mungkin juga dari pilihan kamu
tapi hakikatnya, semuanya hanya atas nama..
maafkan saya dunia dan akhirat..
saya tahu, mungkin banyak dosa saya pada kalian..
maafkan saya di atas setiap prasangka buruk dan perasaan benci yang memang dah lama bersarang dalam diri dan hati ni..yang mana perasaan benci itu juga lahir disebabkan oleh perbuatan kalian terhadap saya.
sekali lagi maafkan saya. insya allah, kita akan bersemuka dan berbicara bersama untuk mengatakan tentang hak sebuah perhubungan darah dan daging..
10. . . . .
yang kesepuluh siapa year...ermm..hah..!!!
PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA..!
sebab nanti dia nak umumkan raya..
dan aku rasa dia menggembirakan semua org..haha..!
setiap kali dia umumkan raya je..semua budak2 orang tua akan gembira..
haha
(=.=,")
kbai!
P/S : gamba2 untuk insan2 terpenting yang lain tu actually da nk upload..tapi blogger kata error pulak..sebab dah terlebih 1mb..haha..tatau2..blog bengong ;p
No comments:
Post a Comment