Sunday, January 17, 2010

outing kl

kami gi outing ke kl hari ni.

permulaannya aku masih lagi tido time tu.
pukul 10 lebih..hehe..sebab semalam dah penat berjalan kan..
pastu nadia anta msg ajak gi kl.
pastu aku ajak sekali asyraf ngan nas.
nas nak ikut.
asyraf pulak tak nak..then nas suruh aku pujuk acap.
aku try pujuk then kemudiannya nas anta mesej kata asyraf jadi nak ikut.
ok then.cubaan memujuk menjadi.
aiman pun setelah dipujuk akur juga pada pujukan aku.
wakaka.

kitorang jumpa kat sek 2 then terus naik bas direct ke pasar seni.
dalam setengah jam kot,kitorang pun sampai sana.
tujuan utama kami,
ke bahagian lukis kat belakang pasar seni.
and then gi jenguk2 exhibition kat situ.

time kitorang gi singgah kedai jual peralatan seni,
tetiba acap cakap,
"Zurika nak datang."

okay then..
what should i say anyway..
nguhuhu..~



pastu makan lunch kat food court pasar seni.
aku order tomyad seafood noodle..
urrmmm...sedap yang amat...perrhh..meleleh air liur aku..

then,jalan lagi..aku ngan nadia beli shawl.
satu sepuluh ringgit.nadia amek warna light turqoise and aku amek
warna shawl yang memang diluar kebiasaan aku.
warna peach..huhu..
acap ada sekali at that time.

lepas tu,kitorang teruskan perjalanan ke sungei wang..
sebelum tu singgah tengok2 kat petaling street jap..
sampai je sg wang,
jadi rambang mata kot..
sebab murah2..
de baju yang sampai seploh hinggit..
aku pun tak melepaskan peluang utk membeli sehelai dua baju..
and surprisingly,
aku telah membelanjakan duti aku tak lebih daripada 100 ringgit..
termasuk makan,minum dan juga duit tambang..
best kan..?
satu pembaharuan dalam proses berjimat cermat..bagus3..!

lepas tu,
lama gak la dalam sg wang tu..
sampaikan penat kaki berjalan tak henti2..

pastu ,bayaklah benda yang terjadi ketika sedang berjalan2..
antaranya nadia hilang kejap..sesat..
wakaka..
pastu nas buat dajal..
dia ajak masuk satu kedai yang menjual alat2 ______
sampaikan salesman kedai tu minta ic nadia..
haha..ni takleh blah..sangat2 kotor kejadian ini yea..
pastu nak kua dari bb plaza tu,nadia hampir terjatuh dari tangga.
pastu nas ajak makan malam kat satu kedai ni..
kedai nasi ayam..
masing2 dah kebulur sebab sehari suntuk berjalan.

tapi bila menengokkan menunya dan harga yang tertera..
memang buat kami semua ternganga..
mahal yang amat..
pastu kitorang try la decide utk makan kat kfc jer..
pastu masing2 caqm segan nak blah..
nas pun cam redha je kalau makan kat situ..
time tengah fikir2 tu,
tetiba nas bangun and blah dari situ..
kitorang pun terus angkat kaki jugaklah dengan muka tak bersalah..

hmm..
pastu makan kat kfc jerlaa..
lepas makan,
kata asyraf,zurika dah sampai kat times square..

kami pun menapak lah ke tempat destinasi utk mengizinkan acap bertemu zurika..
ngehehe..

bila da sampai
then kitorang gerak ke satu sudut lain,
membiarkan acap keseorangan menunggu zurika
kat tepi eskalator,
but still leh nampak dia.
tak jauh manapun kitorang duduk.

dalam beberapa minit kemudian,
aku ternampak seorang kelibat wanita yang memakai kemeja blaus berwarna putih dan berambut pendek menghampiri acap.
rambut pendek atas bahu.
badannya tak berapa besar dan tak berapa kurus.
tingginya lebih kurang aku kot.

itu lah zurika.
=)
she's sweet..

and lepas diorang bertegur sapa and zurika
mengenalkan rakan2nya pada acap,
acap pun membawa zurika pada kami.
memperkenalkan kami pada dia.
bersalaman dan mengenalkan diri.
itu sahaja.
=)



lepas tu,
kitorang decide untuk balek.
lepas greet ngan zurika and bye2 kat acap,
kitorang pun gerak.
time on d way balek,
tetiba rasa macam sangat sunyi jer antara kami semua.
rasa macam kurang sorang.
huhu




ayat2 nadia yang berbekas di hati ketika di dalam toilet :
"ajin,cara kau menipu dan bercakap benar yang betul memang terpampang jelas kat muka kau.."

No comments:

Post a Comment

#blog-pager{font-size:normal}.showpageArea{font-family:verdana,arial,helvetica;color:#000;font-size:11px;margin:10px}.showpageArea a{color:#000;text-shadow:0 1px 2px #fff;font-weight:normal}.showpageNum a{padding:2px 8px;margin:0 4px;text-decoration:none;border-bottom:2px solid #5fb404;border-top:2px solid #5fb404;background:#effbf5}.showpageNum a:hover{border-bottom:2px solid #df01d7;background:#a9f5f2;border-top:2px solid #df01d7}.showpageOf{margin:0 4px 0 0}.showpagePoint{color:#fff;text-shadow:0 1px 2px #333;padding:2px 8px;margin:2px;font-weight:700;border-bottom:2px solid #5e610b;border-top:2px solid #5e610b;background:#5e610b;text-decoration:none}